15.12.08

Perhimpunan Patriotisme Putra - Port Dickson


Baru balik dari kem.Perhimpunan Patriotrisme Putra.Memang habis patriot aku dah.Hah!
Semua kolej-kolek kat UPM terlibat.Ahlinya terdiri daripada MTM dan sedikit bakal-bakal MTM.
Jadi mudahnya Perhimpunan Budak-Budak MTM yang cuba di"patriotkan".Ha!

Best.Sumpah aku tipu .Tapi sekurangnya terisi masa cuti.Dari tak buat apa.

Aku boleh berzapin!Sebab ada slot belajar zapin.Nak patah tulang belakang.Seumur hidup tak pernah berzapin.Tak pernah ingat pun nak berzapin.Tapi serius.Best.

Kem ni sangat santai.Tak stress.Memang sengaja dibuat begitu.Baguslah.Aku pun enjoy.

Lepak kedai makan dengan MTM mates aku.Main game.Habis riuh kedai makan tu dengan gelak tawa kitorang.Idea dari Khalil.Thanks bro!Sangat best.Melihat sejau mana seorang yang lampi itu lampi.Ayam!Kah!

Ada pertandingan teater.Aku dapat sama kumpulan dengan Kolej10,Kolej13 dan SUKSIS.Nama kumpulan?LEMANG!

Johan la beb!Kah!

Lain-lain macam demo CPR.Lepas tu dapat pergi Asean University Games kat Bukit Jalil.Percuma.Hih.

Jadi?

Kem ni best.

p/s : Ada slot ceramah oleh Prof Dato' Sheikh Omar(Pak Sheikh).Bangga aku jadi budak vet.Dan sekadar meminjam kata-kata beliau.

"LOVE IS NOT LOVE UNTIL YOU GIVE IT!"

Jadi kalau tak sanggup nak memberi.Itu bukan CINTA!

Hih!




Sinilah Khalil dan Azizi berendam pukul 3 pagi.Sorry tak dapat join.Sejuk dan tak reti berenang.Kah!

Kalau anjing kau nak buat macamana Taq?Entah.



ASEAN UNIVERSITY GAMES

5.12.08

Topman

Iklan ini berbayar



Ini post nak tolong kawan baik aku.Kawan dari sekoleh menengah.Sains Muar.Jumpa lagi kat UPM.
Toto.Ahmad Akram Khairul Azmi.Kenapa TOTO?Nanti cerita.

Ha.Dia hilang topi kesayangan dia.Baru beli.Topman tu!Bukan 2 ringgit.Puluh ringgit.Padan muka.Nak bergaya kena pandai bro!Pandai jaga barang untuk bergaya.

Sekarang tengok.Siapa susah?
Sebagai kawan.Aku muatkan blog aku ini dengan iklan gambar hilangnya topi dia.
Jadi kalau korang terjumpa.Terambil.Pulangkan.Kesian dia.Sedih macam hilang awek!Mimpi topi sampai basah!Haha.


Oh kenapa TOTO.Kat Sains Muar.Dan aku rasa kat boarding school mana-mana pun.Ada tradisi senior akan bagi nama kat junior.Jadi si Akram ni dapat nama TOTO.Sebab muka dia macam orang suka main judi.TOTO.Kah!

Oh aku juga ada nama.IPUP!Kenapa.Terbalikkan.PUPI.Anak anjing!Haram punya senior.
Tapi takpe.Tak melekat nama ni sebab kawan aku lagi senang suka panggil aku TAQ.Hih.

Banyak lagi nama.Semuanya lucah!

Tak tipu.

Kawan kelas aku.

PayCun - Pan**t Cun
Pablo - Pan**t Berlubang

Huh?

Legacy.Masih hingga kini.

Jadi jangan masuk boarding school.Sains Muar terutamanya.Kah!Sorry pengetua.Gurau!

Tinggal kenangan.Sempat bergaya sebelum hilang.



p/s - To.Berbanggalah.Dapat masuk dalam blog aku.Ingat senang ke?Hah!

1.12.08

Bosan


Lama lagi rasa cuti.Otak dah berkarat.Rasa bodoh.
Kan best kalau boleh manage masa sendiri.Esok aku nak pergi kuliah.Lusa aku nak tidur.Aku nak test next week.Kan best kalau sistem pendidikan kat Universiti macam ni.Kalaulah boleh.Rasa-rasa ramai tak yang grad?Haram!

Cuti semester kali ni tak buat praktikal.Kawan-kawan sepakat nak buat semester depan.Nak enjoy cuti semester ini.Layan!
Boleh luang masa bersama family.Sejak masuk U.Susah dah nak luang masa.Sibuk san.Sibuk sini.
Jadi manfaatkan masa bersama family.Tapi lama-lama pun tak boleh.Jadilah seperti ini.Mak pun dah bosan tengok muka bujang pemalas bangun lambat kerja nak makan.Huh.

Nak lepak dengan kawan pun.Kawan aku kurang kat sini.Aku mula masuk asrama sejak Form 1.Jadi kawan semua bersepah jauh.
Kawan sekolah rendah.Sebab dah lama tak jumpa.Bila jumpa pun macam dah tak kenal.Senyum dan cakap hai dan pergi.Tak salahkan mereka.Aku pun jenis yang suka terperuk kat rumah.Malas keluar bersosial.Nah.Sekarang rasakan.

Takpela.Aku ada adik lelaki.Selalu buat apa-apa dengan dia.Lepak.Keluar makan.Rasa cukup.Hih.

Dan inilah fungsi blog.Bila bosan boleh meluah.Hilang sikit bosan walau masih bosan.

Awek takde?Pergi la dating!

Soalan apa ni?
Oh aku gay.Huh!
Tak ah.Malas.Tak berminat.Bukan membenci.Pengalaman lepas mengajar.Takpe.Sekurangnya aku ada pengalaman menyelami hati seorang hawa.
Kalau lepas ni terbuka hati.Sekurangnya aku tak terkial-kial macam orang sakai.Cool!
Hah!Itukan hikmah.Kan?

Sekarang.Jujur.Aku selesa bersendiri.Walau terkadang.Normal la.Ada perasaan nak dijaga dan menjaga.Tak nak layan sangat.Aku pun ada kawan yang memahami dan aku rasa itu cukup.Untuk bagi gembira.

Jangan usha aku!Main jauh-jauh.Aku bosan.Tapi lagi bosan dengan kau.

Kah.
Perasan ada orang usha.

Ini namanya?POYO!

Tak!

Single sangatla AWESOME!

Macam?

Aku!



Chalo!

17.11.08

Kem Perkasa Kolej 17


Kem ni bagi aku best ah.Yup.Best!Walau hanya berlangsung kat Bukit Ekspo.Jauh gila!Kah.Objektif kem.?Mencari bakal  MTM untuk sesi akan datang.Malam pertama.Ada briefing pukul 9pm kat DKU Fakulti Perubatan.

Aku bangun tidur.Jam menunjukkan pukul 9.01 pm.Doi!Tiada siape kejut aku!.Erkhh.Memangla tiada siapa kejut.Aku tinggal seorang je kat rumah tu.Sunyi!Waktu ni bagi aku peluang dan ruang untuk hargai teman-teman sebilik.Manusia memang macam ni kan?Dah takde baru sedar.Baru nak mencari.Baru nak menghargai.Yup.Keadaan terkadang memberi kita ruang untuk muhasabah diri.Aku ada korang je.Susah senang.Gelak tawa.Tapi sebab masing-masing ada komitmen.Kita terlupa.Indahnya persahabatan ini.Maaf kalau rasa terabai!Oh lari topik.Selingan Nak korang tahu betapa aku hargai persahabatan ini.Buktinya rasa yang aku rasa ini.Jadi mulai sekarang.Aku kena dan perlu hargai korang.Sampai bila-bila.Korang pun!

Berbalik pada cerita.9.01pm..Aku bangun.Belum sempat  mencapai HP aku.Ia berbunyi.Tengok skrin.Kak Intan.Presiden MTM!Mati aku!

"Salam Kak.Ha.Taq tengah bersiap ni.Kejap lagi Taq sampai.
Eleh.Yela tu..Baru bangun tidur kan?Takpe..Cepat sikit.Majlis dah nak mula."

Fuh.Baiknyer hati seorang presiden.Mungkin dia faham kot.Aku baru balik dari VetCamp.Mungkin tak hilang penat lagi.Hek!Padahal?Merayap di ibukota sampai pagi buta.Sori Kak Intan kalau terbaca post ni.Huh.

Tugas aku sepanjang kem ni.Bendahari,Timbalan Kem Komanden dan juga Faci.Hebat kan?Kah!Oh kem ni bagi input berguna.Korang pun tahu.Aku susah nak serius.Gelak sana.Gelak sini.Buat lawak sengal.Sampai dapat gelaran BUDAK SENGAL 1 dalam MTM.

Jadi waktu kem ni.Aku diperlukan untuk serius.Dan aku berjaya lakukannya.Maki peserta.Teriak sana.Hamun sini.Oh hanya lakonan.Itu termaktub dalam skrip kem.Huh.Aku tahu ada yang benci.Sukahati.Tak MTM ah tak boleh kena tegur.Hih.

Lepas ni ada kem kat Port Dickson dan Pulau Pangkor.

Harap dapat pergi.Isi waktu cuti.Tambah pengalaman.Jadi manusia sebenar manusia.

Chalo!





selepas Vetcamp

Lepas balik VetCamp.Malam tu ada meeting.Kem Perkasa Kolej 17.Kem lagi!Jadi fasi lagi.Huh.
Kawan ajak keluar malam tu.Tapi terpaksa tunggu aku habis meeting.Terima kasih menunggu.Aku angkat kaki awal meeting.Kah.Ada sebab!MTM sebabkan aku kurang masa dengan kawan kuliah!Sebelum ni dorang ada ajak keluar.Tapi tak boleh.Sebab ada meeting.Komitmen.

Kesian mereka.Aku pun nak masa dengan kawan-kawan.Mengerti?

Takpela.Aku pegang peranan sebagi Bendahari.Jadi watak dan peranan aku diperlu tika habisnya kem.Claim duit sana sini.Huh.

Hilang penat resah kesah dengan hisap shisha kat Bangi.Rasa bebas bila otak dipenuhi asap.Mana tak!Semester 3 terlalu menyeksa.Jiwa raga.

Makan-makan.Dan plan nak lepak rumah budak Brunei.Juwai dan Ana.Sebab tak boleh masuk kolej selepas 12.Juwai dah bagi greenlight.Siap kemas rumah nak sambut kehadiran Hot Guys.Tapi hampa.Tak jadi.Sorry bruneians!Ada sebab!

Lepas Shisha.Pergi karaoke kat Alamanda.Tapi tak dapat sebab dah tutup.

"Jom lepak KL.Bukit Bintang?" Kawan aku bagi idea.
Masing-masing sangap nak berhibur.Angguk.

Dalam perjalanan.Tiba-tiba aku sedar dompet aku takde.Haram.Tercicir.Patah balik.Fuh!Nasib baik jumpa.Padan muka.Nak seronok sangat.Menangis dapat!

Terus pergi KL.Sampai KL.Cari parking.Ada cina datang.Ingat nak tegur sebab salah parking.

"Lu orang mau amoi ka?"

Celaka.Muka kitorang memang macam lelaki sangap takde masa depan.Tapi takdelah nak langgan pelacur.Masih ada ingat Tuhan la!Haram punya manusia.

Jalan-jalan menghirup udara malam Kuala Lumpur.Lepak McD.Macam orang takde masa depan.Sumpah memang terejal punya perangai.Takpe.Janji gembira dan masih ingat Tuhan.

Buat kerja bodoh sampai pukul 4 lebih.Pagi.Jadi terpaksa cancel kunjungan ke rumah bruneians.Terus balik kolej.Sampai cun-cun pukul 6 lebih.

Tidur.Bangun pukul 12 tengahhari.Masing-masing beransur pulang.Aku kena stay.Ada kem.

Terima kasih monyet-monyet sekalian.

Jumpa lagi semester depan.Terima kasih Syu.Bagi pinjam kereta!Sayang kau!











Vetcamp



Lepas  Final.Ada satu hari untuk rehat.Dan dengan penuh malas.Kena pergi kem.VetCamp.
Aktiviti tahunan.Untuk DVM 1.Aku dan kawan-kawan DVM 2 sebagai penganjur.Fasilitator kurang lebih
Objektif?Nak bagi Junior kenal Senior.Nak bagi peluang Senior usha Junior.Hah.Kau orang.Aku tak berminat.Takpe kalau diminati.Baru rasa mahal.Boo!

Kepada Junior.
Maaf untuk segala kekurangan.Kalau korang rasa hebat.Buatlah lebih baik dari kitorang.Amacam?

Kepada kawan-kawan.
Maaf.Kurang disiplin.Bangun lambat hari terakhir.Habis director mengamuk.Muka mamai tak bersalah.Terus join event penutup.
Tidur dalam hutan best.Sejuk semulajadi.Kena faham ini gak.Kah!

Aku bersama Vania.Fasililator group Orang Hutan.Walau tak menang.Aku rasa Vania adalah pasangan yang sangat best.Kawan!

Aku kena jadi Fasha Sanda.Joget lambak.Memang macam bodoh.Tapi sebab nak bagi orang lain enjoy.Bodoh pun nampak hebat.Huh.Sumpah malu.Itu bukan aku!Tapi Fasha Sanda hot!Kah!


Oh kenangan paling best.Paling ingat.Masih segar sampai sekarang.Waktu menulis entri ini.

Dancing!Dengan latar belakang  lagu "I Believe".Vivian sebagai koreografer.

Kitorang praktis menari malam sebelum pergi Vetcamp.Ada video.Tapi tak boleh upload.Ismasyahir spoil!Jadi joget lucah dah.Kelakar macam haram!




Apapun.VetCamp mengubat kecewa Final Semester 3.Lupa sekejap duka.

Terima kasih semua!









Jom menari!




They said you wouldn't make is so far uh uh
And ever since they said it, it's been hard
But nevermind the nights you had to cry
Cause you have never let it go inside
You worked real hard
And you know exactly what you want and need
So believe and you can never give up
You can reach your goals
Just talk to your soul and say…


I believe I can (I can)
I believe I will (I will)
I believe I know my dreams are real (know my dreams are real)
I believe I'll chant (Oh yea)
I believe I'll dance
I believe I'll grow real soon and (That's why)
That is what I do believe






16.11.08

Semester 3

Tempat aku study.





Berakhir semester 3.Alhamdulilllah Tuhan bagi kekuatan.Walau sebenarnya tak kuat.Tak sanggup nak menatap transkrip keputusan nanti.Rasa macam hancur.Tapi takpe.Aku dah usaha semampu sehabis baik.

Apa nak bagitau Mak dan Abah bila dorang tengok keputusan.

"Susah la mak."
"Tak cukup masa nak study."
"Tak sempat nak jawab soalan."

Entah.Apapun alasan.Minta-minta dorang faham.Aku dah cuba.Dan Kos Vet bukan kos cap ayam.Walau tak seagung Kos Perubatan.Tapi susahnya ternyata lebih.Aku rasa.

Pertama kali dalam hidup jawab test dan dapat D!B pun jarang wujud dalam slip keputusan.Inikan lagi D!Pasrah.Sudah termaktub.

Ada 7 semester menanti dihadapan.Hanya perlu kuat dan berminda positif.Boleh.Aku!

Luahan subjek:

Physiology:

Permulaan yang memberangsang.A untuk kedua-dua test.Gersang menanti soalan final.Soalan terakhir final."Blood Regulation"

"You got 7 minutes left"Katanya Prof Ali.
WTF!Memang mencaci.Tunggang terbalik.Rasa bodoh.Rasa gelap.Rasa nak menangis.Tapi tak sempat.
Redha.Hantar jela.


Anatomy:



Tiada masalah pada Test sebelumnya.Boleh pergi jauh.
Final?Duh! "Description of Long Bone"
Soalan mudah tapi sempat baca sebelum masuk dewan.Jawab dengan ingatan jangka pendek.Memang pendek la jawapan.
Subjek kegemaran aku.4 kredit.Tak dapat A.Hancur!

Praktikal Test.
Lawak ada.Sakit hati ada.Macam-macam.
I minit untuk setiap station.
Baru nak fikir mana satu kaki belakang.Kaki depan.Belum nak fikir jawapan.Loceng dah bunyi.
Kawan sebelah aku gelak sebab dia rasa dia dah gila.Aku senyum.Biarkan kosong.Pasrah!


Swine Production.
Test memang dah hancur.C dan D untuk kedua-dua test.Memang babi sebab subjek pun subjek babi.Babi oh Babi.
Takut.Sebab 4 kredit.Final boleh jawab.Tapi carrymarks macam haram.Betul semua Final pun.B+ je harapan.Kalau ada salah?Entah.




Itu je.Subjek pilihan untuk dikomen.Ada lagi.Genetics.Ethology.Ruminant.
Rasa macam ok.Tapi selalu bila rasa yang Ok tulah jadi Tak Ok.

Berserah.Tawakkal.Aku dah usaha.

Sekarang rasa nak menangis.



Selepas Subject Physiology!Down to earth.

Conteng slip pendaftaran kursus.Puas hati.


Dah penat waktu ni.Tapi ada satu lagi paper.Anatomy!Tidur dalam resah.





25.10.08

Futsal Interkolej

Dah banyak kali join futsal tournament.Baru kali ini Tuhan bagi nikmat kemenangan.Johan!

Ikut hati malas nak join.Nak fokus final.Tapi tak cukup pemain.Kawan ada yang injured.Ada komitmen lagi penting.Dengan hati terbuka.Join.

Tak aim pun nak menang.Main suka suka.Nak mandi peluh.
Tapi menang.Ambil jela.Syukur.Tuhan bagi nikmat.Sedar.

Ok.Aku penat.Tak boleh tulis panjang-panjang.Tengah final exam.Mood baik melonjak.
Nak jadi johan study.Walau susah sebab carrymark macam haram.

Takpe.Janji usaha.Pandang depan dan hadapi dengan senyuman.

Takda hal.



Keputusan Rasmi:

Peringkat Kumpulan.

K17 vs Pelajar Luar Kampus
[3-1]

K17-KOSASS
[2-1]

Separuh akhir

K17 - K6
[0-0]

Menang penalti :  6-5

Final

K17-K10
[2-0]
(Aku score waktu ni.Rasa macam Cristiano Ronaldo dah.Kah!)


Wajah Sang Juara

28.8.08

Aku Tak Pandai Main Bowling












Cerita sambungan.Lepas proposal diterima.Kiosk K17 bakal terbina.Balik kolej dengan baju korporat.Aku rasa handsome bila pakai baju ni.Hah.

Sampai kolej nak rehat.Malam ada meeting.

Jumpa kawan monyet aku dari Sarawak.Benny.Fida.

"Eh jom keluar Alamanda.Dr. Awang ajak".
Pelawa meraka.
"Aku nak rehat.Malam ni ada meeting."
Aku jawab selamba dengan muka penat.

"Sombong gila kau.Bukan selalu dapat keluar sama."

Uh.Ya kawan segala-galanya.Dan itu yang aku ada sekarang.Atas dasar mahu menghargai.Penat tolak tepi.
Celaka.Aku memang mudah tewas dengan pujuk rayu.Ini dari lelaki.Perempuan.Duh.Jangan mengada.Lain jadi nanti.

Dalam kereta.Rasa macam aku bukan kat semenanjung.3 manusia berbahasa ibunda Sarawak.Telinga sakit.Reaksi gelak.Padahal tak faham.Jaga hati kawan.Lagi sekali!

Jaik = Hodoh
Lawa = Sombong

Sempat belajar bahasa baru.

Eyh perempuan.Kau dahla JAIT.Tapi LAWA.Pergi mati boleh?

Contoh!

Jalan-jalan kat Al-Ikhsan.Lepak Quiksilver.Pastu main boling.

Tak hebat sebab tak selalu main.Tapi dapat kalahkan 3 manusia ini.Hebat.Aku rasa aku memang berbakat.
Boo!

Makan malam.Bual-bual.Habis pukul 7.15pm.Balik.Ada meeting.Datang lambat memang muka aku.

Terima kasih.Dr Awang.Ben.Fida.Walau penat.Aku terhibur.Aku happy.

Korang kawan yang best.

Jaik!




*fida vs dr. awang

*budakecik vs ben

*dr awang the weirdo



p/s : Study!Test 2 dah dekat.Huh

Proposal

Kawan MTM (Mati Tak Mahu)

Lab belah petang cancel.Pensyarah malas nak tengok muka aku dan kawan-kawan aku.Pandai sangat.Semua soalan boleh jawab.Tak pernah tak dapat A.Paling bodoh A+.

Melonjak gembira.Tapi ada kerja perlu diselesaikan.
Proposal permohonan untuk pembukaan Kiosk kat kolej.Tanggungjawab dan inisiatif aku dan kawan aku.Vivian.MTM Keusahawanan.Sebulan lebih bekerja untuk ini.

Sebelum ini aku mengeluh penat.Tak sempat study.Tidur tak bertempat.Ke kuliah sekadar merempat.Kerana ini.

Tak kisah.Komitmen.Aku dah jawab test.Aku dah buat kerja.Aku puas.

"Proposal anda diterima."

Tika kaki berpijak di ruang legar Bangunan HEP Bahagian Keusahawanan.Jawapan ini yang diterima.

Seakan memberi nafas baru.Hilang rasa penat selama ini.Terima kasih.Vivian.Kawan paling dedikasi.Seronok bekerja bersama.Hot pun hot.Sorry moi.U memang hot!
Kak Intan selaku presiden.Cantik tapi dah ada boyfriend.Kah.

Habiskan kerja cepat dan boleh study dengan tenang untuk Test 2.Minggu depan.Hoh!





SEBELUM


SELEPAS



p/s : Vivian tersenyum puas.Aku rasa nak balik bilik tidur.Penat.

24.8.08

Sepak Takraw Interkolej



Oh aku pilih untuk pergi menyepak takraw.Aku tak pergi.Penyertaan ditolak sebab tak cukup pemain.Aku tak pergi Pahang.Aku takde kat Pahang.Tiada kesan lain.

Jadi dengan akal kurniaan tuhan aku membuat keputusan ini.Dan aku rasa betul.

Keputusan.

Kalah dan masih lagi kalah.
Adat perlawanan.Kurang latihan.Masing-masing sepatutnya menjadi ulat buku tapi mahu jadi ulat yang berpeluh selepas baca buku.Turun latihan bila tiada kelas.Sabtu dan Ahad!

Kalau menang.Salah satu keajaiban dunia telah berlaku.

Apapun.Sekurang memberi pengalaman.

Pasukan Lauk :

Haziq
Khalil
Hasri
Cair
Toto
Saiful
Hafiz
Hanif
Zul




p/s: Majoritinya budak Medic dan Vet.Patut kalah?

22.8.08

Dilema



Esok ada trip pergi Pahang.Esok ada Sepak Takraw Interkolej.

Dua-dua aku nak buat.Tapi aku hanya berjasad satu.

Sepak Takraw.Aku tak hebat mana.Tapi kalau kat Kolej Skema 17.Aku boleh pakaila dibanding dengan ulat beluncas kerja jalan bawak buku.
Aku bekas Kapten pasukan sepak takraw SM Sains Muar(SAMURA).Kau tahu?

Pergi Pahang tengok gajah.Release tension dengan kawan kuliah.Baru lepas test.

Dua-dua belah ada kawan yang perlu hatinya dijaga.

Dilemma.

Kalaulah aku boleh belah badan jadi dua.Dan masih boleh hidup dan bagi bahagia puaskan hati semua.Aku buat.

Mimpi.

Tengoklah esok.Tunggu esok.






p/s : Rasa nak pergi...mati (tidur)

8.8.08

20


Dah umur 20.Tiada lagi belas-belas.Puluh.Budakecik dah meningkat dewasa.

Terima kasih kawan sekuliah untuk kek yang sedap dan cantik.Benda free semua sedap.Dan kejutan untuk ini.Otak masing-masing fikir nak jawab test.2 kertas dalam satu hari.Pecah kepala tapi masih ingat.

Aku terharu.Tapi aku taknak nangis.Tak kacak.

Apapun.Terima kasih!

Sayang korang!










28.7.08

Test


Otak kosong.Study berterabur.Ketagih tidur.Otak suruh study.Badan minta rehat.
Pergi kuliah tidur.Balik kuliah tidur.Dah macam babi.

Hidup baru.Ada komitmen.Tanggungjawab.Aku yang pilih jalan ni.Jadi tiada siapa perlu dipersalah.
Cuma perlu mengatur masa dengan lebih bijak bukan dengan otak.Akal!
Jadi lebih berakal dengan ada otak.Ada otak tak de akal.Bingai.
Bagi komitmen dan sedar study juga adalah komitmen.

Penat.

Tapi aku tetap kena hadap test.
Maksudnya aku kena study kalau nak jawab test dengan jawapan.

Tapi aku penat.

Esok aku study.
Janji.





p/s:

Rasa bersalah kat mak dan abah.

19.7.08

bola sepak interkolej



Perlawanan pertama.Menang 5-0.Bukan lagi pasukan belasahan mahupun pasukan bawah-anjing.
Semangat baju baru.KIKA.Tempah kat Al-Ikhsan.

Habis kelakar.Takpe.Yang penting selesa.Menang.
Jersey cantik kaki bangku otak bingai.Kalah.

Kau pilih mana?

Turun bagi sokongan.Padang Kolej 14.Tak datang pun takpe.Bukan hebat sangat pun main.

Terima kasih.



12.7.08

Perlawanan Persahabatan


Keputusan :

Kolej 17 vs KOSASS
4 - 0

Kolej 17 vs Kolej 15
4 - 1

Kolej 17 vs Kolej 16
1-0
(Aku tiada waktu ini.Ada kelas Ethology sampai pukul 7pm.Video presentation.Aksi lucah seekor badak.
Menarik.Tapi tak basah.Bingai!)


Teamates Yang Hebat :

Botak
Bijan
Haziq
Azizi
Zul
Khalil
Mahfuz
Hasri
Shahril
Gary
Nasir
Zahid
Hafiz
Anas
Bung
Taq
Cair




Jersey budak lagi hebat.Empat dan hebat.Memang tepat.


Sepi


"Takkan sebulan.3 entry jer..."

Si taksub blogger mula bersuara.Dia memang legend.Legend menganjing.

Aku penat.Kehidupan baru.Tanggungjawab sana.Sini.Situ.Study meraban entah ke mana.Balik bilik lepas meeting.Ingatkan study.Esok sedar aku mimpi aku study.
Bagus.

Kejayaan semakin digenggaman kaki.

Takpelah.Menyumbang pada kolej.Sekurangnya aku berjasa.Nanti aku boleh ungkit aku pernah berjasa.Takdelah duduk bilik saja goyang kaki sambil blogging.Dah blogging menganjing.

Memang macam anjing.

Nanti aku free.Aku blog banyak-banyak.Nak jugak rasa jadi anjing.Macam best kan bro?


Kah!





19.6.08

Praktikal Tahun Pertama

Aku dah balik 4 hari lepas.Penat dan rehat.Hari ni tak penat.Jadi aku share beberapa gambar sepanjang aku praktikal.Aku suka praktikal kat JB.Banyak benda boleh buat.Tengok.Dan menarik.

Hari-hari buat kerja kotor kat SPCA.Macam apa!Takpelah.Student 1st year.Nak expect apa uh?
Terima kasih bagi aku dan kawan-kawan aku kerja.Baik tolong mak aku sapu halaman rumah.

Zoo Taiping.Aku suka suasana.Walau kena sapu jalan tiap-tiap pagi.Tapi dapat tengok gajah free.Terus tak kisah.

Pelajar tahun pertama.Banyak lagi menanti di depan.

Teruja.









p/s :

Kena balik awal UPM.Aku jadi Pembantu Universiti.Macam fasi lebih kurang kat junior baru masuk.Hah.Sebat jela.Dari duduk tercongok kat rumah.Berbakti pada universiti.Boleh usha junior.Haha!

18.5.08

Praktikal Pertama

Praktikal pertama sebagai pelajar tahun pertama.Mula 19.5.2008.Esok!

SPCA Ampang - Seminggu
Zoo Taiping - Seminggu
Klinik Haiwan JB - Seminggu

Teruja walau ilmu kat dada macam takde.Sebab tu pergi praktikal.Nak tambah pengetahuan.Bingai macam haiwan dah.

Tiada update untuk tempoh 3 minggu.Aku takde broadband.Tak mampu.

Penipu!

Ok.Malas.Fokus praktikal.Nak jadi pandai.Nak berbakti pada binatang.Nak jadi manusia.

25.4.08

Hilang


Baru lepas test SAK.Subjek bawah Fakulti Teknologi.Konon nak release tension.Soalan susah.Objektif.Tak susah pun.Tak study boleh jawab.Bukan bongkak.Memang betul.Kalau kau tak bingai macam ayam.

Kawan aku ajak lepak.Makan luar.Bosan makan cafe kolej.Mapley.

Lepas makan.Perut kenyang.Nafsu lain datang.

"Jom usha movie.Awal lagi nak balik pun."

Menurut sahaja.Takkan aku nak balik sorang.Aku tak minat lepak tengok wayang sebenarnya.Duduk bilik makan Twisties dengan Nescafe panas 3 in 1.Hisap rokok Dunhill.Lagi best.
Lagipun ayah aku tak bagi aku lepak pawagam.Dari aku kecik.Bila besar.Aku tak biasa.Aku pun jadi tak suka.

Jaga hati kawan punya pasal.Nanti kata aku skema babi.Payah!

Aku sibuk main handphone masa movie tengah main.Bukan awek.Aku takde awek.Zaman bila.Sebab aku rasa cerita tu bosan.Belek handphone lagi menghibur.

Habis cerita.Bangun cepat-cepat.Keluar.Balik kolej.Sampai bilik.

Haram!Handphone aku tercicir.Memang menyumpah.Seranah sana sini.Bernanah hati.Dahla cerita tak best.Handphone hilang.

Celaka punya hari.


Dengar cakap Abah.

Padan muka.Anak derhaka selalu duka.



p/s - Kakak aku bagi handphone dia.Selamat duit JPA.Terima kasih kak.Sayang kau!








Veterinar


Aku dalam pembikinan jadi tabib haiwan.Pilihan ke-7 permohonan UPU.7?Kau tak minat?Aku minat tapi keluarga aku kurang senang.Mak aku.Mula-mula.Cakap punya cakap.Diorang faham.

Keluarga tipikal nak anaknya menjadi doktor,jurutera dan bagai lagi.

Cuba penuhi permintaan.Buktinya aku letak kos Medic dalam 4 pilihan teratas.Tak dapat.Bukan salah aku.
Aku minat forensik sebab pengaruh CSI.Itupun tak dapat.

Doktor Haiwan.Cool apa.Doktor gak!Kan mak?Mak aku senyum.

"Belajar rajin-rajin.Mak doakan"

Sebab kenapa aku sayang mak aku.Sebab dia faham aku.

Teruja nak jadi doktor haiwan.Taknak pandang kebelakang lagi dah.Doakan aku.