25.4.08

Hilang


Baru lepas test SAK.Subjek bawah Fakulti Teknologi.Konon nak release tension.Soalan susah.Objektif.Tak susah pun.Tak study boleh jawab.Bukan bongkak.Memang betul.Kalau kau tak bingai macam ayam.

Kawan aku ajak lepak.Makan luar.Bosan makan cafe kolej.Mapley.

Lepas makan.Perut kenyang.Nafsu lain datang.

"Jom usha movie.Awal lagi nak balik pun."

Menurut sahaja.Takkan aku nak balik sorang.Aku tak minat lepak tengok wayang sebenarnya.Duduk bilik makan Twisties dengan Nescafe panas 3 in 1.Hisap rokok Dunhill.Lagi best.
Lagipun ayah aku tak bagi aku lepak pawagam.Dari aku kecik.Bila besar.Aku tak biasa.Aku pun jadi tak suka.

Jaga hati kawan punya pasal.Nanti kata aku skema babi.Payah!

Aku sibuk main handphone masa movie tengah main.Bukan awek.Aku takde awek.Zaman bila.Sebab aku rasa cerita tu bosan.Belek handphone lagi menghibur.

Habis cerita.Bangun cepat-cepat.Keluar.Balik kolej.Sampai bilik.

Haram!Handphone aku tercicir.Memang menyumpah.Seranah sana sini.Bernanah hati.Dahla cerita tak best.Handphone hilang.

Celaka punya hari.


Dengar cakap Abah.

Padan muka.Anak derhaka selalu duka.



p/s - Kakak aku bagi handphone dia.Selamat duit JPA.Terima kasih kak.Sayang kau!








Veterinar


Aku dalam pembikinan jadi tabib haiwan.Pilihan ke-7 permohonan UPU.7?Kau tak minat?Aku minat tapi keluarga aku kurang senang.Mak aku.Mula-mula.Cakap punya cakap.Diorang faham.

Keluarga tipikal nak anaknya menjadi doktor,jurutera dan bagai lagi.

Cuba penuhi permintaan.Buktinya aku letak kos Medic dalam 4 pilihan teratas.Tak dapat.Bukan salah aku.
Aku minat forensik sebab pengaruh CSI.Itupun tak dapat.

Doktor Haiwan.Cool apa.Doktor gak!Kan mak?Mak aku senyum.

"Belajar rajin-rajin.Mak doakan"

Sebab kenapa aku sayang mak aku.Sebab dia faham aku.

Teruja nak jadi doktor haiwan.Taknak pandang kebelakang lagi dah.Doakan aku.





24.4.08

Aku Freestyler?

Ini hobi aku.Aku takde awek nak disepak.Memang patut kena sepak.Tapi taknak.Tak baik.Mereka juga manusia.Walau ada layan aku macam kera.

Aku takda bakat pun.Timang bola dan tiba-tiba rasa aku ada potensi untuk ada bakat.Aku pun buat.

"Boleh pergi jauh ni"

Riak tapi sebenarnya bagi dorongan pada diri.Aku takla sampah.Ada benda boleh buat.

Bila bosan tengok nota.Aku ambil bola.Aku timang dengan perasaan.Tiba-tiba gembira.Aku suka.
Aku pun buat selalu.Berangan nak jadi hebat.Cita mula lebat.

I'm Not Freestyler.

Aku Bukan Freestyler.

Tapi rasa macam ada gaya.

Boo!











23.4.08

N.I.K.E
















Aku minat NIKE!"Goddess of Victory".Dewa kemenangan?Ah!Buat aje!Ini koleksi setahun aku kat UPM.Baru rasa duit sendiri.Dengan kerja.Ye.Belajar dan nanti berbakti.Dapat duit.JPA bagi.

Aku belajar.Bosan aku beli kasut.Nak pergi kuliah kena pakai kasut.Jadi aku guna duit dan belanja pada benda yang betul.Kan?
Kalau boleh pakai selipar jepun.Lagi aku suka.Kaki lebih berangin.

Tak mampu nak beli yang "rare" warna menyakit mata sana sini.
Cukup syarat ada lambang "betul" Aku dah cukup suka.Gembira teruja nak pergi kuliah.

Tipu punya monyet.

Siapa nak bagi hadiah hari lahir.Bagilah yang ada tanda "betul".Tak jadi awek.Jadi kawan aku.Cukup?Taknak awek.Sakit otak.Tak masuk dah.

Apapun.Buat je!


aku kini adalah seorang blogger















Baru seminggu cuti.Bosan menjelma.Kawan  aku kata blogging itu seronok."Man of The Year".

Yeke?

Cubalah.

Bunuh bosan.Butuh teman.Tiada teman.Meluah meludah disini.
Agak boleh terima.Kita tengok.Pergi jauh mana.

BUDAKECIK mula bertatih.Tolong hulur tangan bagi bantuan.