28.8.08
Aku Tak Pandai Main Bowling
Cerita sambungan.Lepas proposal diterima.Kiosk K17 bakal terbina.Balik kolej dengan baju korporat.Aku rasa handsome bila pakai baju ni.Hah.
Sampai kolej nak rehat.Malam ada meeting.
Jumpa kawan monyet aku dari Sarawak.Benny.Fida.
"Eh jom keluar Alamanda.Dr. Awang ajak".
Pelawa meraka.
"Aku nak rehat.Malam ni ada meeting."
Aku jawab selamba dengan muka penat.
"Sombong gila kau.Bukan selalu dapat keluar sama."
Uh.Ya kawan segala-galanya.Dan itu yang aku ada sekarang.Atas dasar mahu menghargai.Penat tolak tepi.
Celaka.Aku memang mudah tewas dengan pujuk rayu.Ini dari lelaki.Perempuan.Duh.Jangan mengada.Lain jadi nanti.
Dalam kereta.Rasa macam aku bukan kat semenanjung.3 manusia berbahasa ibunda Sarawak.Telinga sakit.Reaksi gelak.Padahal tak faham.Jaga hati kawan.Lagi sekali!
Jaik = Hodoh
Lawa = Sombong
Sempat belajar bahasa baru.
Eyh perempuan.Kau dahla JAIT.Tapi LAWA.Pergi mati boleh?
Contoh!
Jalan-jalan kat Al-Ikhsan.Lepak Quiksilver.Pastu main boling.
Tak hebat sebab tak selalu main.Tapi dapat kalahkan 3 manusia ini.Hebat.Aku rasa aku memang berbakat.
Boo!
Makan malam.Bual-bual.Habis pukul 7.15pm.Balik.Ada meeting.Datang lambat memang muka aku.
Terima kasih.Dr Awang.Ben.Fida.Walau penat.Aku terhibur.Aku happy.
Korang kawan yang best.
Jaik!
Proposal
Lab belah petang cancel.Pensyarah malas nak tengok muka aku dan kawan-kawan aku.Pandai sangat.Semua soalan boleh jawab.Tak pernah tak dapat A.Paling bodoh A+.
Melonjak gembira.Tapi ada kerja perlu diselesaikan.
Proposal permohonan untuk pembukaan Kiosk kat kolej.Tanggungjawab dan inisiatif aku dan kawan aku.Vivian.MTM Keusahawanan.Sebulan lebih bekerja untuk ini.
Sebelum ini aku mengeluh penat.Tak sempat study.Tidur tak bertempat.Ke kuliah sekadar merempat.Kerana ini.
Tak kisah.Komitmen.Aku dah jawab test.Aku dah buat kerja.Aku puas.
"Proposal anda diterima."
Tika kaki berpijak di ruang legar Bangunan HEP Bahagian Keusahawanan.Jawapan ini yang diterima.
Seakan memberi nafas baru.Hilang rasa penat selama ini.Terima kasih.Vivian.Kawan paling dedikasi.Seronok bekerja bersama.Hot pun hot.Sorry moi.U memang hot!
Kak Intan selaku presiden.Cantik tapi dah ada boyfriend.Kah.
Habiskan kerja cepat dan boleh study dengan tenang untuk Test 2.Minggu depan.Hoh!
SEBELUM

SELEPAS

p/s : Vivian tersenyum puas.Aku rasa nak balik bilik tidur.Penat.
24.8.08
Sepak Takraw Interkolej

Oh aku pilih untuk pergi menyepak takraw.Aku tak pergi.Penyertaan ditolak sebab tak cukup pemain.Aku tak pergi Pahang.Aku takde kat Pahang.Tiada kesan lain.
Jadi dengan akal kurniaan tuhan aku membuat keputusan ini.Dan aku rasa betul.
Keputusan.
Kalah dan masih lagi kalah.
Adat perlawanan.Kurang latihan.Masing-masing sepatutnya menjadi ulat buku tapi mahu jadi ulat yang berpeluh selepas baca buku.Turun latihan bila tiada kelas.Sabtu dan Ahad!
Kalau menang.Salah satu keajaiban dunia telah berlaku.
Apapun.Sekurang memberi pengalaman.
Pasukan Lauk :
Haziq
Khalil
Hasri
Cair
Toto
Saiful
Hafiz
Hanif
Zul
p/s: Majoritinya budak Medic dan Vet.Patut kalah?
22.8.08
Dilema
Esok ada trip pergi Pahang.Esok ada Sepak Takraw Interkolej.
Dua-dua aku nak buat.Tapi aku hanya berjasad satu.
Sepak Takraw.Aku tak hebat mana.Tapi kalau kat Kolej Skema 17.Aku boleh pakaila dibanding dengan ulat beluncas kerja jalan bawak buku.
Aku bekas Kapten pasukan sepak takraw SM Sains Muar(SAMURA).Kau tahu?
Pergi Pahang tengok gajah.Release tension dengan kawan kuliah.Baru lepas test.
Dua-dua belah ada kawan yang perlu hatinya dijaga.
Dilemma.
Kalaulah aku boleh belah badan jadi dua.Dan masih boleh hidup dan bagi bahagia puaskan hati semua.Aku buat.
Mimpi.
Tengoklah esok.Tunggu esok.
p/s : Rasa nak pergi...mati (tidur)
8.8.08
20

Dah umur 20.Tiada lagi belas-belas.Puluh.Budakecik dah meningkat dewasa.
Terima kasih kawan sekuliah untuk kek yang sedap dan cantik.Benda free semua sedap.Dan kejutan untuk ini.Otak masing-masing fikir nak jawab test.2 kertas dalam satu hari.Pecah kepala tapi masih ingat.
Aku terharu.Tapi aku taknak nangis.Tak kacak.
Apapun.Terima kasih!
Sayang korang!







Subscribe to:
Posts (Atom)