17.11.08

Kem Perkasa Kolej 17


Kem ni bagi aku best ah.Yup.Best!Walau hanya berlangsung kat Bukit Ekspo.Jauh gila!Kah.Objektif kem.?Mencari bakal  MTM untuk sesi akan datang.Malam pertama.Ada briefing pukul 9pm kat DKU Fakulti Perubatan.

Aku bangun tidur.Jam menunjukkan pukul 9.01 pm.Doi!Tiada siape kejut aku!.Erkhh.Memangla tiada siapa kejut.Aku tinggal seorang je kat rumah tu.Sunyi!Waktu ni bagi aku peluang dan ruang untuk hargai teman-teman sebilik.Manusia memang macam ni kan?Dah takde baru sedar.Baru nak mencari.Baru nak menghargai.Yup.Keadaan terkadang memberi kita ruang untuk muhasabah diri.Aku ada korang je.Susah senang.Gelak tawa.Tapi sebab masing-masing ada komitmen.Kita terlupa.Indahnya persahabatan ini.Maaf kalau rasa terabai!Oh lari topik.Selingan Nak korang tahu betapa aku hargai persahabatan ini.Buktinya rasa yang aku rasa ini.Jadi mulai sekarang.Aku kena dan perlu hargai korang.Sampai bila-bila.Korang pun!

Berbalik pada cerita.9.01pm..Aku bangun.Belum sempat  mencapai HP aku.Ia berbunyi.Tengok skrin.Kak Intan.Presiden MTM!Mati aku!

"Salam Kak.Ha.Taq tengah bersiap ni.Kejap lagi Taq sampai.
Eleh.Yela tu..Baru bangun tidur kan?Takpe..Cepat sikit.Majlis dah nak mula."

Fuh.Baiknyer hati seorang presiden.Mungkin dia faham kot.Aku baru balik dari VetCamp.Mungkin tak hilang penat lagi.Hek!Padahal?Merayap di ibukota sampai pagi buta.Sori Kak Intan kalau terbaca post ni.Huh.

Tugas aku sepanjang kem ni.Bendahari,Timbalan Kem Komanden dan juga Faci.Hebat kan?Kah!Oh kem ni bagi input berguna.Korang pun tahu.Aku susah nak serius.Gelak sana.Gelak sini.Buat lawak sengal.Sampai dapat gelaran BUDAK SENGAL 1 dalam MTM.

Jadi waktu kem ni.Aku diperlukan untuk serius.Dan aku berjaya lakukannya.Maki peserta.Teriak sana.Hamun sini.Oh hanya lakonan.Itu termaktub dalam skrip kem.Huh.Aku tahu ada yang benci.Sukahati.Tak MTM ah tak boleh kena tegur.Hih.

Lepas ni ada kem kat Port Dickson dan Pulau Pangkor.

Harap dapat pergi.Isi waktu cuti.Tambah pengalaman.Jadi manusia sebenar manusia.

Chalo!





selepas Vetcamp

Lepas balik VetCamp.Malam tu ada meeting.Kem Perkasa Kolej 17.Kem lagi!Jadi fasi lagi.Huh.
Kawan ajak keluar malam tu.Tapi terpaksa tunggu aku habis meeting.Terima kasih menunggu.Aku angkat kaki awal meeting.Kah.Ada sebab!MTM sebabkan aku kurang masa dengan kawan kuliah!Sebelum ni dorang ada ajak keluar.Tapi tak boleh.Sebab ada meeting.Komitmen.

Kesian mereka.Aku pun nak masa dengan kawan-kawan.Mengerti?

Takpela.Aku pegang peranan sebagi Bendahari.Jadi watak dan peranan aku diperlu tika habisnya kem.Claim duit sana sini.Huh.

Hilang penat resah kesah dengan hisap shisha kat Bangi.Rasa bebas bila otak dipenuhi asap.Mana tak!Semester 3 terlalu menyeksa.Jiwa raga.

Makan-makan.Dan plan nak lepak rumah budak Brunei.Juwai dan Ana.Sebab tak boleh masuk kolej selepas 12.Juwai dah bagi greenlight.Siap kemas rumah nak sambut kehadiran Hot Guys.Tapi hampa.Tak jadi.Sorry bruneians!Ada sebab!

Lepas Shisha.Pergi karaoke kat Alamanda.Tapi tak dapat sebab dah tutup.

"Jom lepak KL.Bukit Bintang?" Kawan aku bagi idea.
Masing-masing sangap nak berhibur.Angguk.

Dalam perjalanan.Tiba-tiba aku sedar dompet aku takde.Haram.Tercicir.Patah balik.Fuh!Nasib baik jumpa.Padan muka.Nak seronok sangat.Menangis dapat!

Terus pergi KL.Sampai KL.Cari parking.Ada cina datang.Ingat nak tegur sebab salah parking.

"Lu orang mau amoi ka?"

Celaka.Muka kitorang memang macam lelaki sangap takde masa depan.Tapi takdelah nak langgan pelacur.Masih ada ingat Tuhan la!Haram punya manusia.

Jalan-jalan menghirup udara malam Kuala Lumpur.Lepak McD.Macam orang takde masa depan.Sumpah memang terejal punya perangai.Takpe.Janji gembira dan masih ingat Tuhan.

Buat kerja bodoh sampai pukul 4 lebih.Pagi.Jadi terpaksa cancel kunjungan ke rumah bruneians.Terus balik kolej.Sampai cun-cun pukul 6 lebih.

Tidur.Bangun pukul 12 tengahhari.Masing-masing beransur pulang.Aku kena stay.Ada kem.

Terima kasih monyet-monyet sekalian.

Jumpa lagi semester depan.Terima kasih Syu.Bagi pinjam kereta!Sayang kau!











Vetcamp



Lepas  Final.Ada satu hari untuk rehat.Dan dengan penuh malas.Kena pergi kem.VetCamp.
Aktiviti tahunan.Untuk DVM 1.Aku dan kawan-kawan DVM 2 sebagai penganjur.Fasilitator kurang lebih
Objektif?Nak bagi Junior kenal Senior.Nak bagi peluang Senior usha Junior.Hah.Kau orang.Aku tak berminat.Takpe kalau diminati.Baru rasa mahal.Boo!

Kepada Junior.
Maaf untuk segala kekurangan.Kalau korang rasa hebat.Buatlah lebih baik dari kitorang.Amacam?

Kepada kawan-kawan.
Maaf.Kurang disiplin.Bangun lambat hari terakhir.Habis director mengamuk.Muka mamai tak bersalah.Terus join event penutup.
Tidur dalam hutan best.Sejuk semulajadi.Kena faham ini gak.Kah!

Aku bersama Vania.Fasililator group Orang Hutan.Walau tak menang.Aku rasa Vania adalah pasangan yang sangat best.Kawan!

Aku kena jadi Fasha Sanda.Joget lambak.Memang macam bodoh.Tapi sebab nak bagi orang lain enjoy.Bodoh pun nampak hebat.Huh.Sumpah malu.Itu bukan aku!Tapi Fasha Sanda hot!Kah!


Oh kenangan paling best.Paling ingat.Masih segar sampai sekarang.Waktu menulis entri ini.

Dancing!Dengan latar belakang  lagu "I Believe".Vivian sebagai koreografer.

Kitorang praktis menari malam sebelum pergi Vetcamp.Ada video.Tapi tak boleh upload.Ismasyahir spoil!Jadi joget lucah dah.Kelakar macam haram!




Apapun.VetCamp mengubat kecewa Final Semester 3.Lupa sekejap duka.

Terima kasih semua!









Jom menari!




They said you wouldn't make is so far uh uh
And ever since they said it, it's been hard
But nevermind the nights you had to cry
Cause you have never let it go inside
You worked real hard
And you know exactly what you want and need
So believe and you can never give up
You can reach your goals
Just talk to your soul and say…


I believe I can (I can)
I believe I will (I will)
I believe I know my dreams are real (know my dreams are real)
I believe I'll chant (Oh yea)
I believe I'll dance
I believe I'll grow real soon and (That's why)
That is what I do believe






16.11.08

Semester 3

Tempat aku study.





Berakhir semester 3.Alhamdulilllah Tuhan bagi kekuatan.Walau sebenarnya tak kuat.Tak sanggup nak menatap transkrip keputusan nanti.Rasa macam hancur.Tapi takpe.Aku dah usaha semampu sehabis baik.

Apa nak bagitau Mak dan Abah bila dorang tengok keputusan.

"Susah la mak."
"Tak cukup masa nak study."
"Tak sempat nak jawab soalan."

Entah.Apapun alasan.Minta-minta dorang faham.Aku dah cuba.Dan Kos Vet bukan kos cap ayam.Walau tak seagung Kos Perubatan.Tapi susahnya ternyata lebih.Aku rasa.

Pertama kali dalam hidup jawab test dan dapat D!B pun jarang wujud dalam slip keputusan.Inikan lagi D!Pasrah.Sudah termaktub.

Ada 7 semester menanti dihadapan.Hanya perlu kuat dan berminda positif.Boleh.Aku!

Luahan subjek:

Physiology:

Permulaan yang memberangsang.A untuk kedua-dua test.Gersang menanti soalan final.Soalan terakhir final."Blood Regulation"

"You got 7 minutes left"Katanya Prof Ali.
WTF!Memang mencaci.Tunggang terbalik.Rasa bodoh.Rasa gelap.Rasa nak menangis.Tapi tak sempat.
Redha.Hantar jela.


Anatomy:



Tiada masalah pada Test sebelumnya.Boleh pergi jauh.
Final?Duh! "Description of Long Bone"
Soalan mudah tapi sempat baca sebelum masuk dewan.Jawab dengan ingatan jangka pendek.Memang pendek la jawapan.
Subjek kegemaran aku.4 kredit.Tak dapat A.Hancur!

Praktikal Test.
Lawak ada.Sakit hati ada.Macam-macam.
I minit untuk setiap station.
Baru nak fikir mana satu kaki belakang.Kaki depan.Belum nak fikir jawapan.Loceng dah bunyi.
Kawan sebelah aku gelak sebab dia rasa dia dah gila.Aku senyum.Biarkan kosong.Pasrah!


Swine Production.
Test memang dah hancur.C dan D untuk kedua-dua test.Memang babi sebab subjek pun subjek babi.Babi oh Babi.
Takut.Sebab 4 kredit.Final boleh jawab.Tapi carrymarks macam haram.Betul semua Final pun.B+ je harapan.Kalau ada salah?Entah.




Itu je.Subjek pilihan untuk dikomen.Ada lagi.Genetics.Ethology.Ruminant.
Rasa macam ok.Tapi selalu bila rasa yang Ok tulah jadi Tak Ok.

Berserah.Tawakkal.Aku dah usaha.

Sekarang rasa nak menangis.



Selepas Subject Physiology!Down to earth.

Conteng slip pendaftaran kursus.Puas hati.


Dah penat waktu ni.Tapi ada satu lagi paper.Anatomy!Tidur dalam resah.