15.12.08

Perhimpunan Patriotisme Putra - Port Dickson


Baru balik dari kem.Perhimpunan Patriotrisme Putra.Memang habis patriot aku dah.Hah!
Semua kolej-kolek kat UPM terlibat.Ahlinya terdiri daripada MTM dan sedikit bakal-bakal MTM.
Jadi mudahnya Perhimpunan Budak-Budak MTM yang cuba di"patriotkan".Ha!

Best.Sumpah aku tipu .Tapi sekurangnya terisi masa cuti.Dari tak buat apa.

Aku boleh berzapin!Sebab ada slot belajar zapin.Nak patah tulang belakang.Seumur hidup tak pernah berzapin.Tak pernah ingat pun nak berzapin.Tapi serius.Best.

Kem ni sangat santai.Tak stress.Memang sengaja dibuat begitu.Baguslah.Aku pun enjoy.

Lepak kedai makan dengan MTM mates aku.Main game.Habis riuh kedai makan tu dengan gelak tawa kitorang.Idea dari Khalil.Thanks bro!Sangat best.Melihat sejau mana seorang yang lampi itu lampi.Ayam!Kah!

Ada pertandingan teater.Aku dapat sama kumpulan dengan Kolej10,Kolej13 dan SUKSIS.Nama kumpulan?LEMANG!

Johan la beb!Kah!

Lain-lain macam demo CPR.Lepas tu dapat pergi Asean University Games kat Bukit Jalil.Percuma.Hih.

Jadi?

Kem ni best.

p/s : Ada slot ceramah oleh Prof Dato' Sheikh Omar(Pak Sheikh).Bangga aku jadi budak vet.Dan sekadar meminjam kata-kata beliau.

"LOVE IS NOT LOVE UNTIL YOU GIVE IT!"

Jadi kalau tak sanggup nak memberi.Itu bukan CINTA!

Hih!




Sinilah Khalil dan Azizi berendam pukul 3 pagi.Sorry tak dapat join.Sejuk dan tak reti berenang.Kah!

Kalau anjing kau nak buat macamana Taq?Entah.



ASEAN UNIVERSITY GAMES

5.12.08

Topman

Iklan ini berbayar



Ini post nak tolong kawan baik aku.Kawan dari sekoleh menengah.Sains Muar.Jumpa lagi kat UPM.
Toto.Ahmad Akram Khairul Azmi.Kenapa TOTO?Nanti cerita.

Ha.Dia hilang topi kesayangan dia.Baru beli.Topman tu!Bukan 2 ringgit.Puluh ringgit.Padan muka.Nak bergaya kena pandai bro!Pandai jaga barang untuk bergaya.

Sekarang tengok.Siapa susah?
Sebagai kawan.Aku muatkan blog aku ini dengan iklan gambar hilangnya topi dia.
Jadi kalau korang terjumpa.Terambil.Pulangkan.Kesian dia.Sedih macam hilang awek!Mimpi topi sampai basah!Haha.


Oh kenapa TOTO.Kat Sains Muar.Dan aku rasa kat boarding school mana-mana pun.Ada tradisi senior akan bagi nama kat junior.Jadi si Akram ni dapat nama TOTO.Sebab muka dia macam orang suka main judi.TOTO.Kah!

Oh aku juga ada nama.IPUP!Kenapa.Terbalikkan.PUPI.Anak anjing!Haram punya senior.
Tapi takpe.Tak melekat nama ni sebab kawan aku lagi senang suka panggil aku TAQ.Hih.

Banyak lagi nama.Semuanya lucah!

Tak tipu.

Kawan kelas aku.

PayCun - Pan**t Cun
Pablo - Pan**t Berlubang

Huh?

Legacy.Masih hingga kini.

Jadi jangan masuk boarding school.Sains Muar terutamanya.Kah!Sorry pengetua.Gurau!

Tinggal kenangan.Sempat bergaya sebelum hilang.



p/s - To.Berbanggalah.Dapat masuk dalam blog aku.Ingat senang ke?Hah!

1.12.08

Bosan


Lama lagi rasa cuti.Otak dah berkarat.Rasa bodoh.
Kan best kalau boleh manage masa sendiri.Esok aku nak pergi kuliah.Lusa aku nak tidur.Aku nak test next week.Kan best kalau sistem pendidikan kat Universiti macam ni.Kalaulah boleh.Rasa-rasa ramai tak yang grad?Haram!

Cuti semester kali ni tak buat praktikal.Kawan-kawan sepakat nak buat semester depan.Nak enjoy cuti semester ini.Layan!
Boleh luang masa bersama family.Sejak masuk U.Susah dah nak luang masa.Sibuk san.Sibuk sini.
Jadi manfaatkan masa bersama family.Tapi lama-lama pun tak boleh.Jadilah seperti ini.Mak pun dah bosan tengok muka bujang pemalas bangun lambat kerja nak makan.Huh.

Nak lepak dengan kawan pun.Kawan aku kurang kat sini.Aku mula masuk asrama sejak Form 1.Jadi kawan semua bersepah jauh.
Kawan sekolah rendah.Sebab dah lama tak jumpa.Bila jumpa pun macam dah tak kenal.Senyum dan cakap hai dan pergi.Tak salahkan mereka.Aku pun jenis yang suka terperuk kat rumah.Malas keluar bersosial.Nah.Sekarang rasakan.

Takpela.Aku ada adik lelaki.Selalu buat apa-apa dengan dia.Lepak.Keluar makan.Rasa cukup.Hih.

Dan inilah fungsi blog.Bila bosan boleh meluah.Hilang sikit bosan walau masih bosan.

Awek takde?Pergi la dating!

Soalan apa ni?
Oh aku gay.Huh!
Tak ah.Malas.Tak berminat.Bukan membenci.Pengalaman lepas mengajar.Takpe.Sekurangnya aku ada pengalaman menyelami hati seorang hawa.
Kalau lepas ni terbuka hati.Sekurangnya aku tak terkial-kial macam orang sakai.Cool!
Hah!Itukan hikmah.Kan?

Sekarang.Jujur.Aku selesa bersendiri.Walau terkadang.Normal la.Ada perasaan nak dijaga dan menjaga.Tak nak layan sangat.Aku pun ada kawan yang memahami dan aku rasa itu cukup.Untuk bagi gembira.

Jangan usha aku!Main jauh-jauh.Aku bosan.Tapi lagi bosan dengan kau.

Kah.
Perasan ada orang usha.

Ini namanya?POYO!

Tak!

Single sangatla AWESOME!

Macam?

Aku!



Chalo!