23.3.09

Prokasih

Prokasih.Baru nak memahami erti sebenar program ini.Dulu.Sambil lewa.X minat nak sertai apa-apa aktiviti.Yup.Aku setuju dengan kawan aku.Nak lebih serius.Study.Semua orang boleh study.Semua ada semangat untuk study.Sebab.Nak dapat A.Nak score.X salah pun.Cuma terkadang aku terfikir.Aku perlu lebih serius dalam kos ni.Ada apa dengan A?Kalau hanya mampu diterjemahkan dalam kertas peperiksaan,tidak secara praktikal?(monolog).Pengalaman!Ya.Perkataan yang sesuai untuk digunakan.

Tiada sebab lain aku join program ni.Aku nak pengalaman.Bina keyakinan diri.Mungkin sebab ini.Bagi kekuatan kat aku.Join program ni.Walaupun malam sebelumnya tidur pukul 4 pagi.Layan movie.Hampeh la kau!X kisah.Walaupun datang lambat.Haha.9 missed calls.Huh.
Yup!.Tak bermakna,aku akan abaikan study.Aku nak dua-dua!Tamak?Tak!Dua-dua punya kepentingan sendiri.Hanya perlukan sedikit pengorbanan.Mungkin banyak!Masa dan Komitmen.Cakap memang senang.Huh.Takpe!Sekurang-kurangnya,aku dah tahu apa yang aku perlu buat sekarang dan untuk hari mendatang.Study dan pada masa yang sama, ambil peluang timba pengalaman.

Kawan aku.Blog kau ni blog motivasi eyh?hah!Mungkin.Komen yang membina.Walaupun sedikit sentap.Entah.Aku selesa untuk menulis sesuatu,yang boleh ,sekurang-kurangnya,menaikkan semangat aku.Dan pasti aku harap bagi kebaikan pada orang lain.Terutamanya.Kawan-kawan aku.Tiada niat lain bro!haha.

Harapan aku.Aku mampu luangkan lebih banyak masa untuk aktiviti-aktiviti begini.Yup!Aku perlu lebih serius!Jom!!!

17.3.09

Olympia Vet


Melabuhkan tirai ahad lepas.15 Mac.Tahniah!buat Benny selaku pengarah program.Lebih manis.Hari lahirnya jatuh pada hari tersebut.Belum telambat.Happy Birthday bro!Terima kasih.Belanja steamboat.

Keseluruhannya.Puas!Sodak Mantak memang sedap dan mantap!Johan keseluruhan.Johan Cheerleading.X sia-sia practice.Yup.Kenangan yang manis untuk dikenang.Kawan aku "Best la U life ni.Banyak benda yang aku x pernah buat,aku buat.Positif atau negatif?Dua-dua!!"
Yup.aku setuju dengan kau bro.Memang best.X pernah main netball.Main.X pernah join cheerleading.Join.Terima kasih.bagi peluang kat diri aku mencuba sesuatu yang baru!

Kecewa?hurm.Mesti ada.Pertamanya,aku tak dapat join team futsal.Komitmen yang lebih penting diperlukan.Xpela.Atleast korang tetap menang.Tahniah.Kedua.Tahun ni,masih kalah dengan anas.Huh.Penat.Xpela.Mungkin.Aku hanya boleh menang bila dia xda.haha.Mungkin!

Masih tergelak besar.Tengok video cheerleading.Aku banyak buat silap.Habis jadi bahan gelak.Oit.Aku pertama kali la.Kesilapan adalah lumrah.Jadi,berhenti gelakkan aku.Haha.Gurau.Best la.X kisah pun.

Okla.Terima kasih kepada coursemates.Komitmen korang.Salute!
Maaf.Terkasar bahasa,terlebih gurau,sepanjang program ni.

One Love for u guys!!!~

12.3.09

bulan



Siapa tak dapat lagi lab manual??Aku baru sahaja masuk.Ambil kerusi dari lab sebelah.Segera angkat tangan.Ha!Tunggu apa lagi.Pergilah ambil.Erkh.Aku kelu.Diam seribu bahasa.Terkejut.Kawan-kawan aku apa lagi.Ini lah masa nak bahan aku.Kedengaran.”Ntah,pergilah ambil....ooooo”.Kawan aku.”Orang lain pun nak study patho gak bro”.Kecoh .Gamat seketika suasana.Hyperemia muka aku.Ingat segalanya akan berakhir di situ. “ Nak tunggu bulan jatuh ke riba ke??”..sambung dia.

Wah!Sentap 1000 kilo!

Buatkan aku muhasabah diri sebentar.Apa salah aku kat dia?atau,Balasan.Ponteng lab dia minggu lepas.Ah!Dia saja bergurau.Positif.Ramai kawan-kawan aku juga tak hadir.Kenapa aku?Aku ponteng bersebab.Sebab yang relevan untuk diri aku.Tidak untuk orang lain.Bukan selalu!hah~

Masih lagi kedengaran...”...nak tunggu bulan jatuh ke riba ke?...”..disambung dengan gelak tawa,sepanjang lab mahupun selepas lab.Tak mengapa.Tahan.Untuk hari ini.Fokus untuk test selepas lab,Pathology!Buatkan aku cepat lupa apa yang terjadi sebentar tadi.Bolehlah jawab.A?No komen.Fokus untuk test seterusnya.BACTERIOLOGY!Trauma!Soalan adalah ciptaan dia.

Maaf.Sebelum terlambat.

10.3.09

Man Utd : Kenapa MU?


Kadang-kadang,aku terfikir,kenapa MU.Mengapa tidak ArSENGAL,liverFOOL, atau chelSYAL?(bahan ejekan teman sematrik aku dahulu.MUnkey.X kisah.masing-masing ada nama ejekan.hah!.Jawapannya.Family factor.Pakcik aku.MU kipas susah mati.(die hard fans).Masa aku dizaman kanak-kanak.Dia selalu ajak aku tengok perlawanan MU.Sanggup kejut aku pagi-pagi buta.Teman dia.Lama-lama.Aku minat.2 orang abang aku.Kongsi minat yang sama.Adik aku pelik!Chelsea.Herh.Xpe.Kebebasan untuk memilih.Tetapi kesian.Kalau MU-Chelsea.Dia selalu kena bahan.Walaupun MU kalah.Haha.3 orang pakai baju MU.Dia seorang dengan baju chelsea.Seronok.Walaupun mak sampai keluar bilik.Tegur.Jangan bising sangat.Sebab ni,kami jadi rapat.Sangat-sangat rapat.

Hah.Kereta kami.Mesti ada sticker MU.Jadi jangan salahkan aku.Kenapa ada sticker MU kat kereta aku.Ada sebab tersendiri.Family!
Ayah aku x pernah larang minat kitorang.Jangan sampai lupa diri.Nak stay up tengok bola.Silakan.Esok jangan sampai terlepas subuh.Pesanan yang ringkas.Tapi penuh makna.

Hanya sekadar minat.X lebih dari tu.Setiap orang,punya minat tersendiri.Aku sekadar mengisi kekosongan hidup.Haha.Ada member tanya.Kalau MU xda dalam EPL,kau sokong mana?Arsenal!Corak permainan best!Liverpool!sebab ada Gerrard.haha.

Apapun.Jangan terlampau fanatik.Hanya suka-suka.Family tetap family.Kawan tetap kawan walau berbeza minat.Aku dgn Fida(Arsenal), Benny (Chelsea), ok je.Kena bahan.Normal la.Syahir,Syamil(MUnkeys)..haha...rumah kami tetap harmoni.Peace!~








5.3.09

penangan ethics

Jam menunjukkan 1..30 pagi.aku diruang tamu bersama teman serumah.Sibuk menelaah.Esok test!Dari petang sampai saat itu,study dan terus study.Mana datang semangat yang kental ni?huh.test satu!!hancur.Pandang rendah lagi kat subjek 2 kredit.Padan muka.Rasakan!(dengan gaya dan nada benny).haha.Ye.Memang silap aku.Tapi takkan nak putus asa.Tak vet la putus asa.Menyedapkan hati sendiri.Ada hikmah.Sedarkan aku.Terlalu relax.

Dah-dah la tu taq.Esok sambung.Tidur sudah.Sapa kawan aku.Ya.Setuju.Aku pun dah penat.Sebelum tidur.Seperti biasa.Lawat bilik teman-teman.Pelbagai ragam.Ini yang aku nak kongsi.Sorry kawan-kawan.haha.




Cuba teka.Bro ni study ke tidur??awalnya.aku ingat dia study.Beberapa kali aku tegur.Diam.Lain macam.Datang dekat.Haha.Gaya tidur yang amat menarik.Aku kagum.Pecah perut aku gelak.Apapun.Tahniah bro.Anda baru sahaja dinobatkan sebagi juara tidur paling bergaya.

Aduh!!banyak x study lagi.Mungkin ini yang difikirkan oleh dia.Membawa stress study dalam tidur sehingga terkeluar gaya-gaya pelik dalam tidurnya.Nota bersepah.Dia??..MPP!!

Dia memang kental.Dengan biskut sebagai sumber tenaga utama.Lagu Love story barangkali. Masih segar disaat teman-teman aku yang lain sudah hanyut dibuai mimpi.Aku kagum dengan semangat dia.Kalau aku punya semangat seperti dia.VC aku salam setiap sem.haha!Sangat konsisten.Teruskan semangat ni bro!