25.4.09

Surat , Bank & Pejabat Pos




Hari itu.Perlu pergi ke pejabat pos.Untuk urusan peribadi.Kena hantar secepat mungkin.Berpakaian baju korporat.Kerna hari itu hari rabu.Fuhh!Smart2!haha.Selepas kelas fisio.Bergegas ke pejabat pos.Dengan penuh yakin.Aku masuk menuju ke kaunter.

Aku: Kak.Nak hantar surat guna pos laju.

Kaunter: Nak hantar surat?kat pejabat pos dik

Aku: Erkh.Nak hantar surat kak. ( aku mengulang.Mungkin dia tersalah dengar)

Kaunter: Ha.Yela.Kat pejabat pos.Depan tu dik.

Aku: Oh ok.Terima kasih kak.

Kaunter: Ok.(dengan senyuman)


Aku berlalu.Hanya tuhan yang tahu.Betapa malunya aku saat itu.Adui!.Macam mana aku boleh tak perasan.Punya la besar lambang seakan-akan pokok krismas di pintu masuk.

Memang la.Bank Simpanan Nasional mana terlibat dengan penghantaran surat!Bukan hanya BSN.Semua BANK! Tak terlibat dalam penghantaran surat!

Sengal!Aku menyalahkan diri sendiri.Huh.Malu yang teramat.Membuatkan aku tidak terus ke pejabat pos.Menuju ke kereta.Duduk di dalam kereta.Menarik nafas panjang.

Punya sengal kau ni taq.Apa kau tahu membaca?melihat?membeza?Ah!Apa la akak tu tengah fikir agaknya.
Aku membuat andaian.

Pakai bukan main smart.Bank dengan pejabat pos pun x reti nak beza.

Mungkin ini yang diperkatakan oleh akak ini.Sejurus aku berlalu meninggalkan kaunter!

Ah!Tidak!Kau!Sengal!Sengal!Sengal!

Hahaha.Aku rasa.Ini benda paling sengal terjadi kat aku.Sepanjang semester ini.Masih tergelak sendiri.Bila aku teringat peristiwa ini.Saat menulis entri ini.Aku masih tergelak!Hahaha.

Memang terasa diri ini penuh dengan kesengalan.Malu.Kenapalah hari tu hari rabu.Kenapa aku pakai baju korporat!Memalukan MTM?Kolej 17?haha.Maaf.Aku tak berniat memberi gambaran buruk kepada sesiapa.Aku mengaku.Aku sengal!Amat sengal!Haha

Pengajaran yang berguna untuk aku.Aku belajar sesuatu.

Bank bukan tempat untuk menghantar surat.Aku semakin mengerti.Mungkin baru mengerti.
Tak!Bukan!Kau Sengal!!


Dah.Cukup!Berhenti gelak!Biasalah.Manusia melakukan kesilapan.

Berlalu.....

Fuhhh!

Segalanya berakhir hari ini.Penat.Perkataan yang paling sesuai untuk digunakan.Terselit antara gembira dan risau.Gembira.Segala mimpi ngeri telah berakhir.Satu subjek.Untuk 3 kertas yang kau ambil.Ketiga-tiganya memberi hasil yang sama.Walau usaha yang sangat berbeza.Sangat-sangat berbeza untuk ketiga-tiganya.Risau.Mungkin impian yang akan lesap.Dengan permulaan yang sangat-sangat memberi harapan.Akhirnya,ia seperti tidak memberi apa-apa pada akhirnya.Kerana "E"

Apa kata kita kira pointer sem ni.Ok.Jom.Subjek ni mungkin sekian-sekian.Subjek ni.Hurm.Kurang pasti.Campur semua.Bahagi 16.Arh.Melepas lagi!!Tula.Aku dah cakap.Subjek "E"ni bagi effect gak.Even 2 kredit.

Ini yang berlaku.Perbualan aku dengan teman senasib di foyer fakulti.Sebelum mengambil "final" kali kedua.Sangat-sangat unik cara pelaksanaannya.Mungkin ini yang mampu "dia" buat untuk membantu.Terima.Kalau dihalusi.Ia memberi gambaran.Betapa lemahnya kau!Ah.Pedulikan.Pasti tak mengambarkan apa-apa untuk diri aku.Tidak!

Tak mengapa.Jauh disudut hati.Aku puas.Cuba sebaik mungkin.Untuk yang terbaik.Tapi.Atas nama insan.Disana ada kelemahan.Perbaiki.Dan gilap kelebihan.Mampu mengaburi kelemahan.Hampir pasti.Lebih baik dari menangisi kelemahan.

3 minggu.Masa untuk bersama teman-teman.Memenuhi keperluan kursus.Praktikal!Sebelum masing-masing pulang ke pangkuan keluarga.Saat yang ditunggu-tunggu.Sebelum kembali menghadir kuliah.Sebagai pelajar tahun ketiga!Wah.Cepat masa berlalu.

Apapun.Selamat bercuti.Buat teman-teman seperjuangan.Tahniah!.Anda baru sahaja berjaya!Berjaya ke peringkat yang seterusnya.Berbanggalah.Lupakan segala duka.Hayati waktu rehat yang panjang ini.

Jumpa lagi!


p/s-Blog aku telah berumur SATU tahun!Selamat ulang tahun BUDAKECIK!Teruskan menulis!

17.4.09

Mungkin


Waktu petang begini,pastinya bukan waktu aku.Waktu untuk study.Heh.Termenung.Layan lagu.Tiba-tiba.Teringat zaman sekolah rendah aku dulu.Aku adalah seorang ketua pengawas.Untuk kedua-dua sesi.Sesi pagi dan petang.Aku tergelak sendiri.Bila bezakan diri aku dulu dengan sekarang.Haha.Hampeh.Macammana orang sesengal aku boleh pegang jawatan ini.Kah!.Takpelah.Manusia berubah kan?Lalala.

Lagi tergelak besar.Bila aku belek fail sijil-sijil aku.Anugerah Tokoh Pelajar aku punya beb!Haha.Aku memang tak ada idea!Tapi manis untuk dikenang.Masa majlis persaraan guru besar.Aku kena bagi ucapan.Aku menangis!Lagi sekali aku tak ada idea nak terangkan.Tapi memang tak dirancang.Tiba-tiba rasa sebak.Diluar kawalan.Dan.Dapatlah pujian dari guru-guru.Perghh!Bersinar gila hidup aku masa tu.Haha.Dan.Mak dan ayah aku adalah antara orang yang menyaksikannya.Segan bila balik rumah.Masing-masing buat tak tahu apa yang berlaku tadi.Haha.

Sekolah rendah.Sangat aktif.Sukan paling aku suka,pastinya bolasepak.Wakil sekolah dari darjah empat.Hebat wa cakap lu.Haha.Tapi, takdir dah menetapkan segalanya.Waktu aku darjah enam.Aku dapat peluang wakil negeri.Huh.Hebat kan budakecik!?lalala.tapi, mak ayah aku, tak benarkan aku pergi.Mak aku.Sampai datang sekolah.Jumpa cikgu yang juga jurulatih aku.Berbincang.Untuk mengeluarkan nama aku dari senarai dan dikecualikan daripada menghadiri latihan.Sedih masa tu.Kenapa diorang buat macam ni.Nasib baik masa tu aku budak baik lagi.Dengar nasihat.Alasan mereka.Untuk aku bagi tumpuan sepenuhnya pada UPSR.Aku hormat keputusan mereka.

Akademik adalah segala-galanya Qi ( nama panggilan keluarga untuk aku). Bukan tak bagi main bola.Nak main,mainla.Tak payah wakil negeri.Belajar la dulu.Dapat keputusan baik.Dapat sambung belajar kat tempat yang baik.

Ni la kata-kata mak aku.Hurm.Aku menurut.Tapi kesedihan tetap ada.Kawan aku.Pergi latihan.Dapat jersi lengkap.Dari baju sampai la ke kasut.Satu jenama!Huh.Iri hati,Tapi,nak buat macamana kan!?.Hanya mampu memendam perasaan.Sebab aku sayang kat mak dan ayah aku lebih dari segala-galanya.Dengar nasihat diorang,adalah benda yang terbaik aku boleh buat masa tu.

Sekarang ni,aku terfikir,kalau aku wakil negeri masa tu,mungkin hari ini?
Mungkin hari ini, aku dah menyarung jersi pasukan selangor atau tak mustahil,pasukan kebangsaan!!!!Mungkin!~
Haha.X payah susah-susah nak study ethics!Haha.Upss!Sorry~

Apapun.Aku bersyukur.Aku ada family yang ambil berat tentang masa depan aku.Terima kasih.Mak dan ayah!

Satu minggu!Sebelum segala-galanya berakhir.Atau?Jangan!Aku tak nak!Aku penat!Aku dah simpan nota itu!

Haha.Malas nak fikir.

Baik fikir,

Aku mungkin?

9.4.09

Saat ini


Saat ini, aku seharusnya sudah mula fokus.Minggu depan bermula penentu semester ini.Tapi.Ini bukan yang aku rasa.Entah.Aku tak pasti.Aku kehilangan sesuatu.Semangat.Fokus.Benar.Perlu sentiasa positif.Tapi sekarang aku mengerti.Ada hadnya.Untuk satu atau dua masalah.Aku masih mampu memujuk diri sendiri.Tapi bilamana ianya datang,serentak dalam satu tempoh masa yang sama.Aku terpaksa mengalah.Ya.Aku lemah.Aku tak mampu buat sesuatu dengan baik.Usah bercita-cita tinggi!Mahu menjadi yang terbaik.Sekurang-kurangnya.Lebih baik!Usah!

Aku seakan-akan terpaksa akur.Akur dengan tanggapan negatif ini,yang pastinya datang dari diri aku sendiri.Aku cuba.Cuba sedaya upaya.Untuk gagah.Tapi bukan kali ini.

Jangan.Bukan sekarang.Kenapa sekarang??Ahh!

Saat ini.Aku perlukan sesuatu.Mungkin seseorang?Family sudah tentu.Aku mahu pulang!Bukan mengenepikan peranan kawan.Yup.Mereka juga manusia seperti aku.Punya masalah tersendiri.Tidak pantas untuk aku bebani mereka dengan masalah aku.Bagi aku,kawan hanya perlu dihargai dengan kegembiraan,bukan masalah.Itu prinsip aku.Mungkin boleh berlaku perkongsian.Tak lebih dari harapan untuk mereka sekadar mendengar.Ya!Itu bagi aku sudah cukup membantu.Terima kasih.

Apapun.Aku menanti dan mengharap hari esok.Moga segalanya berubah.

4.4.09

Kau dan Wayar


ha!ini gambar masa aku buat practical di zoo taiping.1st year masa tu.Sekarang dah nak masuk 3rd year.Wah!Masa berlalu dengan pantas.Huhu.Motif?Aku nak cerita disebalik gambar ni.Tiada apa yang menarik kat gambar ni kan?Budakecik dengan gajah.So what!?(ah!saat ini aku terkenangkan Pak Sheikh!)haha.Opss..Maaf!Result tak keluar lagi.huhu

Disebalik gambar ni,tersimpan satu cerita menarik.Bila aku tengok gambar ni.Aku terbayang riak wajah dia.Pecah perut aku gelak.Ada kawan baik aku.Dengan niat yang agak baik,kononnya untuk menaikkan populariti aku.Menggunakan isu zoo taiping.Aku dan penyediaan makanan tenuk.Wah.Kau silap besar la bro!Aha~

Aku dan dia.Ditugaskan untuk menjaga seksyen gajah.Memang seperti rasa diperli.Saiz badan kami yang kecil,ditugaskan ke seksyen gajah.Ah!Ada apa dengan saiz fizikal!Yang penting dalam beb.JIWA!Ya!Kami berjiwa besar.Haha.Aku dapat rasakan seperti di"boo".Booooo.Huh.Tak percaya sudah!

Aku lupa hari ke berapa waktu itu.Kami dibenarkan masuk ke kawasan gajah tersebut.Aku biasalah.Takut dengan gajah.Normal.Sebab x biasa.Dia.Bukan takut dengan gajah,tapi..................

Ada wayar berarus elektrik digunakan untuk menghadkan pergerakan gajah.Aku lupa kuasa voltan dia.Tapi dah cukup untuk membuatkan gajah rasa sakit dan akan menjauhi wayar tersebut.Disaat itu,aku mengambil peluang untuk bergambar dan hasilnya adalah seperti diatas.Haha.Dia, mukanya tiba-tiba pucat bila aku menoleh kebelakang.Masa tu.Aku tak gelak la.Member muka pucat.Xkan nak gelak.Zookeeper nampak kejadian tersebut.Pakcik tu tergelak besar.Aku pun tanya dengan penuh suspen.Dalam hati aku.Ada ke patut pakcik ni gelak.Mana tau dia sakit ke.huh.Budakecik berhati mulia kan?.Boooo.Haha

Hahahahaha.Sebenarnya, dia terpegang wayar tersebut.So what!?Waktu tu,tiada arus yang mengalir.Suis ditutup.Jadi kalau sentuh pun,tiada apa-apa yang berlaku.Tapi dia.Punya la cuak.Muka pucat.Takut mati.Yela sapa tak takut mati kan?

Hahahaha.Memang x sempat nak ambil gambar muka cuak dia.So.Xdala gambar.Memang kena gelak.Aku bersama pakcik tu,menghiasi hari itu dengan gelak tawa.

Hang takut pa!Pegang wayar takda letrik ,muka dah macam jumpa hantu.Adoii!~

Pakcik tu berseloroh.Aku?Bukan xnak backup member.Dah terlampau lawak.Kawan x kawan.Aku gelak.Haha.Minta maaf la eyh bro!~

Ha!.Kalau aku dan penyediaan makanan tenuk.Kau?Kau dan Wayar.Ya.Tajuk untuk post kali ini.Khas untuk kau bro!Semoga terhibur!~




p/s= dia???..Sure korang tau kan?Senyap sudah.Kerna saban hari,dia berusaha untuk memastikan namanya sentiasa bersih.Juga dirinya.Lotion dettol sewaktu kelas!Oppss..terima kasih.Wangi-wangi.Haha.Sekarang 0-0 bro!!

C.E.R.i.T.A

2 hari lepas,teman sebilik aku,juga senior aku .Taq,kau cuba layan cerita ni.Laskar Pelangi.Pelik tajuknya.Entah kenapa tiba-tiba.Mungkin dia tengok aku bosan,stress barangkali.Ok.Yang pasti,bukan kisah cinta,bukan cerita seram.Jawapan yang dia beri.Hurm.Bagus.Cerita cinta,kena tengok mood.Selalunya memang xda mood.Malas rasanya utk bicara soal cinta atau fikir tentang ini.Cukuplah sekali.Untuk saat dan ketika ini.Aku selesa begini.Hah.Sudahlah kau taq!haha

Cerita Indonesia.Hurm.Best!Mungkin bagi aku.Sebak tiba-tiba.Bilamana kemiskinan,kekurangan bukanlah penghalang untuk berjaya.Bilamana kalkulator dibandngkan dengan batang lidi dalam proses pembelajaran kalkulus.Aku suka cerita ini.Walaupun hanya budak-budak kecil memainkan wataknya.Hidup!Walaupun ia tidak sehebat fast&furious 4!!

fast&furious 4??

Semalam kami membuang masa bersama menonton filem ini. Bersama kami, klon watak utama filem ini.Bung!!.juga teman-temanya.Siapa lagi kalau bukan anas (versi rambut pendek.haha),seow,sazwan,gary.Sorryla bro.Memang sebijik.Kami berjalan penuh bangga bersama beliau.Film star uh.Mana tak bangga.Haha.Berjalan bersama sebagai bodyguard .Celaka kau taq.Mungkin kata-kata ini yang terkeluar di saat dia membaca post ini.Haha.Gurau bro!

Menghabiskan masa hingga lewat pagi.Bercerita dan bergosip mengenai “L”.Penuh gelak tawa.Bilamana senior lepak bersama junior.Inilah topic paling relevan untk dibicarakan.Secara positifnya,pastinya ia sebagai persediaan untuk kami berdepan dengan karenah “L” untuk subjek mendatang.Hah.Manusia.Penuh ragam.Layan atau diamkan diri.Tips dari senior.Haha.Bukan mengata,sekadar berkongsi pengalaman.Hah!Yela tu.Apapun.Maaf dipinta.

Huh.Sekejap je masa berlalu.Semester ini hampir dipenghujungnya.Tahun ketiga bakal ditempuh.Pasti mencabar.Seperti tidak bersedia.Fuh.Apapun.Fokus untuk final.erkkkhhh~..........

P.O.S.I.T.I.V.E.

Sebabkan ini,aku masih lagi mampu berdiri.Satu subjek.Aku gagal untuk kedua-dua test.Huh.Speechless!Harapan aku,hanya lulus.Pertama kali,duduk final exam,dengan matlamat untuk LULUS.Bukan A.Teruk!?

Haha.Gelak dengan duka penuh dihati.Uhh.WateVa!~