29.5.09

Kongsi

Tadi.Aku susun folder gambar-gambar kat handphone aku.Bosan.Tak tahu nak buat apa.Dan.Aku jumpa gambar-gambar.Yang aku rasa.Tak salah untuk dikongsi.Sharing is caring!?Ah kau!

Dibawah!
Gambar yang sempat aku memorikan ketika aku mengemas bilik aku di kolej.Selepas tamatnya semester lepas.Fewwh!Penat.

Gambar ini sudah pun di'edit'.Sentuhan dari budakecik.Tiada bakat.Tapi tak salah mencuba.Kan?Untuk tahap newbies.Aku berpuas hati!Haha.

Hanya menggunakan software online.Tidak perlu download.Menarik.Cubalah.Kau pasti teruja!Sini!






















Kawan Karib

Salam budak kecik.hehe. Budak kecik? :P ko memang kecik, taqi. kecik tp lincah n power. Taqiyuddin yg aku kenal ni pernah jadi kawan karib aku mase sekolah cochrane dulu. kwan karib beb. smpai skrg pun ak masih hargai persahbtn si budak kecik ni.dia mmg budak yg baik. alih2 dah ader blog ye taqi. cayalah bro. perkara pertama mase aku notice dia ni dulu, dia sangatlah baik.dengan songkok kat kepala aku rase alim gler budak ni. tp, kdg2 terkeluar gak perangai toyol dia.haha. maksud aku ko bukanlah baek cam skema sangat wei.ader gak hantu side ko.wahaha.
tp, ak kagum gler ko main bole sepak.almaklumlah, aku ni kaki bangku.tau tendang bola je, itupun ape tah orang panggil, asyik terus ke depan naik atas je.mmg wat malu.tp taq main bole, bila dia gelecek sume orang xdapat tanding.terer gler.siyes terer gler.aku ulang, mmg terer gler.:P
Tp yelahkan taqi, xsume bnde yg kter nak kter leh dapat. sume knangan tu mungkin sesuatu yg manis dalam idop ko, yg ko akan kenang sampai bler2. Maybe ko agak terkilan sebab ko ada bakat, tp x mampu nak pergi lebih jauh sbb halangan tertentu tu. Tp bg aku taq, yg pnting bakat tu ko punye.xde sapepun di muka bumi ni mampu nak amek bnde tu dari ko.ko ttp hebat bermain bola sepak. At least, that what i've had known u with before.
Skrg,kita masing2 dah tempat laen taq, walaupun mmg abes form 3 kan pas pmr ko g masuk boarding skul, tinggal aku kat cochrane tu yg mmg x ingin nak masuk boarding skul.huhu. aku ttp ingat ko. As one of my best friend ever.
Maybe masing2 dah bz skrg,(apahal cam jiwang je bunyinye ni?haha) layan jelah, tp ko tau x idop aku pun bukan smooth cam yg aku idamkan.
ko taulah, i damn bad in sport.tah apa bakat yg aku ade aku pun xtaulah.
dari sekolah dulu, aku yakin, aku leh dapat ape yg ak nak in education.sebab paham2lah ye.hmm3.haha,
tp secemerlang ko dalam education, kadang2 jatuh gak.dulu aku ingat aku konfom leh wat medic.rasenya spm tu susah sikit je.tp, takdir dah tunjukkan, ko xkan selalunya dapat apa yg ko nak n ko xkan selalu berada kat ats. Now, im happy with what im doing. Alhamdulillah. :-)
ape2pun, apa yg ku nak cakapkan kat sini. U've got the talent n brain. U can do some other things other than study much much better than some others who only concentrate in one thing. Ko tau aku kadg2 jeles gak ngan ko dulu.hehe.
Anyway, hopefully u'll have bright future undertakings, n keep up the good work taq!
Friends like u arent always come in line of one's life u know.
Pray for me too. :-) Good Luck
Best regards- Amar Daud Iskandar




Hurm.Ini yang aku terjumpa.Bila aku tengok kembali segala entri dan komen dalam blog ni.Ini adalah komen!Komen terpanjang di blog aku.Rekod!Tahniah Amar!Haha
( entri - aku mungkin )

Siapakah Amar?
Amar adalah kawan kelas aku semasa di tingkatan 3.Duduk bersebelahan di kelas.Dan kami memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR.Aku mendapat tawaran bersekolah di Johor dan dia tetap setia menjadi Cochraneans!Di sini kami berpisah.Erkh!Gay ke kau?Haha.

Hurm.Yup!Bukan aku nak tayang pujian orang kat aku.Tak!Aku tersentuh.Dengan ayat "kawan karib".Bila aku fikir balik.Susah sekarang nak ada kawan karib.Yup!Kawan yang akan sentiasa ada.Bila kau susah dan senang.Selalu ingat dan ambil tahu tentang diri kau.Terima seadanya diri kau.Tak kira apa.Berkongsi suka dan duka.Susah!Hari ini!

Tak kisah la.Lelaki atau Perempuan.Kawan!Aku tak maksudkan benda lain!Heh!Aku tak berminat.Buat masa sekarang.Erkh.Maksud aku.Aku tak bersedia. Untuk kali kedua.Sekali sudah cukup menyakitkan.Hoho!Aduh!Sakitnya!Heh!
Apa ada hal~Tak tengok filem SEPI ke?CINTA TAK DATANG HANYA SEKALI!Haha.Serius la budakecik!Owh.Ok!Serius!

Aku cuba menghayati perkataan kawan karib atau best friend ever!?Dan aku cuba.Untuk jadi kawan yang kau akan ingat.Yang kau akan kenang.Yang kau akan hargai.Yang kau akan sayang.Sampai bila-bila.Sayang?Erkh!Bulu roma aku meremang!Sudah lama rasanya tidak menggunakan ayat ini.Haha.Serius!

Kau?Kau merujuk kepada kawan-kawan aku.Yang dahulu,sekarang dan akan datang!

Apapun.Aku cuba.Untuk hargai apa yang aku ada sekarang!Mereka!Meraka sudah cukup.Untuk aku menamakan hari ini.Sebuah kehidupan.Terima kasih teman!


Terngiang-ngiang lagu Teman Sejati.Nyanyian kumpulan BROTHERS.Suka lagu ini.Sayu.

28.5.09

Pagi yang suram







Bangun pagi.
Erkh!Jam menunjukkan hampir pukul 1 petang!Bangun pagi kau!
Haha.

Seperti biasa.Tengok handphone.Wah!Bertimbun mesej.Seperti sudah mampu mengagak kandungan mesej-mesej yang diterima.

MU kalah dowh!
Awat MU kalah semalam Taq!
Apa cer MU kau!?Haha.

..........................................


Antara mesej yang aku terima.Dari non-MUnkeys sudah pasti!Aduh!Malas rasanya nak membalas.Biarlah.Kenapa tanya aku?Huh!Bukan aku seorang kipas susah mati MU pastinya!Mesej la Ferguson!
Heh!Yup.Terima.Pasrah.Awal-awal sudah bersedia!

Sedikit terganggu emosi malam tadi.

Apapun.Adat.Telah aku coretkan di entri yang lepas.Aku tetap akan setia.Pasti!

Taksub?Heh!Bukan semalam aku minat.Bukan minggu lepas.Bukan juga bulan lepas.Dan pasti bukan tahun lepas!
Kau apa tahu!?

Haha.E.M.O!?
Tidak!Sekadar mahu membezakan antara taksub dan minat!Berbeza!Sangat-sangat !Take note!Haha.

Dan.Berakhir sudah musim ini.


Tapi,
Aku masih sedih dowh!~
Haha.







p/s - Ketika menulis entri ini,terima mesej.Dari PA aku!Ah sudah!Nak bahan aku juga ke?Haha.Tak rupanya.Dia akan ke luar negara.Hingga September.Semoga segalanya selamat Dr.!Amin!~

27.5.09

Hari Ini Hari Rabu.

Eyh!Tak pernah-pernah mandi awal pagi! Nak pergi mana Qi!?

Aduh!Apa aku nak jawab eyh.

Mandi wajib mak!

Terlintas di kepala aku jawapan ini.Tiba-tiba!Ah.Jangan!Tak pasal-pasal kena lempang!Fuh!Nasib baik tak terlepas cakap.Haha.

Nak keluar jap. Beli tiket bola dan pergi fakulti!Ada hal sikit.

Oh!k,Hati-hati.Jawab mak aku dengan riak wajah serius.
Takut benar dia.Kalau aku keluar berseorangan.
Aku tak kisah.Orang nak cakap apa.Aku manja?Huhu.Bagi aku.Itu kasih seorang ibu!Heh!

Hari ini.Hari Rabu.Banyak benda penting yang perlu aku selesaikan.Perlu bertolak awal pagi.Sebab.
Pertama.Klang adalah Bandar "Jam" di sebalik jolokan Klang Bandar Di Raja!Haha.
Kedua.Aku nak beli presale MU tickets kat Alamanda!Hoh!Bersemangat.Yeah!!
Pergi Fakulti?Rahsia!Haha

Ye!Aku jarang mandi awal pagi.Yela.Bangun pun dekat waktu Zohor!Yeay!Puas aku tidur!

Sampai Alamanda.Pukul 9.30 am.Tak banyak kedai yang dah buka.Alikhsan,Nike Store dan NOSE.Masih tutup!Duduk di food court.Sambil minum Nescafe Ice.Dengan Readers Digest di tangan.Sekadar mengisi masa lapang.Dan aku terbaca artikel.Lebih kurang.....

'...Life can sometimes bring you down.But knowing how to approach failure can be the first step to success...."

Aku tertarik dengan ayat ini.Heh!Motivasi lagi!Kau ni Taq!!!!
Haha.

Sekejap!NOSE?Apa kaitan kedai NOSE dengan beli tiket?Heh!Kawan aku.Suruh belikan "shades".Shades yang dia beli dulu.Dah pecah.Dan.Dia sayang sangat kat shades tu.Kah!.

Masuk kedai.

Kak, ada tak shades yang sama macam gambar ni?
sambil aku menunjukkan sampel gambar di handphone aku.

Hurm.Jap eyh dik.Rasanya dah habis.Ramai orang suka shades ni la dik.Jap eyh.Akak cari.

Aku : Owh ye ke?(Apa-apa jela kau.Bisik aku.Haha.)Hurm.Ok.Saya tunggu.

Jurujual : Hurm.Tinggal colour ni je dik.Yang hitam dah habis.

Aku : Ok.Takpe la kak.Nanti saya datang balik.

Jadi.Tak de!Maaf kawan!Aku dah berusaha.Tak da rezeki!Haha.

Keluar kedai.Terus meluru laju ke kedai Al- ikhsan.Yea!Dah buka!
Minta-minta ada.Janganlah habis.Janganla!Penat aku mengembara ke sini.Jerit hati kecil aku.Huh.

Aku : Bang.MU ticket rm98 punya ade tak ?

Jutujual : Hurm.Adik nak berape?

Aku : 5 ade?

Jurujual : 5?!Ala.5 tak dapat la dik.Stok tak sampai lagi.

Aku : Alamak! Bila sampai stok bang? (dah nak menangis!)Haha.

Jurujual : Petang ni.Hurm.Mungkin!

Aku masih tak berganjak dari kaunter.Tidak dapat menerima kenyataan.Arghh!!

Tiba-tiba....

Jurujual : Hurm.Adik nak sekarang eyh?

Aku : Ye! Jawab aku pantas.

Jurujual : Okla.Macam ni. Ni ada tiket.Orang dah order.Tapi tak bayar lagi. Takpelah.Adik ambil dulu.

Aku : Hoh!Betul ke ni?Terima kasih banyak bang.Hurm. Tiket rm308 ada?

Jurujual : Sorryla dik. tiket tu limited.Jadi, dah habis.

Aku : Ok.Takpela.Thanks!

Haha.drama pendek di kedai Al-ikhsan.Akhirnya.Dapat juga!Yeay!

Maaf Beng!Tiket yang kau mau.Sold Out!Huhu.Nda salah aku.Yup.Kau betul.Salah kedai!Karit nda mau jual!Out of stock my foot!Dia.Nda puas hati.Haha.
(Pandai juga aku cakap Brunei.Sikit-sikit.Haha)


Hurm.Selesai!Hari Rabu yang seronok.Aku memandu pulang dengan riang.
Tak sabar!18 JULAI!Dia sudah termimpi-mimpi.Jerit sampai menangis di stadium.Haha.
Moga segalanya berjalan lancar.Amin!~

Apa yang kau buat kat fakulti?Huhu.Entah.Tapi yang pasti. A keseluruhan.Hanya tinggal mimpi!
A minus aku harap!Moga-moga!

.......My faith is shaking.But I...gotta keep trying .Gotta keep my head held high..........
Tiba-tiba!Haha












Semangat pakai baju MU.Mana tahu.Dapat diskaun.Jangan mimpila kau!Haha


NOSE yang belum buka!Hah!


p/s - TAHNIAH!!!Lulus juga kau!Haha.

26.5.09

Man Utd : Countdown to ROME


Buat yang terbaik!
Jerit hati kecil aku.Tak kisah.Kalah atau menang.Adat!Barcelona punya Messi.Pemain yang selalu buat aku kagum.Terkesima!Ligat dan lincah.Apapun.United adalah lawan yang setanding.Keep The Faith!

Tak sabar rasanya.Menanti hari esok.Bukan aku seorang menanti hari esok.Pastinya!
Haha.

Jangan kecewakan K.A.M.I!!.....sorak MUnkeys.Haha


Apapun!

GLORY-GLORY MAN UTD!!



p/s = Kalau kalah.Habis kena "booo" post ni.Haha.Lantak!Aku teruja!Saat melihat gambar MU players @ airport!!!

21.5.09

Senang Saja


KUALA LUMPUR: “Setakat ini penularan wabak Influenza A (H1N1) di negara ini tidaklah sampai tahap membimbangkan. Jadi orang ramai tidak perlu pakai topeng atau takut untuk keluar rumah,” kata pakar imunologi dan virologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Abdul Rahman Omar.


-HARIAN METRO,Rabu,20 Mei 2009- Berita Penuh [Klik]



Semalam aku membelek surat khabar Harian Metro. Ternampak satu gambar.

Eyh! Muka ni.Semacam familiar! Aku meneliti lebih lanjut tulisan akhbar tersebut.Sah!
Pensyarah immunology aku. Prof Madya Dr. ARO.

Muka iras kawan aku!

Weyh!Abang kau bagi lect bacti hari ini.Mintak ah tips!Haha
Dia pasrah!

Tersenyum.Bila teringatkan lecture terakhir beliau.

".....Senang Saja......."
.
Ayat yang selalu beliau ulang.Ketika memberikan lecture.Tujuannya untuk tidak memberi stress kepada kami.Final kian hampir saat itu!Tapi tetap stress.Terlalu banyak.Akhirnya.Baca yang penting saja.Heh!

Tapi.Kawan aku.Mengulang ayat yang sama.Di belakang.Tergelak besar aku.Haha.Maaf Dr!
Sekadar hiburan.

"...senang saja..... "
Kawan aku,
terus dan terus mengulang
dan aku,
terus dan terus gelak
Haha!


Melalui perjalanan yang sukar sebagai seeorang pelajar.Anak kampung yang gigih. Serba kekurangan.Tapi itu bukanlah penghalang untuk berjaya.Percaya dan yakin pada usaha.Akhirnya.Prof Madya Dr. dipangkal nama.Pendapatnya disiar di akhbar.Berbaloi bukan?!

Fuhh!Salah satu sumber inspirasi.Saat beliau menceritakan kehidupan lampaunya sebagai seorang pelajar.Terima kasih Dr.!


Mungkinsuatuharinantigiliranakupula.Siapatahu?Heh!


Usah la kau!
Fail et**cs.Semua paper.Ada hati!
Heh!Kau tengokla nanti!
*monolog*








p/s - Wajah aku pernah terpampang di surat khabar."Pelajar Bantah Perang".Tersimpan rapi di fail sijil-sijil aku.Benar!Haha.

20.5.09

Pemandu



Tak sampai seminggu di rumah. Bercita-cita untuk tidur sepuas-puasnya.Layan semua movie yang telah dikumpul dari teman.Semua cerita. Layan semua lagu.Lagu yang berunsur motivasi dan best.Terutamanya.Hah!Kawan aku mesti mengeluh.

Kau ni taq.Motivasi.Motivasi.Motivasi.Huh!

Haha.Tenang bro!Ada alasan tersendiri.Kau.Sebagai kawan.Hanya perlu memahami.Harapan seorang kawan!Memahami!Haha.


Qi,

hantar akak balik UiTM.
ambil adik kat sekolah.
ambil abang kat airport.
bla..bla..bla..

Inilah kerja aku.Baru nak lepak dan bermalas-malasan.Huhu.Takpelah.
Family first!Walauapapun!
Didikan ayah aku.Sangat tegas dalam hal ini.

Pemandu pun pemandulah.Janji bayar duit minyak.Haha.
Baguslah.Aku dapat belajar dan meneroka jalan-jalan baru.GPS!Wah.Aku suka teknologi ini.Seperti kau memandu dan ditemani awek.Hanya suara.Haha.Suara pun suara la.Janji aku tak sepi.Dan.Sampai ke destinasi.Dalam masa seperti yang ditetapkan.Kagum!

After 400m, turn left
Keep straight for the next 11km.
.................................................
Kata awek GPS kepada budakecik.

Tapi.Kan lagi bagus.Kalau......

After 400m, turn left DEAR~
Keep straight for the next 11km DEAR~
..................................................DEAR~
Haha.
Hanya cadangan.Kepada pereka dan pencipta GPS.Ambil perhatian.Selamilah jiwa insan yang kesepian.Sekurang-kurangnya.Mampu menghilangkan sepi mereka.Bukan aku.Haha.

Aku : Bang,berapa eyh GPS ni.

Abang : Around RM1200.Masa abang beli dulu la.Tu.Abang kau sorang lagi.Satu set.Complete dengan mp3 player,radio,bluetooth dan macam-macam.Around RM3000.Tanya la dia.

Aku : Wah! Tak da yang murah lagi ke?Ingatkan 3-4 ratus je.

Abang : Banyak la kau!

Perbualan aku dengan abang aku.Bercita-cita untuk memiliki GPS sendiri.Tapi.Harganya.Huhu.


Takpe.Boleh beli!Dengan syarat.Semester depan.Tiada lagi NIKE stuff baru.Gunting rambut kat kedai biasa!Just cut.No wash,No treatment!Haha.

Entah.Tak pasti.Cuba!


Budakecik mengidam GPS Navigator!!




Hanya mampu meminjam....

17.5.09

Dalam Kenangan - Finale

Yeay! Merdeka!
Teriak salah seorang kawan aku.Sesampai sahaja di pintu rumah.(kolej)

Ya!Kami menghitung hari.Bila lah nak habis.Bila lah penderitaan ini akan berakhir.Huh!
Dan akhirnya.Segalanya berakhir.Biasalah.Adat kehidupan.Pahit mana pun pengalaman yang kami lalui.Di sana terselit 1001 kemanisan. Yang akan kami ingat sampai bila-bila.

Baru sehari meninggalkan Sepang Boer Enterprise.

Weyh.Aku rindu kat Neema la.
Kawan aku berseloroh.Hah!

Neema adalah pekerja sepenuh masa di sana. Nepal negara kelahirannya. Bertindak ala bos kami.

Itu tahi ah,kasi kumpul.Masuk dalam guni.15 cukup. Arah Neema disusuli senyuman.

Hahaha.

Seminggu.Meneruskan praktikal.Di tempat baru.Pusat Pembiakan Itik.Paya Jaras Hilir,Sg. Buloh.Sehari sebelum bertolak.Sibuk bertanya teman-teman yang telah pun melakukan praktikal di sana.

Bilik ok?Tilam?Tandas?
Ada internet?( Internet tak dapat!)Haha
Tempat makan jauh?Sedap?

dan soalan yang paling relevan untuk ditanya.

Banyak kerja tak kat sana?

Haha.Yela.Sudah cukup terseksa selama 2 minggu.Perlukan rehat.Huh.
Jawapan yang diberi.Cukup menyedapkan hati.Memberi sinar baru gamaknya.

Ala relaks ah.Tak banyak kerja sangat.Banyak lepak.Tidur.Sempat layan movie lagi.
Yeah!Semangat kembali membara.Tak sabar rasanya.Untuk menghabiskan praktikal ini.

Hari Isnin bermula praktikal.Hari Isnin baru bertolak dari kolej.Hampeh!Setelah sesat beberapa kali.Akhirnya tiba jua ke destinasi.Dengan semangat berkobar-kobar.Nak tidur,layan movie.Haha.Hendak rehat sejujurnya!

Secara keseluruhannya.Seronok!!Terbaik!Banyak belajar dan tahu benda baru.Aplikasi apa yang aku tahu.Rasa rugi.Bila hanya seminggu saja aku di sana.Eleh!Blah la kau!Haha.Serius!

Dan!!Anak itik adalah sangat comel!!Kerana terlalu ingin menjaga nilai kelelakian.Perasaan excited terpaksa disembunyikan.Jauh-jauh.Heh!Poyo!
Hanya mampu tersenyum.Puas!Berpeluang melihat keindahan ciptaan Tuhan.yup!

Proses sexing. Proses dimana itik jantan dan betina diasingkan.Memberi pengalaman yang sangat-sangat berguna.
Jijik pada awalnya.Glove diperlukan.Kurang yakin!
Seronok di akhirnya.Tanpa glove!Penuh yakin!Jantan atau betina.Huh.Bukan lagi masalah.Riaknya!Heh!
Kerana terlalu banyak.Bosan jua akhirnya.Hanya mampu memerhati.Kah!


Ya.Sampai di sini.Untuk coretan Dalam Kenangan.Sengaja ditulis dalam bahagian.Kerana terlalu banyak yang hendak dicoretkan.Dan untuk menarik minat pembaca untuk membaca.Harapan.Haha.

Apapun.Di akhirnya,aku dan jua teman-teman mengerti.Pahit manapun kenangan ini.Di sana terselit kemanisan.Kami menimba dan belajar sesuatu yang baru.

Maaf dipinta.Buat teman.Andai terkasar bahasa.Tersalah kata.Terlebih gurau.

Haha.Peduli apa aku!

Tamat!






curi telur


telur yang berjaya di curi


"Grading"
(pengelasan telur berdasarkan berat telur)


"Incubation"
(32 hari)

"Candling"
(selepas 12 hari incubation,)

tamat 32 hari incubation
pindah ke hatchery (3 hari)



Jadilah ITIK!~
(selepas 3 hari di hatchery)


"Sexing" di akhir proses.
( Tiada gambar.Untuk tatapan 18 tahun ke atas sahaja.Sexy!)
Hahaha.



p/s - Penerangan secara kasar.Aku bukan menjawab soalan esei pastinya.Tiada markah ditolak.Hah!Exam-oriented!Haha.Semoga terhibur.

16.5.09

Man Utd : Glory-Glory



M.A.N.C.H.E.S.T.E.R

U.N.I.T.E.D





Penat rasanya untuk menulis.Pastinya.Masih belum terlambat.Untuk join MUnkeys!
Jom!Stadium Bukit Jalil.MU Asia Tour 2009.


Malaysia vs Man Utd!!







p/s-Dia terlampau excited!Dari jauh mesej.Belikan tiket.Haha.No prob!MUnkeys rulzz~


Dalam Kenangan - Bahagian II

Bangun taq.Bangun.Dah dekat pukul 9 dah.

Kejut kawan aku.Setiap hari!
Huh.Letihnya!Setiap hari.Selama 2 minggu.Berulang alik dari kolej ke Sepang.Lebih kurang 60km jarak.Mengambil masa hampir satu jam.Untuk satu perjalanan.
Penat semalam masih belum hilang.Hari baru tiba.

Cekalnya!

Entah.Aku pun tak pasti.Semangat yang entah dari mana datangnya.Terus memandu.Walau mata minta dipejam.Walau minda minta direhatkan.

Satu hari.

Alamak!Road block.Aliran Adrenaline.Menghilangkan segala rasa letih.Rasa mengantuk.

Polis : Lesen cik

Aku : Sekejap (lutut aku menggigil.Haha.Serius!)

Aku : Lesen saya hilang encik.Ini ada lampiran laporan polis untuk lesen saya yang hilang.

Polis : Bila hilang?

Aku : Minggu lepas.

Polis: Ok.Cepat pergi JPJ.Buat baru.

Aku : Ok

Fuhh.Memang la takut.Lesen aku hilang.Nasib baik aku masih simpan laporan polis tu.Tapi.Haha.Aku rasa.Polis tu tak baca pun kertas tu.Lesen aku dah dekat 3 minggu hilang.Berdasarkan laporan tu.Aku cakap seminggu.
Tiada niat hendak menipu!Aku nervous di saat itu!Haha.

Kereta kawan aku kena tahan.Kerna disyaki pendatang asing.Haha.Hampir pasti!
2 kali road block!2 kali kawan aku kena tahan.Aku selamat.Sebab?Aku budakecik!Berwajah baik.Booooooo!Haha

Bila aku tengok muka kawan aku.Ada lah iras-iras.Jangan gelak!!Kerna dia kawan aku!Hoho.
Dia tak kisah pun.Biasalah gurau-gurau.

Apapun.Inilah kenangan.Sewaktu diperjalanan.Menuju Sepang Boer Enterprise.

Walau kami mengerti.Kerja yang bakal menanti di sana.Kami tetap tegar meneruskan perjalanan.Tetap ceria menghiasi hari-hari dengan gelak tawa.
The Climb dendangan Miley Cyrus menjadi sumber motivasi kononnya.Haha
Jauh di sudut hati.Tiada siapa tahu dan peduli.

Hari Pekerja.Kami masih tekun bekerja.Menempuh laluan berliku.Menuju ke ladang dimana rumput Napier harus ditanam.

Kawan aku.

Bawa air tak bro.Aku dah nak mati rasanya.

Takde.Tapi air paip untuk radiator kereta aku adalah.Boleh?

Bolehlah.Janji air.

Ya.Pasti menyumpah.Keluar segala carutan.Terlalu penat kerja ini untuk kami.Tapi aku sedar.Ia sebenarnya memberi kekuatan pada diri .Memang bukan untuk digunakan sekarang.Tapi 3 tahun yang bakal ditempuhi.Perlukan kekuatan.Fizikal dan mental.Pasti!

Aku makin mudah memahami erti dan tujuan praktikal ini.Juga teman-teman.


11 jejaka tampan menjadi hitam di Hari Pekerja!
Haha.




peristiwa HITAM berlaku di sini


Dalam kenangan - Bahagian I

"....Anak siapalah hitam ni....."

Seloroh mak aku disaat aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.
Yeay!Aku sudah pulang!


Akhirnya.Berakhir sudah. 3 minggu praktikal.Di bawah panas terik matahari di ladang kambing.Sepang Boer Enterprise nama diberi.
Selama 2 minggu. Penat.Peluh menjadi teman setia.Tahi kambing menjadi pewangi badan.Sirap limau sebagai pembasah tekak.Terima kasih auntie!

Banyak kenangan.Rungutan.Gelak tawa.Bilamana 11 orang jejaka tampan.Bekerja bersama.Penuh gembira.Walau saban hari bergelumang dengan najis.Terkadang.Bermandi najis ketika tekun bekerja dibawah kandang.

Pada awalnya.Carutan kedengaran di sana sini. Ada sahaja yang tidak kena.

"Si** kau kambing,time ni la kau nak buat tahi."
" F**k! tak de tempat lain ke kau nak kencing!!(
Sambil kepala dibasahi dengan kencing kambing.)
"Si**!Hari-hari tahi.Hari-hari tahi!
" Kau ni kambing.Kerja buat tahi je.Siot la kau!"

Haha.Maaf.Sedikit kasar bahasa yang digunakan.Tapi inilah realiti.Lama kelamaan.Semua menjadi biasa.

Alah.Kencing kambing je.
Alah. tahi kambing je kot.
Tahi pun tahi la.

Haha.Positif.Memberikan kami kekuatan untuk terus bertahan selama 2 minggu disana.

Bila kami penat bekerja.Lepak-lepak sambil minum sirap limau hidangan auntie.Berbual.Menghilangkan penat.Kepenatan membuatkan kami kadang-kadang tersasul.Mungkin!.
Banyak tatabahasa baru muncul.Inilah hiburan kami.Antaranya.

"Itu apa...Ular Lawa............."..salah seorang kawan aku.

Menjadi kebiasaan.Bila mana tersasul.Pasti akan kedengaran.

Ular Lawa tak dapat!!Disambung dengan gelak tawa.Haha.
( Ular Sawa yang dia ingin maksudkan sebenarnya)

Banyak lagi.Tatabahasa baru.Cukuplah satu contoh disini.Sudah cukup untuk membuat aku tersenyum sendiri.

Huarrghh!~
Banyak lagi yang ingin dicoretkan.Cukuplah.Berhenti di sini.Aku penat.Baru sahaja sampai.Kemas bilik.Untuk percutian yang panjang.



Bersambung...............



melepaskan lelah
(ular lawa adalah tatabahasa ciptaan si baju belang)



dirty job!Watch out!


peluh seorang VET.
haha.Motif?


"master piece"
Unik kerana dibuat menggunakan Tahi Kambing!Haha

10.5.09

RM 1


Tiba-tiba aku berminat nak post entri.Pasal kawan aku.Juga senior aku.Juga teman seperjuangan MTM aku.Dia.Bukan melayu.Pasti bukan tentang isu perkauman!Tidak.Aku benci isu ini.Orang di sana hanya pandai berkata itu dan ini.Tanpa memberi contoh teladan yang baik.Sekurang-kurangnya membenarkan apa yang diperjuangkan.Sampai bila pun isu ini tak selesai.Biarlah.Sekurang-kurangnya.Aku melayu dan ada kawan baik bukan melayu.Jadi apa?Huh.
Cukup.Bukan itu tujuan entri ini.Sekadar meluahkan apa yang aku rasa.

Ok.Mula.Hari itu.Keluar pergi alamanda.Biasa la.Aku dan dia.Kalau ada masalah.Bosan.Keluar bersama.Makan di pizza hut.Kalau aku tak silap.Berbual dan bergosip sambil makan.

Selesai makan.

Dia : Weyh,kau ambil la syiling ni.Aku tak ada tempat nak simpan duit syiling.

Aku : Ok.Berapa eyh semua?

Dia : Takpela.Sekali sekala.Aku belanja.

Jawab dia sambil membuang resit pembayaran di tong sampah.

Alamak!

Apahal kau?

Aku terbuang duit la.

Berapa?

RM 1

Ceit.Siot ah kau.Seringgit jela.Nah.
Aku menghulurkan sekeping not rm1

Tak nak ah.Aku nak cari balik.

Hoho.Tau tak apa yang dia buat?Dia sanggup menyelongkar tong sampah hanya kerana rm1.
Kat Alamanda!Nasib baik tidak ramai manusia lalu lalang di situ

Jomla.Kau ni buat malu jela.

Nantilah dulu.Aku tak sedap hatila.

5 minit berlalu.Masih tak jumpa.

Weyh.aku nak beli stering lock la.Nanti tutup kedai tu.Nantila cari balik

Berjalan mencari barang yang hendak dibeli.Dia masih membebel.Merungut!Huh!

Weyh taq.Aku tak sedap hatila.
Ye.Ye.Nanti kita cari balik.Kau pehal ni.Seringgit je ma.


Weyh.Memang seringgit.Tapi aku rase bersalah ah.Aku buang rezeki.Tak kirala berapa nilainya pun.

Saat itu.Aku terdiam.Wah!Aku kagum.Aku terus berhenti mempersoalkan tindakan dia.Ok jom.Kita pergi cari balik.Mula rasa bersalah.Aku!

Pencarian kali kedua dimulakan.Aku tak turut serta mencari.Gila!Malu ah.Aku sekadar bertindak sebagai pemerhati.Sempat mengambil gambar.Sambil tergelak besar.

Yes!Dah jumpa.Kelihatan sekeping not RM 1 di genggamanya.
Saat itu.Aku dapat lihat 1001 kepuasan di raut wajahnya.Fuhh.Bagus.Dah.Jom pergi dari sini.Tak pasal-pasal guard tangkap kita.Berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.Oppss!Positif!Haha

Hum.Awalnya.Aku rasa tindakan itu sangat tidak relevan.Senang cakap.Tindakan paling sengal.Tapi akhirnya.Aku mengerti.Aku kagum.Menghargai sesuatu.Bukan kerana nilainya.Tetapi kerana memikirkan baik buruk dari tindakan itu.Aku belajar sesuatu.

Terima kasih bro.Yup.Dikesempatan ini.Aku nak ucap terima kasih .Aku banyak belajar dari kau.Secara langsung atau tak langsung.You just a great person bro!Walau kadang kala kau memang sengal!haha.Lagi satu.CINTA perlukan usaha bro!Tak datang bergolek.Tak semudah kata.Jadi.Tingkatkan usaha.U'll get what u deserved!!Haha.

Ok.Senang cerita.Post ini khas untuk kau!Enjoy reading it!Haha.Chow!