22.9.09

Salam Eid


Lewat 2 hari.Mana sempat nak menulis.Sibuk.Tak mengapa.Raya sebulan kan?Kah!
Ok.Masih dalam mood raya.Jadi.Dikesempatan ini.Aku susun sepuluh jari.Mohon kemaafan.Buat sahabat handai.Terkasar bahasa.Terlanjur kata.Maaf!TER....!Maknanya.Tanpa sengaja.Tanpa niat.Lumrah manusia.Penuh kelemahan dan kekurangan.Moga kalian mengerti.Aku juga manusia.Jadi.Maafkanlah!

Terima kasih untuk semua wish.Maaf.Ada yang tidak berbalas.Alasan?Sibuk.Haha.Cukup terharu.Dapat banyak wish dari non-muslim!1Malaysia?Entah.Apapun.Terima kasih semua!

Ucapan khas.Ditujukan buat ahmad akram khairul azmi @ toto.Mesej kau.Sinis.Raya bersama insan tersayang?Siot!Ye!Nanti aku carilah.Tak da masa.Dan aku tidak sekacak kau!Jadi.Raya kali ini.Aku masih sendiri.Huhu.Tak kisahla.
Kau!Jangan mainkan perasaan kaum hawa.Kau nak.Kau serius.Tak nak.Terus terang awal-awal.Habis madu sepah dibuang!Aku tiada komen.Kau tak insaf lagi ke?Haha.

Ok.Lagi sekali.

bUdakeCik.
Mohon maaf.Dari hujung rambut rebonding.Hingga ke hujung kaki freestyler!

Haha.Opss!Tak!Aku serius.Sekadar metafora.Diri aku.Dalam ucapan kemaafan.Ikhlas!
Sweet?Poyo?Kau tentukan!Heh.


Enjoy!



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
tema raya 09 - coklat






p/s - Toto adalah teman sekolah aku di Johor dahulu,SAMURA.Kini bersama untuk perjuangan 5 tahun di UPM.Dia MD.Aku Vet.Sama title.Berbeza pesakit.Kah!Dia sedang dilamun cinta.Budak UIA wa cakap lu!Semoga berbahagia bro!

16.9.09

A.Y.A.M HOT

Piiinnnnnnnnn!!

3 ekor ayam yang mahu melintas terkesima.2 ayam berhenti.Tidak bagi Ayam T.Terus mengorak langkah.Ayam T memang pantas.Masakan dia boleh mewakili kolej dan DVM dia.Kah!

2 ayam lagi.Ayam J dan Ayam M.Tidak sanggup menanggung risiko.Berhenti.Ayam M.Sempat membuat gaya marah.Mengibas-ngibaskan kepaknya.Pernah tengok ayam marah?Sama seperti ayam M.Haha.Melatah mungkin.
Ayam J?Takut mati .Yela.Raya nak dekat!Dari mati kena langgar.Lagi mulia mati kena sembelih.Kan ayam J?

Siot ah pemandu tu.Pentingkan lampu isyarat dari nyawa kita.
Ayam J mengomel.

Kau selamba je kan ayam T?
Tanya ayam M.
Hek eleh.Aku wakil 100 meter 2 tahun berturut-turut la.
Jawab ayam T angkuh.Haha.

Tapi juga menyumpah.Sikap pemandu sebegitu.Pentingkan lampu isyarat dari NYAWA kami.Walau kami ayam.Kami juga ada hati dan perasaan.Ada rasa sakit.Ada rasa marah.Animal 5 freedom!Binatang juga punya kebebasan!Kau tak tahu ke manusia?Baru tahu?Langsung tak nak ambil tahu?Hek!Manusia oh manusia.

Fuh!Nasib baik kita tak kena langgar.Raya nak dekat uh!Penat kita berpuasa.Tiba masa nak rayakan kejayaan berpuasa.Tidak sempat.

Ayam-ayam lain mengangguk.Tanda setuju.Kok!.

Ayam -ayam ini.Baru sahaja berbuka puasa.McD!Makan kaum sendiri.Spicy Chicken McDeluxe?Ceit.Tak guna punya ayam!Tak sedar diri adalah ayam!Melintas macam ayam!


Apapun.Terima kasih Ayam J.Belanja berbuka!

Sekian.Kisah ayam.Yang baru terselamat dari kecelakaan.Alhamdulillah.Kita masih bernafas.Hingga saat ini.

Moral!Jangan melintas seperti ayam!Ingatlah orang yang tersayang!

terSAYANG?Huk!

Ayam T?Kau kenapa sejak akhir-akhir ini?
Entah.Aku tak pasti.Perasaan apa yang aku ada sekarang.Semacam!Inikah namanya CINTA?Cinta AYAM?Kalau benar.Lagi teruk dari cinta MONYET!?Tak kisah.Janji CINTA.Haha.Bengong!Terdesak!Haish.Dah!Aku main-main!


13.9.09

(P) kuasa dua

Taq,kau guna lab ni eyh tadi.

Aah.Kenapa?

Takla.Kenapa lampu dan kipas tak tutup?

Erkh.Kena tutup eyh?Bukan ada lab assisstant ke?

Ala.Apa salahnya.Tolong.Takla membazir.

Owh k.Aku tutup nanti.

Perbualan aku dengan senior.Selepas keluar dari surau.Betul.Tak baik membazir.Dia cukup lemah lembut.Menegur.Bagus.Aku suka cara dia.

Masuk ke lab.Menutup suis lampu,kipas,aircond.Tiba-tiba.Ternampak buku yang ditinggalkan.Pasti teman kuliah aku punya.Apa salah kan tolong kawan-kawan.Ada masa aku menolong.Ada masa aku ditolong.Kan?

Siapa punya?Mula mencari empunya buku.Bersama SB.Kawan aku.

Siapa punya buku ni ah?
Entah.Check la.

Hurm.Dalam proses mencari.Tiba-tiba.Terpandang satu karangan.Berhenti.Dan membaca.Assignment mungkin.Anggapan aku pada awalnya.

Kah!Terkesima.5 saat.Cukup indah.Penuh perasaan.Puitis sedikit.Tulisan tersebut.

Aku rasa.Ini buku P la.
Mana kau tahu?
Aku kenal tulisan dia.
Owh ye ke.

Kebetulan.Dia ada di situ.

P.Ini buku you ke?
Yah!Mana jumpa?
You tertinggal kat lab tadi.
Owh k.Thank!

Tapi.Sebelum pulang pada dia.Sempat aku mengambil gambar.Gambar tulisan indah tersebut.Saja mahu menyakat.Untuk dijadikan bahan bukti.Haha.

Semalam.Bersahur dengan konsep 1Malaysia.Melayu,Cina,India.Kawan baik aku.Sama-sama berjuang sebagai MTM.Menjadikan hubungan aku dan mereka rapat.Cukup rapat.
Masa inilah.Aku menimbulkan isu ini.Haha.Malu tak sudah dia.Maaf!Hanya bergurau.Panas telinga dia.Pasti!Dari perjalanan pergi dan pulang.Isu ini menjadi topik utama.Kah!

Tak salah!Benar.Tak salah untuk bermonolog.Mungkin ini salah satu cara dia.Menghilangkan stress.Bermonolog melalui penulisan.Cukup indah.Cinta?Entah.Aku tiada komen..Dia menafikan sekeras-kerasnya.Dalam hati?Tiada siapa tahu bukan?Haha.

Ok.Cukup.Nanti dia merajuk.Kena belanja McD lagi.Huh!Apapun.Baguslah.Aku tumpang gembira.Kalau "itu" menjadi REALITI.Cinta itu INDAH bukan?Semoga bahagia!Pesanan aku.Jangan lupa kawan.Bila bahagia tercipta.Bersama P!
P & P.P kuasa dua?Secocok bukan?Padan.Sangat padan!Haha.Ok.Noktah!










p/s - Tiada gambar.Sengaja tidak letak.Biarlah.Ia menjadi simpanan peribadi aku.Haha.




11.9.09

Air Langga Lari


Baru ada masa.Nak menulis.Sibuk akhir-akhir ini.Presentation.Test.Sunyi dunia ciptaan budakecik.Dan.Hingga tak sedar.Ramadhan di penghujungnya.Iskh!Semacam rasa kurang penghayatan.Dosa masih menggunung tinggi lagi.Rasanya.Entah.Masih sempat.Sebelum terlambat.10 hari terakhir.

2 hari lepas.Seperti biasa.Pergi bazaar.Luar biasa.Sebab ini kali pertama aku pergi bazaar dengan dia.Dia kolej lain.Aku kolej lain.Tapi satu kos.Tapi kawan baik.Dan tersangat luar biasa.Aku buat salah.Dan lari.Tiada niat.Serius!Dan sejujurnya.Jauh di sudut hati.Ada kekesalan.Huh!

Salah?
Yup!Aku tercalarkan kereta dan hati seorang awek bertudung!

awek tudung : macam mana ni dik?Bukan kereta akak ni?

budakecik : oh yeke? tunggu kejap eyh.Saya parking kat sebelah jalan sana. Ada kereta nak masuk tu kak.

Tapi.Aku tak berhenti.Ada alasan!Tiada parking kat seberang jalan.Dan.Aku terkesima.Tak dapat berfikir secara rasional.Kan SB?Haha.Serius!Boleh terima tak alasan ni?Agak-agak kau?

Waa!Kejam?Jahat?Entah.Ye la kot.Haisyh!Aku tak berniat nak lari!Tapi.Aku lari!Erkh?Haha.
Aku rasa.Ini semua salah kawan aku.Sebelum ini.Aku pergi dengan teman-teman lain.Ok je.Ajak kau.Benda buruk terjadi.Kau?Pembawa S**L eyh?Haha.Gurau bro!

Hurm.Aku anggap.Ini semua pengalaman.Ini pertama kali aku langgar kereta orang.Dan lari.Langgar lari!Haha. Tak gentleman langsung!Erkh.
Setakat langgar divider, pagar. Perkara biasa.Kah!Langgar pagar sebab excited nak dengar ceramah motivasi Pak Sheikh.Langgar divider.Sebab bangun lambat ke kuliah. Semua punya sebab yang baik kan? Haha.








p/s - Permohonan praktikal di Indonesia telah berjaya.Universitas Air Langga!Masih berbelah bagi.Pergi atau tidak.Haishh.Konflik Malaysia-Indonesia?Entah.Apapun.Hampir pasti.RM 2000?Moga-moga dapat!Amin.









4 jejaka pilihan.Haha.













5.9.09

Semalam & Tadi & Realiti

Dik - dik.Mari sini jap.

Panggil si HOT tatkala aku menuju ke kereta di CIMB bank.Semalam.

Aku pergi.Sebab?Awek tu agak HOT.Ceit.Bulan puasa pun kau layan!Adoi.Tak sengaja!Kebetulan dan tak sempat untuk berfikir panjang.Haha.Ingatkan si HOT nak minta tolong.Rupanya.Jual insurans.Terpaksa menipu.Aku ada kelas.Terpaksa!Walau kau HOT.Aku tak berminat.Dengan insurans!Kau?Ok!Cukup sempurna!
Bunyi semcam terdesak bukan?Biarkan.Haha.

Kuliah.Tadi.

Perivascular Cuffing.

You know what it's called in malay?

NOooo...

PERMANSETAN!( tak pasti ejaan yang sebenar)

Kawan aku.Nama dia Man.Man SETAN!Mana kau tak gelak.Manusia sebaik dia.Selalu buat kerja mulia.Kena panggil SETAN.Haha.Pensyarah tak bermaksudkan dia.Sengaja.Kacau - kacau.Haha.Pensyarah ni.Lawak dia amat spontan.Kenapa tak semua pensyarah macam dia?Tidak memberi tekanan.Jauh sekali marah.Favourite quotation dari dia.Yang aku ingat.Sampai sekarang? It's okay to make mistakes right now. Wow!Ianya terlalu bermakna.Untuk insan berjiwa lemah.Takut buat silap dalam proses belajar.Seperti aku.Serius!

Realiti.

Hari ini.Aku sedikit emo.Jangan tanya kenapa.Aku pun tak pasti kenapa.Aku pun tak punya jawapan.Bukan PERIOD yang pasti.Opss!Haha.Apapun. Belajar untuk hormat orang lain.Jangan lepas tanggungjawab.Betul!Tak semua manusia sempurna.Tapi belajar dari kesilapan lepas.Mampu menutup kelemahan.Bina kesempurnaan dan kelebihan.Susah ke?Susah?Aku tiada komen.Lantak.Teruskan lah.Aku juga akan terus begitu.EGO?Sedikit.EMO?Ya!

Dan.Aku pulang ke rumah.Untuk sekian kalinya.Seronok berpuasa di rumah.Walau agak sangap.Sangap?Line tak clear la.Huh.

Selamat berpuasa untuk 16 hari berikutnya!Hayati bukan menanti habisnya bulan ini.Kan?