Ha!Bawa kereta jangan laju-laju.
Masih lagi terngiang-ngiang.Kata-kata ini.Menitis airmata jernih.Manakan aku boleh tahan.Ia di luar kawalan.
Sudah sekian lama rasanya tidak menangis.Manusia alpa!
Semoga segalanya selamat.Mak & Abah!
Jerit hati kecil aku.Lambaian terakhir.Sebelum berpisah.
Panggilan Haji.Memberi ruang.Untuk aku lebih menghargai mereka.Memang selama ini aku menghargai mereka!Aku bersandar.Punya kekuatan.Untuk terus gapai matlamat.Cita.Kerana mereka!Aku buat.Yang terbaik.Yang termampu.Kerana mereka.Kini aku sendiri.Kau mengerti bukan.Mengapa airmata jernih ini mengalir.Mengerti?
Final exam!Saat genting.Aku tanpa mereka.Aku perlu bina kekuatan.Mereka bukan pergi bercuti.Bersuka.Bukan sengaja meninggalkan anak-anak.Itu kewajipan.Pujuk hati kecil aku.Sedikit sebanyak memberi kekuatan.3 paper terakhir.Perlu kuat budakecik!
Sedikit terganggu konsentrasi.Menjawab kertas immunology.Tadi.
Fikiran melayang.Seakan terpampang wajah mereka.Di kertas soalan.Serius.Aku sudah mula tak keruan.Walau baru sebentar tadi menghantar mereka.Bersua dengan mereka.
Kini.Hanya mampu berdoa.Semoga segalanya selamat.55 hari.Tanpa mereka.Mampukah aku terus melangkah?Masa tentukan.Ya Allah.Berikan aku kekuatan!
p/s - Proposal Majlis Silaturrahim telah berjaya di peringkat fakulti.Peringkat seterusnya.HEP.Tugas kau SB!Aku kehilangan mood.Semoga berjaya.