Lewat 4 hari.Perlukan masa rehat yang agak panjang.Agak malas untuk mencoret.Terlalu banyak!Untuk dikongsi.3 minggu diperantauan.Cukup untuk memberi pengalaman baru.Nafas baru.Lonjakan paradigma?Ya!Erkh!Mungkin.Sedang aku kurang pasti.Apa itu paradigma.Kah!
Apapun.Semuanya telah dicatatkan.Secara kasar.Hari hari kehidupan.Di bumi asing.
Dan.Hampir bersedia.Untuk diabadikan dalam bentuk novel.WoW!Serius?Lebar-lebur?
Inspirasi dan idea daripada penulis novel
HLOVATE.(Sempat menghabiskan bacaan satu novel di sana).SB juga!Perlu ke?Kah!
Hek.Mungkin sekadar angan.Bukan dalam masa terdekat.Pasti.Cuti hanya bersisa kurang lebih 3 minggu.Banyak benda yang perlu.Lebih utama.Untuk diselesaikan.Majlis Silaturrahim!
Yup.Masih tidak mustahil bukan?Bila semangat melebihi had kemampuan dan masa.Realiti atau fantasi?Tunggu dan lihat tanpa mengharap!Ok?
Sepintas lalu :
- Praktikal ruminant & poultry di 4 tempat berbeza sekitar Surabaya.Yang pasti.Kurang peluh.Jenuh mengadaptasi dan mempraktik.Tiada lagi kerja buruh.Tangan hanya kotor untuk rectal palpation!Presentation di hadapan final year student pada hari terakhir praktikal.Segak berbaju batik.Kecuali?Cewek seorang.Hek!
- 4 hari terakhir.Sempat ke Bali.Melepaskan lelah praktikal.Shopping.Mencuci mata bukanlah maksud tujuan.Serius!Tapi benar.Mata kau seperti tidak boleh di pejam.Kah!Parasailing.Snorkling.Scuba Diving tanpa lesen.Erkh.Di sana.
- Hah.Rokok?Mungkin masalah bagi penggemar DUNHILL.Kurang popular di sana.Hanya boleh didapati di kedai-kedai terpilih.Marlboro.Ya!Sama populariti seperti kretek.Perbandingan secara rawak.Beli sekotak di Malaysia.Kau dapat 3 kotak di Indonesia.Syurga bukan?
- Bebek goreng?(itik goreng), Pecel?(sayur campur + kuah kacang), Lele? (ikan keli) adalah antara makanan yang popular di sana.Mudah didapati.Dan yang pasti.HALAL!
- Maxis adalah Timesel dan Celcom adalah XL di sana.
- Alphamart adalah 7eleven di sana dan hanya satu nama stesyen minyak.PERTAMINA.Tiada Shell mahupun BP atau Caltex.Apatah lagi PETRONAS!
- Nisbah antara kereta dan motosikal.1 : 30.Lebih lagi mungkin.Rata-rata bukan Mat Rempit.Hampir tiada plaza tol!Relevankah Touch n Go atau Smart Tag?
- Vierra - Perih . Lagu yang berjaya menambat hati.Menjadi siulan saban hari. Punya maksud tersendiri.Inspirasi dan sumber kekuatan.Buang jauh-jauh CINTA!
- Kos perbelanjaan secara kasar.4 juta rp.Masih berbaki kurang lebih 130,000 rp saat tiba di LCCT.
Yup.Sepintas lalu.Benda baru.Perbezaan.Malaysia & Indonesia.
Yang pasti bukan jadi penghalang.Untuk keduanya.Terus menjalin hubungan baik.
Sudah punya persamaan di akhir nama.SIA!
Dekan di sana juga hampir tidak mampu membeza antara kami dan mahasiswa beliau sendiri.
Jadi perlukah ada sengketa?Kerana isu kecil?remeh?temeh?
Media adalah faktor utama?Yup.Ia diakui sendiri oleh salah seorang pegawai di sana tatkala berdiskusi dan bertukar pendapat dengan mereka.Hurm.Aku tiada komen.Bagi aku.Layanan mereka cukup mesra.Seperti kau berada di bumi sendiri.Berada hampir dengan keluarga sendiri.Kami mengelarnya.TERBAIK!!
Tiba-tiba.Menjadi skema?Patriotik?Diplomatik?Heh!Biarlah.Sekadar menyuarakan pendapat.Kita kan punya hak untuk bersuara.Demokrasi?Haish!Aku sudah mula berfalsafah.Mengarut mungkin.Baik berhenti.
Permisi dulu mas!
Opss.Maaf.Kesan dari asimilasi budaya.Kah!
Nah!Sekadar penyeri dan berkongsi.Edisi berbaju.Erkh?
First day~
heh!ada gaya seorang pensyarah?
bersama final year student UNAIR(ppdh)
Selepas presentation.Sebelum ke BALI
Cowok ganteng
Sleep is My Only Homework..but..I love BALI.
p/s - Maaf.Gambar di FB.Ia di luar kawalan aku.Sekadar mahu dijadikan simpanan peribadi.Buka untuk tontonan umum.Awalnya.Tapi?Entah.Tiada komen.