9.12.10

Jadi Diri Sendiri

Last video untuk sem break ni sebelum aku kembali menjadi nerd.Pergi praktikal nun jauh di sana.Filipina?Harapan menggunung yang tak kesampaian.Tak de rezeki ah bro.Kita cuba next sem.Kawan aku  menyedapkan hati yang lara.Hek!Sikit pun aku tak kisah!Mana?Perak sudeyh!

Ok.Video ni aku tak rancang.Lepak dengan member-member.Kat tepi pantai.Dalam video tepi jalan uh?Yup.Tepi jalan dekat pantai.Bosan melepak.Tiba-tiba teringat aku ada bawa bola.Di sini muncul la idea rakam video.

Be yourself?Ya.Aku pilih lagu ni.Sebab aku suka sesuatu yang boleh motivate diri aku.Yup.Skill yang sama kalau kau usha semua video yang aku buat.Kau mesti tak usha kan?Hampeh.Penat aku edit dowh!Pergi usha la syal!Kah.Tiada paksaan kerana ia lebih kepada kepuasan diri sendiri.

Be yourself!Itu jawapan yang aku akan bagi.Apapun diri kau.Buruk mana.Hina mana.Kurang dan cacat cela mana pun kau.Jadilah.Dalam apa cara sekalipun?Diri sendiri!Biar dunia,manusia sekeliling membenci mencemuh.Kau?Teruskan sayang diri kau.Percaya diri kau.Kau masih punya sesuatu yang mereka tiada.Kau masih punya?Harga diri!Kelebihan tersendiri!Yang mana mereka tidak sedikit pun bertanggungjawab untuk itu.Hanya kau!Jadi perlu apa kau tunduk pada desakan,kutukan dan suara-suara sinis mereka?
Kau hanya perlu buat ini.Buat muka jerk.Dan cakap.Ada aku kisah? Ekspresi muka tu penting.Biar menusuk ke jantung,hati,paru-paru  segala bagai!Biar mereka rasa.Apa yang mereka tak suka rasa.Tapi terlalu suka memberi rasa.Empathy!

Aku sekadar nak berkongsi.Jauh sekali meninggi diri.Sejujurnya.Aku cuba memberi inspirasi terutama pada empunya diri dan juga kawan-kawan aku.Dengan cara aku.Penerimaan?Itu  bergantung sepenunya pada diri masing-masing.Rambut sama hitam,Taste lain-lain.Ego bermacam level.Ok?

Chalo!













p/s - Salah satu impian aku.Nak buat video sebegini keliling dunia!Yang mana aku rasa tak mustahil.Hurm.Satu hari nanti.Awesome78 Around The World.AATW!Wait for it!

3.12.10

CHICHAKO - Cukupkah sayang anda?

 Binatangpelikberwarnahijau |BPBH|Bapak Pelik Bapak Hijau pun boleh.Bapak disini adalah kata penegas.Contoh.

Bapak cun syal awek tu 
Maksud 1 : Awek itu tersangatlah cantik.
Maksud 2 : Awek tu tersangatla cantik tapi sial.|Bila anda meletakkan noktah selepas perkataan cun|
Maksud 3 : Anda memberitahu bapa anda awek itu tersangatla cun.|Bila anda meletakkan tanda noktah selepas perkataan bapa|
Maksud 4 : Anda adalah dalam keadaan terdesak.Sangap!

BPBH merujuk kepada maksud 1.Sangat pelik,sangat hijau.

Ok.BPBH merupakan teman hidup aku sejak 5 Februari 2010.Selepas 3 tahun hidup menduda.Hati meronta ronta meminta untuk ditemani.Dan beliau hadir sebagai peneman saat suka duka nangis tawa segala bagai.

Aku sayang BPBH beb.Jangan tanya mengapa.Mengapa tidak adalah persoalan yang sepatutnya.Ya.BPBH selari namanya adalah pelik.Beliau tak tahu apa itu manja.BPBH tak suka dimanja.BPBH suka makan sayur sawi tambah jagung tambah lobak tambah kacang hijau.Mentah-mentah bersalut serbuk supplement.Pelik bukan?

Dan 2 hari lepas dunia telah menunjukkan kepada aku bahawa kasih sayang yang aku berikan masih tidak mencukupi.Dia tersadai lemah di suatu sudut ketika mana aku dalam persediaan memberi sarapan kegemaranya.

Oh shit!Apa masalah kau.Aku mencarut di pagi yang mulia.Dia terus mendiamkan diri.Diam 1000 bahasa.Aku rasa kalau ada bahasa yang ke-1001.Dia akan mula bercakap.Aku rasa.
Bodohnya vet-nak-jadi ni.Semakin menjadi-jadi bodohnya.Ye la boh!Mu bijok skali!Tak pasal-pasal emo.Ye ah.Kau cakap aku bodoh syal!

Dengan menggunakan akal fikiran kurniaan Tuhan Yang Maha Esa.Bertanya pada yang tahu dan berpengalaman.Dia kini dalam proses untuk sembuh.Semakin berselera makan.Mula memanjat.Jelir lidah.Fuh.Lega!
2 hari tidur tak lena|14jam|,mandi wajib terlambat,makan 2 kali sehari! |metafora tersangat melampau dan mengarut dan biadab|.Positif!Betapa aku sayang kat dia.Betapa insan yang aku
sayang itu mempengaruhi hidup aku.Nak aku jelaskan lebih lanjut?


1.Tidur tak lena |14 jam|
Membawa disebalik erti betapa aku rasa malas untuk hidup bilamana insan yang aku sayang sakit!

2.Mandi wajib terlambat
Membawa disebalik erti aku menangis ketika tidur.Basah disebabkan air mata.Terlalu banyak hingga membasahi segenap tubuh.Aku ingat mimpi basah.Bangun lambat.Jadilah mandi wajib terlambat!

3. Makan 2 kali sehari
Aku tidur 14 jam.Baki hidup tinggal 10 jam.Dalam 10 jam aku makan 2 kali!Logik?


Apapun carutan di atas.Aku hanya mahu berkongsi.Bilamana kau sayang seseorang.Sayang bukan dengan perkataan!Hati dan perbuatan!Tunjukkan pada orang yang kau sayang.Kau benar-benar sayang.Aku sayang kau.Kalau babi boleh berkata-kata.Dia mampu mengungkap kata itu.Babi adalah metafora di sini.Betapa murah erti sebuah kata tanpa?Perbuatan lahir dari hati.Aku sayang kau dan buat!Buat perkara yang sepatutnya la syal.Adakah kau bersama aku?Dapat apa yang aku cuba sampaikan?Bagus!

Ok.BPBH adalah binatang peliharaan aku yang diberi nama Chichako.Sebab dia seperti cicak tapi besar oooo!Lahirlah nama?Chichako!Nama pendek.Chako!Umur sebenar 1 tahun 7 bulan.Umur dia sepanjang bersama aku.10 bulan.Anniversary lagi 2 bulan.

Ok.Sebelum berhenti mencarut.Sayang guna hati.Bukan mulut!Guna mulut?Jadilah adegan seperti?

Aku bagi dia pilihan tadi dowh.
Aku atau KLCC.
Dia pilih KLCC dowh!

Manusia semakin bodoh bila nafsu menjadi penunjuk semata.


Chalo!





p/s - Doakan kebahagiaan aku dan dia.Mencipta bahagia bersama.Selamanya.Terima kasih!

Bukan Bodoh Tapi Sengal - Sem 7

Bukan aku.Sejujurnya.Dengan sepenuh pengertian.Bukan aku.Ya.Aku bodoh.Dengan naluri yang cukup kuat aku cuba menghilangkan segala kebodohan yang ada.Sejak lahir mungkin?Tidak ada manusia di lahir sempurna |dMasive-jangan menyerah| Aku diberi nikmat untuk jalani kehidupan.Mencari?Kesempurnaan.Aku di dalam perjalananan untuk itu.Menjadi sempurna.Tanpa perlu ada kawan yang sempurna.Tanpa menghisap rokok Sampoerna.Bodoh ah kau!


Fluid Rota

Ada ke patut cakap aku yang tambah Duphalyte kat fluid yang sepatutnya tak ada Duphalyte?Ya.Aku jaga kes tu.3 warna kuning.1 tanpa warna.Itu yang aku tinggalkan sebelum aku keluar makan.Mata aku tak buta dan aku juga tak rabun jadi aku bukan lelaki ber-kacamata.Tapi aku rasa perempuan pakai kacamata adalah hot.Lelaki pakai kacamata adalah macho.Aku rasa la.Kau rasa lain tu lantak kau la kan?
Aku tak kisah pun.Janji bukan aku buat.Aku tak sebodoh orang yang buat dan buatkan orang lain rasa aku yang buat.Rotamate aku yang memang sebilangan besarnya adalah celaka.Pergi bahan aku.Satu semester beb.Bergetar habis ossicle bone aku.Tapi takpe.Aku dah biasa kena bahan.Bukan menjadi masalah utama.Bahan membahan adalah suatu keseronokan bilamana kedua belah pihak saling menerima dengan hati terbuka.No hard feeling orang putih kata.

Hey budak!Lepas ni.Kalau u nampak ada fluid yang clear,make it all yellow k? |Gelak|

Hey,Jangan bagi this guy dekat dengan fridge.Nanti dia ambil Duphalyte! |Gelak|

Bagus ah kau.Suka tolong haiwan.Bagi supplement.Empathy gila kau.Diorang |haiwan| mintak kat kau eyh? Dan kau dengan baik hatinya bagi uh?Baiknya Taq! |Gelak|

Dan untuk menutup sindiran sindirin celaka ini.Aku mengaku.Ye!aku yang letak.Aku yang buat.Aku takde kerja.Hasilnya?Tetap negative!Diorang tetap bahan aku.Sejujurnya bukan aku yang buat kerna aku tak rasa aku sebodoh itu.Kau yang buat dan tak mengaku kau buat untuk tidak menampakkan kebodohan supaya kelihatan bijak memberi erti di sini bahawa kau lagi bodoh dari aku.Ambik sebijik.Aku bagi ikhlas.Lahir dari hati empunya diri yang dianggap bodoh.Lelaki bodoh yang suka main Duphalyte!



Post mortem

Dr J : Ok.You.Present your findings.
Aku : Ok Dr.From my observation.|muka confident|Theres enlargement of of the left lung.There are also....
Dr J : Muka berkerut.Usha pelik tepat kat anak mata aku.
Aku : Apa salah aku syal.|dalam hati|
Rotamates : Tahan gelak.
Aku : Korang gelak apa syal.Bagitau ah apa salah aku.Bengong!|dalam Hati|
Dr J : Are you sure?Muhd Taqiyudin?
Aku : Yup.Theres enlargement of the left lung. Confident aku balas.Siap tunjuk  lagi.
Rotamates : Datang dekat aku.Berbisik. Kidney la weyh!Bukan lung.
Aku : Oh shit. |dalam hati|
Dr J : Gelak macam esok dah tak boleh gelak.|Bayangkan|

Aku malas nak cerita apa yang berlaku lepas tu.Apa aku buat.Pekakkan telinga dan teruskan kelangsungan hidup dengan 1001 senyuman dengan muka tak bersalah.Innocent habis!

Apapun.Dikesempatan ini selagi sempat yang mana sempat.Aku nak ucap terima kasih kat rotamates aku.Terima aku seadanya.Terima kelemahan aku.Hargai kelebihan aku yang mana takde pun sebenarnya.Berlagak lebih selalunya.Aku happy.Enjoy buat kerja dengan korang.Sayang korang?Your head la!Dah bahan aku.Gelak sampai tak cukup nafas.Pergi cerita kat group lain.Nak sayang?Gurau!Aku sayang korang.Cukup?Nak lebih minta mak korang.

Kata diakhirnya.

Bukan Bodoh Tapi Sengal!

Cerita sengal dulu kala di mana zaman kesengalan berada dipuncak meskipun begitu masih.Hingga kini.


Chalo!

27.11.10

"Babi" berlari

Aku tak tahu nak buat apa.Tidur dah cukup puas.12 jam!2 kali ganda dari keperluan.Manfaatkan masa cuti weyh!Bila lagi nak tidur!Dr. C kata aku tidur macam BABI masa cuti.Haha.Aku tak salahkan dia.Kebenaran sebuah kata.Aku anggap itu metafora.Perbandingan melampau yang digunakan dalam tatabahasa.Tak salah.Hanya perbandingan.Aku kuat tidur.Macam?Macam babi.Haha.

"What la you.Holiday saja tidur macam babi." -Mesej asal Dr. C-
Tergelak guling-guling aku baca mesej dia.Ok Dr.No hard feelings!Haha.

Jadi.untuk tak nak kelihatan selalunya.Sehariannya babi.Aku pergi jogging waku petang.Sebab?Babi mana jogging.Pagi ke.Petang ke.Tak!Haha.

Ok.Gambar-gambar aku jogging yang dah  di-edit.Dengan quotes yang aku suka.Aku kan mamat motivasi.Kah.Janji gua tak susahkan lu! #kalauterasapadanmuka .5 hari berturut-turut.5km!Kau hado?Haha.


Chalo!
















Compilations

"Compilations" adalah tajuk saat akhir.Saat di mana aku sedar.Secara tak sedar.Aku dah rakam banyak video.Spontan.Bila-bila aku free.Balik kuliah.Balik praktikal.Aku bosan.Aku buat.Dan yang paling penting.Aku tak susahkan sesiapa.Kah!Dari sini timbul idea untuk satukan semua menjadi satu.Maka lahirlah "Compilations".

Aku tak harap kau cakap ianya hebat.Sebab bagi aku.Itu kepuasan lebih untuk diri aku sendiri.Aku hanya nak berkongsi tentang minat aku.Apa yang buatkan hidup aku rasa cukup, puas, gembira.Apa?Buat sesuatu untuk diri sendiri.Buat sesuatu untuk rasa kita lebih dan ada kelebihan.Bukan berlagak.Bagi aku.Itu salah satu cara untuk aku hargai diri sendiri.Yup.Orang lain boleh hargai diri kita.Tapi takkan sama.Rambut sama hitam.Hati lain beb!Hati lu kotor.Hati gua tak sekotor lu.Dasar hati kotor.Haha.

Ok.Aku dah lama tak menulis.Rasa kekok tulis panjang-panjang.Jangan salahkan aku.Salahkan itu Twitter.Haha.

Chalo!


p/s - Abaikan last part video ni.Haha.



9.10.10

Bola Sepak Interkolej 2010/2011

Untuk sekian kalinya.Kali ketiga.Aku terpilih untuk join skuad bolasepak kolej.Aku kan athlete K17.Mana boleh tak terpilih uh?Kah!

Cuma tahun ini.Aku tak dapat bagi komitmen sepenuhnya untuk selalu turun training setiap petang.Sejujurnya aku penat.Masa untuk diri sendiri pun kadang-kadang tiada.Terhad.Maksud aku.Tidur!Study pun.Aku sanggup ponteng kelas.Satu hari penuh.Rekod peribadi terbaru aku!Kau ada?
Sebab?Aku ada 2 test dalam satu hari minggu ni.8 kredit!Sebab aku nak join interkolej.Aku terpaksa bahagi komitmen.Habiskan study dan join interkolej.Kau nampak dan faham dengan jelas situasi ni kan?Muka aku muka ponteng ke?Hek.Kau silap!

Itu pun aku masih tak dapat habiskan study.Terlalu banyak!Yup.Salah aku.terlalu relax time mid-sem break.Nak menangis aku jawab.Classmate duduk depan aku.Siap buat "sound" mengeluh lagi.Itu lawak.Sekurang-kurangnya.Bukan aku seorang tak habis study.Jadi kalau fail pun.Sama-sama.Hati kecil aku berbisik.Haha.Apapun.Yang penting.Aku dah cuba yang terbaik semampu aku.Usaha!Itu paling penting.Kau setuju?

Ok.Tujuan utama.Nak share result interkolej.

K17 (3) - K6 (0)
K17 (2) - KTDI (0)
K17 (0) - K2 (1)
Last match.Aku jadi Assistant Surgeon kot.Penat berdiri time OT.Terus join match.Alasan munasabah kan?Cukup kukuh!Kah!

Untuk julung kalinya.Sejak K17 ditubuhkan.Sejak K17 join interkolej.Ini kali pertama layak ke quarter final!Rekod untuk dipecah,bukan untuk dipegang kan?Kah!

Dan semalam.Bila aku tengok balik gambar jersey interkolej aku.Aku sedar satu benda menarik.Nombor jersey aku untuk 3 tahun.Dalam turutan menaik!Kebetulan!Aku tak rancang!Kalau sesuatu dirancang,ia bukan lagi kebetulan uh?

Ok!Kalau lu orang free.Datangla bagi support!Minggu depan.Hari rabu.Start quarter-final.
Kalau lu taknak datang.Takpe!Sebab team-spirit lagi penting dari pom-pom girls segala bagai. #terasapadanmuka. Haha.

Chalo!





15.9.10

Salam Eid #1431

Ok.Tukar mood RAYA.Mood kemaafan pak lebai kedai kopi kata.Kawan aku kata.

"Kemaafan adalah dendam terindah".

Sampai sekarang aku masih tak faham.Tak masuk.Dengan ayat ini.Kah!

Meneruskan kelangsungan hidup.Kadang-kadang.Kita perlu melupakan sejarah.Untuk kembali hidup dalam sejarah dan mencipta sejarah.Kau setuju?
Biarlah dia dengan hidup dia.Aku dengan hidup aku.Sekurang-kurangnya.Aku masih punya teman.Walau tak baik mana.Tapi sentiasa berusaha.Untuk cari kebaikan.Buat kebaikan.Belajar kebaikan.Lagi baik.Dari berlagak baik segala bagai.Mulut manis ayat berapi segala bagai.Realiti?Hareeeem!

Okay.

Dikesempatan ini.Aku nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir&Batin.Buat teman-teman.Yang selalu ada di sisi.Susah dan senang.Suka dan Duka.Kongsi erti sebuah kegembiraan walau ia sepatutnya ditagih sendirian.Bagi aku belajar menghargai erti persahabatan.Walau tanpa aku.Mereka masih punya sahabat dan teman.Masih mampu gapai bahagia.Tapi tetap terima aku.Kerana mereka sedar.Kesempurnaan adalah melalui penerimaan.Kau rasa kau mampu sempurna berseorangan?Yup!Tapi lagi bahagia bila ia dicipta bersama.Kan?

Apapun.
TERIMA KASIH semua!
Kau tahu siapa kau kan?Tak tahu.Lantak!Kah!
Penat uh nak taip.Looooong list.Included non-muslim!
Budget ramai kawan.Kah!


Ok.ENJOY.Selagi ada kesempatan!Selagi masih sempat!









                                                                


Raya tahun ini.Aku tak lagi berseorangan!Kali ini bersama yang tersayang.Interspecies realationship uh!Apa barang intraspecies!?Typical la weyh!Haha.

Faham?Ok.Aku explain.

Homo sapiens + Iguana iguana - interspecies
Homo sapiens + Homo sapiens - intraspecies

Kau pilih mana?Typical?Rare?
Ramai typical kan?Boring~

Haha.Jokes!Lek ah.Gua mana layak ada awek Homo.Nanti gua dah besar.Dah handsome kacak segala bagai.Gua carilah.Dan kau-kau yang hot yang single.Tunggu gua.Serious shit.No regret!Gua akan sayang lu sampai nafas terakhir gua.Ayat player uh?Tak!Gua serius!Kah!

Hurm.Tak sempat nak buatkan Chako baju.Takpela.Dia tak kisah.Sebab aku selalu beritahu dia.GREEN is AWESOME!Dia angguk!Haha.




Chalo!

14.9.10

Bila HATI lampau berbicara

Pergh!Tiba-tiba aku rindu kat dunia ni.Bersawang!
Hey!Aku sibuk ah.Masuk Tahun 4.Sibuk segala bagai.Nanti kau rasa ah sendiri.Alami sendiri.Nak bernafas pun susah.Hypoxia!Kah!Metafora je beb!Psycho!

Hey!Hidup adalah semua tentang pilihan!Kau nak happy?Sedih?Menangis.Hak kau beb!Mana ada law kat Malaysia kata.Ini kawasan larangan menangis.Ketawa.Ada?Kalau ada.Lu salahkan itu Singh Kapal.Kau kenal?Ala.Yang naik roket tu!Tak faham sudah!

Aku enjoy.Sebab?Aku pilih!Walau penat.Tak vet ah tak penat.Bak kata Dr N.Pergi la tukar kos.Pertanian ke.Perhutanan ke.Pun boleh!Kah!Tak patut!Kau hanya perlu jadi pekak.Teruskan hidup.Teruskan senyum.Teruskan positif!Typical~Tapi ini realiti.Untuk kelangsungan hidup.Tak percaya?Pergi makan garam.Baru ada pengalaman.Sebab tu kan orang tua banyak pengalaman?Aku bingung.Entah.Bagaimana ia berkait.Layankan.Hormati orang tua!Sebab garam?Kah!

Banyak benda berlaku.Suka.Duka.Geram.Celaka.Semua ada!Selama blog ini sepi.

Celaka?Malas aku nak kongsi kat sini.Tapi aku nak meluah.Aku rahsiakan identiti.Jaga aib?Mana datang!Aku malas nak taip nama kau.Hypersensitivity Type IV!
Makin dikenang.Makin membuak rasa benci.Bila kau sanggup tebalkan muka.Tutup sebelah mata.Untuk lupa benda yang lepas.Budak-budak KL kata.0-0 jela beb!Tak da hal la bro! Kau tahu apa aku dapat?Kau tahu apa dia balas?TAHI! Apa perasaan kau?Pergh!Pecah hati gua beb! Gua putus cinta pun tak rasa macam ni.Masih ada rasa hormat.Hingga saat ini.Sebab?Aku dan dia MANUSIA.Dia?Entah.HOMO mana entah.Homo seksual mungkin!Kau rasa?

Aku menangis.Bukan sebab aku tak punya ketabahan.Tak punya kekuatan.Ia melampaui batas.Terlampau!Lu tengok itu cerita biru.Pramugari yang terlampau?Ini BAPAK melampau!Kalau kau boleh tahan.Aku salute kau.Seumur hidup aku.Try tengok!

Aku bukan nak wujudkan suasana keruh dalam bulan mulia ni.Cukuplah nak kau tahu.Aku manusia.Kau manusia.Kau tahu EMPATHY?Menjiwai perasaan orang lain?Punya rasa apa yang orang lain rasa?Letak perasaan orang dalam perasaan kita?Masih tak faham?Owh lupa.Kau manusia jelmaan malaikat!Lupa-lupa.Tak sama.Tak masuk!Tak ngam!Tiada keserasian.Memang patut tak faham.Tapi kalau kau cuba faham.Kau akan rasa apa aku rasa.Kau tak kan salahkan tulisan aku.Kau takkan salahkan luahan aku.Kau tak berhak pun persoalkan.Apa-apa!

Aku pun buat silap.Orang lain pun buat silap.Tak salah buat silap.Belajar dari kesilapan!Itu apa yang aku cuba sedaya upaya untuk buat.Orang lain cuba buat.Dan kau?

Takpela.Jauh di sudut hati.Masih ada rasa simpati.Tapi dah kau tak hargai.Kau tak nak!Simpati mula dipersoalkan.Perlu ke?Hati aku menoleh.Lantak ah.Dia kata.Bukan aku.


Dahla Taq.Hari Raya kot!
Ye!Ye!Aku berhenti ni.
Last-last!Apa kata.Lu jadikan d-g-3-2 cukup-cukup 7 orang.Naik semester ini.Boleh?Lu boleh perlahan-lahan.Sikit-sikit.Slow-slow.Hurm.Lu faham kan?Ini suara MAJORITI DG32.Lu tak caya?Tak kan lu lupa suasana malam tu?Lupa?Lu nak diingatkan kembali?Ok.Naik semester.

Lu nak report pakcik&makcik kolej?Ayah lu?
Set!Gua report itu pakcik baju biru.Pakcik SILOP.Terbalik.
Kat Serdang ada satu rumah dia.Biru putih.Deal?
Bukti cukup!Saksi lagi la.Beratur ambil nombor!Volunteer!
Peguam kata.Tanpa keraguan munasabah.

Ini kalau lu main kotor la.Gua hanya bersedia hadapai sebarang kemungkinan.Gua bukan ugut.Gua bagi pilihan.Ok?Jangan salah anggap!

Suasana rumah tu dah tak macam dulu.Masing-masing kunci pintu.3 tahun aku hidup dengan dorang.Tiba-tiba semua berubah.Takut dengan lu beb!Waa!Lu memang gengster besar.Dengar citer lu pegang itu Kolej 41.Terbalik.Kan?Kira lu nak kembangkan kekuasaan lu ah ni?Silap tempat der.Sila cuba kolej lain.Tempat lain ke?.Bila?Naik semester lu carilah tempat baru.Ok?Lu tak perlu angguk.Lu angguk makna lu tak faham.Gua kenal lu dah.


Ok.

Aku minta maaf banyak-banyak.Aku buntu.Takde cara lain.Nak lepaskan.Nak luahkan.Apa yang terpendam.Apa yang dipendam.Apa yang terbuku.EMPATHY!Kau akan lebih memahami.

Sekadar mewujudkan win-win situation.Kalau kau boleh buat.Kenapa tak aku?Kalau aku perlu menangis.Kenapa tak kau?
Bukan berdendam.Sabar ada tahap.Batas.Ok?
Aib?Malu?Aku pun ada rasa malu.Diperbodohkan.Dipermainkan.Pernah kau fikir tentang ini?Pernah kau cuba tutup?Secara tak langsung.Indirect way.Kau buat orang sekeliling.Kawan-kawan aku fikir aku bodoh.Senang je kena permainkan.Jadi tak timbul soal menutup aib.Ok?

Fikir-fikirkanlah.Kalau kau rasa ini melampau.Apa yang kau buat kat aku.Terlampau.

Senangkan hidup ini.Kalau kita nak ianya senang.Sebab?Hidup kita.Pilihan kita.Aku bukan mengajar!Aku mengajak kau berfikir.KITA!Sama-sama fikir.Buka minda.Jadi lebih realistik.Ok?

Kepada yang lain.Nampak ayat bawah ni?Pinjam 70 saat?Terlalu mahal?7 saat!
Renungkan!

Learn all you can from the mistakes of others. You won't have time to make them all yourself. - Alfred Sheinwold

Chalo!

30.6.10

"Sumpahan Kongkang"




Kongkang?Pertama kali aku dengar perkataan ni.Kat Zoo Taiping!Serius!Aku tergelak.Dan masa tu baru tahu.Kongkang adalah Slow Loris!Slow Loris aku tau ah!Hek!Kau berjiwa penjajah putih!Lek ah!Aku dalam proses belajar.Sekurang-kurangnya.Sekarang aku tahu!Kan?

Aksi seiring nama.Slow!Tapi itu yang buatkan dia cute.Aku rasa!
Kalau manusia berwatakkan ini?Lembab ah!Mana datang cute!Hek!

Ok!Nak dijadikan cerita.Tiba-tiba.Aku malas nak cerita.Lu usha sendiri la!Sudah aku sisipkan dengan info.Ringkasan cerita.Bersama.

Fakta-fakta yang kau perlu tahu.Ambil tahu.Tahu!Tentang video ini!


  • Video ini adalah kisah benar!Walau kau nampak dalam video tu,mangsa kelihatan masih mampu tersenyum.Itu luaran!Dalaman?Hanya Tuhan yang tahu.Hanya yang rapat mampu mengerti.Menyelami.Gigil habis mamat tu wa cakap lu!Hah!
  • Ambil masa untuk edit video ini.Sebab?Aku tak jumpa sound effect yang sesuai untuk video ini.2 hari mencari dan tadi!Baru jumpa.
  • Sound effect penting weyh!Ia menghidupkan suasana.Semacam beri perasaan sebenar.Tak percaya?Ok.Aku start edit dalam pukul 12 lebih.Aku buat kat luar rumah.Nak ambil "feel" orang kata.Final editing.Sebelum aku save menjadi video.Aku tekan button play.Layan dan sedikit kagum dengan hasil kerja aku.Tiba-tiba.Bulu roma aku meremang!Serius SHIT!Kali ini aku tak tipu.Tak main-main.Walau selalu aku menipu dan main-main.Haha.Tengok!Weyh!Tak kali ini!Percayalah!Hek!Akibat selalu menipu.Lantakla nak percaya ke tak.
  • Ok sambung.Aku berlagak cool.Sambil tangan menggapai apa-apa yang penting.Laptop!Dan aku lari masuk dalam rumah.Macam pelesit pun ada.Fuh!Nasib baik aku altet 100m.Apa ada hal?Hek.Sempat lagi berlagak celaka ni!Pengecut!Sekarang kau percaya bukan?Sound effect memainkan peranan penting?Takla jadi sebegini kalau aku guna lagu  "never say never" si justin bieber tu.Kan?Haha.
  • Perancangan awal.Aku nak buat lawak untuk video ni.Nak "menganjing" si mangsa.Last minute tukar plan.Sebab aku rasa.Video ini.Beri kesan yang lagi best kalau ia dalam mode serius.Dan aku di pandu oleh satu perasaan "something".Susah aku nak terangkan.Kau buat-buat faham jela.Tak pun.Kau try edit satu video mistik.Seram.Yang benar-benar berlaku.Depan mata kau lagi.Pasti kau akan rasa.Apa yang aku rasa!Hoho!Aku cuak.Sekarang!
  • Reaksi mangsa?Hek!Serius.Kami satu geng pun cuak!Dia lagilah berganda cuak!Siap bertaubat lagi.Ahli agama kata.Tuhan tidak lagi jauh.Itu aku tak nak cerita panjang lebar.Cukuplah untuk jadi kenangan peribadi.Aku,dia dan teman-teman semasa kejadian.Kan bro?HAHAHA!Kesian dia.Dalam keadaan sebegitu rumit pun masih lagi dijadikan bahan gelak.Lu silap pilih kawan la bro!Serius!Kawan lu memang celaka ah!Sabar bro!Gua paham perasaan lu.Kah!

Apapun.Bagi aku.Ini antara pengalaman menarik pernah aku ada,jumpa dan rasa.Sepanjang 3 tahun aku berpraktikal.Pertama kali dan mistik!Penuh suspens.Itu yang menjadikan ia menarik.Dan aku baru sahaja berkongsi dengan lu orang!Jadi?Hargai.Hayati!Walau dunia dah maju.Serba moden.Update sana.Update sini.Perkara sebegini tidak lagi luput.Masih wujud seiring peredaran masa.Kerana manusia.Akan terus dan terus punya NAFSU!Dicipta bersama.Orang putih kata."Built-in".
Tak boleh dibuang,tapi boleh dikawal.Bagaimana?Pak lebai kata.Kembali kepada kehidupan beragama!
Ini hakikat!Ok?Selamat beramal!

Kah!Chalo!

28.6.10

Volunteer Part 2 - Zoo Negara

Sambungan.

Zoo Negara.Perancangan awal.Jumpa Dr S.
Sekejap!Mata dia!Wow.Kau pasti terkesima 50 saat.Kalau kau punya taste serupa aku.Tak?Lantak kau ah!Kah!.Ok sambung.Ambil data.Habis.Dan balik.
Saat-saat akhir.Ada idea dari kawan aku.Jadi volunteer.Kerja 2 dalam 1.Aku pun tak pernah praktikal sana.Jadi.On!Apa yang tak boleh untuk dia.Semua boleh!
3 hari.Kenapa 3?Jadual hidup dia padat.Biasalah.Datin wanna be.Tak hairan la nak beli PDA.Datin perlukan assisstant la.Tak susah bukan untuk memahami?Mati aku!

Ringkasan!


  •  Aku dan dia.Hanya berdua?Kau ambil kesempatan la budakecik!Sailang!Celaka la lu bro!Weyh!Pale kau!Sebagai meminjam kata-kata dia.Takpela.Lagi sikit orang lagi bagus.Boleh buat banyak hands-on! Kau ada nak kata apa-apa?Hek!Betul!Hanya kami berdua budak vet.Tambah seorang.Senior.Tiga vet.Memang banyak peluang nak hands-on!
  • Aku dapat buat pinioning.Apa tu?Google ah!Penat nak explain.Pengalaman pertama aku.Punya la teruja.Berpeluh-peluh masa buat surgery.Hek!Aku kan HOT!Ditambah lagi lupa pasang air-cond.Bertambah HOT!Jadi aku punya alasan kukuh kenapa berpeluh!Logik bukan?
  • HOT?Entah.Bukan aku nak berlagak.Tak sampai satu hari aku kat sana.Ada orang nak berkenalan.Eyh,siapa lelaki yang pakai cekak tu eyh?Sekarang aku sedar.Betapa susah hidup kalau jadi HOT!Single lagi!Aduh!Bukan aku nak!Semulajadi.Kah!Tak jumpa pun si dia.Aku pun tak terfikir nak jumpa.Kesuntukan masa.Terlebih fokus pada kerja.Akhirnya aku terlupa.Hari yang lain mungkin.Siapa tahu?
  • Hey kau!Mana tau.Kalau-kalau lelaki!Kawan aku cuba menidakkan sebuah kebenaran.Menutup sebuah harapan.Tak kisah ah.Lelaki pun aku akan layan.Kawan.Tak salah bukan?Aku bukan gay la syal!Tak salah bukan berkawan?
  • Kawan aku.Bukan HOT lagi.BERAPI-API!Ada mamat alim.Budak UIA.Ajak dia kahwin!Dapat kau rasa API dia?Maksud aku aura!Panas owh!Hek!Dah bahasa tubuh kau semacam memberi harapan.Gaya single padahal tak.Memang ah!Kejam bukan?Semacam memainkan perasaan kaum adam!Hee!Kau!Haha.Gurau ah!Kau memang HOT!Kat Brunei,MU HOT SKALI!0-0 weyh!Haha.
  • Pusing satu KL.Cari *battlefield*!Lawan ping pong.Dia pantang di cabar ah.Itu gua kagum.Tapi tak jumpa tempat.Takpe!Semester depan!Dan kau hanya perlu lebih tahu beza antara gelanggang tenis dan table tennis!Kau rasa sama tak?Aku dilemma.HAHA.
  • Dan SUDOKU.4-0 gua kena titik.Tersalah cari pencabar ah.Aku level Easy dan dia Hard.Kau rasa adil tak?Takpe.Gua semakin bersemangat.Bangun pagi-pagi gua terus berlatih.Dan terus berlatih.DONT EVER DARE TO CHALLENGE ME,ONCE YOU DID,JUST GET READY FOR THE CONSEQUENCES!Dari sini aku punya semangat.Lagi sekali aku ulang.Aku berjiwa menang!
Ok.Tamat sudah compensatory mechanism untuk blog ini.Aku ada kurang lebih seminggu.Untuk diri aku.Pulihkan semangat.Sediakan diri dengan matlamat.Jadi lebih smart( in term of study!!).Aku bakal pelajar tahun empat!Wah.Jadi pantun empat kerat la syal!Gua memang awesome!(motivasi diri bukan poyo!).Hanya perlu lebih serius.Hanya itu yang aku perlu buat untuk semester hadapan.Kurangkan tidur!MATI BOLEH TIDUR!Kah!Dan seminggu lagi.Aku berminat nak join PROKASIH.Support event kawan.Dan pada masa yang sama.Pengalaman.Bergaul dengan masyarakat luar.Ini antara kelemahan aku.Malu tak bertempat.Tak cool la der!Langsung tak!Hek!Aku tengah berusaha atasi kelemahan la ni.Kau boleh tak support?Ini tak!Kutuk sana.Kutuk sini.Cakap besar,bongkak macam hidup selamanya.Banyak bunyi!Meluat la syal!Gua f*ck gila sama poser! Lupa asal usul!Akhirnya.Kena batang hidung sendiri.Padan muka.Grow up!Pepatah melayu kata,aku lupa pembayang.Maksud lebih kurang,"mengata orang,dia yang lebih.Samseng jalanan kata."Lu cakap cantik sket boleh?Otak lu mana?lutut?"
(tiada kena mengena dengan kau datin J!).Selingan!Luahan perasaan.Ye!Aku emo!Kau?Malaikat?Tuhan?
Relax sudeyh~Ok?

Chalo!




27.6.10

Volunteer Part 1 - Data Collection

Kenapa aku?Sebab rumah aku paling dekat dengan Zoo Negara!Yang lain.Jb,Kuantan,Teluk Intan.Ha!Putrajaya lagi dekat!Dia sibuk dengan training basketball dia.Jadi.Aku la!Budak Klang bandar Di Raja!Woot!!

Lagipun.Aku tiada apa-apa plan lepas habis praktikal.WorldCup pun boleh tengok highlights!Hek!Tiada masalah di situ.

Data?
Dr C dari Zoo Taiping.Buat kajian ketiga dalam hidup dia.Kah!Tajuk dia lebih kurang.Secara ringkas.Nak tahu effect sebenar zoletil,sejenis dadah yang digunakan sebagai anaestethic(pelali) terhadap tiger(harimau la sengal!)Haha.Sebab banyak oversea's book tulis zoletil tak boleh digunakan untuk tiger.Antara side effect dia seizures,ataxia dan boleh sebabkan kematian.Kalau aku tak silap dengar.Kah!Ok kembali serius!Tapi kat Malaysia.Zoletil dah digunakan untuk jangka masa panjang,sejak tahun 1980-an untuk harimau.Tiada masalah.Hinggalah kes terbaru.Berlaku di Sunway masa exhibiton.Siberian tiger tunjukkan simptoms seperti yang aku nyatakan tadi.Jadi.Dia pun tertarik untuk buat kajian terperinci tentang ini.Nak buat kajian.Perlu ada data.Jadi dia mula kumpul data dari semua tempat.Zoo Taiping,Zoo Melaka,Zoo Negara dan PERHILITAN.

Aku hanya bertindak sebagai pembantu.Dia pun tak punya banyak masa terluang untuk ke zoo negara.Sebagai membalas jasa.Aku tolong.Semampu aku.Hek!

2 minggu lepas.Sempat meluangkan masa pergi ke Zoo Melaka.Dia,aku dan kawan aku.Kumpul data.Jalan-jalan.Gosip-gosip.Siap kerja.Sehari!Dan Zoo Melaka sudah punya vet!Sebelum ini.Hanya AVO.Ceit!Baru bercita-cita nak takeover tempat tu.Melepas.Siot!Haha.

Dan minggu ini.Aku pergi Zoo Negara.
Bersambung.........
Mata aku dah lebam.Compensatory mechanism untuk update blog ini bermula dari pagi tadi!Aku dah penat.Alasan biasa.Cari mood untuk kembali mengenang!Kah!Chalo!




26.6.10

Man Utd : 2010/2011 Jersey?


Tak confirm lagi.Tapi penaja AON.confirmed!Benar atau sekadar gimik?Kita tunggu dan lihat.Sabar MUnkeys!Kakak dekat al-ikhsan Sg Wang kata dah boleh start order 15 julai.Kalau aku tak silap!Owh.aku silap.Arrival on 15th july.Boleh pre-order NOWWWW!!

Practical Part 2 - Kuantan

Ok.Sambung.Praktikal seterusnya.Kali ini.Kuantan!Saat-saat akhir mengubah destinasi praktikal.Johor Bahru adalah destinasi yang sepatutnya.Atas sebab-sebab yang melampaui keraguan munasabah.Pembatalan terpaksa dilakukan.Ada gaya peguam tak aku?BOO!Kah!Suka aku ah!

Kuantan.Tanjung Lumpur untuk lebih spesifik.Kawan aku punya bumi kelahiran.Praktikal di ladang ayam untuk 3 minggu.Ringkasan!


  • ENJOY!Hang Tuah kata berhibur.Dr/Pak Trilas dari Indonesia kata libur.Ha!Perkataan sudah menggambarkan segalanya.3 minggu yang penuh dramatik.Biasalah.Kerja ladang.Bagi makan ayam.Cuci bekas minum ayam.Bagi vaccine.Post mortem.Lepak-lepak bersama pekerja Myanmar.Balik.
  • Tak perlu ke gym untuk dapat bentuk badan yang menarik.Berat satu guni 50 kg!Kurang lebih berat aku syal!3minggu angkat guni yang telah di bahagi berat.(Mana larat angkat 50 kg!Patah tulang pelvic dowh!)Hasilnya cukup memberangsangkan!Adalah satu dua ketul muscle terbentuk.Orang bijak pandai kata physiological muscular hypertrophy!Perubahan peningkatan sel yang berlaku kerana tindakbalas fisiology.Normal!Hek!Gua bukan pandai sangat pathology!Berlagak pandai?Ya!Gaya paling penting!
  • Kejutan budaya berlaku di sini.Dialek yang digunakan adalah sama seperti dialek Terengganu.Kerana faktor geografi.Budaya terengganu meresap hingga ke sini.Contoh ayat-ayat popular.Natang beruk!bodo supe tahi!Mu bijok skali!Mu style skali!Memang b*bi ah(paling popular).Digunakan sebagai ucapan selamat wa cakap lu.Mula-mula terkejut.Lama-lama.Apa ada hal~
  • Ayat paling popular digunakan dikalangan kami.Menganjing dengan cara yang penuh sopan.Contoh situasi.Aku - eyh!jom pergi pantai!Salah seorang budak celaka akan menjawab - Apa yang tak boleh untuk muhd taqiyudin,semua boleh!*.Disambung dengan gelak tawa.Mula-mula panas.Lama-lama.Apa ada hal~.
  • Kalau kau kuat tidur.Telinga kau akan panas dengan ayat celaka makan dalam * Mati boleh tidur weyh*Ah!Setahun doh mu tidur,kiamat esok*.Kecelakaan melampau!Kah!
  • Ha!Di sini jugalah aku mula berjinak-jinak bermain pingpong.Pergh!Di sinilah aku sedar.Aku punya bakat terpendam.Siapa yang tak kenal dengan *bola potong taq*?Siapa yang tak gerun dengan taq si mamat potong?Tapi,selalu kalah!Tak mengapa.Gaya itu penting.Haha.Dan seperti biasa.Aku mula mencabar.Mencari lawan.Siapa-siapa yang konon hebat.Kah!Dan lu!bersedia.Semester depan gua nak *ayamkan* lu habis-habis.Baik lu praktis.Gua sound awal-awal.Supaya lu tak nangis nanti!Serius!
  • Selalu lepak pantai!Teluk Chempedak!Tongkang!(hotspot untuk lepas sangap)Apa itu syal?Entah.Lagi.Pantai Blackstone!
  • Ana ikan bakar.Antara tempat makan paling best ada kat sini.Awesome!Hanya ini yang mampu terungkap.Sedap dan ada discount member.Kah!Halal tak eyh?Lu fikir la sendiri.
  • Malam-malam.Tiada kerja.Ronda-ronda bandar Kuantan usha bapok!Wah.Seperti semulajadi.Ceit!Sumpah.Hilang selera aku!Hot memang hot.Tapi bila aku fikir dalam-dalam,jauh-jauh,Bluekk!Get Off!!Haha
  • Malam terakhir.Buat BBQ.Ayam ambil dari ladang!6 ekor.2 mati dalam perjalanan balik.Kah!Ikan pun kitorang ambil.Lebih dari 10 ekor.Mencuri?Mintak la.Ingat kitorang muka macam ni.Dalam hati ada taman la weyh!Tahu halal haram.Sopan santun.Dok gitu kawang?
  • Masa inilah account FB aku kena hacked!Sedih!Aku main game online.Superpoke pets.Hampir setahun lebih.Barn buddy.Zoo game.Semua lesap.Celaka.FB!F**king Bitch!Sorry!Emo.Tapi atas permintaan peminat.Aku create account baru.Boo!Sejak bila mu ada peminat taq?Diam ah kau!Haha.
Dah.Habis cerita.5 minggu praktikal.Ada lagi sambungan!Gua menjadi volunteer.Game WC2010 peringkat kumpulan sangat hampeh.Gua bosan!Mungkin sebab tiada nani?ferdinand?MUnkeys weyh!
Ha!MU!Kalau benar design itu adalah untuk season 2010/2011,aku tiada komen.Tak kisah la.Buruk ke apa ke?Sekali kau minat.Sekali kau menjadi kipas susah mati.Apa ada hal?
Ok.Chalo!
Sekejap!Video di bawah adalah hasil inspirasi dari brader-brader yang bermain sepak takraw di jalanan.Kuantan!













*Khas ditujukan buat Kuantan!Mu style sekali!

Practikal Part 1 - Zoo Taiping


Hampir 3 bulan sepi!Rekod baru dunia budakecik I&II!Kenapa?Hek!Suka aku la!Semua tentang inspirasi.Aku menulis atas bantuan dan dorongan inspirasi.Poyo natang ni!
Entah.Akhir-akhir ini.Ia tiada bersama.Keinginan untuk menulis mencurah-curah wa cakap lu.Malas!Ya.Terus kepada jawapan.
Banyak cakap tak guna!Cakap besar lagi la celaka.Mengata orang dia yang lebih?Orang kuantan kata.*bodo supe tahi*(bodoh serupa tahi)

Ya.Sepintas lalu.Orang putih kata.Summary!
 2 minggu di Zoo Taiping & Night Safari


  • Terbaik!Bagi aku.Ia telah membuka satu dimensi baru dalam hidup aku.Hala tuju.Matlamat.Hidup aku selepas ini.2 tahun mendatang.Untuk bergelar graduan.Doktor Perubatan Veterinar!Akhirnya.Apa yang aku cari.Apa yang aku sibuk fikir.Runsing.Hampir kepada penemuan jalan penyelesaian.Aku nak berada dalam lapangan ini.WILDLIFE!Hampir pasti.Tapi perlu beringat.Aku di bawah tajaan JPA.Apa-apa dia boleh bagi.Mana-mana dia boleh campak.Dia yang tentukan.Hanya berharap.Kau memahami weyh!Menyesal?Hek!Gua bukan budakecik lagi.Maksud aku dari segi tentang bagaimana berfikir dan membuat keputusan.Fizikal.Lu memang celaka la.Gelak ah.Ada aku kisah?(cool kan?)
  • Terima kasih Dr C!.Tak kedekut berkongsi ilmu dan pengalaman.Senang bagi kepercayaan.Berani mencuba.Tiada stresss!Ha!Ajar gua main sudoku.Gua betul-betul dapat inspirasi dari lu.Sampai berani aku cabar semua orang yang pandai main sudoku.Padahal takla hebat mana.Haha.Bukan berlagak!Sekadar mahu punya keyakinan diri.Overconfident?Sedikit mungkin.Sebab tu aku kalah.Sedikt emo.Aku jenis yang susah terima kekalahan sebab aku punya keyakinan setinggi Bukit Larut!Aku berjiwa MENANG!*dont ever dare to challenge me.Once you did,just get ready for the consequences*-thenextsudokuking-.Ini ayat aku sendiri cipta!Sebagai motivasi unutuk diri sendiri.Sekarang,apa kau fikir?Psycho!Haha.Dan.Salah seorang lawan aku kata.Hey!Kau tahu sebab apa kau kalah?Aku main untuk selesaikan secepat mungkin.Dan kau main untuk kalahkan aku.Aku terdiam.Terfikir sejenak.Wow!Sentap dan agak menjengkelkan tapi penuh dengan unsur positif!Lu!Terima kasih!Kita jumpa semester depan!
  • Aku terlibat dengan penghantaran semula chimpanzee ke zoo taiping.Bertolak dari Zoo Taiping.Ambil chimp di Zoo Negara.Hantar ke Zoo Melaka.Kembali ke Zoo Taiping.Aku tak ikut balik ke Taiping.Terus menetap di UPM.Sebab esok akan ke Kuantan untuk praktikal seterusnya.3 zoo dalam satu praktikal.Menarik!Dan di zoo negara.Aku jumpa Dr S!Her eyes!WoW.Dahla kau taq.PERVERT!Hek.Salah ke aku memuji kecantikan ciptaan tuhan?Salah ke?Esoknya.Aku buka FB.Dia add aku weyh!Seakan memberi harapan.Tapi.Status.MARRIED.waahh!lagi sekali.LOOSER!

3 minggu berikutnya.Aku di Kuantan.Bersambung.Ambil mood untuk kembali mengenang.Kah!Chalo!

p/s - video dibawah terpaksa diubah kepada negative mode demi kebaikan bersama.Enjoy watching!Haha.









31.3.10

Biskut & Bolasepak

BISKUT

Pernah tengok iklan chipsmore?Sejenis biskut yang semacam biskut.Hah!

*Sekejap ada.sekejap takde*

Esok aku ada test.Test *biskut*.Nama  test semacam tidak mengambarkan profesyen yang aku tengah ambil sekarang.Tapi benar.Realiti.4 kredit weyh!

Apakah  jenis biskut yang mengandungi kandungan nutrisi yang seimbang?


Pak kau!Format soalan bukanlah sebegini.Metafora!

Gaya teman serumah.Macam tiada apa esok.Sedikit sebanyak menghilangkan keinginan untuk study.Relaks ah!Test *biskut* je weyh!

Kalau ada.Mati gua esok.
Kalau tiada.Perkara biasa.Kah!

Sebab dan alasan mengapa.Ianya berkredit 4!Risiko weyh!Uuuuuuuu!~



BOLASEPAK

*Jangan sesekali bermain pedang,kalau tak berani menghantukkan kepala ke dinding* -Pemain No 6 berjersey biru-

Kata pujangga di atas adalah hasil intepretasi dari pengalaman bermain di Old Trafford selama hampir semusim.Dengan pemain-pemain mengenakan jersey biru.Dan pengadil berbaju hijau.Pembantu pengadil.Berbaju putih.Pengadil punya hak mutlak atas keputusan yang dibuat.Ala diktator.Walau ada kalanya keputusan yang di buat agak menjengkelkan.Berat sebelah.Pemain tetap terus bermain.Tiada wisel.Hanya menggunakan perkataan.Untuk memberhentikan permainan.
Semua pemain pasti berhenti.Tiada half-time!Main sampai lebam!
Bola yang digunakan adalah memenuhi spesifikasi dewan bandaraya United Kingdom.Bertenaga dan tahan lasak.Tapi jangan *overUSE*.Meletup.Kad merah!Dengan telinga dan hati kau sekali merah.Berdarah.Terkadang.Boleh buat pemain keHUJANan!Ikut nasib.Kalau pengadil mood agak baik.Pemain hanya akan diberi amaran awal dan nasihat.Pemain no 6 bernasib baik.Meletupkan bola dan hanya diberi amaran.Fuh!
Dan liga ini berehat seketika.Untuk memberi laluan kepada Piala Dunia Afrika Selatan 2010.Berehat hampir kurang 2 bulan!


Sekilas lalu.Perkongsian pengalaman.Hampir semusim bermain di Old Trafford.Semua tentang bagaimana cara kau berfikir.Tentang cara bagaimana kau mengambil kritikan.Selagi ia membina.Ambil.Tak?Buang.Semudah itu.Kau hanya perlu untuk lebih positif.Pengadil berbagai ragam.Ada yang sporting.Ada yang cool.Ada seperti di atas.Dah hampir 3 tahun bermain.Walau bukan di Old Trafford.Macam-macam pengadil kau pernah jumpa bukan?Jadi?Adakah ini satu masalah besar?Aku juga pemain.Aku juga bermain.Aku juga dalam permainan.Kita berkongsi situasi yang sama.Atas matlamat untuk menang dalam perlawanan.Apa ada dengan kad kuning?Apa perlu kau patah semangat dengan kad merah?
Apa yang kau perlu sentiasa beringat.
Teruskan menjaga bola!Pastikan ia terus dalam kawalan.Jangan meletup!Kempis atau kurang angin.Gunakan ambu-bag!(sejenis pam yang direka khas untuk menjaga kualiti bola)
Ingat!Tanpa bola.Tiada Old Trafford.Tiada jersey biru ditempah khas.Tiada bolasepak!




Apakah punya kaitan.Antara biskut dan bolasepak?

Biskut adalah antara faktor penentu samada kau bermain atau tidak di Old Trafford untuk musim depan.Atau kau terpaksa ulang musim.Turun divisyen mungkin.Kau mahu?
Sebab?Biskut adalah antara sumber TENAGA!Tiada tenaga.Mampukah kau untuk bermain?Musim depan.Cabaran lagi sengit weyh!

Hey players berbaju biru!
Kita akan terus berada dalam persaingan liga di Old Trafford musim depan kalau berjaya makan biskut!HAHA.
Makan dan cerna lah biskut dengan baik!

Jelas bukan?Ia punya kaitan dan berkait rapat.


Minta-minta.Esok tiada biskut.Otak aku tak bersedia untuk merangsang proses pencernaan!





HAHAHA!
Entah apa aku mengarut.Tapi kalau kau faham.Ia bukan karutan.Realiti!
Chalo!

27.3.10

CHICHAKO - Anak?Kawan?Skandal?

Hari minggu.Rutin biasa.Bersihkan tempat beradu chako.Dia makan bersepah weyh!Takpela.Dia memilih apa yang terbaik untuk badan dia.Aku hanya mampu memberi.Dia memilih.Perlu selalu positif.Kalau tak?Haih!~

Sepanjang minggu ni.Aku tak basuh tray cage dah.Balik kuliah.Tengok tray bersih.Nak tahu sebab mengapa?

Chako dah semakin pandai!Bagi aku.Dia semakin memahami.

Rabu lepas.Aku free waktu petang.(terponteng kelas small ruminant.Kah!)Jadi aku bawa dia untuk mandi.Masa mandi.Tak sampai seminit.Dia start defecate.Aku teruja.Sebab aku ada terbaca dalam buku.Iguana suka defecate masa mandi.Esok dan hari seterusnya.Balik kuliah.Bawa dia pergi toilet.Dia defecate.WoW!Aku terharu la chako!Bahagia weyh.Bilamana kau buat sesuatu.Dan dihargai.Aku semakin bersemangat.Walau nak wujudkan bonding antara aku dan dia.Memakan masa.Dalam artikel paling awal 6 bulan.Mungkin bertahun.Bertahun?Huh!Gila!Untuk lu chako.Gua on!Heh.

Tadi.Aku nak buang sisa-sisa makanan chako kat tray.Angkat tray.Terkedu 5 saat.Chako dah ada anak?Kawan?Skandal?Haha.Tergelak seorang aku di bilik.



Dan terima kasih buat Mr.A.Hantar sayur setiap pagi.Kalau nak harapkan aku.Memang chako tak makan pagi!Hampeh punya tuan!














Anak?Kawan?Skandal?

HAHA

25.3.10

CHICHAKO - The Next Freestyler!

Test cancel petang tadi.Jadi aku habiskan masa.Bersama yang tersayang.Ini hasilnya.Terlalu simple.Tapi sudah cukup untuk mengungkapkan segalanya.Cuba mewujudkan persamaan antara aku dan dia.Memasukkan unsur atau ciri aku.Pada dia.Baru lah SEJATI bukan?Kah!

Dia semakin mula untuk cuba memahami.Cuba untuk mengerti kehadiran aku dalam hidup dia dan sejujurnya.Aku mengapai bahagia saat ini.

Kenapa memilih "2 is better than 1"?
Kerna aku mula terasa lebih bahagia semenjak berdua!Kah!

Dan tahniah.Buat pemilik baru ZEUM BUSTER (sugar glider).Juwai!
Pasti dia 2 kali ganda bahagia dari aku.Kerna dia punya "2" zeum pada hakikatnya.Cinta dua dalam satu?Satu nama dua cinta!Heh!
Apapun.Semoga berbahagia bersama si NOCTURNALsss!


Nah!Terimalah.Aku dan dia.Beraksi!





DIA













AKU





23.3.10

Syukur

Nak menjiwai rasa syukur?Ini tips mana aku dengar aku dah lupa.Tapi ada kesan.Kau cubalah.

Bila tentang DUNIAWI.Banding diri dengan mereka yang di bawah.

Mereka yang kudung kaki.Mereka yang bisu.Mereka yang pekak.
Sekurangnya aku masih punya kaki.Aku boleh bercakap.Boleh mendengar.

Tapi bila tentang UKHRAWI.Banding diri dengan mereka yang lebih tinggi.Untuk wujud rasa tidak puas.

Aku boleh baca Al-Quran.Tapi dia hafal Al-Quran.
Aku boleh sujud.Tapi dia boleh menangis tika sujud.

Dapat?



And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.' "






.

19.3.10

CITA





THE NEXT WORLD'S BEST SURGEON?

Boo!!

Suka hati kau la.Nak fikir apa.Nak cakap apa.Nak kutuk apa.Apa-apa!Gua tenang.Relaks.Sebab?
Lu punya HATI lu punya PASAL la kan?Huh!

Apapun.Ini adalah aspirasi.Inspirasi dari manusia yang sudah berada dipuncak.Tak salah bukan?

Boooo!!!

Ok.Kau tunggu!Satu hari nanti.Yang pasti.Ia bukan sekadar omongan kosong pakcik-pakcik kedai kopi!Suatu cita yang tak mustahil untuk digapai.Suatu hari nanti.

Humm!Dunia ciptaan ini akan agak bersarang.Sepi.Kerna BUDAKECIK sudah punya adik.BUDAKECIK II!

Aku bukan meniru.Aku cuma tertarik dengan cara beliau menyampaikan mesej kehidupan melalui lukisan.Idea tetap asli tulen original dari aku.Sumpah!Haha.
Punya masa?Singgah sebentar.Ia punya maksud tersendiri.Kadang-kadang.Ia menjangkau imiginasi.Bergantung pada individu tentang cara bagaimana dia menafsir.Bagi aku ia cukup dan lebih terkesan untuk aku luah dan sampaikan sesuatu.Lebih "makan dalam"!Lebih interaksi antara aku dan si penafsir.















halamakkkkk..blog baru taq style abis! bangge doh aku!


I'd like to applaud Taq's new sketch blog which is very entertaining and original.
Taq!Blog baru.Best!Tapi.I kurang faham la.Boleh explain?

Antara reaksi yang aku terima.Terima kasih semua!Ia semacam memberi kekuatan.Untuk aku terus HIDUP dalam dunia ciptaan sendiri.Walau ada seekor dua yang semacam.Entah.Irihati?Jeles?Entah.Grow up weyh!Attention seeker?Kita tunggu dan lihat.Siapa dan bagaimana.Ambil sebijik bro!Khas untuk kau!


Yup.Biasalah kan.Bila CINTA perlu dibahagi.Mungkin terdapat sedikit kekurangan untuk yang lebih tua.Anak bongsu selalu dimanjakan.Benar bukan?Aku cuba sehabis baik untuk berlaku adil.BUDAKECIK & BUDAKECIK II!!Aku cuba!








p/s - Gambar di atas adalah sekadar petanda.Tamat sudah hari SELASA berwarna BIRU!

26.2.10

CHICHAKO - Dunia Baru


Hari ini. Menghabiskan masa sehari suntuk untuk yang tersayang.Benar!Bila kau buat sesuatu.Dengan rela.Minat.Seperti tiada rasa penat.Begitu juga dengan study?Entah!

Aku decorate landskap.Semampu aku.Tiada bakat.Tapi takla teruk.Boleh la tahan .Untuk tahap newbies!Aku berpuas hati.
Tiada tujuan lain.Aku cuba sehabis baik.Sebaik mungkin.Untuk bagi kegembiraan dan keselesaan buat dia. .Buat baik di balas baik?Aku percaya!Mungkin bukan sekarang.Masa akan datang dengan tanpa kau sedari.Mana tau?

Ha!Aku belikan dia leash! Setakat ini.Dia agak kurang senang dan selesa.Yup.Peringkat awal.Pasti bermula dengan kejanggalan bukan?

Dan.Aku adalah salah seorang VIP ( Very Important Pet owner) Pet Lovers Centre.Kah!
Kelayakan?Membazir dan buang duit di sana!Kau pasti layak.Huh.
Takpela.Bagi aku.Ia bukanlah pembaziran.Semua tentang WELFARE!
Booooo!!~Suka hati kaula~

Nah!Dunia Baru CHICHAKO!!














CHICHAKO on leash!

Pet Lovers Centre VIP card

24.2.10

Coklat Cinta

Tadi.Keluar makan.Tempat biasa.Tempat di mana.Kau boleh lihat atlet-atlet kolej 17 memenuhi selera tekak masing-masing.Boleh berkumpul.Walau tanpa dirancang!.Kawan-kawan aku.KAMI adalah atlet Kolej 17!Tak percaya?KAMI punya baju.Tertera tulisan di belakang baju. ATHLETE K17!Stylo.Kah!
Kenangan.Sedih.Sebab sebilangan adalah pelajar tahun akhir.Semester terakhir.Betul!Kawan silih berganti.Tapi LOVE.Sentiasa di sana.Susah sekarang.Nak cari kawan yang betul-betul kawan.Sebenar-benarnya kawan.Kawan bukan hanya pada nama.Kawan masa senang.Susah kau ditinggalkan.Berlambak!Realiti.Haih.

Ok.Coretan di atas.Bukan tujuan utama entri.Sekadar terfikir sejenak.Aku bakal kehilangan.Rasa kehilangan?Pasti!

Mula.

Tadi.Tengah tunggu order.Aku terpandang satu iklan kat TV.Sebak tiba-tiba.Bukan cerita BERSAMAMU.Bukan cerita Suara Rakyat oleh Param Singh Walia.Bukan!
Kau pernah tengok iklan Kinder Bueno?Coklat?Ha!
Sebab?Kenangan silam kembali terimbau.Tiba-tiba.Di luar kawalan.Aku sendiri pun tak pasti.Bagaimana!

Kinder Bueno?
Bagi aku.Dia bukan sekadar coklat.Dulu.Dialah pengantara.Perjalanan sebuah kisah cinta.Pengerat.Antara aku dan dia.Ubat pengasih?Yup.Buatan kilang.Aku tak main bomoh-bomoh ni.Cinta perlukan ketulusan.Keikhlasan.Heh!Geli?Kau rasa nak lempar sesuatu kat muka aku?Silakan.Apapun.Itu adalah realiti!Kan?Lemparla.Aku pasti balas dengan kuntuman senyuman.Kadang-kadang.Manusia terlalu angkuh.Untuk membenarkan sebuah kata.Yang pasti benar.Setuju?Kau la tu!Haha.

Sambung.

Jauh sekali.Membeli CINTA dengan COKLAT.Walau punya persamaan di pangkal perkataan.C&C.Ia adalah sesuatu yang cukup berbeza.Yup.Bagi aku.Itu salah satu cara.Untuk aku hargai seseorang.
Salah satu.Bermaksud punya cara lain.Alternatif lain.Tiada perlu persoalan di sini.
Apapun.Takdir telah menetapkan segalanya.Hikmah?Mungkin.Bagi aku.Memberi peluang dan ruang.Untuk aku belajar sesuatu.Merenung.Hebat mana pun kau.Bila di sana sudah ada ketetapan.Ia pasti berlaku.Pasrah dan redha.Adalah jalan terbaik.Bunuh diri?Kelar tangan?Kerja bodoh.Dan untuk sekian kalinya.Menjadi bodoh adalah pilihan.

Sedikit jiwang entri kali ini.Normal bukan?Manusia.Semua manusia.Punya perasaan.Sekadar mahu berkongsi.Entah mengapa.Aku terlalu terbuka.Kali ini.Walau ia tak sepatutnya berlaku.Tak mengapa.Tidak salah aku rasa.Sekali sekali.Berkongsi hal peribadi.Lagipun.Ini dunia aku la weyh!Suka aku.Hati aku la.Kan?

Sedih?Terluka?
Weyh!Kau tak buat surgery assignment ke!Wound Healing?Haha.Luka boleh sembuh la.Termasuk luka ini.Gua terus jalani hari-hari kehidupan.Bila ada dugaan.Itulah kehidupan.Dengan ayat ini.Gua terus dan masih bernafas.Hebat?Kau pasti boleh melakukan perkara yang sama.Pasti!Sebab?Kita adalah manusia!Hanya berbeza.Tentang bagaimana kita menjadi manusia.Pokoknya?Kita manusia.Benar bukan?

Haha.Aku dilema.Nak publish entri ini atau tak!Kau dah boleh baca entri ini?Maknanya?Aku dah publish la sengal!Terimalah!COKLAT CINTA!

LARI!!

20.2.10

Stresso

Hampir tamat cuti mid-sem.Haih.Fokus utama.Mahu kembali bersemangat.Kembali berpijak atas matlamat.Serius.Aku hilang fokus.Entah apa yang aku buat.Hampir lebih sebulan mengalas beg ke kuliah.Terus menerus melangkah.Tanpa arah.Tidak!Punya arah.Tanpa tujuan.Jadi?Sia-sia!Buang masa dan tenaga.Macam orang bodoh wa cakap lu.Walau berada dipersekitaran bijak pandai.Berstatus antarabangsa.U*M weyh!Dan benar.Menjadi bodoh adalah pilihan.Tengok result test 1.Kelihatan pasrah.Tiada pun ekspresi sedih.Luaran beb!Dalam?Kau tahu?Bla!

Sengaja mewujudkan situasi tegang di atas.Cuba menghidupkan kembali situasi stress.Dalam diri aku.Apahal kau ni?Yup!Test 1.Aku sengaja.Paksa diri aku untuk relax.Tenang.Masa study.Revision.Kau belajar matematik?Kaedah Cuba Jaya.Try and Error?Belajar?Mestilah kan?Tak?Macam mana kau boleh masuk U*M la syal!Agak dan bertambah kasar di sini.Peduli apa aku.Teruskan.Aku pun relax ah.Tenang.Cool.Macam tulisan kat baju kawan aku..THIS IS WHAT COOL LOOK ALIKE.Serius.Tanpa stress.Ada satu subjek.Aku baca past year!Hanya 2 helai!4 kredit owh!Jap!Bukan aku nak cerita aku genius.Sekadar mahu menggambarkan.Betapa aku tenang.Cool.Ok?Result?Ptuihh!Usaha bapak sedikit.Nak result gempak?Kau gali lubang.Kau jerit kat lubang.Aku nak dapat A weyh!Sudah?Kau timbus balik lubang tadi.Sekali lagi.Menjadi bodoh memang pilihan.

Inilah kaedah cuba jaya.Aku cuba.Untuk tenang.Relax.Masa study.Tapi diakhirnya.Aku semakin mengerti.Menghargai.Kehadiran STRESS.Dia adalah diperlukan.Entah bagaimana.Bagi aku.Dia mampu bertindak sebagai pemangkin.Penggerak.Entah bagaimana.Sudah terang dan jelas.Jadi jangan tanya bagaimana.ENTAH mengambarkan ketidaktahuan.Ketidakpastian tentang sesuatu.Benar?Jadi?

Apapun.Sekadar pendapat.Bagi aku.Pendirian aku.Bila aku menyelidik.Laku sebuah kehidupan.Cikgu bahasa melayu aku kata.Rambut sama hitam Hati lain-lain.Benar bukan?Setiap manusia.Punya cara tersediri.Berbeda satu sama lain.Mungkin ini cara aku.Memerlukan STRESS.Dalam setiap detik aku bernafas.Dalam setiap perilaku.Ya!Aku pasti.Ini cara aku.Dan tiada sangsi.Aku memerlukannya.Jadi?Kau sebagai teman.Biarkan aku begini.Selagi ia memberi kebaikan pada si empunya diri.Dan tegur.Andai ia terlalu menjengkelkan.Yup.Apa guna kau berjaya.Berada dipuncak.Dalam keadaan manusia sekeliling.Punya rasa benci.Meluat.Kan?
Tegurlah!Selagi kena dengan cara dan naluri seorang manusia.Aku pasti terima!

Ok!Sudah Jumaat.Cuti bersisa 2 hari.Puas?Manusia mana pernah puas dengan kesenangan yang sebentar.Sementara.Huh.Apapun.Berada disamping keluarga.Adalah sesuatu yang menyenangkan.Bagi aku.Mereka adalah sumber inspirasi paling setia!Jawapan mengapa.Cuti satu minggu adalah sangat-sangat tidak mencukupi.Atas dasar tanggungjawab dan komitmen.Perlu berjauhan.Pengorbanan?Perjuangan?Yup.Jangan bicara soal perjuangan,kalau takut pada risiko.-AI-.Kau kenal siapa?Heh!

Luahan perasaan.Naluri seorang lelaki.Berakhir di sini.Sekadar mahu berkongsi.Melalui penulisan.Walau agak kasar.Positif!Perkongsian.

Sebentar!Timbul persoalan di sini.Adakah wajar dekaweehom berkubur?Terlalu lama sepi?Biarlah.Asalkan ia mampu menggamit segala memori.Kenangan.Bukankah ia terlalu berharga?
Cepat!Kau punya masa kurang lebih 60 hari. Pedulikan kata orang.Kata aku terutamanya.Bila bercakap soal demokrasi.Itu adalah HAK.Tiada siapa layak untuk persoalkannya.B adalah negara demokrasi?Sekadar mahu kau menghargai sesuatu.Yang mungkin pada waktu ini.Seperti tidak berharga.Tiada apa.Terlalu bermakna diakhirnya.Untuk dikenang dan ditatap kembali.So please?Do it for your own good!



Stresso!Cholatos Mamamia Lazatos!Kah!

Chalo!







p/s -

CHICHAKO dah bersalin!!!!

Kulit!Semakin terserlah keHIJAUan!Di sinilah macho seekor Iguana iguana(GREEN iguana)!
"TIAP HARI SAYANG"Tagline untuk terus tabah bersama dia.Terkadang aku fed-up dengan karenah dia.Tapi!Cinta senantiasa ada.Hih