Cuti akhir semester tahun 2. Aku menjadi sukarela untuk petshow di Mid Valley. Ada banyak booth. Jual kucing , hamster , haiwan eksotik dan macam - macam. Masa inilah. Cinta mula berputik. Bilamana aku terpandang dia. WoW! Menarik!Ini yang terlintas di hati.
Ikutkan hati.Nak beli masa tu juga. Tapi atas kecetekan ilmu.Aku pendam hasrat tersebut. Tak pasal-pasal mati.Sebab tak pandai jaga.Ambil masa.Untuk tahu.Serba sedikit.Tentang dia.Orang kata.Tak kenal maka tak cinta?Bluekk!
Apapun.Di sini.CINTA bermula.
2 minggu.Menghabiskan masa.Merantau di sekitar lembah Klang.Kembali mencari si dia.Semester ini.Semester 6!Hoh!Hampir 2 semester.Masa yang diperlukan.Untuk kenal lebih rapat.Kenal isi hati dia.Memendam rasa!
Hampir berputus asa pada awalnya.Mana taknya.Semua memberi reaksi hampir sama.Dia tiada!
Ala dik.Tak sampai lagi la.Bulan Julai mungkin ada.
Ala dik. Dia dah ada orang yang minat la. Adik lambat 2 hari je!
Ala dik. Kedai saya renovate.So tak ambil lagi.Takde tempat nak simpan.Boleh tunggu bulan Mac?
Tapi hari ini.Masa pergi library.Konon nak buat assignment pathology.Tiba-tiba.Terpandang deretan buku tentang DIA!Terus hilang fokus nak buat assignment.Hebat bukan penangan CINTA?Siap pinjam lagi buku tersebut.Betapa aku CINTA!Kah!
Terus kembali mencuba nasib.Untuk sekian kalinya.Petang tadi.Dan!Reaksi positif!
Dik.Saya ada DIA.Adik nak saya hantar atau datang kedai saya?
Hantar!Ok.Kita jumpa kat Mines eyh.
7.30pm!5 Februari 2010.Mines menjadi saksi.Bukti cinta kami.DIA milik aku.Walau cinta antara dua darjat.Darjat yang terlalu jauh!Orang mabuk cinta kata.CINTA itu BUTA.Ya.Aku setuju!Untuk saat dan ketika ini.Untuk keadaan dan situasi ini.
Yup.Dia takla CANTIK mana.Tapi aku yakin.Dia mampu.Menghargai kehadiran aku dalam hidup dia.Bergantung pada aku.Sebagaimana aku bergantung padanya.Berkongsi suka duka.Nangis tawa.Walau diakhirya.Aku mengerti.Dia tidak punya rasa itu.Mungkin punya.Tanpa ekspresi!
*...............ini bukan watak sebenar budakecik...............*
Haha.APAHAL kau ni!
Sekadar mahu berjiwang.Dah lama tak berpeluang untuk berjiwang.Aku pun ada perasaan weyh!Dan aku bukan GAY!Heh!Serius!~
Wokey.Point sebenar.Aku dah berjaya dapatkan IGUANA! Hoho!
DIA dalam nukilan di atas adalah IGUANA!
Istimewa?Yup.Kalau kau nak tahu.Post ini adalah post yang ke-100!
Sengaja aku membiarkan dunia ini sepi.Menanti.Sesuatu yang bermakna.Untuk diabadikan dalam BUDAKECIK -antara REALITI dan FANTASI aku menulis ke - 100 !
Nah.AWEK baru gua!Nama dia CHICHAKO!9 bulan.Panjang( termasuk ekor) = 40 cm.
Jantina masih belum boleh dikenalpasti.Tak kisahla.Jantan ke betina.Tetap awek gua.Bagi aku.AWEK adalah peneman setia!Kah!
p/s - Chichako dah tidur!MALAM PERTAMA la weyh!Haha.