31.3.10

Biskut & Bolasepak

BISKUT

Pernah tengok iklan chipsmore?Sejenis biskut yang semacam biskut.Hah!

*Sekejap ada.sekejap takde*

Esok aku ada test.Test *biskut*.Nama  test semacam tidak mengambarkan profesyen yang aku tengah ambil sekarang.Tapi benar.Realiti.4 kredit weyh!

Apakah  jenis biskut yang mengandungi kandungan nutrisi yang seimbang?


Pak kau!Format soalan bukanlah sebegini.Metafora!

Gaya teman serumah.Macam tiada apa esok.Sedikit sebanyak menghilangkan keinginan untuk study.Relaks ah!Test *biskut* je weyh!

Kalau ada.Mati gua esok.
Kalau tiada.Perkara biasa.Kah!

Sebab dan alasan mengapa.Ianya berkredit 4!Risiko weyh!Uuuuuuuu!~



BOLASEPAK

*Jangan sesekali bermain pedang,kalau tak berani menghantukkan kepala ke dinding* -Pemain No 6 berjersey biru-

Kata pujangga di atas adalah hasil intepretasi dari pengalaman bermain di Old Trafford selama hampir semusim.Dengan pemain-pemain mengenakan jersey biru.Dan pengadil berbaju hijau.Pembantu pengadil.Berbaju putih.Pengadil punya hak mutlak atas keputusan yang dibuat.Ala diktator.Walau ada kalanya keputusan yang di buat agak menjengkelkan.Berat sebelah.Pemain tetap terus bermain.Tiada wisel.Hanya menggunakan perkataan.Untuk memberhentikan permainan.
Semua pemain pasti berhenti.Tiada half-time!Main sampai lebam!
Bola yang digunakan adalah memenuhi spesifikasi dewan bandaraya United Kingdom.Bertenaga dan tahan lasak.Tapi jangan *overUSE*.Meletup.Kad merah!Dengan telinga dan hati kau sekali merah.Berdarah.Terkadang.Boleh buat pemain keHUJANan!Ikut nasib.Kalau pengadil mood agak baik.Pemain hanya akan diberi amaran awal dan nasihat.Pemain no 6 bernasib baik.Meletupkan bola dan hanya diberi amaran.Fuh!
Dan liga ini berehat seketika.Untuk memberi laluan kepada Piala Dunia Afrika Selatan 2010.Berehat hampir kurang 2 bulan!


Sekilas lalu.Perkongsian pengalaman.Hampir semusim bermain di Old Trafford.Semua tentang bagaimana cara kau berfikir.Tentang cara bagaimana kau mengambil kritikan.Selagi ia membina.Ambil.Tak?Buang.Semudah itu.Kau hanya perlu untuk lebih positif.Pengadil berbagai ragam.Ada yang sporting.Ada yang cool.Ada seperti di atas.Dah hampir 3 tahun bermain.Walau bukan di Old Trafford.Macam-macam pengadil kau pernah jumpa bukan?Jadi?Adakah ini satu masalah besar?Aku juga pemain.Aku juga bermain.Aku juga dalam permainan.Kita berkongsi situasi yang sama.Atas matlamat untuk menang dalam perlawanan.Apa ada dengan kad kuning?Apa perlu kau patah semangat dengan kad merah?
Apa yang kau perlu sentiasa beringat.
Teruskan menjaga bola!Pastikan ia terus dalam kawalan.Jangan meletup!Kempis atau kurang angin.Gunakan ambu-bag!(sejenis pam yang direka khas untuk menjaga kualiti bola)
Ingat!Tanpa bola.Tiada Old Trafford.Tiada jersey biru ditempah khas.Tiada bolasepak!




Apakah punya kaitan.Antara biskut dan bolasepak?

Biskut adalah antara faktor penentu samada kau bermain atau tidak di Old Trafford untuk musim depan.Atau kau terpaksa ulang musim.Turun divisyen mungkin.Kau mahu?
Sebab?Biskut adalah antara sumber TENAGA!Tiada tenaga.Mampukah kau untuk bermain?Musim depan.Cabaran lagi sengit weyh!

Hey players berbaju biru!
Kita akan terus berada dalam persaingan liga di Old Trafford musim depan kalau berjaya makan biskut!HAHA.
Makan dan cerna lah biskut dengan baik!

Jelas bukan?Ia punya kaitan dan berkait rapat.


Minta-minta.Esok tiada biskut.Otak aku tak bersedia untuk merangsang proses pencernaan!





HAHAHA!
Entah apa aku mengarut.Tapi kalau kau faham.Ia bukan karutan.Realiti!
Chalo!

27.3.10

CHICHAKO - Anak?Kawan?Skandal?

Hari minggu.Rutin biasa.Bersihkan tempat beradu chako.Dia makan bersepah weyh!Takpela.Dia memilih apa yang terbaik untuk badan dia.Aku hanya mampu memberi.Dia memilih.Perlu selalu positif.Kalau tak?Haih!~

Sepanjang minggu ni.Aku tak basuh tray cage dah.Balik kuliah.Tengok tray bersih.Nak tahu sebab mengapa?

Chako dah semakin pandai!Bagi aku.Dia semakin memahami.

Rabu lepas.Aku free waktu petang.(terponteng kelas small ruminant.Kah!)Jadi aku bawa dia untuk mandi.Masa mandi.Tak sampai seminit.Dia start defecate.Aku teruja.Sebab aku ada terbaca dalam buku.Iguana suka defecate masa mandi.Esok dan hari seterusnya.Balik kuliah.Bawa dia pergi toilet.Dia defecate.WoW!Aku terharu la chako!Bahagia weyh.Bilamana kau buat sesuatu.Dan dihargai.Aku semakin bersemangat.Walau nak wujudkan bonding antara aku dan dia.Memakan masa.Dalam artikel paling awal 6 bulan.Mungkin bertahun.Bertahun?Huh!Gila!Untuk lu chako.Gua on!Heh.

Tadi.Aku nak buang sisa-sisa makanan chako kat tray.Angkat tray.Terkedu 5 saat.Chako dah ada anak?Kawan?Skandal?Haha.Tergelak seorang aku di bilik.



Dan terima kasih buat Mr.A.Hantar sayur setiap pagi.Kalau nak harapkan aku.Memang chako tak makan pagi!Hampeh punya tuan!














Anak?Kawan?Skandal?

HAHA

25.3.10

CHICHAKO - The Next Freestyler!

Test cancel petang tadi.Jadi aku habiskan masa.Bersama yang tersayang.Ini hasilnya.Terlalu simple.Tapi sudah cukup untuk mengungkapkan segalanya.Cuba mewujudkan persamaan antara aku dan dia.Memasukkan unsur atau ciri aku.Pada dia.Baru lah SEJATI bukan?Kah!

Dia semakin mula untuk cuba memahami.Cuba untuk mengerti kehadiran aku dalam hidup dia dan sejujurnya.Aku mengapai bahagia saat ini.

Kenapa memilih "2 is better than 1"?
Kerna aku mula terasa lebih bahagia semenjak berdua!Kah!

Dan tahniah.Buat pemilik baru ZEUM BUSTER (sugar glider).Juwai!
Pasti dia 2 kali ganda bahagia dari aku.Kerna dia punya "2" zeum pada hakikatnya.Cinta dua dalam satu?Satu nama dua cinta!Heh!
Apapun.Semoga berbahagia bersama si NOCTURNALsss!


Nah!Terimalah.Aku dan dia.Beraksi!





DIA













AKU





23.3.10

Syukur

Nak menjiwai rasa syukur?Ini tips mana aku dengar aku dah lupa.Tapi ada kesan.Kau cubalah.

Bila tentang DUNIAWI.Banding diri dengan mereka yang di bawah.

Mereka yang kudung kaki.Mereka yang bisu.Mereka yang pekak.
Sekurangnya aku masih punya kaki.Aku boleh bercakap.Boleh mendengar.

Tapi bila tentang UKHRAWI.Banding diri dengan mereka yang lebih tinggi.Untuk wujud rasa tidak puas.

Aku boleh baca Al-Quran.Tapi dia hafal Al-Quran.
Aku boleh sujud.Tapi dia boleh menangis tika sujud.

Dapat?



And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.' "






.

19.3.10

CITA





THE NEXT WORLD'S BEST SURGEON?

Boo!!

Suka hati kau la.Nak fikir apa.Nak cakap apa.Nak kutuk apa.Apa-apa!Gua tenang.Relaks.Sebab?
Lu punya HATI lu punya PASAL la kan?Huh!

Apapun.Ini adalah aspirasi.Inspirasi dari manusia yang sudah berada dipuncak.Tak salah bukan?

Boooo!!!

Ok.Kau tunggu!Satu hari nanti.Yang pasti.Ia bukan sekadar omongan kosong pakcik-pakcik kedai kopi!Suatu cita yang tak mustahil untuk digapai.Suatu hari nanti.

Humm!Dunia ciptaan ini akan agak bersarang.Sepi.Kerna BUDAKECIK sudah punya adik.BUDAKECIK II!

Aku bukan meniru.Aku cuma tertarik dengan cara beliau menyampaikan mesej kehidupan melalui lukisan.Idea tetap asli tulen original dari aku.Sumpah!Haha.
Punya masa?Singgah sebentar.Ia punya maksud tersendiri.Kadang-kadang.Ia menjangkau imiginasi.Bergantung pada individu tentang cara bagaimana dia menafsir.Bagi aku ia cukup dan lebih terkesan untuk aku luah dan sampaikan sesuatu.Lebih "makan dalam"!Lebih interaksi antara aku dan si penafsir.















halamakkkkk..blog baru taq style abis! bangge doh aku!


I'd like to applaud Taq's new sketch blog which is very entertaining and original.
Taq!Blog baru.Best!Tapi.I kurang faham la.Boleh explain?

Antara reaksi yang aku terima.Terima kasih semua!Ia semacam memberi kekuatan.Untuk aku terus HIDUP dalam dunia ciptaan sendiri.Walau ada seekor dua yang semacam.Entah.Irihati?Jeles?Entah.Grow up weyh!Attention seeker?Kita tunggu dan lihat.Siapa dan bagaimana.Ambil sebijik bro!Khas untuk kau!


Yup.Biasalah kan.Bila CINTA perlu dibahagi.Mungkin terdapat sedikit kekurangan untuk yang lebih tua.Anak bongsu selalu dimanjakan.Benar bukan?Aku cuba sehabis baik untuk berlaku adil.BUDAKECIK & BUDAKECIK II!!Aku cuba!








p/s - Gambar di atas adalah sekadar petanda.Tamat sudah hari SELASA berwarna BIRU!