4.9.15

Sakit

Sakit.

Kali ini lain macam.

Macam kau terkurung dalam bilik kebal. Bilik yang terlalu asing. Gelap.
Jerit pekik minta tolong belas ihsan macam mana pun. 

"Sakit! Tolonglah aku sakit!Tolonglah!"

Tiada yang mendengar mahu mendengar. Tak boleh dengar.

Sampai letih. Bila ada tenaga, sedar dari lena dan rehat pendek. Kembali terpekik memekik melolong. 

Tapi kesannya sama. Tiada yang berubah. Tiada balasan untuk pertolongan. Cuma tambah letih.

"Allah. Tolong aku."
Nada perlahan lagi dari bisikan. Tak perlu menjerit. 

Lalu ada bisik.
"Adakah kalian sudah dikira beriman, sedang tidak diuji?"

Sunyi. Senyap. Tunduk.

Sakit.

Sakit gigi sebab pakai braces, tukar getah braces tiap- tiap bulan. Telan paracetamol.

Sakit kepala, sakit tekak layan karenah pelanggan dan haiwan - haiwan itu ini. Pun telan paracetamol.

Izin Dia; hilang sakit. Boleh senyum. Boleh terus kerja.

Sakit kali ini.

Paracetamol pun tak jalan. Satu apa pun tak boleh buat. Sudahlah tiada istilah "minta cuti". Minta cuti kat bos; diri sendiri.

" Siapa nak bayar sewa? Bayar bil ubat - ubatan? Ribu - ribu! Kuat sikit boleh? Tolong? Boleh?"

Jawapan bos. Jawapan selalu. Jawapan sama. Tiap kali minta cuti.

Kuat Muhd Taqiyudin.
Allah sedang uji kamu.
Sabarlah.
Lepas susah ada senang. 
Itu janji dia.
Dan Dia tak pernah mungkir janji, Taqiyudin.

"Dan mintalah kepada Aku dengan jalan sabar dan solat. Aku bersama orang yang sabar."

Solat. 
Sabar.
Allah bersama Taqiyudin, dengan orang yang sabar. 
Lalu kenapa endah kebersamaan manusia?

Monolog sendiri - sendiri membina kuat dan yakin.

Ya Allah.

Hilangkan dukacita ini.

Kalau ini asbab dosa - dosa lalu, sekarang dan akan datang; Ampunkanlah Ya Allah. Ampunkan.

Kalau ini asbab dugaan untuk diri; terbitkan rasa sabar dan kuat Ya Allah.

Aku perlu jalani hidup Ya Allah.
Kasihani aku.

Dengan punya yakin.
"Engkau tidak akan bebankan hamba - hambaMu dengan perkara yang hambaMu tidak mampu untuk memikulnya"

Teman hari - hari sukar aku Ya Allah. 
Bagi kuat dan kudrat pada kaki ini untuk terus melangkah.
Ganti duka cita ini dengan rasa tenang.

Esok atau lusa? Satu hari nanti?

"Berdoalah kepadaKu. Aku pasti perkenankan."

Doa Muhd Taqiyudin. Doa.

Ya. Doa untuk impian tetap sama. Untuk mak & abah. Masa depan. Sama.

Engkau Maha Mengetahui; Tuhan. Keluhan dan doa - doa aku. 
Perkenankan doa hambaMu ini Tuhan.

Ini ubat untuk sakit kali ini.
Tiada bahan kimia. 
Cuma perisa percaya dan yakin; Atas Sana.

Kuat dan percayalah; Muhd Taqiyudin!

"Bertaqwa Demi Agama"?
"God-fearing For Religion"?

"It's time. Let go, Let God"




Allahumma amin.










P/s : Tidak pernah mengharap bersama dengan yang lebih baik. Cuma selalu harap, yang ada ini; NJA, jadi terbaik bersama.

Allahumma amin.