Apa nak bagitau Mak dan Abah bila dorang tengok keputusan.
"Susah la mak."
"Tak cukup masa nak study."
"Tak sempat nak jawab soalan."
Entah.Apapun alasan.Minta-minta dorang faham.Aku dah cuba.Dan Kos Vet bukan kos cap ayam.Walau tak seagung Kos Perubatan.Tapi susahnya ternyata lebih.Aku rasa.
Pertama kali dalam hidup jawab test dan dapat D!B pun jarang wujud dalam slip keputusan.Inikan lagi D!Pasrah.Sudah termaktub.
Ada 7 semester menanti dihadapan.Hanya perlu kuat dan berminda positif.Boleh.Aku!
Luahan subjek:
Physiology:
Permulaan yang memberangsang.A untuk kedua-dua test.Gersang menanti soalan final.Soalan terakhir final."Blood Regulation"
"You got 7 minutes left"Katanya Prof Ali.
WTF!Memang mencaci.Tunggang terbalik.Rasa bodoh.Rasa gelap.Rasa nak menangis.Tapi tak sempat.
Redha.Hantar jela.
Anatomy:

Tiada masalah pada Test sebelumnya.Boleh pergi jauh.
Final?Duh! "Description of Long Bone"
Soalan mudah tapi sempat baca sebelum masuk dewan.Jawab dengan ingatan jangka pendek.Memang pendek la jawapan.
Subjek kegemaran aku.4 kredit.Tak dapat A.Hancur!
Praktikal Test.
Lawak ada.Sakit hati ada.Macam-macam.
I minit untuk setiap station.
Baru nak fikir mana satu kaki belakang.Kaki depan.Belum nak fikir jawapan.Loceng dah bunyi.
Kawan sebelah aku gelak sebab dia rasa dia dah gila.Aku senyum.Biarkan kosong.Pasrah!
Swine Production.
Test memang dah hancur.C dan D untuk kedua-dua test.Memang babi sebab subjek pun subjek babi.Babi oh Babi.
Takut.Sebab 4 kredit.Final boleh jawab.Tapi carrymarks macam haram.Betul semua Final pun.B+ je harapan.Kalau ada salah?Entah.

Itu je.Subjek pilihan untuk dikomen.Ada lagi.Genetics.Ethology.Ruminant.
Rasa macam ok.Tapi selalu bila rasa yang Ok tulah jadi Tak Ok.
Berserah.Tawakkal.Aku dah usaha.
Sekarang rasa nak menangis.
Selepas Subject Physiology!Down to earth.
3 comments:
dont worry... up and down biasala...sorry for 'making' ur practical test so bad... well thats the tradition..... ok aper ur score... x fail pun...heheheh
hoho..thanx dr....ok?yela 2...4 over 10?x sampai setengah pun...huhu...
huhu....
PraSaan Ko thdP SubJek2 Itu..aK JuA mRasai BenDA Yg SAmee...
gIle PaInFUll SEm 3!!!
TaWakal Je la..wwuhu~~
Post a Comment