Bapak cun syal awek tu
Maksud 1 : Awek itu tersangatlah cantik.
Maksud 2 : Awek tu tersangatla cantik tapi sial.|Bila anda meletakkan noktah selepas perkataan cun|
Maksud 3 : Anda memberitahu bapa anda awek itu tersangatla cun.|Bila anda meletakkan tanda noktah selepas perkataan bapa|
Maksud 4 : Anda adalah dalam keadaan terdesak.Sangap!
BPBH merujuk kepada maksud 1.Sangat pelik,sangat hijau.
Ok.BPBH merupakan teman hidup aku sejak 5 Februari 2010.Selepas 3 tahun hidup menduda.Hati meronta ronta meminta untuk ditemani.Dan beliau hadir sebagai peneman saat suka duka nangis tawa segala bagai.
Aku sayang BPBH beb.Jangan tanya mengapa.Mengapa tidak adalah persoalan yang sepatutnya.Ya.BPBH selari namanya adalah pelik.Beliau tak tahu apa itu manja.BPBH tak suka dimanja.BPBH suka makan sayur sawi tambah jagung tambah lobak tambah kacang hijau.Mentah-mentah bersalut serbuk supplement.Pelik bukan?
Dan 2 hari lepas dunia telah menunjukkan kepada aku bahawa kasih sayang yang aku berikan masih tidak mencukupi.Dia tersadai lemah di suatu sudut ketika mana aku dalam persediaan memberi sarapan kegemaranya.
Oh shit!Apa masalah kau.Aku mencarut di pagi yang mulia.Dia terus mendiamkan diri.Diam 1000 bahasa.Aku rasa kalau ada bahasa yang ke-1001.Dia akan mula bercakap.Aku rasa.
Bodohnya vet-nak-jadi ni.Semakin menjadi-jadi bodohnya.Ye la boh!Mu bijok skali!Tak pasal-pasal emo.Ye ah.Kau cakap aku bodoh syal!
Dengan menggunakan akal fikiran kurniaan Tuhan Yang Maha Esa.Bertanya pada yang tahu dan berpengalaman.Dia kini dalam proses untuk sembuh.Semakin berselera makan.Mula memanjat.Jelir lidah.Fuh.Lega!
2 hari tidur tak lena|14jam|,mandi wajib terlambat,makan 2 kali sehari! |metafora tersangat melampau dan mengarut dan biadab|.Positif!Betapa aku sayang kat dia.Betapa insan yang aku
sayang itu mempengaruhi hidup aku.Nak aku jelaskan lebih lanjut?
1.Tidur tak lena |14 jam|
Membawa disebalik erti betapa aku rasa malas untuk hidup bilamana insan yang aku sayang sakit!
2.Mandi wajib terlambat
Membawa disebalik erti aku menangis ketika tidur.Basah disebabkan air mata.Terlalu banyak hingga membasahi segenap tubuh.Aku ingat mimpi basah.Bangun lambat.Jadilah mandi wajib terlambat!
3. Makan 2 kali sehari
Aku tidur 14 jam.Baki hidup tinggal 10 jam.Dalam 10 jam aku makan 2 kali!Logik?
Apapun carutan di atas.Aku hanya mahu berkongsi.Bilamana kau sayang seseorang.Sayang bukan dengan perkataan!Hati dan perbuatan!Tunjukkan pada orang yang kau sayang.Kau benar-benar sayang.Aku sayang kau.Kalau babi boleh berkata-kata.Dia mampu mengungkap kata itu.Babi adalah metafora di sini.Betapa murah erti sebuah kata tanpa?Perbuatan lahir dari hati.Aku sayang kau dan buat!Buat perkara yang sepatutnya la syal.Adakah kau bersama aku?Dapat apa yang aku cuba sampaikan?Bagus!
Ok.BPBH adalah binatang peliharaan aku yang diberi nama Chichako.Sebab dia seperti cicak tapi besar oooo!Lahirlah nama?Chichako!Nama pendek.Chako!Umur sebenar 1 tahun 7 bulan.Umur dia sepanjang bersama aku.10 bulan.Anniversary lagi 2 bulan.
Ok.Sebelum berhenti mencarut.Sayang guna hati.Bukan mulut!Guna mulut?Jadilah adegan seperti?
Aku bagi dia pilihan tadi dowh.
Aku atau KLCC.
Dia pilih KLCC dowh!
Manusia semakin bodoh bila nafsu menjadi penunjuk semata.
Chalo!
p/s - Doakan kebahagiaan aku dan dia.Mencipta bahagia bersama.Selamanya.Terima kasih!
4 comments:
ahaha. sengal. tetiba plk ada dialog scene KLCC tu. haha. anyhoo, 14jam tdo tu dah tlebeyh2 dah pon. pejadahnya tak lena... -__- semoga benda hijau tu sihat cepat dan tak sakit sakit lagi ye!
dia pilih klcc dowh.Haha.Quality more important than quantity la.Kah.Ok.Thanks nway.
uuu,i love this entry.
especially, the 1st part when u explaining 1 word with different meanings.
gile mengarut kau syal!
haha!~
ok,chako dah sihat.
good for her or his?
natang tu jantan ke betina weyh.
ntah,lantak ko la chako.
kau cakap apa? syal?kata tak suka!!!hampeh nyer ayam!Haha.Gua xda hal.Cool!
Mengarut uh?Takpela.Janji kau suka.Tu paling penting!Haha.
70% male.Dia tak baligh lagi.So x bley confirm 100%.Kata Dr A la.Hihi.
Post a Comment