29.12.11

minggu menelaah

Seminggu.Dan sudah hampir dipenghujung minggu.Dan masih;

Termangu.

Melihat nota - nota penuh perkataan yang bertimbun, berselerak dan yang mustahak; masih dara.

"Rosakkan dara mereka - mereka.Dan jadi manusia yang tamak, bukan kedekut; Pengetahuan."

Kata - kata semangat.

Bingai.

Maaf.
Dikesempatan yang sempat.Untuk segala khilaf laku dan kata

Kawan - kawan  dalam satu sampan.
Kawan - kawan yang aku suka.

Mahu hanya ketenangan sebab bila serabut dan kusut, terbit satu rasa dan fikir yang;

Mungkin banyak salah sesama manusia.

Tuhan tak payah ceritalah.


Bergelumang.

Gian kemaafan.Sangap santunan.Mari berjabat tangan.Kita jadi kawan.
Taknak sudah. (BUDAKECIK, 2011.)

Selamat menghadap kertas - kertas akhir.

Kawan - kawan.






p/s : Final kali ke -9.

takkan pernah menyia

Taq,
Jangan sia - siakan hadir dia.

Yang terbaik.Yang termampu.Mengagung kehadiran kau dalam hidup miskin aku; sebuah faham dan kisah.

Monolog penuh azam.

Dan aku juga minta satu; Jangan pernah berubah.

Tak kisah bilamana hanya menjadi cerita sepi dalam dunia realiti.
Tapi bukan hati.

Cubalah.


Sampai mati.

Terima kasih.








28.12.11

masih ada nilai kehidupan

Kalau aku diberi pilihan untuk padam kehidupan - kehidupan yang telah. Aku mahu padam yang hitam.

Tapi sedar.Yang hitam adalah juga warna; Warna kehidupan.

Kalau hitam itu salah.Kalau putih itu betul.

Kalau tak selalu putih.
Kalau putih dan tiba - tiba hitam.

Masih ada nilai kehidupan?

Persetankan Kalau dan Persoalan.Gubah dengan Pasti dan Jawapan.

Pasti hitam takkan terus hitam.
Pastikan terus putih.
Pasti putih.

Pasti.

Masih ada nilai kehidupan.







p/s : Maaf kalau kehitaman ini tercalit bersama dalam kehidupan kalian.Tiada niat.Aku bukan malaikat.Tapi cuba sebaik mencari warna putih.Untuk ada sekurangnya; perikemanusiaan.

21.12.11

apa aku rasa

3.00 pagi yang serabut dan kusut.

Benar rasa kehilangan.Hilang sebuah rasa dahulu;Semangat.

Lautan kematian ombak.

Bait kata ini terngiang - ngiang.Pada telinga yang akhir - akhir ini kurang mahu mendengar.
Pada kata - kata hati yang mati.

Maaf.Tentang pengabaian;akan tanggungjawab.
Hamba,anak dan sahabat.

Terlupa dan terabai apa yang patut dikejar.
Yang tercicir ; Yang patut digenggam.
Yang disemat ; Yang,

Bukan - bukan.

Jari telunjuk ini ditunjuk pada jasad yang berdiri lemah pada sebuah cermin yang statik.
Yang jujur memberi tafsiran pada setiap mimik.

Aku.Dan hanya aku.

Tapi ada satu rasa unik yang terbit;Sabar.

Bila diam bukan mahu mengalah.Cuma tak mahu berbalah.Biar  rasa itu pergi.Dan yang terbalas adalah nanti senyuman.

Bukan suka.

Cuma rasa selamat dari satu rasa; kebencian.
Tak mahu membenci.Sebab rasa kehidupan itu kurang hidup dan separuh mati bila dibenci.

Apa rasa keseorangan walau realiti dikeliling teman - teman?
Apa rasa sepi walau realiti penuh kasih sayang?
Apa rasa resah walau realiti dibanjiri kisah - kisah dari mereka?

Kau lupa Tuhan.







20.12.11

anjing menganjing

"Cuba jadi baik lagi baik dari tak baik dan buat - buat baik dan nampak yang tak baik baik yang baik tak baik" (Anjing et al., 2011)

Bila anjing bersuara.

Menganjing.

Jangan panggil orang anjing.Kalau kau pun lagi jelas dan nyata keanjingannya.

Atau kau rasa kau "Taklah nak berapa anjing sangat?".

Babi?
Bajingan?; Babi campur gaul anjing.

Silap tempat lah.
Silap kawanan.

Kalau ada dua pilihan.Kau dan anjing.Aku pilih.

Anjing.

Doakan kau sedar diri.Dan biasakan hidup dalam kawanan; Manusia.














p/s : Pelacur yang kisah pada anjing, Tuhan janji syurga.


18.12.11

hari - hari hidup

Sedari hidup dari mati dan kembali mati.Memandang objek segi empat yang mengeluarkan cahaya.
Blepharospasm.

Menekan papan kekunci putih yang makin lusuh berdaki.
Finger spasm.

Memandu arah tetikus pada perkataan - perkataan yang memenuhi citarasa.Right click.Copy and paste.
Plagiarism.

Dan sekarang.
Cerebral vasospasm.


Mahukan kehidupan yang hidup.

Kurang asam.Tapi banyak garam.

Buat salah dan ambil pengajaran; timba pengalaman

Ironinya.









Yang semampu.Aku susun hari - hari kehidupan.Tahu.Tak lurus.Bengkang bengkok sana sini.
Maafkan aku.

Aku manusia.Bukan pembaris.

Bagi aku pemadam.

Aku padam yang mana cela.



16.12.11

tukar selera mata

Tukar selera mata.Cita rasa.

Juga rasa tentang cita.

Sambil meneman kawan yang sedang sawan menyiap slide untuk dipersembah esok.
Tak banyak membantu.Tapi hidup ini kadang - kadang beritahu yang bantuan yang sedikit itu lagi perlu.

Lagi diperlukan.

Tak payah nak berpeluk.

Nak tunjuk tentang kerapatan.

Sebab itu langsung tak menunjuk nilai kawan.

Cukuplah jadi telinga.

Jadi bahu bila perlu.

Jauh pun rasa dekat.

Daripada dekat tapi palat.








p/s : B dalam kotak adalah salah satu cita dalam otak.

11.12.11

lembu yang meragut merungut

Manusia :
Kau pergilah meragut.Ikut suka kat mana - mana.Janji kau kenyang.Kau gembira.
Aku lagi gembira.Dapat hasil nanti.

Aku datang lagi petang nanti.

[Menjelang petang]

Manusia : 
Hey bangang.Mana kau pergi?Tak reti nak balik?Menyusahkan aku je.

Lembu : 
La.Tadi kata boleh pergi mana - mana ikut suka.Belum petang lagi.Tak kenyang lagi.Janji apa ni?
Apa lah.Tahulah aku lembu.Bangang.Jangan lah panggil macam tu.Aku pun ada hati.

Luah si lembu.Pasrah. 
Melampau manusia  ni kadang - kadang.
Bangsat.
Suka guna kata - kata kesat.

Fikirlah.
Jangan ikut sedap mulut.Jangan libatkan masalah sendiri pada makhluk lain.

Aku; lembu juga ada masalah.
Got my own problems to deal with.
Lembu pun boleh speaking.

Tak payah berlagaklah manusia.Kau dan aku sama.

Ciptaan.Ada kelemahan.

Ke kau Tuhan?









p/s : Disituasi dan rasa lembu.
Mencuba sebaik membuang yang keruh.Menangguk saki baki kejernihan.Makin keruh.Hilang sabar.
Lantak lah.
Nak rasa macam mana layanan sebagai lembu?
Ada tempat aku.

"Silap tempatlah lu nak langsi.Padang ragut ni.Tanah tumpah darah gua"

Masuk kawanan lembu takkanlah nak mengaum?

kotak berwarna pelik

Macam - macam cara manusia guna untuk menghargai.

Guna bicara.
Atau guna cara yang buat mulut jadi tak boleh berbicara.

Macam yang dibuat oleh kotak berwarna merah jambu ni.

Terima kasih.

Yang makan cili.
Yang rasa pedas.


Sekarang aku makin ingat.Diingatkan.
Aku dah 23 tahun hidup.

Dan seumur hidup aku.Ini pemberian paling berwarna pelik.
Dan aku suka.
Dan tak lah pelik.

Ah!
Dan - dan je kau.














p/s : Cuma mampu menghargai dengan perkataan - perkataan.

cerita hari jumaat #5

Bukan yang terbaik tapi sudah cuba yang terbaik.

Tak cukup tenang.
Dan tak dapat ketenangan.

Apapun.

Terima kasih.
Semua - semua yang bantu dan jadi bahu.Tak dapat diterjemah diakhir persembahan.Lidah tiba - tiba jadi kelu.Dan terkedu.

Ya.Terlalu banyak yang membantu.Langsung atau tidak.

Aku menghargai yang sangat.

Terima kasih.
Lagi sekali.
Sebab jadi watak - watak dalam Cerita Hari Jumaat aku kali ini.







Terima kasih:
Tuhan Yang Satu : Bagi kekuatan untuk kaki ini berdiri.Alhamdulillah.
Prof Dr. Noordin : Untuk rasa yang tenang.
Dr Choy : Untuk masa yang diluang dan ilmu yang dicurah.Terima kasih Sifu!
Vishwanee dan Ana Beng : Teman aku menyiap apa - apa yang perlu dicakap.Apa yang betul untuk dicakap.
Syuhaidah : Teman sepencarian untuk baju.Eyh!Bahagia tengok kau bahagia.
Farhah : Yang bagi aku yakin dengan yakin janji Dia.
DNCH : Tak terkata.Tapi tu lah.Sayang kau.




Kawan - kawan yang aku suka : Ben,Mok,Cair,Jawe.
Tiada dalam gambar: Zul,Pojan,Upek,Man,Wan,Azim,Apis



Foto - foto oleh : Zizan




















p/s :

Jangan guna font Agency FB.
Cantik untuk mata kau.Tapi bukan mata - mata lain yang melihat.Terima kasih Dr. #lessonlearned.




6.12.11

kembali ada siang

Habis hari - hari kurang pengamatan padanya siang.

Terima kasih Atas Sana.
Bagi aku badan yang sihat.Untuk penuhi ruang - ruang kedatangan pada kertas putih.Tanpa ruang tertinggal.

Walau hari - hari kehidupan  kurang sihat.

Kurang tidur.Butuh selalu pada keperluan berfikir dan bekerja hingga malam itu terlebih larut.Serabut.

Mahu rehat tapi belum waktunya lagi.

Hari besar untuk aku.
Jumaat ini.

Yang terbaik aku persembah.
Macam kawan - kawan aku yang sudah.

Doakan aku kalian.

Untuk lidah ini lembut.

Dan boleh bagi faham.









p/s :


"Lutut gua gegel beb."

"CC je pun!"

Monolog.Bagi semangat untuk diri sendiri.Sendiri - sendiri.

29.11.11

kurang peka

Kurang peka dengan dunia sekeliling.
Yang cuma ada dalam organ yang mampu berfikir ini;walau agak cetek.

Fokus.

Dan tenang.

Dan sabar.

Dan teruskan hidup.

Palat manapun rasa.

Tentang.

Yang didepan.Yang akan datang.Yang akan aku hadapi esok.
Biar yang semalam jadi cerita.Esok dibentuk menjadi cerita.Sebaik yang semampu mengolah cerita menjadi;

Yang baik - baik.
Yang bagi gembira.
Yang indah.

Walau hidup tak selalu indah.

Banyak yang terabai dan aku abaikan.Tapi satu.

Aku mengabai sebab aku rasa terabai ; Situasi menang - menang.

Adapun yang lagi satu.

Aku mengabai bukan dengan niat untuk mengabai Faham situasi aku dalam.




p/s : Pekakkan hati


26.11.11

aku bukan taman permainan

"Pergi main jauh - jauh.Sini bukan taman permainan."

Jerit hati.

Bila nak gembira.Datang dan bermain semua - semua permainan yang ada.Girang.
Bila penat.Lelah diluah.Peluh diludah.Ditinggal sebegitu.Tiada langsung rasa berterima kasih.

Untuk kegembiraan yang telah digapai.

Esok bila sedih dan mahu gembira.Datang lagi.Langsung tiada rasa malu.Segan silu.

Dengus Si Taman Permainan.Kepada manusia - manusia.

Tapi.Sini.

Aku.

Bukan taman permainan.Bukan tempat untuk bermain.Dan dipermain.

Cari tempat lain.










p/s : Sangat terkilan.Yang sangat kali ni.


"Biarlah.Apa nak jadi.Jadi lah." 
Cuba hidup dengan ayat ini.Bukan putus asa.Cuma rasa cukup.

24.11.11

nak apa lagi?


Penafian dalam kamus hidup aku.Perbuatan, kata dan rasa..

Penafian kata adalah sepenuhnya atas pilihan.Tiada salah untuk apa - apa yang diluah.

Penafian kepada perbuatan adalah perlakuan.Dan itu telah dan sedang tertunai.Dengan bersama janji.

“Akan bukan dengan bersamanya rasa.”

Tapi.

Janji manusia.

Macam tu lah.
Macam janji melayu.

Kumpul air liur yang banyak dan telan dalam – dalam. Jangan bagi ia lalu pada hati.Lagi - lagi  waktu genting macam ni.

Biarlah.
Aku benar - benar penat.
Kali ini.
Apa  nak jadi.Jadilah.Dah cuba penuhi kemahuan - kemahuan sepenuh mahu.Yang mampu.Yang berat untuk aku; Berat sebelah.

Nak apa lagi?

Angkat kaki?

Bila – bila senang aku buat.

Dengan hati yang senang.

Sesenang kata – kata tentang rasa itu diluah.

Taklah susah.Sebab dah biasa susah.

Alah!Macam tak biasa.

Alah bisa tegal biasa.













p/s  :  Ada tempat aku dan rasa lah.Apa aku rasa.Dan tak perlu cerita tentang rasa tu nanti bila dah dapat rasa.Aku dah rasa secukup rasa.Muak.





20.11.11

mereka rasa

Mereka rasa untuk kelihatan dewasa adalah dengan punya kebolehan mengarah.Itu dan ini.
Cakap lebih buat tengok.

Mereka juga ada yang rasa menjadi dewasa adalah dengan kata - kata yang tinggi.
Sembang taknak jatuh.

Mereka pun rasa yang menjadi dewasa adalah dengan melihat berapa ramai kawan disekeliling.
Kawan biar 1000.Yang kenal 1.

Mereka juga rasa - rasa menjadi dewasa adalah dengan menunjuk yang mereka hebat.
Takpe.Biar aku buat semua.Korang tengok je.


Mereka ada yang rasa menjadi dewasa adalah dengan sembang - sembang yang dewasa.
18 tahun ke atas.


Mereka kadang - kadang rasa menjadi dewasa adalah dengan mengabai.
Lantak kau lah.Kubur masing - masing.Janji aku happy.Sudah.


Mereka juga selalu rasa yang menjadi dewasa adalah dengan rasa selalu betul.
Apa salah aku?


Kau rasa?

Rasa - rasalah.








p/s : Belum cukup dewasa.Tapi mereka - mereka buat aku jelek tentang kedewasaan.Jadi dewasa dengan jadi manusia.Rasa - rasa akulah.

Monolog dari pengamatan.Tak payah terasalah.Sebab mereka itu kadang - kadang juga aku.

19.11.11

hidup baru

Dah nak mula fasa kehidupan baru.

"Keluar gelap.Balik gelap.Kurang cahayalah hidup aku."
"Rasa bila balik bilik.Satu je dalam kepala ni.Katil."


Keluhan biasa mereka - mereka yang telah.
Keluhan yang juga telah diolah.Yang lebih sopan.Caci maki carutan maki hamun.Perisa bagi kata - kata dalam menyampai keseriusan.Tentang rasa.

Penat babi hari ni.Penat syal = Hari ini sangat penat.

Sekarang giliran aku.

Senyum dan tadah jela semua - semua.

Jadikan yang semua - semua.

Kenangan terindah.






Chi-lakahuahua


p/s : Banyak rasa aku rasa.Teruja.Takut.Malas.




17.11.11

mencari identiti

Sedang berpeluh mencari identiti.Hilang la.

Cuma tak suka sebuah rasa yang telah.Ia sangat.Sangat.Entah.Tiada ayat terlintas untuk penceritaan kepada rasa ini.Tapi ia adalah sangat;Sangat - sangat.

Entah.

Bingung dan tentu arah yang tidak.

Bila fikir.

Masih adakah ruang - ruang maaf untuk manusia seperti aku.

Yang sedar salah.Tapi tak belajar darinya salah.

Lemah kan aku?
Bingai juga agak melangit.

Mahu hanya ruang dan ketinggian pada salah satu elemen penting kehidupan; Pemahaman; Faham.
Kalau sepanjang perjalanan ini berlaku pengabaian.

Maaf.

Aku sedang membina yakin.

Tulusnya janji Tuhan.









p/s : Bagi aku juga ruang untuk belajar.Tak mahu menjadi seperti mereka - mereka.Tapi sedar tak sedar.Aku dan mereka - mereka.Tiada beza.

Kau yang paling faham.

Faham aku.

"Biarkan rasa ini berhibernasi.Bangunkan kembali nanti."




15.11.11

hasil kerja tangan

Mangsa asbab kepada kemurungan dan ke"haru - biruan".

Tepu dengan perkataan - perkataan.Dan asap - asap yang berkepul.Keluar masuk paru - paru.Yang aku rasa kian pudar dengan warna merah jambu.

Kelabu agaknya.

Dan tangan menjalar mencari kerja.

Dan terhasil kerja tangan.

Dia.
Junior aku tapi umur lagi tua dari aku.Selalu lepak tempat mana aku berdiam.
Mengumpat.Ayat sopannya;bergosip.

Dia juga baik.
Selalu tolong aku.Kadang - kadang masak untuk makan malam aku.

Terharu.

Dan biru.











p/s : Terima kasih.Jadi gundik aku paling setia.

14.11.11

yang terbaik kali yang terakhir





Yang sama.Tahun yang kelima.

Kau rasa apa aku rasa?

Suasana.Yang aku maksudkan.

"Yang terbaik kali yang terakhir."

Ayat yang buat mata ini terus celik.

Hari ini.

Esok lusa tak tahu.

.





p/s : Bukan mengeluh.Cuma meluah rasa.Yang kau - kau juga rasa.Tak eh?

12.11.11

nak malam yang panjang

Menghayati malam.Kurang sihat untuk menghayati malam - malam sebelum.Yang cuma ada dalam minda;

Aku nak malam yang panjang dan mahu bermalam.Dalam - dalam.

Siang buat aku sakit.Ditambah keperluan pada kepelbagaian berfikir dan kerja - kerja berselerak.

Kadang - kadang rasa kehidupan nak mengajar.Tapi aku tak terkejar.Dapat tapi tak terbuat.

Bingai.

Aku sakitlah.
Kurang sihat.
Malas nak berfikir.Yang jauh - jauh.

Cuma fikir.

Aku mesti hidup untuk sekurangnya.

Hari esok.








p/s  : Aku selalu tak faham dan kurang faham tentang orang.Kau orang ada nak faham?Jawab soalan ni dan bagi aku faham.Nanti aku diam.










6.11.11

aku mengagumi peristiwa agung itu

Pengorbanan yang kalau itu dituntut dari aku.Mati hidup semula aku pun.Takkan berlaku.Tak mampu.Agungnya sebuah ketaatan.

Bilamana percaya.

Selemah dan sehina aku ini.Aku mengagumi.Yang sangat.

Cerita Si Hamba dan Sang Pencipta.

Bila fikir apa yang aku mampu perbuat.

"Aku cuba perbuat semampu.Penuh kemahuan.Setaat mungkin."

Salam Aidil Adha.

Buat kalian yang punya sama kepercayaan.
Moga kesan laku mereka terkesan pada aku.

Juga kalian.




p/s : Korban waktu tidur menyiap kerja - kerja bertimbun.Juga pengorbanan bukan?

4.11.11

sangap

Melepas sangap.
Sangap mengenakan daya maksima pada objek bulat.Dan berlari - lari girang yang laju.

Dulu selalu.Sekarang bila dan hanya berpeluang.

Malam yang disiangkan.Sebab siang tak cukup panjang.

Sangap terlunas.Sakit pun dapat.

Pelanggaran kenyal; manusia - manusia obses Fizik kata.
Selepas berlanggar.Haluan masing - masing.Bertentang arah;

Aku keluar.Dan terus duduk.Menjiwai kesakitan.

"Lutut gua gegel beb"


Padan muka.


Tapi aku puas.Aku juga adalah kegembiraan.

Biar sakit janji gembira.

Macam ayat.

Lepas hujan ada pelangi.








p/s : Kaki ini adalah anugerah terindah sedang aku miliki.


2.11.11

waktu lapang waktu petang

Waktu petang yang lapang.Melepak.Sambil menyiapkan sentuhan terakhir  kerja - kerja.Bersama manusia yang juga sedang menyiapkan kerja.

Dulu kawan aku.Sekarang kawan aku masih.Berbeza kasta cumanya kini.

Teman pada hari – hari kehidupan dia yang statik.Dan berulang – ulang.

Kongsi cerita dan kisah hari – hari kehidupan dia sebagai Pelajar Paling Atas.
Dahulu.

Menambah inspirasi.Buat bekalan untuk kekuatan.Kerana aku kini adalah pelajar paling atas.

“Kau kena pandai pilih kawan.Kena jadi lebih “selective”.Bunyi agak selfish.Janji hidup kau happy.Itu paling penting.
Boleh punya ah.Jangan risau.Janji kau usaha.Tunjuk effort.Takde masalah.”

Kata – kata dia.

Betul.

Rasa - rasa aku.

Manusia adalah hidupan yang punya warna rambut yang sama.Tapi bukan hati.Walau warna sama.Interpretasi tentang rasa.Berbeza.Langit dan bumi kadang – kadang.

Ada yang palat.Ada yang bagi nasihat.Ada yang menghargai.Ada yang letak kat kaki.

Macam – macam.

Apapun mereka.

Jadi yang lebih dan selalu bersemangat.
Jadi yang selalu kuat walau tak hebat.

Kau!

Aku lah.

Monolog sendiri.



Bekas Pelajar Paling Atas.





p/s : Buat baik di balas baik.Nak rasa palat.Buatlah jahat.Jangan sekali.Berkali - kali.

Tak kisah.




1.11.11

dua dalam satu

Bila nak berubah?

Selalunya bila sedar dari mimpi.Mimpi waktu minda adalah sedar.Waras.

Pun bila ada waktu untuk berfikir.
Fikir yang dewasa.

Yang atas sana suka.
Yang sihat.

Kadang ada fikir.Tapi taknak berubah.Bukan taknak.
Tak mampu.Sebab indah.Sebab sedap.
Tak tergerak.Sebab.

Banyak sebab.

Kadang terfikir macam mana kalau selepas waktu ini mimpi itu tiada lagi ruang sedar.
Terus hanyut dengan bahagia tanpa izinan.
Sedap terus sangap.

Dengan sedar yang sedikit ini.Jadilah.

Untuk sikit - sikit berubah.

Lebih percaya.

Yang;

Bahagia bukan ciptaan manusia.
Mati bila - bila.





p/s : Satu tulisan.Dua maksud.



"Pergi mati".
Juga dua maksud.



30.10.11

CHICHAKO - 2 Tahun 5 Bulan

Seumur hidup dia.2 tahun 5 bulan
1 tahun 8 bulan adalah waktu telah dia meniti hari bersama aku.

Sedih.
Tak selalu dapat bersama.Macam hari - hari dulu.

Tapi kalau ada waktu.Aku luang semampu.

Macam hari ini.

Chako.Meh makan!
Terus melompat dari tempat dimana dia berehat.

Yeay.Waktu makan!
Kalau dia boleh berkata - kata.Mungkin itu kata dia.

Segalanya tercerita dalam video yang sempat aku rakam.

Ya.

"Ku kan menjagamu hingga akhir waktu.."




29.10.11

sembang - sembang girang #3

Acik balik bila?
Esok.
Kejapnya cuti.Jom makan burger.
Kat mana?
Ala.Kedai hari tu kita makan.
Jom.Bagitau mama dulu.
Ok.

Meluang masa malam dengan Adam - Adam.

Habis duit Acik belanja korang.
Takpela.Acik belajar la rajin - rajin.Boleh kumpul duit banyak - banyak nanti.

Terdiam.

Budak kecil yang memberi inspirasi.Walau tidak diniatkan sebegitu.

Siapa kata hanya yang dewasa boleh memberi inspirasi?

Nasihat.



Adam - Adam


p/s : Bermalas

kerja waktu cuti #4

Sentuhan terakhir pada kerja - kerja waktu cuti.

Terima kasih pada yang bantu.Yang teman.Hari - hari aku bekerja.

Mahu berehat pada sisa waktu cuti ini.

Selamat bercuti.

Kawan - kawan yang aku suka.












p/s : Newbies histopathologist?Tak.Pembuat slide histo.Nak interpret.Noob!

28.10.11

kerja waktu cuti #3

Terjaga dari mati yang sebentar.Bukan mengucap syukur.


"Oh shit"

Mencarut!

Dengan mata yang tak sepenuhnya celik terus mengapai handphone.

"Salam.Saya otw kak"


Laju - laju perbuatan yang dinama mandi.Mandi kerbau.Kerbau laju ke?

Sampai dan kuntum senyuman pada mereka - mereka dan terus buat kerja.
Sambil menunggu kerja siap.Tangan tergerak untuk membaca mesej - mesej.

Hobi aku.Baca mesej yang dulu - dulu.Delete mana - mana yang menyemak; Maxis Free MMS

To : Dr Z
Salam.Saya otw kak.

Mati!

Salah hantar mesej.

Laju - laju minta maaf.Letak bersama emoticon "=)"

Palat.

Bila bangun lambat.

Juga hobi aku.












Hasil kerja - kerja hari ini.Hampir siap.










p/s : Jangan mesej bila minda diawang - awang.

kata kata yang aku suka hari ini

"Hye Mr. Boyfie.Driving? :-D"

Yuna kata "Setiap gambar ada cerita."

"Setiap kata ada cerita"

Aku kata.

Nanti aku cerita.

Bila aku dah cukup dewasa.





kayu

Macam anai - anai yang makan kayu.Sikit - sikit tapi persis menggigit.Utuh manapun kayu itu.Kepersisan laku mereka berjaya meruntuhkan keutuhan kayu.

Rasa mahu benar aku ini jadi anai - anai.Cara bekerja dan  fikir.

Terhadap kayu itu.

Kalau boleh kayu - kayu.Lebih dari satu kayu.

Bila tentang impian.

Anai - anai meruntuhkan impian.
Dan aku.Melunaskan impian - impian.

Tapi anai - anai bekerja bersama.Aku berseorangan.
Perlu masa yang lebih lama.

Dan.

Anai - anai dengan satu impian.Kayu.
Aku dengan kayu - kayu.Banyak impian.

Perlu bekerja lebih keras.Sekarang sedang bekerja keras.
Menyiapkan kayu.Melayan kayu.


Sebaik semampu aku.Kalau ada kurang bagi ruang.
Aku bukan anai - anai.Kerja pun lebih dari anai - anai.

Aku manusia .

Cuma suka cara kerja anai - anai.



3 pagi.Inspirasi sang anai - anai.




p/s : Terima kasih anai  - anai


Butterfly effect.Sikit - sikit lama - lama jadi bukit.

26.10.11

faham

Dalam banyak - banyak benda aku diam.Diam sebab nak kau faham dengan sendiri punya pemahaman.
Tapi ada sebilangan benda yang aku tak boleh diam untuk bagi kau faham dengan sendiri faham.

Takut terlewat bila kau baru mula nak faham.

Faham?
Yang atas ni tak perlu faham sangat.

Yang lain - lain.Yang besar - besar.Yang penting - penting.
Perlu.

Seperti.

Faham aku.





p/s : Aku pun tak faham aku.Sebab kenapa sekarang suka makan aiskrim.


Kau itu adalah mereka yang rasa - rasa boleh sayang aku.Kau, kau dan kau.

Banyak cantik muka kau.

Kau itu rasanya satu.

Faham?








kurang hayati dunia

Sedari mata ini celik.Ia hanya tertumpu dengan amat statik pada objek segiempat yang mengeluarkan cahaya - cahaya.Perkataan - perkataan yang berjela.Hitam dan putih yang berkawan.
Aku pula yang makin sawan.Tak keruan.

Berpinar bila keluar sebentar melihat dunia.

Dunia tempat aku berdiam ini sebenarnya indah.

Cuma aku kurang dapat menghayati itu akhir - akhir ini.
Tak berpeluang.Bukan tak mahu.

Sibuk dengan kerja - kerja mengejar cita.
Terkurung di dunia sendiri.Pengulangan kitaran hidup sehari - hari.

Mahu tak mahu.

Kena hadap.

Dengan senyuman.





p/s : Minum petang dengan Abah.Hayati dunia.




25.10.11

kerja waktu cuti #2

Sambung kerja - kerja semalam.Kali ini bertemankan Puan L.

Nak panggil Puan ke akak?
Panggil akak jela dik.

Terima kasih yang banyak akak!Melayan karenah budak hingusan baru terhegeh nak belajar.

Dah siap?
Belum lagi Prof.
Hari Khamis kalau dah siap jumpa saya.Kita discuss.
Ok Prof.

Supervisor aku.

Mati!Bab ni aku manusia paling lemah.Bukan aku seorang.Kawan - kawan aku pun.Mereka juga mengeluh.

Langkah laju - laju pergi ke library.Baca apa yang sempat.Tak la nampak bodoh sangat.
Agak hipokrit.Tapi untuk kelangsungan hidup.
Bagi aku ia pemangkin.Pemangkin untuk membuka buku waktu cuti.

Pemangkin hipokrit.

Jadilah.

Mangkin kadang tak perlu selalu yang positif.







                                                          

                                                          



Hasil kerja - kerja hari ini.





p/s : Berkemas mahu pulang jumpa ayah dan bonda.

#ClinicalConference

picisan sebelum tidur

Aku melihat malam ini sebagai situasi.Yang tak dirancang dan dicanang tapi seharusnya dikenang.
Aku meluah apa yang terbuku.Dari dahulu.Semua tentang rasa.Impian.

Kalau begini jadinya.Aku akan perbuat yang ini.

Aku akan buat.Sebab itu janji oleh aku dengan aku.Cuba manapun aku menipu.
Aku menipu diri sendiri.Kalau diri sendiri pun ditipu.
Tak payah jadi manusia la.Jadi kera.Sekangkang kera.Luas manapun dunia.Tetap rasa sempit.

Sekangkang.

Berapa besar sangat?

Bermonolog membentuk diri sendiri.Sendiri - sendiri.

Kalau aku dibenci selepas malam ini.
Aku pastinya manusia yang paling gembira.Gembira diselamatkan dari tipu daya dunia.Fikiran indah - indah ciptaan manusia - manusia.Yang menjadikan dunia; kiblat teragung; mati lama lagi.

Jujurnya aku manusia yang selalunya hanyut dengan situasi indah - indah.

Siapa aku?

Manusialah.

Ada rasa.Ada hati.

Tuhan aku bagi.

Bezaan antara aku dan mereka - mereka adalah bergantung tentang cara bagaimana aku menginterpretasi rasa dan hati yang Tuhan bagi.

Dengan daya dan kudrat dari jasad yang kerdil ini.Aku cuba menjadi manusia..
Dan aku memang tak sempurna.Cuma belajar mencari kesempurnaan; persis semampu.
Yang kadang - kadang layu.

Kalau aku silap malam ini.Lumrah.
Kalau silap malam ini digunapakai malam esok dan malam - malam aku hidup.Parah.

Tahu tak aku ini dalam situasi parah?
Dan aku menjauh sebelum parah itu berdarah.

Tapi tak ramai yang cuba faham.

Walau mereka adalah sebenarnya aku.

Manusia.





p/s : Redhakan hari - hari hidup aku Tuhan.

24.10.11

kerja waktu cuti




Hari pertama dan akan berlanjutan hingga cuti bersisa 2 hari.
Terima kasih kawan yang teman.

Juga En J.Yang muka tak serupa perwatakan.

Jangan ditafsir buku lalu kulit #alihbahasa

Sangat membantu.
Dari yang kecil - kecil hingga yang besar - besar.

Macam ayah mengajar anak yang baru kenal dunia.

Baru buka mata.






p/s : Sekarang rindu benar Abah.Rumah manis rumah #alihbahasa. #DNCH pun.

#ClinicalConference


22.10.11

dua puluh dua. sepuluh. sebelas.



Bila angka itu dibiar wujud satu persatu dan ditambah saling antara akan membuah hasil;Tujuh.
Tujuh adalah nombor penuh makna sedari aku ini kenal hidup.

Dan sekian kalinya makna itu datang.Kali ini lebih mendalam dan tersirat.
Tersurat kekuatan untuk kelangsungan hidup dihadapan.Lebih makna.

Moga rasa itu kekal.
Tersulam bersama redha Dia.

Mahu benar jadi manusia yang percaya.
Percaya bahawasanya manusia itu tetap manusia.Walau hebat mana perancangan.Yakin mana keputusan.Utuh mana keyakinan.

DIA diakhinya adalah.

Segalanya.





p/s : Terima kasih untuk rasa ini.

180311 - 221011 : Tujuh bulan  

20.10.11

aku mengaku salah aku

Kehidupan adalah peristiwa penuh kejadian - kejadian.Meminta aku hanya untuk kekal sabar.
Jangan cepat mengata itu ini.Menuding jari sana - sini.Menyalah dia dan mereka.

Duduk penuh tenang dan fikir.

AKU.

Kecilkan perspektif.Semua tentang aku.

Menyelami kesusahan dengan cara berfikir yang senang.

Maaf  untuk segalanya manusia - manusia.Yang dituding salah asbab perasaan membabi buta yang melulu.

Dari AKU.



p/s :

Selesai sudah peringkat pertama.Terima kasih yang banyak untuk masa yang diluang dan layanan kepada karenah - karenah.

  • AP Dr Arifah.
  • Dr Choy.
Dan mereka - mereka yang membantu.


FYP



19.10.11

pissed off

Tak terdefinisi dalam bahasa.Pissed off ayat yang sesuai untuk menggambarkan betapa pissed off-nya aku.


Terkejar - kejar masa sebab manusia.Cuba puaskan kehendak manusia.Bagi sedikit cahaya pada hidupan lain sedang diri sendiri butuh pada cahaya - cahaya.

Tapi apa aku dapat.

Pissed off.
Rasa dan segala interpretasi.

Aku menuntut hak seorang manusia.Hak bermakna berhak.Tanpa perlu meminta dan mengemis.
Sedang hak yang itu terabai.Mereka - mereka itu selalunya tertunai.

Makin sangsi tentang siapa aku.

Minta lebih diperlekeh.Yang patut diberi.Yang dijanji.

Disampah.

Sarapkan.






p/s : Terima kasih.Aku makin kuat rasanya.

Kalau aku ini yang selalu kurang faham.Sekarang aku makin faham kenapa aku tak perlu terlebih - lebih faham pada manusia yang sepatutnya boleh sendiri faham.

Kalau aku ini yang selalu salah pada kejadian - kejadian dulu.Tidak kali ini.


untukmu sayang

Selesai sudah Test 1.Tiada nafas lega untuk dihirup.Tapi hidup kena terus.

Terus gembira.

"Bila dah masuk Final Year kau kena pandai.Pandai cari jalan bagaimana nak happy.Kalau tak jadi gila.Macam dia."
[Menunjuk pada kawan yang sedang sibuk membuat slide untuk Clinical Conference]

Kata - kata kawan aku.Budak Kayan dari Sarawak.

Terimalah dari dia.

Untukmu Sayang.









p/s : Post-Test Syndrome.

Buat kawan - kawan yang aku suka yang rasa kepala sedang memikul batu.Moga kalian ceria selalu.

16.10.11

tangan yang dirapatkan

Sebuah situasi.

Macam atas kapal dihempas ombak - ombak yang kejam.Menunggu masa mati.Waktu ini kedua belah tangan yang dirapatkan;adalah dan hanya satu kekuatan.Yang paling kuat dan boleh diguna pakai.

Baru terbit kepercayaan.

Percaya yang tangan yang dirapatkan adalah kekuatan.

Bila selamat berada dipersisir.Kaki memijak tanah yang statik.


Tangan yang dirapatkan seperti tak pernah dirapatkan.
Hilang segala kepercayaan dulu.Waktu - waktu susah.Saat - saat genting.Detik - detik sukar.

Lupa pada si pemberi rasa selamat.

Tangan - tangan yang pernah dirapatkan;makin renggang.
Sebab senang.

Hanya akan kembali rapat bila susah itu dekat.Dekat nak mati.

Kalau pintu - pintu itu masih terbuka.Selamatlah.

Kalau terlambat?

Tak guna lagi tangan yang dirapatkan.Rapat manapun.

Sedarlah manusia lahanat.Berhenti buat palat.

Aku.





p/s : Termaktub dalam karya agung sasteraNYA.Perilaku tipikal manusia yang mudah lupa.Bukan hanya Melayu.

Aku melayu dan seorang manusia.

Bimbing aku Tuhan.Untuk tidak kisah tentang lautan kebencian manusia - manusia.Tapi Engkau suka.
Dibenci dalam redha.Ironinya.

Tak mahu jadi manusia tipikal tapi masih.Manusia.
Bagi aku satu kekuatan dari jutaan kekuatanMU.



Tangan yang dirapatkan.
Foto oleh : Ahmad Akram Khairul Azmi @ TOTO

15.10.11

lama tak nampak

Bila jalan - jalan di kolej kediaman.5 tahun kurang lebih berdiam pada kediaman ini.Berdiam maksud duduk.Bukan mulut.

"Lama tak nampak?"

"Dah tak main bola?"

Soalan - soalan yang sama.Darinya manusia - manusia berbeza.

Kalau siang boleh dipanjangkan.Mungkin tiada soalan - soalan ini.
Dan tak perlu nak menjawab selalu.





p/s : Mati rasa pada kehidupan dulu.

Terima kasih tak terbilang pada manusia yang bagi warna saat hidup ini adalah satu warna;Hitam.






Macam gambar ni.Hitam tapi ada cahaya.




12.10.11

kawan pada ikan - ikan

Jenuh mata melihat tulisan - tulisan.Untuk puluhan kalinya.Duduk dengan amat statik di meja kayu coklat ini.Makin lama makin suram.Makin kelam.

Sekelam malam yang makin malam.

Tekak yang sakit pun makin dalam.

Mencucuk.

Haram.

Nasib baik ada ikan - ikan sebagai kawan.

Terima kasih Pak Cik dan Mak Cik.Bagi ikan percuma.


Tengok ikan - ikan berenang girang.Bagi sedikit tenang.Ikan tak payah study.








p/s : Tiba - tiba suka ikan.Aku bukan anak ikan.


Ada 10 ekor.Sepuluh yang membentuk perkataan.Sepuluh yang membentuk  nama.

Yang aku suka.



10.10.11

semalam punya fikir

Lenguh pada diagnosis kebuntingan.Jenuh tapi rasa organ paling atas ini sedikit sebanyak dipenuhi.Ilmu - ilmu dulu gabungan aplikasi lalu perbuatan tadi.

Rasa benar belajar.

Berehat sebentar.

Dan minda cetek ini terus dibawa pada kejadian hari semalam.

Maaf untuk segala laku kurang senang.Kurang fikir panjang.Menurut semata emosi.Membinasa rasa yang manusia lain juga punya.

Kau.


Susah payah dihulur suka.Senang lenang dibalas duka.






p/s : Terima kasih yang banyak.

Memandu persepsi arah pilihan kedua.



7.10.11

cerita hari jumaat #4

Tak banyak cerita Jumaaat kali ni.
Banyak kerja.Kalau badan boleh kerat 7.Dan setiap satu ada tenaga sepertimana aku yang satu ni.

Akulah manusia paling gembira.

Kalau.

Tapi ada manusia - manusia yang satu sepertimana aku.
Semacam tak faham.

Aku pun tak faham.

Kadang - kadang.




p/s : Maaf.Aku hanya satu.Aku penat.



Tahniah buat kawan - kawan yang aku suka.Dah lepas saat - saat gemuruh.Aku?Makin gemuruh.

5.10.11

peluh

Berpeluh - peluh.Bermandi manda dengan peluh.

Bila buat kerja.

Terbawa - bawa peluh.Tidur pun berpeluh.

Peluh jadi kawan setia.







Jadi kambing.


p/s :

Suka peluh.Tak suka berpeluh dalam keadaan mengeluh.Tak suka bau peluh.Tak suka peluh dari mata sebab manusia.

Test 1 mula esok.Minta - minta tak berpeluh.

2.10.11

belajar menjadi dewasa






Belajar perlahan - perlahan menjadi dewasa.Kurangkan rasa kebergantungan.
Belajar dari kawan - kawan.

Mereka pandai menjahit.

Rasa aku pun dah pandai.

Banding dengan dulu.




p/s : Rindu kat mak.Nak balik tapi tak boleh.