Kalau aku diberi pilihan untuk padam kehidupan - kehidupan yang telah. Aku mahu padam yang hitam.
Tapi sedar.Yang hitam adalah juga warna; Warna kehidupan.
Kalau hitam itu salah.Kalau putih itu betul.
Kalau tak selalu putih.
Kalau putih dan tiba - tiba hitam.
Masih ada nilai kehidupan?
Persetankan Kalau dan Persoalan.Gubah dengan Pasti dan Jawapan.
Pasti hitam takkan terus hitam.
Pastikan terus putih.
Pasti putih.
Pasti.
Masih ada nilai kehidupan.
p/s : Maaf kalau kehitaman ini tercalit bersama dalam kehidupan kalian.Tiada niat.Aku bukan malaikat.Tapi cuba sebaik mencari warna putih.Untuk ada sekurangnya; perikemanusiaan.
No comments:
Post a Comment