1.3.11

Hijau





140700 Muhd Taqiyudin Zainal Ulum 


TAK!
Ha.Taq!Mana?


Aku dengan muka tak tahu nak letak kat mana.Angkat tangan.

Ha.Ni sek (geng) bangun lambat la ni.Pergi "round".Jangan ponteng.Borderline dah ni.


Sekadar mampu mengangguk.Terlalu faham.Terkedu untuk membantah.Tiada hak untuk membantah.Kenyataan penuh persis.Aku susah bangun pagi.Jadi aku bangun lambat.Oh kenyataan!


Highlight warna hijau bermaksud menghampiri zon mati.Kawan aku.Highlight warna merah.Dah mati pun!Adoi.

Yup.Aku dah tau lama dah.Aku dah sedar sedari awal dah.Attendance round aku macam haram semester ni.Tapi tak expect  kena announce dalam kelas.Pertama kali.Semacam suprise pun ada.Kejahatan diumum dikhalayak ramai.Oh adrenaline sensation.Terlalu mengujakan!

Malu mende!Aku rasa popular syal!


Kawan aku nama berhighlight merah.Terlalu positif.Haram!Dia tak pernah datang.Melainkan sekali.Itu pun tak dapat sign attendance.Positif tak bertempat.Tapi dia memang cool.Aku rasa dunia ni gelap tiada cahaya.Bagus ada kawan macam ni.Tak la rasa down sangat.Kah!Oh aku bersyukur.

Takpe.Lepas ni kita ROTA ward.Tak ponteng dah.Time aku Small Animal ROTA.Aku sign kau.Time aku bukan Small Animal ROTA.Kau sign aku.Deal!


Masing-masing mengangguk.Berbincang masa lunch.Kita susah sama-sama.Kita senang sama-sama.Kita perlu bersatu!Masanya sudah tiba!
Bincang punya semangat.Macam Bintang Tiga nak serang Tanah Melayu.Ya.Kami bertiga.Oh kebetulan.

Sign kau susah dowh!Apa kata kau tukar sign?

Aku tersenyum.Takpela bro.Aku rasa itu salah satu sebab.Kenapa aku kena pergi kelas.Kenapa aku tak boleh ponteng.Pemangkin.Secara tidak langsung.

Oh.Aku perlu bangun dari kemalasan.Aku perlu pergi kelas.Sebab tiada siapa boleh signkan aku punya attendance.

Monolog bangun pagi.Bila kemalasan menggunung tinggi.Tapi selalunya.Aku sambung je tidur.Jangan tanya kenapa!Tidur adalah antara nikmat dunia paling agung.Tak perlu kau nafikan.Kau tak mampu pun.Tak payah pura-pura wahai Sang Kura-Kura!Hek!

Yup.Bukan mereka tak mahu menolong.Mereka tak tahu.Mahu tapi tak mampu.Tiada salah ditujukan untuk mereka.Ampun!

Normal la.Student life.Atleast kau ada something untuk dikenang uh?Ayat sedap hati.

Kepada ayah dan bonda.Anakanda minta maaf.Mencalit arang dimuka kalian berdua.Tiada niat.Tak berniat.Tanpa niat!Terkadang terlupa nawaitu.Terlalu enjoy hari Sabtu.Buntu!Maaf pun ampun!

Everybody make mistakes.So do I.
Learn from mistakes.Life goes on dude!


Peace!Chalo!





p/s - Aku rasa unik.Tak semua orang boleh tulis jawi.Ha!Aku Johan Pertandingan Menjawikan Tulisan masa kat SAMURA.2 tahun berturut-turut!Zaman kegemilangan.Zaman malaikat?Oh aku rindu zaman itu.Oh bukan berlagak.Sekadar mengimbau nostalgia lampau.Peace!

No comments: