30.4.11

Bodohnya jadi bodoh

Masa untuk membesar.
Lihat segalanya semuanya dalam gambar yang besar #alih bahasa #bigpicture

Orang cakap kau bodoh.Lihat dari perspektif yang luas.Kenapa mereka punya tafsiran begitu.Jangan cepat gelabah.
Oh aku bodoh sebab aku tak buat apa yang sepatutnya manusia normal perlu buat dan berkebolehan untuk buat.Oh begitu.Dan senyum.Sedekah beb!

Dan diam?Oh teramat bodoh bersalut kebangangan berinti kedunguan.

Tunjukkan pada si empunya kata.Aku tak sebodoh yang kau sangka.Dan aku tak begitu bodoh untuk memberi erti bodoh pada orang lain walau mereka hakikat hakikinya bodoh.Siapa lagi bodoh?

Masa untuk membesar budakecik.

Fikir!Jadikan amalan seharian di setiap saat kau bernafas.
Dan kau takkan pernah bodoh.Rasa bodoh.Diperbodohkan bilamana kau fikir.Tiada rugi.Tiada sesal.Pasti.

Fikir la bodoh sebab tak fikir kita buat sesuatu yang bodoh dan dilabel bodoh walau sebenarnya tak bodoh sebab bodoh sebab tak fikir untuk tak jadi bodoh.

Tahukah anda.Jadi bodoh tidak cool?Juga tidak hot?Tahu?

Jadi?



Peace!




p/s - Untuk diri sendiri #alihbahasa #note2self bila rasa bodoh sebab tak berfikir.Terlebih fikir.Secukup rasa lebih dari memadai.Mencukupi untuk fikir kenapa tak fikir.

29.4.11

Perjalanan

Butuh pada rehat.Perjalanan masih dalam perjalanan.Harap kekuatan disepanjang perjalanan.
Sekadar berhenti dipersimpangan.Melepas lelah dan angan.Menilai pencapaian.Mengilap kebolehan,potensi si empunya impian.

Fuh!Sudah jauh di takat ini.Kenapa perlu untuk berhenti?Kembali berpatah?
Teruskan melangkah.Teruskan mengorak dengan langkah.Kekuatan milik individu juga atas sana.Kenapa masih berharap pada yang lain?

Ambil kekuatan dari episod kekalahan.Episod adalah sesuatu yang berterusan.Kalah dalam episod.Menang di akhir episod.Atau menang dalam episod.Kalah diakhir episod.Kau pilih?

Pilih dan ciptalah sebuah?Epik!

"Budakecik dan empayarnya yang terbina melalui sejuta episod.Suka duka.Jatuh bangunnya setiap episod"


Epik Si Budakecik!

Adoi!

Peace!


Pantang maut sebelum ajal!Apakah?

Apa beza maut dengan ajal?Apa beza ajal maut?Punya beza?

Oh mudah.2 makna sama tapi tafsiran berbeza bilamana diguna dalam keadaan berbeza pada waktu yang sama untuk memberi maksud yang cukup terkesan memberi kesan.Puitis!

Jangan menyerah sebelum kalah.Itu je.

Jangan SAYANG kalau tak CINTA?

Erkh?Haha!

Sama!Cinta adalah kasih sayang.Kasih sayang menunjukkan betapa cinta adalah cinta....MONYET!

Boo!Haha.
Peace!

Oh ini bukan kelas bahasa.Bahasa jiwa bangsa uh?
Aku punya tanggungjwab atas bangsa yang punya agama.Sekadar memberi ingat pada diri.Bina kekuatan untuk diri.Yang selalunya dengan mudahnya goyah rapuh dan tak utuh.Atas kesedaran.Perjalanan sebuah perjuangan perlukan kekuatan.

Aku perlu jadi kuat.Kau pun.Siapa-siapa pun.
Untuk akhiri jalan cerita satu episod.


2 lagi!


Terus kuat untuk episod perjalanan ni bro!Lebar lebur nak cipta epik segala dan bagai.Cakap lebih.Buat tengok!Boo!




Peace!

24.4.11

Kenapa perlu bersedih?

Sedih?

Tak perlu bersedih!

Hayati kesedihan,ambil pengajaran dan tinggalkan.Lupakan,buat laluan dan ubah haluan.
Kegembiraan menanti di suatu sudut.Pasti!
Tiada suka tanpa duka.Begitu juga sebaliknya.
Inilah dunia.Kenapa masih mengejar?Kenapa masih dikejar?Oh fikirlah dengan wajar.

Kenapa perlu bersedih?

Kenalpasti.Manipulasi.Aplikasi.Adaptasi!
Oh kesedihan adalah perasaan.Ia perlu sebagai keseimbangan kepada perasaan.Gembira!Lawan tapi lebih kepada memberi erti  "kawan".Lawan tapi kawan.

Kegembiraan buatkan kita terkadang lupa dan alpa.Sedih datang sebagai memberi ingat.
Kesedihan buatkan kita lebih menghargai.Betapa gembira adalah gembira.
Gembiralah kerana masih punya rasa sedih.
Bersedihlah kerana ia memberi erti sebuah gembira.

Kenapa perlu sedih?Kenapa tidak sedih?Kenapa perlu gembira.Kalau sedih memberi makna betapa bermaknanya gembira?


Apahal kau?

Entah.Bila kau mencoret dalam keadaan sedih.Tapi kau bersyukur kau sedih.Tapi masih lagi mengharap sinar gembira.Inilah hasilnya.Hayati.Kerana ianya lahir terus dari HATI!

Peace!




p/s -

Oh esok bermula Final exam.Oh sedih!Notes masih berlambak.Putih dan suci.Dara!(Belum disentuh)Hih.
Oh gembira!Petanda aku menghampiri status Pelajar Tahun Akhir Doktor Perubatan Veterinar!
Status sosial?Single masih.Oh ini sadis!
Haha.Ada aku kisah?(Sebenarnya kisah)

Kenapa perlu bersedih?Kalau gembira adalah pilihan untuk dipilih sebagai pilihan?

LA TAHZAN MUHD TAQIYUDDIN!

Aku senyum.Buat-buat sebab penat nak senyum.Nak study.

20.4.11

dari TEMAN untuk SAHABAT kepada KAWAN

" Terima kasih banyak sebab bagi aku rasa dihargai & bagi aku faham perasaan punya kawan yang hebat!...."

Sebak.Gugurnya air mata seorang teman,kawan juga sahabat.Rasa dihargai bilamana menghargai.Ringkas tapi punya maksud cukup terkesan memberi kesan.Biarlah ia mengalir sebagai jalan cerita kepada perasaan.
Bilamana kenal guna hati bukan mentaliti.Apapun terjadi.Ia tetap punya rasa yang sama.

Kawan susah dan senang.Ya.Senantiasa disisi.Semakin menjauh di dunia realiti.Kerna adanya insan yang punya hati untuk membenci.Ada hati untuk punya rasa irihati.Jauh sekali untuk memahami situasi.Oh sukahati.
Aku tahu siapa aku.Dia tahu siapa dia.Kami tahu siapa kami.

Oh diam tak bererti kalah.Berundur tak bererti mengalah.Sekadar memberi ruang dan peluang untuk mereka-mereka rasa kepuasan yang sementara.Hakikatnya?Teruskan meniti hidup.Sebab?Hidup adalah tentang?Pilihan!Kau punya hak untuk memilih tentang cara bagaimana kau nak hidup.Pilih.Dan hiduplah dalam pilihan.Mudah?Oh ia tak semudah kata.Kerna manusia lain juga punya pilihan untuk tak memilih apa yang kau pilih.Jadi?

Abaikan!Penat fikir tentang mereka.BERAK lagi penat! 

Dan tahukah kalian.Berak bukan pilihan?

Peace!

Hey!Terima kasih!Ada saat susah dan senang.Selalunya ada.Faham situasi aku berada saat ini.Selalunya faham.Sedikit sebanyak bagi kekuatan.Untuk terus melangkah.Fokus.Menggapai impian yang hanya beberapa langkah dihadapan.

Hey!Aku tak pernah menyesal kenal kau.Kau ingat ayat ini sampai bila-bila.

Tapi!
Satu.Bodoh la kau.Buat aku rasa murah dengan airmata.Hek!Oh tak mengapa.Ego lelaki bukan terletak pada airmata uh?Entah bagaimana.Aku setuju.
Dua. Ayat kau semakin penuh puitis.Budak Key-El boh!
Tiga. #FcukU untuk segala khilaf!



Peace!














p/s - Dia hanya kawan.Dengan sepenuh pengertian memberi erti kawan.Jauh sekali menjadi lawan.Selalunya melawan tanpa pernah tak jadi kawan.Sebab tu aku dan dia.Kawan!Mengertilah wahai insan melata.Susah?Oh haiwan.Peace!

Semoga berbahagia meniti hari-hari bersama family tercinta.Pinjam ayat kau.Seize the day.Carpe Diem!Study penuh enjoy pun!Good Luck!

18.4.11

Nah! Final lagi.

Oh masih sempat.Masih belum terlambat.Untuk ucap selamat.

Selamat berjuang!

#1 Buat rakan seperjuangan.DVM4 - Final 2010/2011.
Dah 7 kali ambil final.Tak de hal la kan?Erkh!Cuak masih membuak-buak!Takpe.Buat yang terbaik.Yang penting usaha.End result?Belakang citer.Enjoy!

#2 Final year student.Senior dan kawan selama kurang lebih 4 tahun.


  • Buat Bung,Anas.Apa ada hal uh?10 kali ambil final.Apapun.Terima kasih.Bagi tips,notes,reference book segala bagai.DR depan nama la lepas ni.WoW gauze!Hah!Good luck!!
  • Budak-budak #fcuk biomed .Khalil,Zizi,Bob.Korang dah nak berambus dowh!Berambus dengan penuh kehormat.1st class honour sekali!Lepas ni siapa nak main futsal dengan aku dowh.Siapa nak ganti jadi wingman aku dowh!Hah!Takpela.Adat berkawan uh?Bertemu dan berpisah.Yup!Good luck!!
Tiba-tiba rasa sebak.Lelaki tak boleh nangis uh?Zaman bila?
Menangis la.Tiada salah.Ego lelaki bukan terletak pada airmata.Kan?Entah.

#3 Dan buat mereka-mereka yang ambil final exam.YOU CAN'T DO MUCH BY WORRYING! Jadi?Buat yang terbaik selagi sempat.Sebelum terlambat.Cepat!





Apa ada hal?
Jom!Mengorak langkah *mengantuk*


Peace!

p/s - FINAL KALI KE-8! (Klik)

tak kisah tapi kisah

Gua tak kisah lu nak panggil gua pendek.Gua dah immune.'dMasive bagitau gua.

Syukuri apa yang ada.Hidup adalah anugerah.


Gua angguk respect penuh syukur.

Gua punya statistik projek semester ini.Menidakkan hipotesis kaitan antara ketinggian dan academic confidence.
Tak kisah.Lu pendek ke.Lu tinggi ke.Kalau lu nak berjaya.Lu boleh berjaya.

HEART!will make everything awesome!Not what?HEIGHT!

Hah.Pendek!

Gua tak kisah lu nak cakap gua  tak handsome.Oh memang.Sebab gua Ohsem.Oh tak kisah.Sebab bf korang pun takla handsome mana kan?
Ops.Peace!

Gua tak kisah lu orang nak panggil gua emo.Emo adalah subset perasaan.Sedih,gembira,suka,duka,pilu segala bagai.Subset perasaan.Jadi?Gua emo bermaksud gua ada perasaan.Gua ada hati.Lu?

"Gua kisah bila lu tak kisah bila gua kisah lu punya kisah tanpa ambil kisah gua punya kisah! " - (Budakecik,2011)








1. Jangan langgar tiang
2. Jangan berlari pergi ward
3. Jangan lambat pergi ward.
4. Jangan "bergayut" sebelum pergi ward.
5. Jangan pergi ward.

Sambungkan ayat di atas dengan kata hubung yang sesuai.(UPSR 2000)

Jawapan : Jangan langgar tiang ketika pergi ward sebab lambat jadi terpaksa berlari oleh kerana bergayut sampai terhanyut.Kalau lambat?Tak payah pergi ward!


Jangan cari pasal dengan gua beb!Pecah pale lu nanti!



Peace.

4.4.11

Hadiah untuk emak

Qi,
Belajar rajin-rajin.
Sibuk manapun.Solat jangan tinggal.Banyakkan baca Al-Quran.
Buat yang terbaik.Hadiah untuk mak?

Mata mamai dengan kemalasan menggunung.Baca mesej.Zupp!Vasoconstriction!Berderau darah ke otak.Terus terjaga.Tak sempat alarm berbunyi.Terus mandi.Terus pergi kuliah.
Oh kasih seorang ibu!

Hampir 2 bulan tak menjejak kaki ke rumah.Anak mana tak rindu mak ayah.Family uh?Komitmen.Mereka sangat memahami situasi aku berada.Buat aku sedar.Carilah teman setia manapun.Ia tak setanding kasih mereka.Setuju?

Ya.Aku anak mak.Kau bukan?Kau anak har......uh?
Oh harmoni!Peace!

Rumah aku jauh?Ya.Klang Bandar Diraja.Anak raja beb!Ada darah raja beb!Kau hado?
Jauh beb!

Aku nak balik![Ebiet G - Aku Ingin Pulang]
Homesick.Soul-sick.Heart-sick.Heartworm!Erkh?Tiada kaitan.Tapi cukup untuk memberi maksud jelas di sini.Jiwa kacau.Bilau.Serabut.Kabut.Kelam.Suram.Muram.Memendam.Oh diam!

Biarlah.Aku dah cuba memberi yang terbaik.Menghargai tanpa perlu dihargai?Memahami tanpa perlu difahami?Mendamba tanpa perlu didamba?Mencari tanpa perlu dicari?Menghayati tanpa perlu dihayati?Mengharap tanpa perlu diharap?Oh tak boleh harap.Oh dunia terlalu adil!Sangat-sangat.Terima kasih dunia!

Oh tak mengapa.Sekurang-kurangnya.Aku mencuba.

Fokus!Saat genting.Exam sudah berada disekitar sudut #alihbahasa Kembali kepada kehidupan biasa.Jadi lebih realistik.
Kejar bayang-bayang.Baik sembahyang.Kejar anjing baik menganjing.Pernah dengar.Bagai anjing dengan bayang-bayang?Kau rasa ada kaitan dengan situasi aku berada?Entah.Tiada aku rasa.Hah!

Kembali punya matlamat.
Kejar matlamat.Selamat!
Kejar anjing.Penat!
Kesimpulannya?Be smart!

Nah!Jadi pantun 4 kerat.Awesome tak aku?
Tak Taq!
Oh dah biasa.

Peace!

Fokus.Hadiah untuk emak?












p/s - Just now I had Student-PA meeting.They told me you are the fastest man on track.Wow!Hey,Congrats!He!He!Ada orang ambil video tak?Hope to see you run next year. -SV-

Tersenyum sendiri.Masih ada yang menghargai.Terubat sedikit duka.Oh sangat prihatin.Terima kasih!
Dan KAU.Adalah antara salah satu matlamat!Susah manapun.Tetap tersemat!

1.4.11

Tidur penuh moraliti

#1 Tekun meneliti setiap titisan air yang menitis.Untuk memastikan ianya terus menitis dan mengalir.Memberi harapan sebuah penghidupan.Mereka bukan semacam kita.Tapi punya rasa seperti kita.

Teruskan untuk punya rasa tanggungjawab.Mereka punya harapan yang tak mampu diluah.
Teruskan memberi harapan.Mereka sememangnya berharap.

Ianya terus menitis.
Tapi bukan si pengira titisan.

Woi!Patut senyap je.Orang suruh buat kerja.Kau tidur.Haram!
Tak sedar bro.Tiba-tiba dah di alam maya.

Haha.Peace!



#2 2 jam berdiri tanpa pengudaraan yang sempurna.Kau seperti mayat hidup.Bau!Hampir pitam.Hampir muntah.Kau terus hidup kerana ada individu yang kisah.Ada individu yang mahu ambil kasih.Walau ada jalan penyelesaian mudah.Hantar kau ke dunia lain.Tapi itu tidak berlaku.Kerana?Kami kisah!

Terus berjaga.untuk memastikan kau terus punya nyawa.Terus bernafas.Oh bukan tugas aku.Bukan kerja aku untuk bagi kau nyawa.Atas sana!
Sekadar menunjukkan usaha.Setiap minit.Kau didampingi.Bukan tujuan untuk menyakiti walau aku tahu ia menyakitkan.Anal-paksa-rela.Aku rela.Kau terpaksa.Urghh!Ambil suhu.
Peace!

Hanya aku dan kau.Setiap minit berlalu.Masih setia.Masih setia.Masih.Mas.Ma.M.Mmmm.

Pintu diselak.
Dah bangun?
Terjaga.[Gelabah berlagak cool]
Belum lagi Dr.Dah satu jam lebih.
U tunggu dia bangun sampai U tak bangun?[Gelak sinis]
Erkh.Haha.[Gelak sadis]

Hmpfft!Kantoi buat sekian kalinya.Nasib baik dia seakan memahami.Fuh!


Moral :

#1 & #2 Teruskan untuk punya harapan dan memberi harapan.Sehabis baik.Walau kadang-kadang apa yang terjadi seakan memutus harapan.(Tertidur dalam kes di atas)
Aplikasi dalam realiti hidup?
Bangun!Dan terus berharap.Satu hari nanti.Ada hasil yang pasti.Jangan harap!?Oh aku akan terus berharap.Kerana aku yakin suatu hari.Ia akan punya destinasi.Jauh manapun.Susah manapun.Payah manapun.Perih manapun.Ia tetap punya pengakhiran.Kesudahan.Baik atau sebaliknya?Bukan aku tentukan.Atas sana!Oh aku sekadar mampu berusaha.

#3 Aku kuat tidur.Oh tiada salah tentang tidur.Ia adalah keperluan hidup.Tidurlah.Jangan kantoi!Ia akan memberi prestasi persepsi buruk oleh mereka tentang engkau.Mungkin tidak bagi mereka yang memahami.Jadi?Mengertilah!
Aku sebaik mungkin memberi pengertian.Tanpa perlu dimengerti?Oh sadis!

#4 Tidurlah dengan penuh moral.Penuh tatasusila seiring norma.Santun penuh sopan.Dan?Jangan kantoi dowh!


Peace!