1.4.11

Tidur penuh moraliti

#1 Tekun meneliti setiap titisan air yang menitis.Untuk memastikan ianya terus menitis dan mengalir.Memberi harapan sebuah penghidupan.Mereka bukan semacam kita.Tapi punya rasa seperti kita.

Teruskan untuk punya rasa tanggungjawab.Mereka punya harapan yang tak mampu diluah.
Teruskan memberi harapan.Mereka sememangnya berharap.

Ianya terus menitis.
Tapi bukan si pengira titisan.

Woi!Patut senyap je.Orang suruh buat kerja.Kau tidur.Haram!
Tak sedar bro.Tiba-tiba dah di alam maya.

Haha.Peace!



#2 2 jam berdiri tanpa pengudaraan yang sempurna.Kau seperti mayat hidup.Bau!Hampir pitam.Hampir muntah.Kau terus hidup kerana ada individu yang kisah.Ada individu yang mahu ambil kasih.Walau ada jalan penyelesaian mudah.Hantar kau ke dunia lain.Tapi itu tidak berlaku.Kerana?Kami kisah!

Terus berjaga.untuk memastikan kau terus punya nyawa.Terus bernafas.Oh bukan tugas aku.Bukan kerja aku untuk bagi kau nyawa.Atas sana!
Sekadar menunjukkan usaha.Setiap minit.Kau didampingi.Bukan tujuan untuk menyakiti walau aku tahu ia menyakitkan.Anal-paksa-rela.Aku rela.Kau terpaksa.Urghh!Ambil suhu.
Peace!

Hanya aku dan kau.Setiap minit berlalu.Masih setia.Masih setia.Masih.Mas.Ma.M.Mmmm.

Pintu diselak.
Dah bangun?
Terjaga.[Gelabah berlagak cool]
Belum lagi Dr.Dah satu jam lebih.
U tunggu dia bangun sampai U tak bangun?[Gelak sinis]
Erkh.Haha.[Gelak sadis]

Hmpfft!Kantoi buat sekian kalinya.Nasib baik dia seakan memahami.Fuh!


Moral :

#1 & #2 Teruskan untuk punya harapan dan memberi harapan.Sehabis baik.Walau kadang-kadang apa yang terjadi seakan memutus harapan.(Tertidur dalam kes di atas)
Aplikasi dalam realiti hidup?
Bangun!Dan terus berharap.Satu hari nanti.Ada hasil yang pasti.Jangan harap!?Oh aku akan terus berharap.Kerana aku yakin suatu hari.Ia akan punya destinasi.Jauh manapun.Susah manapun.Payah manapun.Perih manapun.Ia tetap punya pengakhiran.Kesudahan.Baik atau sebaliknya?Bukan aku tentukan.Atas sana!Oh aku sekadar mampu berusaha.

#3 Aku kuat tidur.Oh tiada salah tentang tidur.Ia adalah keperluan hidup.Tidurlah.Jangan kantoi!Ia akan memberi prestasi persepsi buruk oleh mereka tentang engkau.Mungkin tidak bagi mereka yang memahami.Jadi?Mengertilah!
Aku sebaik mungkin memberi pengertian.Tanpa perlu dimengerti?Oh sadis!

#4 Tidurlah dengan penuh moral.Penuh tatasusila seiring norma.Santun penuh sopan.Dan?Jangan kantoi dowh!


Peace!

2 comments:

arif said...

ni mesti jaga kambing pagi td :P

BUDAKECIK said...

salah!kau silap.Kau x dpt pe yg aku cuba sampaikan.Bhaha.Natang ganu!Peace!