28.6.11

pemahaman

Dulu kala zaman masih mentah masih rendah masih belum mimpi indah.Kau orang ada ambil UPSR uh?
Untuk Pelajar Sekolah Rendah.

Ada satu subjek.Pemahaman.Entah apa aku belajar.Aku dah lupa.Entah apa yang perlu difaham.Aku tak tahu.Tapi mudah kan?

Sekarang aku seakan  faham kenapa aku belajar Pemahaman.

Nak bagi kau faham untuk faham orang lain.Kau rasa senang?
Ya.Senang bila kau mahukan itu untuk berlaku.Faham orang lain semampu pemahaman.

Bila kau faham dan tak difahami?
Brahh!Ini aku tak faham.Sumpah haram aku tak faham.

Susah sebab kau orang mendefinisi pemahaman untuk diri sendiri?Untuk difahami dan?Noktah?
Untuk memahami?Err.Esok boleh?Sebelum kiamat?Hampir kiamat?

Rasa nak masuk sekolah rendah dan belajar balik pemahaman.Untuk jadikan diri lebih faham kenapa perlu faham tanpa perlu memahami.Walau aku tahu aku takkan faham tapi mungkin ada jawapan yang mana mungkin susah untuk aku faham.Buat-buat faham?

Esok nak pergi sekolah nak jumpa Cikgu Hanis.Cikgu Bahasa Melayu aku juga cikgu kelas aku.

Nak belajar Pemahaman.
Aku rasa dia faham dan boleh bagi faham.

Kau nak ikut?

27.6.11

perjalanan malam

Sempat membawa diri yang kotor hina dina penuh najis lahir atas taksub kecintaan dunia ke rumah DIA.Bukan ingin mengotori rumah itu.Sekadar cuba semampu membersih diri membuang cebisan kotoran mencari definisi.

Aku insan penuh khilaf.Membenci empunya diri berfitrah insaniah berlumrah kekhilafan?Sukahati.
Aku sedar aku pelaku tegar dosa.Dengan aku sedar.DIA pengampun paling setia.

Dan kau pelaku laku malaikat.Memberi pandangan sinis sadis tragis ketahian pada insan seperti ini?Teruskan.

Tahukah kamu DIA menjanji syurga buat pelacur yahudi yang memberi minum seekor anjing?
Pelacur?Yahudi?Anjing?
3 kata penuh makna jijik kenajisan bila wujud secara bersendiri.

Nasib aku.Nasib kamu.Nantinya tidak pasti.Jadi jangan membenci.Bersangka baik adalah keperluan bukan pilihan.
Ingin memberi definisi?Mengajak untuk kembali?
Gunalah cara ilmiah penuh sifat insaniah.Kerna aku manusia.Kau juga.
Kau malaikat?
Ok kalau begitu.
Aku akan pergi mencari manusia.
Sebab kenapa kekasih utusan DIA seorang manusia.
Kerna manusia memahami fitrah manusia.

Teruskan jalani kehidupan.Dengan yakin dia senantiasa ada bersama.Kotor mana.Jijik mana pun kau.
DIA.
Peneman paling setia.Jadi dampingilah.
Pendengar paling setia.Jadi merintihlah.
Tetap menerima.
Kenapa mencari selain?

Salam Isra' Mikraj buat kalian.
Yang punya sealiran fahaman dan pegangan.
Yang juga?

Manusia.



Peace!




p/s - Solat jangan tinggal.Main-main beb!Sebab inilah adanya Perjalanan Malam.
Itu je yang input aku dapat.Brahh!!Sikit sikit lama lama jadi bukit.Banyak- banyak nanti hangit.

26.6.11

Baju Kuning I

Jual BAJU kena tangkap?
Jual DIRI?
Ha tu!Bersepah tiada orang kisah.Lagi dan lagi menempah,membuang membazir jutaan bakal hidupan.
Halal di mata pencinta dunia.Brahh! #duniakini


Pakai baju kena tangkap? [Klik]
Bogel?Tak da hal!KAMI suka.Senggama minda!


Beli.Kena tangkap?Dan pergi?Masuk lokap?
Senggama minda menerjah aliran adrenalin.
Jadi aku beli dan plan nak pergi.


Oh shit! Aku dah TERbeli![Dah TERorder]
TER..!Jangan tangkap weyh.Tak sengaja pun kan adoi.Ha pun.


"Weyh kalau kena tangkap macam mana?Nak sambung degree dah ni" [Adik aku]
"Takpe.Nanti kalau kau kena tangkap.Kita bagitau kau nak sambung degree.Ok?" [Abang aku]


Demokrasi!?


Hah!
Hanya kerana.
Baju kuning kain Cap Ayam. #fenomena


Kita jumpa 9 Julai?


Entah.


Nanti kena tangkap masuk ISA?
Nanti kena simbah pemedih mata?
Nanti kena hidu asap?






Think we're scared?! What nonsense?! Let us show.People at the front.
-KelibatKorupsi-






p/s -


Obefiend Si Mamat Serius.Walhal ketika berak pun.Tahi benci senyuman!  [Klik]


Budakecik serius kecik.Walhal umur dah besar pun masih kecik. [Klik]










Peace!

25.6.11

CHICHAKO - Hand-feeding




2 tahun lebih menunggu ini berlaku.Hand-feeding dan diterima!Sebelum ini.Dia buat bodoh tak nak layan.
Dia kata apa?

Baso laye natang ni.Mengada nak suap.Aku pandai makan sendiri la! [Aku rasa]


Hah!Tidak hari ini.Runtuhnya sebuah ego binatang hijau ini.

Moral?

Hey!Keep on going by giving.Egoism wont last long.Persistence.Always be!You'll have it man.One day!

Aku harap kau.Manusia juga begitu.

Peace!







No pain.No gain?Aku sibuk nak snap gambar.
Snap!Ha tu dia!Mencarut tak sudah.WTFBBQ!Hmpfft!Takla sakit sangat.Terkejut cuma.
Mungkin ini cara dia berterima kasih?
Positif!Kah!


Inilah kerja aku.Bangun pagi pergi dapur.Basuh sayur.Potong sayur.Pergi pasar beli sayur.
Kalah anak dara bajet dara.

Peace!

Ia sedikit sebanyak mengubat sepi.




.......................

24.6.11

aku bertanya aku rasa

Bodohkan berjalan melawan arus.Menafi fitrah akan lumrah?
#Aku bertanya
Tapi lagi bodoh mengikut bersama arus dan terus menerus hanyut memenuhi kemahuan fitrah meskipun adalah lumrah.Semuanya tampak indah.Di sisi pencipta lumrah?Hell!Situ tempatnya kau.Kan?
 #Aku rasa


Bodohkan membuang menjauh si pemenuh  fitrah lumrah?
#Aku bertanya
Tapi lagi bodoh menyimpan mendekat yang bukan hakikat.Fantasi yang membinasa walau realiti cukup memberi bahagia bersempadan.Punya mungkin melewati sempadan dengan persetujuan luar sedar.Bilamana sedar.Oh My God?Oh shit?Oh Crap?Terlambat!Kan?
#Aku rasa

Bodohkan menanti yang tak pasti?
  #Aku bertanya
Tapi lagi bodoh bila tak pasti yang takdir itu pasti.Kan? 
#Aku rasa

Bodohkan bersendiri menyakitkan diri sendiri walhal boleh saja berkongsi?
  #Aku bertanya
Tapi lagi bodoh bila bersama dan rasa sakit walhal sudah berkongsi.Kenapa sakit?Itu tak boleh.Ini tak boleh.Apapun tak boleh.Boleh?Ha tu dia anak haram bin KAU!Kan?
  #Aku rasa

Bodohkan menulis entri seperti ini.
#Aku bertanya
Tapi lagi bodoh menyembunyi kebenaran betapa benar sebuah kebenaran.Fitrah adalah lumrah.Manusia tercipta bersama nafsu.Menyusur menyalur turutan si nafsu pada bukan waktu?Air mata darah tak mampu mengembali sucinya waktu dulu.Kan?
  #Aku rasa

#Aku bertanya Untuk diri
#Aku rasa Untuk menjaga diri dengan sedar akan hakikat penciptaan diri.


Kerna bagiku...KAU kehormatanku....




Tak mengapa.
Aku ada pengganti kepada kawan.Dia boleh jadi teman pengganti kawan.

DOMO!

Si Budak Coklat yang Terlampau. [Klik]






Peace!



21.6.11

tulisan untuk abah

# Aku dan abang-abang aku.Kipas susah mati Manchester United.Bangun pagi-pagi buta.Usha bola sama-sama.Bising.Tak bujang ah tak bising.Mak sampai keluar bilik.
Senyap sikit.Mak nak tidur la.
Senyap 5 minit.Sambung balik bising.Man Utd menang pagi tu.Lepas tu.Masing-masing terkorban.Bangun lambat Subuh entah ke mana.Pergi ke dapur.Cari makanan.

Tiba-tiba.Abah masuk dapur.

Tak yah bagi makan budak-budak ni.Berdosa bagi makan kat orang yang tak sembahyang!


Mak senyum tanda setuju.Aku dan abang-abang aku diam seribu bahasa.Terus patah balik masuk bilik.
Aku mengeluh kat abang aku.Lapar.
Abang aku ajak makan kat rumah nenek.
Satu hari duduk rumah nenek.Sebab nak makan.
Umur aku masa tu?10 tahun!Bukan selalu pun.Sekali je!
[Jadi kalau tinggal solat.Sedar diri dengan tak perlu ke dapur.Puasa.Hmpfft!]


Aku wakil sekolah bola sepak.Darjah 4.Kena pakai jersey.Seluar pendek.Ayah aku ajak keluar beli #tight malam sebelum aku pergi main bola.Kejadahnya!
Ketat ah abah.Tak selesa.
Aku mengadu mengeluh.Aku kan lelaki.Hah!
Pakai je.Nanti ok la tu.
Ayah aku senyum.
Darjah 6.Aku dapat wakil daerah dengan gelaran "budak pakai tight".Sebab aku seorang je pakai tight.Berkat tight abah!
[Sebab kenapa aku pakai tight bila pakai seluar pendek.13 tahun dah]


# Sebelum solat.Semua mesti ada sebelum abah ada.Bentang sejadah.Jemaah bila abah ada kat rumah.Wajib.Abah takde.Yang paling tua ganti.
[Sebab kenapa tiada sejadah dalam bilik aku]

# Abah akan pakai serban masa qamat.Yang paling tua kena qamat.Habis dia lipat serban.Habis qamat.On time.Tips?Start qamat bila dia start lipatan kedua serban dia.Aha!
[Sebab kenapa aku pandai pakai serban.Hari-hari kena tengok dia pakai serban.Sampai hari ini.]

# Kalau takde kopiah time solat.Ni ayat pemanas telinga.
Baju mahal-mahal boleh beli.Kopiah tak boleh beli?Pergi ambil kat bilik abah.
[Sebab kenapa aku tak pernah miss pakai kopiah bila solat]

# Baca Al-Quran lepas Maghrib adalah wajib.
Kitorang student lagi.Jadi siang pergi sekolah.Sebab kenapa Maghrib.
Setiap malam Jumaat ada tahlil.Baca yasin.Usrah ringkas.
Kalau abah takde.Yang paling tua kena lead.
Aku pernah sekali sekala.Terketar-ketar.Walau hanya family sendiri.
Tak mudah.Tak susah kalau dah biasa.

Semua ini.Masih hingga kini.Bezanya cuma.Tiada lagi paksaan.Masing-masing dah besar.
Bila dah jadi kebiasaan.Tiada masalah.Tak perlu kena marah.Semua buat atas kemahuan diri sendiri.

Dulu aku benci.Dulu aku menyumpah sana sini.
Kena buat itu.Kena buat ini.
Ini tak boleh.Itu tak boleh.Apapun tak boleh!
Macam dia tak pernah jadi budak-budak.Jadi muda.

Bila aku dah besar.
Hanya kata ini yang terungkap.

Terima kasih abah!Untuk segala didikan selama ini.

Oh perangai aku macam syaitan lahanat.Oh aku tak baik macam kau orang.
Kalau kau kenal aku.Kau tahu macam mana aku.Brahh!Syaitan kecik!
Apapun.Bukan salah ayah aku.Salah aku.
Sebab?

Iman bukan warisan!


Dia dah cuba yang terbaik untuk mendidik.Penerimaan bergantung sepenuhnya pada diri sendiri.
Maaf sebab tak menjadi seperti yang di impi.Tapi masih dan terus punya impi untuk menjadi seperti.

Terima kasih abah!
Ini hadiah yang mampu aku bagi.
Cukup untuk abah tahu.
Suatu hari nanti bila aku bergelar seorang ayah.Aku cuba perbuat apa yang abah buat kat aku.
Janji!


Apapun.
Selamat Hari Bapa.
Abah!
Gua sayang lu macamana lu sayang gua kala kecil dulu.[Malu guna ayat skema.Kah!]

Kerna bagiku..Kau kehormatanku.



Peace!





Adam Harris[Serban Abah]

budakecik dalam kertas

Wow!Gambar U masuk The Star! [Kawan aku]

Terima mesej sebelum keluar rumah bayar duit kereta petang tadi.TAQ 7955.
Singgah kejap kat kedai.Beli The Star.


Pakcik.The Star ada lagi?[4pm]
Eyh.Dah tak baca HARAKAH ke?
Takla.
Ini saya punya.

Oh bila cuti.Antara satu kerja tetap aku adalah membeli suratkhabar untuk mak ayah aku.
Anak yang baik.Tidakkah kau rasa begitu?Hah!

Oh ya.Mak ayah aku tak baca #Berita Hairan mahupun #Utubosan Malaysia apatah lagi #Harian Mental.
Moyang datuk nenek aku. Suka #Hijau.Mereka pencinta alam sekitar.Kah!

Aku baca semua.Online.
Ayah aku tak paksa.
Hey kau!Nanti besar sokong ini.Tak boleh sokong tu.
Tak pernah!


Ayah aku kata apa?

Korang dah besar.Tahu baik buruk.Nilai dan pilihlah sendiri.Ia termasuk perkara yang ditanya disana nanti.


Aku dan abang-abang aku.Mengangguk tanda faham.
Kami?Hijau beb!Tanpa paksa sukarela suka hati ikut kata hati.
Go Green!Kami juga pencinta alam sekitar.Brahh!

Aku tak nak cakap pasal politik.Majoriti membenci politik.
Sukahati.
Lu orang dah besar.Kepala masing-masing.
Bagi aku.Ia adalah keperluan.Memberi ruang untuk mematang dengan cara menilai ambil tahu apa berlaku.
Tanggungjawab!
Lu nak benci #fcuk segala bagai.Lu buat.Gua ok.Mak gua pun OK je! #MOJ

Peace!

Oh ya.Gambar aku.
Masa rotation Front Office kat University Veterinary Hospital,UPM.
Bukan kes aku.Kawan aku.
Tapi gambar aku.
Sorry bro!Aha!
Oh masa ni.Dah nak balik.Dah habis discussion.Jadi aku dah buka tie segala bagai.

Tahukah kalian?
Aku paling tak suka Front Office rotation?
Nervous babi mengila babi. #Seriustahi.
Entah sebab kenapa mengapa sedang aku tak tahu tak punya jawapan untuk itu.
Tapi terpaksa lalui.
Jadi  hadapi dengan senyuman.Layankan.

Mungkin lepas ini.Aku akan suka  Front Office rotation?
Sebab boleh masuk newspaper?
Aha!



Peace!



The Star,Monday 21st June 2011

hitam merah

Letaknya di punggung.
Tapi tetap memberi erti.


Siapapun kau.Mana letaknya kau pun.
Bila memberi erti.
Tetap akan dihargai.
#lessonlearned

Oh manusia.
Belajarlah untuk mengerti dan memberi pengertian.
Siapapun kau.Hina mana pun kau.
Ia pasti dihargai!

Terima kasih Si #hijaukuning
Memberi erti hampir 4 tahun.
Terlalu lusuh usang.
Bukan membuang.
Itu lumrah bukan?

Aku pernah merasakan itu.
Bila mencinta bukan hati tapi si empunya hati.
Kau pasti terbuang dibuang nanti.
4 tahun!Sama tempoh.
Cuma berlainan cara dibuang.
Lebih sadis tanpa punya sebab kenapa dan mengapa.

Kau punya pengakhiran lebih baik Si #hijaukuning.
Aku memberi sebab kenapa.
Kau kena terima.
Seperti mana aku pernah menerima.

Terima kasih untuk segala.
Tetap disimpan.
Kerana kau memberi kenangan.



Peace!







Endurance 2011 #OhAkuPernah

Event : Malaysia-Thailand Endurance Challenge Trophy.
Venue : Terengganu International Endurance Park,Setiu.
Date : 17th June - 19th June 2011

Saat akhir berpeluang.Aku dan hanya lelaki.Yang lain punya komitmen lain.
Aku tiada.Ini komitmen aku.Student.

Blah!


#Kau pernah mandi bersama kuda pagi-pagi buta?
Pernah!Mandi wajib.
Oh kau teramat dungu.Pagi buta tapi bukan bersama kuda uh?

Oh aku pernah!

#Kau pernah bekerja bersama Vet dari Thailand?
#seriustahi hensem meskipun pendiam tapi awesome!
Dr Thanakorn + Dr-to-be Taqiyudin.
"T"!
Kebetulan yang betul dan betul aku bukan #gay

Oh aku pernah!

#Kau pernah deal dengan anak Dato' yang hot dan bertambah hot bila menunggang kuda?
Wow!
Hanya itu response yang terkeluar bila mata bertentang mata tika tangan memulang semula evaluation form.
Ia diluar kawalan.
Mereka tergelak menyindir perlakuan budak #sangap
Oh aku menghargai mengagumi sebuah penciptaan.Salah uh?Kah.

Oh aku pernah!

Kau pernah tidur berdua bersamaan jantina dalam Villa VIP?
Berkongsi katil dan selimut walau tidak berkongsi perasaan?
Hati berdebar kencang sebelum tidur memikir benda bukan bukan mengarut?


Oh aku pernah!




Terima kasih Equine Vets UPM.
Bagi peluang untuk rasa peluang yang tak selalunya berpeluang.
Ia pengalaman penuh makna bagi diri yang dalam mencari makna *kebinatangan* seekor kuda  #empathy





Peace!




Rider Thailand.Aha!

babi ini babi itu mereka babi

[Hikayat Seekor Babi Yang Didiskriminasi Kerana Hanya Dia Seekor Babi Walhal Mereka Juga Babi]

 Hey.Jom keluar bermain bersama?

Aku taknak keluar main dengan kau.
Sebab kau babi.
Haram!
Berdosa!
[Keluar bermain girang bersama babi-babi lain]

Babi jenis apakah aku?
Apakah punya Babi Halal?

Babi ini terus termenung mengenang nasib diri.
Dengan tenang.
Dia menjauh berdiam mencari makna sebuah definisi di suatu sudut kehidupan.


Bukan mengeluh pada suratan penciptaan.
Sekadar sesalan di atas layanan.


Ke atas seekor babi.

Babi ini.





.......

12.6.11

TAQ 7955

#1 Akak stesyen minyak terlebih ramah

Berhenti isi minyak kat PetrolNasional #ism

Adik dari Terengganu?
Nak pergi tengok bola la ni eyh?

Eyh saya asal Selangor.Saya support Selangor.
Apa barang #Penyu!Terlebih telur!Dua kan dah cukup untuk kemandiran species.[Dalam hati]


#2  Pn H

Taq.Kau asal mana?
Klang puan.
Bukan Terengganu?Asal flat kereta kau start huruf "T"?
Entah.Saya pun tak tau. #sarcasm penuh sopan.

#3 Kawan sekolah lama dikala dulu 

Eyh kau study kat Terengganu?
Bukan UPM?
Aah.UPM kat Terengganu.Baru buka.
Celaka penipu!
Dah tu tanya lagi.Haram!


Banyak lagi...


Tiada tuduhan salah buat mereka.Aku ok.Cuma penat menjawab persoalan jawapan sama.
Manusia lumrahnya begitu.
Soalan berpandu pemerhatian.Tipikal penuh logikal akal.

Ia adalah hadiah.
Dari seorang ayah yang tak perlu berpayah untuk memahami mendefinisi kemahuan seorang anak.
Bukan manjaan.Sebagai penghargaan
Yup.
Ia hanya kereta biasa.Bagi mereka yang melihat kebiasaan dari luaran.
Tapi tidak bagi empunya diri.
Penuh erti tersendiri.

Terima kasih abah!

Oh Hari Bapa minggu depan!
Setiap Ahad ketiga bulan Jun.

Oh tak mengapa wish awal.
Aku busy tiada dirumah minggu depan.
Terengganu! #kalaudapat




Peace!






Penceritaan gambar.

# Curi ayam time praktikal kat Kuantan.Buat BBQ.
# Freestyler bawa bola ke mana pergi.
#Kasut converse busuk si Jawe
#Baju penuh peluh  si Pojan
#Speaker board kena hujan.Dah tukar baru. #mohawk!
#TAQ 7955!






P/s -
7955?
Hih!Ia punya cerita disebalik tersendiri.Moga kebetulan menjadi impian.
Amin!

8.6.11

CHICHAKO- Kini

Ditinggalkan hampir satu semester.
Jenguk bila berkesempatan menjejak kaki ke rumah.
#naharam!Jarang balik rumah!
Rumah dekat tapi kesempatan tiada sempat.
Busy #seriustahi.

Kantoi dengan pengetua kolej yang cantik #sumpahtaktipu semester lepas.

Awak tak boleh simpan binatang ni kat kolej.
Saya tahu awak Vet.Tapi tak boleh.
Nanti bawak balik eyh?
Jumpa semester depan.De-merit.Ok?
[Sambil ajak anak-anak dia usha Chako]


Hek!
Aku bela dia bukan sebab aku vet.
Aku bela dia sebab aku sepi sunyi kosong butuh pada teman.
Dia peneman setia aku.Dia mengukir senyuman.Dia menghibur dan aku terhibur.
Itu je.
Kalau tak.Baik bela babi.Anak babi cute gila babi.
Sebab pink dia menawan.Hidung pun rare!
Kan?

Jadi aku pun terpaksa tinggalkan dia kat rumah.
Buatkan outdoor cage untuk dia.
Lagi besar.Lagi selesa.
Tak perlu bersusah payah tukar mentol UV light tiap-tiap bulan.
Jimat dengan guna nikmat sedia ada.
Sang Mentari.

Yup!
Mak aku tolong jaga belai bagi makan juga kasih sayang.
Dah besar pun masih menyusahkan mak!
Hek!Mak aku tak kisah.
Mak aku seronok happy tanpa mengeluh kesah resah.
Walau digigit kala memberi makan dillibas kala memandikan.
Mak aku cool kan?
[Dia mengadu sakit]
Aha!


Ok.
Chako dah punya umur 3 tahun 1 bulan.
Dia takla jinak.Takla ganas.Awesome biasa-biasa!
Luka sana sini.Perkara biasa.
Itu tabiat dia sejak azali.Wild beb!
Dilahir bukan untuk dimanja tapi tak mustahil untuk dibuat manja dan menghargai manjaan.
Lelaki sejati lumrahnya begitu uh?


Oh ya!
Ada budak mengada.
Rindu teringat terbayang termimpi Chichako [baik mimpi aku] #harapan
Nak tengok Chichako.Mengidam merengek pelik bagai segala.
Sayang punya pasal.Nah!Untuk lu.
















Luka ini kerana kamu sebab kamu untuk kamu.Berterima kasihla dengan menerima dan mencurah kasih.Ok? #takikhlasharapbelasdibalas















Peace!

7.6.11

Man Utd : New Home Kit 2011/2012





Sudah pasti milik tapi belum dimiliki.
014396457.Hanya satu dan hanya aku.
Rare sebab kids size dan LONG SLEEVE!
Tiada dijual di negara tercinta.Sebab mengapa kenapa yang tak pasti menimbul musykil.
Oh ya.Kids size.
Ada masalah?
Ok.Semua baju MU aku kids size.
Aku bangga.Aku sedar diri.Aku Ok.
Aha!


Terima kasih banyak lu!
Manchester United selamanya!

Oh Arsenal menapak di bumi Malaysia.
Aku juga salah seorang empunya tiket.Opss!

Suka-suka meneman kawan-kawan bajingan yang entah kenapa suka meriam.
Lagi dahsyat suka syaitan. #metafora.
Agungnya sebuah persahabatan.Walau berbeda minat.
Layankan!Kerana mereka pernah telah sudah memberi warna bezaan kehidupan.

Oh sadis!
Hasrat tidak kesampaian untuk cuba merealisasi salah satu impian dia.
Aku bukan insan itu mungkin.
Tak mengapa.
Sekurangnya aku sudah telah mencuba.
Lain hari lain masa lain waktu.Tunggu!
Biar aku bagi peluang aku untuk melunas impian itu.
Kalau boleh.

Apa pun tak boleh!?
Celaka kau #jambu !



GGMU!




Peace!

6.6.11

malas yang dibuat

Punya seminggu untuk melepas lelah.
Tiada lagi rehat sebaik final kali ke-8 menutup tirai.
Sebelum kembali bermandi darah membusukkan badan menyakitkan hidung membelah mayat.
Mencari kepastian tentang kenapa mengapa mereka berstatus mayat.

Oh dulu ia adalah salah satu pilihan cita.Forensik.
Tiada rezeki.
Tapi masih mampu berpeluang untuk punya rasa seakan.

DIA mengetahui apa yang terbaik untuk kamu.Untuk hidup kamu.Tentang bagaimana kamu sepatutnya menjadi kamu.
Terkadang dengan bukan cara yang kamu mahukan.Tapi tetap menjadi kamu sepertimana kamu mahu menjadi kamu.

Aku merasakan.Menyanjungi.DIA.

Tak semua benda yang kita nak.Kita akan dapat.
Mengharap yang terbaik adalah jalan pilihan.
Buat yang terbaik untuk dapat yang terbaik.Untuk dapat apa yang diimpi.
Semampu kemampuan atas kemahuan.

Buatlah selagimana kau rasa ia perlu.Ia berbaloi.Ia memberi definisi tentang kehidupan.Ia menterjemah gembira dengan erti yang sepatutnya.

Dapat tak dapat?
Bukan kerja kau tugas kau tanggungjawab kau untuk tentukan.
Ha!Atas sana.
Ya!Janji usaha.

2 minggu bermain bersama haiwan kecil.
2 minggu bermain bersama haiwan besar yang macho dan laju,disayangi juga punya darjat ketinggian dalam kasta dunianya tersendiri.
Aku mula jatuh hati.Shait!Awesome babi gila!

Dan aku juga punya kelajuan.Seakan rasa sepadan tapi ketinggian semacam iri.
Hek!Apa ada hal.Ayat menyedap hati.

Butuh rehat.Sebelum kembali.
Mengharap peluang menjejak kaki ke negeri penyu.
Berkasih bersama idola baru yang macho lagi laju.
Aha!
Amin!

Sekarang?
Waktu untuk bermalas.







Peace!

3.6.11

kehidupan memerlukan

Kehidupan memerlukan  si |noktah|.
Fikir untuk berhenti sepenuhnya atau mulakan yang baru.
Tiada salah untuk keduanya.

Kehidupan perlukan si |koma|.
Tanda berada dipersimpangan.Melepas lelah menghela nafas.Merenung jalan di hadapan dan teruskan.
Koma tanpa huruf membentuk perkataan.Mayat hidup!

Kehidupan memerlukan si |pembuka dan penutup kata|.
Memberi izin untuk berkata bilamana di situasi kata-kata adalah sesuatu yang mustahil untuk diungkap.

Kehidupan memerlukan si |tanda seru|.
Menzahirkan keseriusan tahi #alih bahasa #serioushit
Hidup perlu serius bertempat.Happy selagi sempat.Tahi disukai lalat walau ianya palat.
Habis madu sepah dibuang.Kuno!
Habis serapan nutrisi sisa terhasil.Tahi!
Dibuang selepas memberi erti.Menjaga kualiti si perumah.Terbuang dibuang menjadi sesuatu penerimaan lumrah.Sadis tapi penuh guna.

Kehidupan memerlukan si |tanda soal|
Mencerminkan minat untuk tidak selamanya selalunya bodoh.
Bodoh sombong bilamana memilih untuk terus berdiam tuli membisu.
Hidup perlu dirungkai.Hidup perlu jawapan kepada persoalan.Hidup tak boleh selalunya berdiam.
Diam tanda faham?Silent is consent?
Bertempat!

Kehidupan memerlukan |kamu|
Tiada fungsi dalam membentuk tatabahasa.
Tapi punya fungsi major dalam mencorak kehidupan.


Metafora tinggi melangit.
Tidak perlu difaham.
Kerana dunia ilusi ini wujud bukan untuk memberi faham.
Sekadar memberi makna dan tanda betapa dia faham melalui penterjemahan bahasa kata.
Pemahaman sebuah kehidupan.Dari sudut dan persepsi sendiri empunya diri.

Benar tiada dusta nista.

Kehidupan memerlukan dan diperlukan untuk memenuhi keperluan.



Peace!