6.6.11

malas yang dibuat

Punya seminggu untuk melepas lelah.
Tiada lagi rehat sebaik final kali ke-8 menutup tirai.
Sebelum kembali bermandi darah membusukkan badan menyakitkan hidung membelah mayat.
Mencari kepastian tentang kenapa mengapa mereka berstatus mayat.

Oh dulu ia adalah salah satu pilihan cita.Forensik.
Tiada rezeki.
Tapi masih mampu berpeluang untuk punya rasa seakan.

DIA mengetahui apa yang terbaik untuk kamu.Untuk hidup kamu.Tentang bagaimana kamu sepatutnya menjadi kamu.
Terkadang dengan bukan cara yang kamu mahukan.Tapi tetap menjadi kamu sepertimana kamu mahu menjadi kamu.

Aku merasakan.Menyanjungi.DIA.

Tak semua benda yang kita nak.Kita akan dapat.
Mengharap yang terbaik adalah jalan pilihan.
Buat yang terbaik untuk dapat yang terbaik.Untuk dapat apa yang diimpi.
Semampu kemampuan atas kemahuan.

Buatlah selagimana kau rasa ia perlu.Ia berbaloi.Ia memberi definisi tentang kehidupan.Ia menterjemah gembira dengan erti yang sepatutnya.

Dapat tak dapat?
Bukan kerja kau tugas kau tanggungjawab kau untuk tentukan.
Ha!Atas sana.
Ya!Janji usaha.

2 minggu bermain bersama haiwan kecil.
2 minggu bermain bersama haiwan besar yang macho dan laju,disayangi juga punya darjat ketinggian dalam kasta dunianya tersendiri.
Aku mula jatuh hati.Shait!Awesome babi gila!

Dan aku juga punya kelajuan.Seakan rasa sepadan tapi ketinggian semacam iri.
Hek!Apa ada hal.Ayat menyedap hati.

Butuh rehat.Sebelum kembali.
Mengharap peluang menjejak kaki ke negeri penyu.
Berkasih bersama idola baru yang macho lagi laju.
Aha!
Amin!

Sekarang?
Waktu untuk bermalas.







Peace!

No comments: