30.8.11

salam eid #1432H

Syawal datang lagi lepas Ramadhan pergi.


Salam Eid untuk kawan-kawan yang aku suka.Maaf atas segala khilaf laku dan kata.Jangan nakal - nakal.Tuhan pun jangan lupa.Semoga "awesome" selalu. - MTZU

Mesej rasmi raya untuk kawan - kawan tahun ni.

Buang jauh - jauh yang gundah.Kalau rasa manusia.Buka hati luas - luas dan masukkan maaf dalam - dalam dan senyum.

Ala esok lusa buat palat lagi lahanat ni.

Maaf untuk hari ini, esok dan lusa malah sepanjang penghidupan kalau begitu.Aku bukan malaikat.Tapi sedar hakikat.

Tak nak tulis banyak - banyak.Nak minta maaf kat orang banyak.



Selamat Hari Raya Aidilfitri.







p/s :

"TaqabbAllahu minna wa minkum" [ May Allah accept it from us and you ]
Tema raya tahun ni Pink.

Blogger interface yang baru agak awesome! [Tapi slow!]

29.8.11

saat saat akhir

Hujan ini seakan mengerti.Seolah menangisi pemergian tapi dalam ruang sempit ini meratap kerugian - kerugian.Bergema tragis dan sadis.

Azimat yang cuba disemat masih belum cukup cermat.Baru mahu akar itu tumbuh untuk mengukuh.Awan - awan gelap bertandang tanpa diundang menafi sinar mentari.Longlai kebasahan kerana cengkaman tidak kukuh.Belum utuh.

Apa semua ni?
Keluh si pokok hingusan.Mempersoal layanan.Ketidakadilan itu tidak berdiri disebelahnya.Apatah lagi diwaktu genting ini;awal kehidupan.

Dia statik malah keluhan itu pantas untuk dia.Mana hidup mula disitu berakhir.

Manusia mengeluh haus tapi terus dungu menunggu air.Manusia mencela lapar tapi terus bebal menunggu suapan.Pilih untuk statik walhal keterusan hidup perlu pada gerakan - gerakan.

Bila ekspresi diluah laku dipendam.Makin terbalik manusia - manusia.Dipendam mahu diluah laku itu yang sepatutnya.

Tak payah termenung la.
Tadah tangan doa - doa kasi umur tak singkat.Boleh terus cari berkat dan manfaat.

Jadi manusia taat.Mula sampai akhir.

Akhir sampai mati.














p / s :  #Ramadhan29

26.8.11

mahu benar jadi manusia

Harap DIA akan terus jadi kawan.Tak kira apa emosi  dan situasi.

Kasi rasa sedih itu terselit redha.Kasi rasa gembira itu tersirat ingat.Kasi semua rasa itu rasa.Yang disandar padanya rasa pengabdian.Hamba.

Rasa sangat hebat.Masih hamba.
Rasa teramat "awesome".Masih hamba.
Rasa yang bagai - bagai.Masih hamba.

Hina tapi  rasa hidup.
Tenang walau gundah realiti.

Harapnya punya kesan pada laku,kata dan semua - semua yang berkait selagi jasad ini bernyawa.

Mahu benar jadi manusia.









p/s : Terima kasih untuk sekian kalinya atas nikmat dan kekuatan menyusur setiap bait "karya sastera AgungNya". #Ramadhan27

cerita hari jumaat. #2

Pintu bilik diketuk.

Qi.Dah 1.30 ni.Taknak pergi masjid?

Adik aku.

Sejak bila lahanat ni rajin sembahyang Zohor kat masjid.
Monolog sambil buka pintu bilik.
Asal rajin sangat?


Sembahyang Jumaat la!

Erkh!


Haram.Hari pun aku dah lupa!
Entah.Ada risau.Ada gembira.Ada sedih.Semua rasa aku rasa hari ni.

Sebab tu lupa hari ni hari Jumaat.

Tapi takpe.Gabungan rasa buatkan aku rasa dewasa.

Dewasa fikir.

*Ah kau.Dewasa-dewasa.Bingai gak!Hari pun lupa.









p/s  :
Risau : Sibuk usaha hilangkan bebal kat otak.
Sedih : Dah nak tamat tapi diri masih lahanat.
Gembira : Ingat hari ini hari Khamis.

*konflik identiti

gembiralah ada dukacita

Sudah hampir sebulan pagi-pagi ini tiada sarapan.

Tapi jiwa perlu hari-hari disantap.Bukan disentap.

Untuk kawan-kawan yang dukacita.Mari melayan sang jiwa menyantap.Jangan gelojoh - gelojoh.Makan pelan - pelan dan hayati setiap kunyahan.Moga kalian kenyang.

Cukup-cukuplah tidur.Mati boleh tidur.Tahu sedih.Tapi hidup kena terus.

Nah kalau nak.Kalau rasa dukacita. Sini 









p/s : Untuk aku yang selalu dukacita.Jiwa selalu sangap.Tapi lain yang disuap.Jadilah aku apa aku hari ini.Pencacai.

"Ada lu cari Tuhan bila lu gembira?" #Ramadhan26

Pencacai takde lagi mood Raya.

25.8.11

aku manusia lah

Jangan diukir kebencian kerana ia menghasil bersama gundah yang tak sudah.
Mahu hidup baru.Bikinlah cara manusia.Menjauhlah penuh rasa kemanusiaan.

Fikir fitrah manusia.Khilaf juga rasa cinta dan lain-lain yang manusia - manusia lain ada.Baru tidak timbul balah saling menyalah.

Ye memang akulah salah.Tapi cuba sedaya kudrat membaiki salah.Kembali menuntun fitrah kalau dulu terlalu mengagung.

Aku manusia lah.

Ada hati.Ada rasa.Ada semua yang manusia - manusia lain ada.Mana mungkin dibuang rasa ini.Tapi cuba membuat ia tunduk.

Aku manusia lah.

Lah!Yeke?











p/s  : Aku tak baik.Lahanat yang selalu buat palat itu aku.Tapi aku sedar.Aku manusia lah!





MU : Mus'ab Umair




Anak buah yang ke-5.Orang - orang panggil dia Umai.Jarang jumpa sebab dia tak duduk kat sini.

Aku obses dengan dia.Sebab nama dia ada kaitan dengan Man Utd.MU!
Kalau dia balik.Akulah orang pertama yang rasa dunia ni aku punya.Dukung dia laju - laju.Simpan dalam bilik.

Gambar aku snap sebelum dia balik rumah dia.Menangis tak sudah.
Dia tak suka warna bilik aku mungkin.Merah sangat.Neraka!

Atau dia tak suka aku.

Entah.

Tapi aku suka dia.

Dia tak suka MU?

Lagilah entah.




p/s : Tak semua orang yang kita suka akan suka kita.Teruskan suka.Satu hari mereka akan suka?Entah lagi.

jadilah apa-apa

Majoriti buat rasa hati sedap.Salah pun nampak sihat.Jelek pun nampak molek.Rasa selamat walau sebenarnya lahanat.Palat pun rasa nikmat.Lalat!Tahi pun sedap.

Minoriti rasa tersepit.Dihimpit depan belakang kiri kanan.Semua sudut kehidupan dan pemikiran.Manusia.

Aku kat mana la ni.Tengah-tengah rasanya.Atas pagar rumah PakCik MajoMino.Kadang rasa nak terjun sebelah sana.Kadang rasa nak terjun sebelah sini.Kadang nak tetap mana bertenggek.Jadi burung dari jadi lalat.

Atau katak yang suka melompat.

Entah.

Jadilah apa-apa.






p/s  : Jadilah kau apa bangsa.Apa rupa.Jangan sedih.Ada iman.Kau paling mulia.
Bukan aku kata.Firman Dia.

I want to be the minority.Down with the moral majority. #Greenday


biar perlahan tapi tetap terus

Perubahan perlu.Tanpa perlu yang amat drastik.Ekstremis.Keterlaluan.
Dia amat tahu niat kamu.Apa mahu kamu.Apa yang terpendam.Apa yang terbuku.
Kemampuan juga batas kamu.

Merangkak.Bertatih.Berjalan.Berlari.
Itukan laku aku dulu.Inikan laku aku sekarang.

Fikir dalam-dalam.Dalam penciptaan ada tanda keagunganNYA.
Ada mesej mahu disampai.

Berubahlah.Biar perlahan.Biar sikit.Tapi terus dan persis mahu. #istiqamah
Dia tak pernah menyia walau sekecil zarah.

La tahzan.

Pencacai mencari Tuhan.

Esok lusa pasti boleh berlari.





p/s:


Sedih bila fikir siapa aku.Tenang bilamana percaya.
Langkah menunduk fitrah #Ramadhan25

"Brothers - Pohon Hijau"
Tersirat cerita tentang kehidupan.

24.8.11

pencacai mencari momentum



 Ok.Hurm.Haa.Herm..Erkh!


Apa nih?


 Duh!


 Ok dah faham.


Bilalah aku nak habis belajar...
[Padahal : Bilalah nak buka.Perut dah lapar nih]




p/s : Study sangat "seronok". *Aku baru menipu.  [ Musik latar : "The Climb" ] "


Pencacai dalam pendakian. #Ramadhan24

23.8.11

nak jadi manusia sihat

Aku bangun.Tersentak dengan semangat.Entah mana datang.Cukup bagi tenaga untuk membangkit jasad yang suka bermalas ini dari terus jadi manusia palat.

Aku banyak sakit kebelakangan ini.Hidup kurang berkat.

Badan dan otak ligat bekerja keras.Kerjasama alam yang penuh "chemistry"
Sebab tu ada kata-kata "Badan Sihat Otak Cergas"


Otak aku sakit.Sebab terlalu banyak fikir.Yang bukan-bukan.Sampah pun aku fikir.
Badan tak sakit.Sebab otak sakit.Badan ikut sakit.
Kawan baik sakit.Takkan kau senyum.Palat kawan kau kalau kau sakit dia senyum.

Otak aku nak rehat.Jadi bagilah dia rehat.Pergi main jauh-jauh fikiran-fikiran jahat yang tak bagi otak aku rehat.

Aku nak jadi manusia sihat.

Nak fikir yang banyak baik-baik,sikit sikit yang jahat.





Yang baik-baik



sembang sembang girang #2

Qi.Bangun.Sarapan!


Sempat lelap 10 minit.Hilang terus mengantuk.Tahulah tak puasa.Show off pulak.
Bingkas bangun dan menjawab.

Sahur la!

Dua-dua gelak.

Itu kakak aku.
Selalu gaduh sebab dia suka mengungkit kisah lama.

Sampai bila-bila kau hutang susu mak untuk kita.Perampas!

Beza umur aku dengan dia setahun.Tak sempat bermanja dengan mak.Tak sempat menjiwai nikmat susu.Aku lahir.

Itu jela modal dia.

Mak bosan jaga kau lama-lama.Sebab kau tak cantik.Kita handsome.Kan mak?


Aku senyum.Mak geleng kepala.Dah bosan dengar ayat-ayat macam ni.

Tapi aku sayang dia.Dia jaga aku lebih dia jaga boyfriend dia.Makan minum.Baju aku dia basuh.Dia lipat.Semua dia buat.

Terima kasih kak!
Nanti kita dah kerja.Jadi doktor haiwan.Kita bela lembu susu banyak-banyak.Bagi akak.Bayar hutang.


Janji!





p/s  :
Mak kata masa aku kecik(mula nak bertatih),aku tak suka pakai seluar pendek.Bila pakaikan seluar pendek.Aku menangis.Tukar seluar panjang.Aku senyap.

Sampai sekarang aku tak faham.

untuk teman

Sedih yang tak sudah.Sakit yang tak diluah.Termengah-mengah melepas lelah.Kadang jatuh terduduk penat.Namun sedaya persis memberi kisah dan faham.Sedikit dan tak langsung dihargai.Apatah lagi dimengerti.

Kesian dia.
Terbit tiba-tiba rasa ini.Bila duduk bersendiri.Mengemis cebisan kasih Dia.

Maafkan aku teman!
Benar lahir dari lubuk hati manusia ini.
Berehatlah.Tahu kamu penat.Butuh rehat.
Lepaskan segala lelah.Hilangkan segala duka.Sembuhkan segala luka.
Asbab dari laku dan kata manusia ini.Mungkin ini masanya.

Moga redha Dia bersama seiring penghidupan kamu.

Apapun jadinya nanti.









p/s : Amin

22.8.11

sembang sembang girang #1

Abah pergi masjid dengan mak naik Vios la.
Kancil bagi kita pakai.
Ok.
Abah dah kat masjid?Mana kunci Kancil?
Alamak.Dalam poket abah ni.


Qi kau nak pergi dah.
Aah.
Kalau orang surau tanya mana abang.Cakap dia busy kerja.
Kenapa tak pergi?
Taknak jadi imam.Penat.


Abah buat aku gelak sendiri.Hebat.Bawak 2 kereta dalam satu masa.
Abang buat aku galak.Galak nak melempang.Nasib baik abang.
Takpe sebab jadi imam pada keluarga sendiri lagi afdal.Tahu kamu?

Takpelah.Abah dah tua.Naik motor jela Qi.

Kakak aku.
Ajar terlebih.




p/s : Keluarga buat aku rasa bahagia.

Naik motor pakai kain pelekat.Rasa hebat.

susah

"Tak susah nak jadi mudah.Susah nak jadikan mudah itu tak susah."

Pilihan masing-masing.
Kita kenal cara paling susah.Bukan tiada cara mudah.Susah terpilih diluar mahu.Cuba mencari jalan mudah.Jalan senang.Makin dicari makin susah.

Tiada jalan pintas nak hidup dalam penghidupan.

Apa kehidupan bagi.Kita hiduplah.Syukur masih hidup.

Bila kita susah.Kita akan lebih menghargai betapa senang itu senang.Lebih menghayati.Lebih menghargai.

Aku rasa susah.Tapi tak mengeluh aku susah.

Sebab lepas hujan.Ada pelangi.

Rasa nak berpantun.

Jom main rakit ke hulu.
Rasa bosan,berenang pula ke tepian.
Biarlah sakit dulu.
Senang datang kemudian.

Balas?

Taknak main rakit.
Berenang bosan.
Tak sakit.
Sebab rasa senang ada kawan.

Rasa lain pantun ni.




p/s  : Aku tak pandai berenang

aku dan blog ini adalah sinambungan pada kehidupan

Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi.
Aku kuah.Blog ni nasi.

Tak lari gunung dikejar.
Aku lari.Blog ni gunung.

Hujan emas dinegeri orang.Hujan batu dinegeri sendiri.
Aku cari emas.Blog ni batu.

Dimana bumi dipijak Disitu langit dijunjung.
Aku bumi.Blog ni langit.

Bagai anjing dengan bayang-bayang.
Aku bukan anjing.Blog ni pun bukan anjing.Aku bayang.Blog ni bayang.Gabung jadi bayang-bayang.

Bagai kacang lupakan kulit.
Aku kacang.Blog ni kulit.Aku tak lupa kulit.Keluar sekejap ambil angin.Lihat dunia luar.

Cuma menunjuk betapa sinonim antara aku dan blog ni.
Dia faham aku.Dia kawan aku.Dia teman aku.Dia tak kisah apa pun.Cacian.Makian.Luahan.Ludahan.Dia persis berjasa.Aku gamit sama bahagia.







p/s : Sinambungan hidup aku.Bukan kalian.
Bukan memberi maksud peribahasa.Memberi maksud lalu peribahasa.

Aku bukan perosak bahasa.Aku cuba mengagung bahasa.Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?
Bahasa Melayu untuk orang Malaysia.Cina ke.India ke.Iban ke.Kayan ke.Semua yang ada kerakyatan.Habis cerita.Tak payah jadi isu. #racist pergi mati

Nak kenal blog ni?Sini.

dalam ni sakit

Rasa sakit.
Makin dekat makin tenat.

Kosong.Kelam.Tiada rasa manis.Tawar.

Dalam ni.

Ada salah yang tak diluah.Ada khilaf yang tidak diniat dibuat.Laku biadap.Kata menyinggung.

Maafkanlah.

Kasi aku sikit tenang.

Aku sangat sakit.














p/s :

Redhakan kehidupan aku manusia-manusia.Redha kalian membuah redha Dia.


Hey manusia yang telah melampaui batas dengan diri sendiri.Jangan putus asa.Mari sini.Sini ada keampunan.
[39:53]

"Cukuplah Allah bagiku"

21.8.11

perjalanan menjadi dewasa

Berjalan merayap sepuas mengumpul bekalan untuk nanti.

Bila tiba masa menjadi dewasa.Berhenti menurut nafsu.Berhenti untuk segalanya.
Mencari tempat bersendiri yang selamat.Jauh dari gangguan.Jauh dari kekacauan yang mampu menggugat kemandiran.Berkhalwat kata mudahnya.

Menyiap segala itu ini menanda keterujaan untuk meninggal alam berminda cetek.Fokus.Menyedia alas ditempat mana bakal bersendiri.Tempat untuk bergantung nanti.Tidak lain hanya mahu mewujud rasa selamat.Rasa selesa.Sepanjang proses menjadi dewasa.

Bila proses bermula.Jasad lama punah luluh mencair sama sekali.Menghasil sel-sel individu.Sel asas mana-mana hidupan.
Ditagih kudrat untuk membentuk kembali ciptaan baru dari penyatuan sel-sel asas itu.Diakhirnya wujud satu jasad baru.Berbeza.Jauh berbeza dari yang dulu.

Lebih cantik.Lebih sempurna.Lebih dewasa.Kali ini.
Tertinggal saki baki ingatan dan didikan didapat dulu.Sebagai bekal mula perjalanan menjadi dewasa dihadapan.

Lengkap kini "Metamorphosis".

Selamat menjadi dewasa Si Rama-Rama
Dewasa fikir dan laku.
Jangan jadi seperti manusia.Tak sedar diri diuntung.Penciptaan lebih agung tapi mulut tak sudah meludah.Hati tak lekang membangkang.Menunggu masa badan binasa.Diakhirnya mati sebagai pencacai.Pencacai nafsu.

Terbang bebas Si Rama-Rama.
Moga kau bahagia.Darinya manusia itu bahagia.
Kerna kau nampaknya lebih tahu menghargai.

Bila dihargai.









p/s :

"Metamorphosis" - Proses menjadi matang.
Perjalanan menjadi dewasa seekor rama-rama.Rujukan sini.


Sedarlah manusia yang ada otak.Ada akal dan tak bingai.Untuk lebih MENGHARGAI.Jadi lebih dewasa.
Susah?Pergilah mati.
Rasa nak jadi rama-rama sebab benci karenah manusia-manusia.Cantik.Hidup pun sekejap.Tak la banyak dosa.Eh yeke?

"Sungguh pada penciptaan alam itu terdapat tanda-tanda kebesaranNYA.Bagi mereka yang mahu berfikir"
#Ramadhan21

"tali lusuh ini"

.


Kita dulu.
Bersua.Kenal dan bertatih mewujud saling terima antara.
Beza warna kulit.Beza tempatnya tumpah darah.
Beza percaya.
Beza adat.Beza santunan.
Beza segalanya.
Namun dicemuh diludah bezaan itu jauh-jauh.
Kerana organ merah darah ini lagi pekat.Lagi dekat.
Meronta meminta dicoret warna warna dari luar.
Diberi dan dihulur lalu dibiar sebati sendiri.
Lalu terbentuk jalinan warna.
Pada tali lusuh ini.

Jatuh bangun tangan saling dihulur.
Nangis tawa dihilai sama.
Perih jerih diharung rapat.
Diisi ruang-ruang kosong.
Dipenuh jurang-jurang terpisah.
Dicari jalan keluar yang tampak buntu.
Kerana kasih pada tali lusuh ini.

Bukan kerana tali lusuh ini yang disayang.
Bukan kerana takut tali lusuh ini hilang.
Tapi lilitan yang membentuk tali lusuh ini.
Tapi waktu lama mana teranyamnya lilitan tali lusuh ini.
Yang mahu dijulang.
Diagung sebenarnya.

Tipu kalau selalu gembira.
Dusta kalau selalu tertawa.
Bohong kalau selalu bahagia.

Walau pelbagai rasa cuba mahu meruntuh membunuh.
Walau pelbagai anasir hitam cuba merobek memusnah melihat ia punah.
Tapi sempat hanya bertandang mimpi.
Tapi sempat hanya bersinggah impi. 
Tersadur kusam dek kuat kuasanya jalinan warna ini.
Tetap utuh tali lusuh ini.
Makin lama makin melilit.
Makin lama makin sengit.

Kita kini.
Hampir dipenghujungnya 
Sudah jauh benarnya.Terasa kejap bentarnya.
Perjalanan ini.
Nanti kita pergi.Biar kita pergi.
Biarkan tali lusuh ini tapi.

Tersemat persis.

Di sini.





Atas katil bujang,Klang Bandar Diraja.
3.04pagi : 21 Ogos 2011,21 Ramadhan 1432H
Tali lusuh ini.






p./s :

Buat kawan-kawan seperjuangan Doktor Perubatan Veterinar 2007-2012.
Khas untuk kawan-kawan paling ketat.Terima kasih sebab jadi kawan.Aku bahagia.Sampai mati kita kawan.Janji.[I/A]


Entah apa aku mengarut.Pak Samad baca mesti beliau mencarut.Cuba-cuba Pak!Tengah merangkak mengalas cita mahu jadi dewasa ni.Dewasa fikir.

aku dan kalian kawan

Gunakanlah aku.Tahu bukan siapa-siapa.Tapi aku rasa aku kawan.Kalian kawan aku.Ada yang aku anggap lebih dari kawan.

Bukan membeza kawan.Manusia akan lebih menghargai pada yang lebih menghargai.Aku rasa dihargai dan memang pantas aku menghargai kembali.

Terima kasih kawan-kawan yang menghargai.Tahu kalian kadang butuh waktu bersendiri.Jadi aku juga tidak salah bilamana pilih  untuk bersendiri.Bukan tak menghargai kawan jauh sangat nak membenci.

Sekarang mesti faham.Sebab aku faham.

Itulah kawan.

"Hidup ini adalah  perjuangan" - Shoutul Harakah[Bingkai Kehidupan]

Berjuang selagi hidup dan rasa hidup perlu pada perjuangan.Berjuang sendirian dengan berjuang bersama.Kalian pilih.

Selagi aku hidup.

Kita berjuang bersama.

Aku pilih.



p/s : Mati dah kena sendiri.Jadi hiduplah bersama.

20.8.11

kata-kata perkataan

"TaqWa kena ada TAQWA.Sebab disitulah hadirnya TAWA.TAWA dalam TAQWA."


TAQWA = Hati-hati

TaqWa = "Hati"-"Hati"

TAWA = Hati yang ketawa



Perkataan aku belajar hari ini.Sambil tengok nota-nota yang tak terhabis daya nak diselak.Makin diselak makin banyak.Banyak yang tak tahu dari yang tahu.

"Takpela.Kurang-kurang tahu apa yang tak tahu.Nanti ada masa aku ambil tahu.Esok kan masih ada"


Monolog sedap hati sendiri.

Cuba menghiburkan diri dan teringat permainan ni.Tak tahu apa nama permainan ni.Kurang lebih macam penyampaian mesej.Dari orang pertama dari orang kesepuluh atau lebih.Tanpa boleh dicatat apa-apa.

Mesej orang pertama.

Ah Beng pergi Pasar Sabtu hendak membeli daging babi sempena jamuan hari jadinya esok hari berjalan kaki sambil menyanyi.


Mesej orang terakhir.

Ah Beng makan babi sambil jalan kaki dan menyanyi ke pasar.Esok hari Sabtu.Hari jadinya.


Gelak sorang-sorang.Terhibur.Memang babi mesej dari orang yang terakhir.

Pengajaran aku fikir sendiri :
Perlunya jadi pendengar yang baik.Pengingat yang baik.Perlunya mencatat.

Aplikasi kat study.Dengar.Catat.Ingat.Kongsi kat orang belakang,sebelah kiri dan kanan.

Agak mengarut picisan ini.Tapi kalau tak fikir mengarut.Ia bukan carutan.Ada input berguna.Kalau kalian punya fikir semacam apa aku fikir.










p/s : Terima kasih khalifah Islam ketiga kerana diberi ilham olehNYA untuk membukukan firman-firmanNYA.Tak.Tak tahu apa jadi.Dah jadi buku pun masih ada yang nak tunjuk pandai menokok-nambah.Ambil yang mana rasa perlu.Buang mana yang tak masuk akal.Nak dapat sanjungan dunia.Oh ulama' dunia.

Cakap "babi" bukan mencarut.Cakap kat orang,"babi".Mencarut.
Mentaliti manusia primitif.Aku student vet.Babi macam kawan.Memang dia tak salah apa pun.Dia salah satu penciptaan.Menghina penciptaan.Sama menghina sang Pencipta.Kau rasa?

putih

Tiada inspirasi dari siapa-siapa.Saja nak mencuba sesuatu yang baru.Tukar mood.Rasa warna putih bagi kesan kurang serabut.Serabai.

Atau otak aku yang serabut.Rambut serabai.Mungkin.Entah.Agaknye lah.

Bila nak potong rambut.
Naik semester potong la mak.
Raya taknak potong?
Taknak.


Malas dah nak layan.Sukahati.Dah besar panjang.Janji handsome.Mak suka.
Agak-agak dari bisik hati kecil seorang mak.

Taknak rebonding macam Ateng?
Takpela.Cuti dah nak habis.Lecturer tak suka student rambut panjang ni.Tak masuk.
Final year dah.Nak jadi baik.


Bila kakak menganjing.Ateng tu abang aku.Mereka baik.

Sebab tu aku kena jadi baik.





p/s : Rasa putih bagi mood "baik"

Suka hujung minggu.Keluarga jadi satu.

kalau-kalau

Kalau-kalau ada hati yang sakit.Tenat tidak ditemu ubat tak terawat.Masih tak terlambat sahabat.
Kalau-kalau ini membantu.Diri ini juga kamu sahabat.Ambillah manfaat.
Kalau-kalau ini berhasil.Bantulah mereka yang buntu dan perlu bantu.

Kalau-kalau aku ini lahanat.Kamu jadilah malaikat.

Kalau-kalau ada 7 minit luangkan 3 minit.Bakinya kau ambil semula.
Video untuk mereka-mereka yang ada sakit hati dan rasa taknak mati dalam situasi hati itu sakit.










p/s : Hati selalu sakit.

Nama sebenar Opick.Aunur Rofiq Lil Firdaus.[Google]
Nama aku taQ.Sebenarnya cute. Ada agama.Sambung.Jadilah nama.[CiptaSendiri.com]

Nak jugak!
[Aplikasi point ke-3]

Bukan hati je sakit.Otak dia pun.Ubat otak?Fikir la bingai.

19.8.11

angin

Malas nak layan.

Harap ada angin terbangkan semua-semua yang boleh diterbangkan.Jauh-jauh.Kalaulah memori boleh angin terbangkan.Dah lama aku jadi kawan paling baik angin.

Biar terbang semua ingatan yang gundah.

Sekarang tiada angin.Dah seminggu tak hujan.
Tahukah kamu angin punya watak penting dalam pembentukan hujan?
[Kafir lahanat sibuk menelaah kitab kita.Kita letak kat kaki.Jadi makin dungu sebab otak makin dibiar berdaki]

Lari topik.
Tapi nak bagitau realiti.La.. kalau tak suka rasa terasa dan diberi rasa.Anggap saja KITA itu aku.Si dungu yang sedar.Habis cerita.

Angin terbang!
Meneriak sekuat hati.Harap-harap muncul macam dalam cerita "BolaNaga"
Haram punya manusia.Yang bukan-bukan diminta.Yang ada depan mata.Buta.

Lari topik lagi.
Tapi nak bagitau realiti.KITA a.k.a aku tak reti sangat(bengap) nak ada rasa beruntung.Syukur.Tak lari gunung dikejar.Kalau gunung berlari.Entah apa jadi KITA.Babi?
[Gunung nampaknya statik,utuh tapi sebenarnya turut berpusing sepertimana pusingnya bumi.Fikir dalam sikit.Tak kagum ke?]

Sekarang dah takde topik.
Tapi nak bagitau.

Aku hANGIN.

Sebab takde angin.






p/s : Fakta yang termaktub dalam kitab KITA.Bukan aku buat cerita.Takpe jadi bodoh yang sedar dari pandai yang lalai.

Malam-malam ini dan seterusnya sebelum habis.Dah puluh -puluh.Tiada belas-belas.
Tapi belas Dia takkan pernah habis.Jom menyempat selagi masih sempat sebelum terlambat.Taknak makan bubur.Nak makan nasi #peribahasa

Selamat ulangtahun kelahiran #tahunhijrah.Jangan lupa sayang aku.Sebab aku selalu ingat nak sayang kau.Kadang-kadang terpaksa lupa.

cerita hari jumaat. #1

Jumaat selalu membangkit emosi yang stabil.Dari dulu sebab esok boleh jadi diri yang sangat bangsat.Tidur tiada waktu jaga.Makan ikut suka.

Dulu ya.Dulu sejak mula berhingus.
Sekarang tak.Sekarang sejak masuk clinical year.

Sama macam hari-hari lain.Sabtu dan Ahad.Jumaat sebelum keduanya.Jadi hamba waktu yang paling setia.Lambat mengundang celaka.Tak menjawab panas telinga.Otak panas sebab rasa bodoh.Bingai pun ada.
Mereka pandai.Hari-hari tersadai bersidai kat sana.Aku sana sini.Campur itu ini.Hasilnya.
"Bodo supe tahi" kawan Kuantan aku cakap.

Senyum je.

"Aku nak jadi manusia yang faham manusia walau dedikasi kerja untuk binatang.Taknak dipengaruh tabiat binatang.Takde akal."

Monolog sedap hati sendiri.

Hari ni Jumaat.Cuti dan bulan puasa.

Kalau tak cuti dan bukan bulan puasa.Tengah melantak kat kedai makan tepi Masjid UPM dengan kawan-kawan yang suka pergi masjid.Bila azan rasa tak sedap nak lepak-lepak.Terus angkat kaki.Dapatlah sikit berkat "datang awal ke masjid".

Dulu.Sebelum pindah fakulti.

Sekarang.Sejak pindah fakulti.Dah takde semua tu.Makan kat kolej.Tapau.Lepak-lepak kat bilik.Datang masjid cun-cun habis khutbah.Dapatlah sikit celaan "Kau memang manusia lahanat hari Jumaat."

Manusia berubah.Persekitaran boleh jadi potensi mengubah.Pilihan masing-masing.Nak kuat atau terus hanyut.

Aku lemas.

Selamat hari Jumaat!






p/s : Teringat kat kawan-kawan yang suka pergi masjid.Mintak korang sihat.Umur sikit panjang.Boleh pergi masjid sam-sama.Selamatkan aku yang lemas ni.

18.8.11

sunyi dan rasa sunyi

Terjaga dari lena.Sunyi dan rasa sunyi.2 situasi berbeza wujud dalam 1 waktu.

Siapa tidak suka sunyi.Keadaan jauh dari hingar bingar dunia.Membangkit rasa tenang.
Siapa suka rasa sunyi.Sunyi yang terdefinisi.Takrifan tentang rasa dalaman.Membangkit hanya rasa gundah.

Sunyi tak perlu bunyi.
Rasa sunyi butuh bunyi.

Bunyi-bunyi yang kisah.Dan kisahnya itu didamba.Kisah DIA.Kisah manusia sesama.

Resah tiada bunyi.Sunyi dan rasa sunyi.

Ciptaan ini.





p/s : Suka sunyi tanpa rasa sunyi

Bagi aku bunyi.Bagi aku kisah.Walau sunyi takla rasa sunyi.
Terngiang bunyi-bunyi dosa menyanyi.Bukan hilang sunyi.Makinannya sepi! #Ramadhan18

17.8.11

rasa-rasa yang banyak

Hitam.Gelap.Kelam.Serabut.Kabut.Kusut.Serabai.Masai.

Hati.Jiwa.Laku.

Semua-semua yang tak gembira.Tak putih.Tak rapi.

Rasa-rasa.
Kenapa aku?

Dalam banyak-banyak.







p/s:  Bagi aku cahaya.

Hina rasa diri hari ini. #Ramadhan17.
IMAN.Teman aku sampai mati.Taknak mati sendiri.

16.8.11

17

Tetapkan diri ini untuk terus menatap lembaran-lembaran itu.Untuk terus menghayati dan punya kudrat pada aplikasi buat laku.

Terkumat kamit saban hari.Tak tahu apa digarap tapi mengharap.Harapan satu hari ia menjadikan diri ini diri.
Jangan biarkan aku sendiri.Bagi aku tenang.Tak kisah walau duka sedih perih.Janji ada yang mahu kisah.
Lebih dari cukup.

Tak tahu kadang-kadang buntu.Apa yang perlu dituju arah mana harus dipandu.Kaki ini.Hati ini.

Bimbinglah.

Hingga saat mampu tersenyum penuh rasa izinan terpimpin.








p/s: Salam Nuzul Quran #17Ramadhan

Selamat Hari lahir teman blogger.Farhah Zaidar.Nuzul Quran!Moga punya erti tersendiri buat diri.

15.8.11

planking

Kawan ajak "Planking"[Letak muka kat mana-mana permukaan bumi].
Sebab nak buka puasa dengan minah ni.[Klik]


Contoh "planking" yang....ha!





Tapi rasa "Horsemanning"[2 manusia satu gaya] lagi BB..Q!







Kawan yang ajak "Planking"
"LIKE" dia punya gambar @ FB.Moga-moga impian dia tercapai.Hih





p/s:

Kalau dapat buka puasa dengan #DNCH."Pecah-kepala-kat-dinding" pun aku buat.


 Ini "Horsemanning" tak?
Bingai takde kerja.Duh!







Gambar asal.

hari ni paling penat

Hari ini paling penat.Terdampar macam ikan paus tercungap-cungap butuh oksigen.Aku butuh air.Air wudhu' pun rasa sedap.

Sebab nak mereka rasa bahagia walau ada anak derhaka.




p/s :
Makan kurma terus teguk air 2 gelas.Nikmat tak terduga.Syukur lidah masih boleh hayati rasa.Mulut masih cerca.
#Ramadhan15

Sekarang macam ikan paus kenyang puas makan "anak ikan."
Paus puas yang buas.

doa anak derhaka

Cahaya bulan penuh menyinar di sepanjang perjalanan.Sedar ia sudah dipertengahan.Sebelum ia kembali sirna menanda berakhirnya pesta ini.Gelap jadi teman diperjalanan-perjalanan akhir.Hayati saki baki yang masih berbaki ini.Walau gempita nanti.

Sebak.Duduk bersimpuh.
Bila tiba diri ini terdetik ditanya mempersoal.Apa sumbangan diri pada Mak Abah?Monolog kepada diri.

Terngadah kelu lidah.Hati diam terbungkam.

Tidak mampu memberi meluah walau sepatah kata sebagai jawapan.Seakan tiada apa.Wujud makin persoalan.

Derhaka durjana sebenarnya ciptaan ini.

Rasa kosong pada mereka.Didamba kasih dari seorang anak derhaka.Diberi cinta didapat malapetaka dan duka yang tak sudah.Persis mengungkap kata "Takpelah" menafikan tentang perlunya kisah dari anak.Senyum menyedap hati anak.Jauh mahunya menyalah anak.Anak derhaka.

Jauh disudut hati mereka?Benarnya duka.

"Panjangkan umur mereka.Agar diri mampu berbakti membalas budi.Sekurang terbit rasa bahagia walau sedikit.Dari laku anak derhaka ini."

Penuh mengharap.Pada tadahan di subuh hari.








p/s:

Anak derhaka selalu duka.Tanggang gembira?

Man Utd : Kenapa 7

#Tarikh lahir.

#Pemain bola yang "legend" semua pakai No 7.No. 7 dalam team Manchester United.

George Best, 1963-1974
Bryan Robson, 1981-1994
Eric Cantona, 1992-1997
David Beckham, 1993-2003
Cristiano Ronaldo, 2003 - 2009

Eyh kau nak pakai nombor apa?
28 la.
Takpe.Ambil no 7.
Erkh.[Terkesima.Diberi penghormatan pakai "Nombor Untuk Legend"]
[Perbualan antara Atok Ferguson dengan budak hingusan,CR7.]
Natijahnya?Legend!Pemain termahal dunia."Diver" pun mahal.Footwork dia awesome.Handsome pun.

#Lain-lain?
Aku pernah menconteng tentang ini.Sini[Klik]


GGMU!





p/s:

Dedikasi post untuk Man Utd.Menang perlawanan pertama.Sementara kelapangan.Lepas ni dah tunggang terbalik memburu "title".Kalau rajin nak update.Tolong update tentang David Gea[1].
Walau masih tangkap bola macam ayam.Baru 20 tahun.Boleh pergi jauh.

Komentator bandingkan Young [18],dengan Scholes[ex-18].Uh?Kalau dia boleh score macam Scholes.Takda hal.Sebab kenapa suka Scholes.Si kecik yang suka "letup".Sangat awesome!Sini[Klik]
Terima kasih Legend!.Hiburkan gua sepanjang lu beraksi.Selamat berehat.
  
Lagi yang aku suka.Cleverly [23].Pergi Google.

Owen [7] boleh jadi LEGEND?

.

13.8.11

lain yang selalu tak lain

Rasa lain.Bila buat benda lain dari yang lain yang selalunya tak lain.Biasa tak luar dari biasa.Hari ini luar dari biasa.

Luar tabii'.

Mencorak apa yang dilalui hari ini dengan semalam.
Pilihan diri sendiri.

Lepas ni jadi lebih dewasa.Dewasa fikir.
Semalam.Hari ini.Esok.Lusa.Ada kaitan.Berkait.

Selagi aku hidup.

Nanti mati bukan esok ditanya.Semua.Hari-hari seumur hidup.Aku nak jawab apa.Diam bukan jawapan.
Walau mulut tak bisa bicara.Anggota lain punya upaya untuk bicara.[36:65]






p/s : Suka yang biasa sebab dah biasa.Sekarang duka.Padan muka Tuhan tak suka.#Ramadhan13

satu hati dua persepsi dimensi tiga empat lima

Jangan saji aku cerita sedih.Aku ada 1 hati 2 persepsi dimensi.
Keras macam cengkerang penyu.Lembut macam badan penyu.
Keras bila benci.Dibenci lagilah.
Lembut bila sayang.Disayang lagilah.

Irihati dengan manusia malang.Sebab Dia lagi sayangkan dia.Sayang manusia malang.Sayang benda Dia sayang.Boleh dapat sisa,saki baki sayang.Jadilah.Janji ada kasih sayang.

Jangan benci aku.Aku tak benci kau.





p/s : Nak pergi kedai beli tisu.


Al-Fatihah buat Iqbal Fahreen.
Takziah buat Mak dia yang..[tak tergambar oleh kata]
Agung kasihnya ibu.

Jangan jadi lembu.Bingai tak sayang ibu.





12.8.11

rasa sepintas lalu

Entah apa-apa.

Tapi takpe.Malas nak fikir.Fikir perlu tenaga.Puasa jadi taknak bazir tenaga.
Berfikir perlu dan kritikal penting.Nadi kehidupan.Bezaan antara manusia dan binatang.
Tapi ada benda yang tak perlu fikir.Jimat tenaga dan hidup pun ceria.Dan takla binatang.

Rasa bebal sejak dua menjak ni.Diperbebal.Terlalu banyak fikir.Bukan-bukan.Mengarut.Sampah.

Pergi main jauh-jauh.Luar dari kotak aku berfikir.Nun jauh dari capaian akal.Duduk situ diam-diam.
Rasa serabut penat macam kera.Rasa lahanat tengah gembira.

Bingai.
Makin tak faham.

Pergi mati.
Hari ni pun hari Jumaat.Selamat agaknya.

Entah.
Apa-apa.





p/s :

Kiamat hari Jumaat.

Rasa tumpang lalu.Dah lalu dia pergi.Muka selamba.Puasa agaknya.

11.8.11

nafsu langsi

"Siapa kau nafsu?"
"Aku.Akulah.Kau.Kaulah."

Dicampak dan diambil kembali dari tempat julangannya api dan ditanya lagi Pencipta.Jawapan persis sama.Kalinya ketiga barulah ia menjawab.

"Aku hambaMu.Engkau Penciptaku."

Kurang lebih apa yang aku masih ingat tentang nafsu.Puasa mampu mendidik nafsu.Jadi enjoylah bila berpuasa.Boleh kawal ciptaan yang amat langsi ini.Ciptaan bongkak tak mahu sujud pada kejadian darinya tanah kini tiada.Tapi nafsu masih ada.Jangan ikut nafsu.Angkuh dengan Pencipta.Apatah lagi kita.

Jadi manusia yang mengawal bukan dikawal.
Tak perlu sedih.Yang dulu biarlah berlalu.Yang kini kita hadapi,teliti dengan hati-hati.Biar merangkak.Janji sampai destinasi.








p/s :

Taknak ada nafsu.Jadi malaikat.
Orang yang guna akal meski ada nafsu  boleh jadi lebih baik dari malaikat.

"Lu langsi lu mati."
Langsi maksudnya besar kepala, kerek, berlagak.

[Blogger currently unavailable for maintenance].Ini post pagi tadi lepas sahur.

10.8.11

taknak minta lebih

Jalan-jalan dialam maya.Menyusur setiap laluan tulisan.Bingkisan dan luahan dulu kala yang tak sempat ditelaah.Tak dipandang terlepas pandang sebelum ini.

Sebelum menunggu pukul 8.

Saja suka-suka.Sebelum duka dan tak nak kisah lagi.

Kenal kawan cara satu hala.Tanpa pertanyaan.Nak usaha sendiri.Macam bodoh sombong.Tapikan lagi rasa bodoh kalau selalu nak bergantung.

Apapun.
Perjalanan tadi mengajar.

Aku ini pendatang.Nak itu nak ini.Tak sedar diuntung.Diberi tempat dari terus merempat dah cukup bagus.Tapi terus merengek mengemis.Lepas ni taknak minta lebih.Syukur apa yang diberi.Sekurangnya ada.

Mamak.Nasi goreng ayam satu.Nasi lebih!
Kenalah bayar lebih.Dan pasti boleh bayar.

Awak.Nak lebih!
Nak bayar pakai apa?

Lepas ni taknak minta lebih.Tak mampu nak bayar.Tak terbayar.
Lepas ni taknak minta lebih.Tak layak langsung bila pandang cermin.Cermin diri.Sedar diri siapa diri.Taknak meminta dah.Nak memberi.Cuci tangan.Cuci hati.Menghulur dengan semampu ikhlas.Moga diterima.


"Tangan yang menghulur itu lebih baik dari tangan yang menerima."







p/s:

Kotornya tangan aku.Hati lagilah.Berdaki!
Rambut semakin serabai.Rimas.

Tuhan itu SATU.Tiada lebih.

9.8.11

pakcik laku setia

Tak nak berhentilah.Nak jadi diri sendiri.Biar mereka berhenti.Aku nak terus.Masih ada idea.Walau sampah carca merba.Masih kuat.Masih punya daya meletak tekanan pada papan kekunci putih ini.

Rasa kehilangan.Tapi itu pilihan korang.Kalau boleh aku halang.Aku halang.Tapi aku penat.Aku puasa hari ini.

Nak cerita pasal Pak Cik.

Pakcik baju t-shirt berkolar warna oren.Berseluar jeans lusuh.Tukar kain Gajah Duduk ungu sebelum datang menghadap.
Pakcik berbaju kemeja putih kain putih.Periksa bawah kaki sebelum maju membuat barisan.Takut-takut ada kotoran.

Sejak aku sedar diri mula nak dekat dengan Tuhan.Laku manusia yang sempat memori aku tangkap dan ingat.Hafal.Mana tak.Itu laku mereka dari hari pertama.Untuk waktu solat sebelumnya buka.
Lain waktu lain ragam.

Tersenyum sendiri bila melihat kelibat pakcik-pakcik ni.Setia dengan laku.Setia dengan Yang Satu.

Terima kasih pakcik.Ceriakan hari-hari puasa aku.Doa pakcik panjang umur.

Bolehlah aku selalu senyum.








p/s :

Menunggu buka.Rasa lambat hari ini.Perut dah berbunyi.Mulut masih sunyi.Nafsu paling tinggi.
Bagitau diri untuk sabar senang.Tapi bila situasi datang tiba-tiba dan kena sabar.Hilang sabar.Tak semudah kata.Tapi cuba.

Sabar bro!Bulan puasa bro.
Cakap senang buat tengok.

Terkial-kial menahan amarah sambil bermonolog.Tersembur keluar.
Maaf.Aku budak baru belajar.Hari ni merangkak.Esok berdiri.Esok lagi jatuh.
Tapi terus punya impi untuk teguh berdiri.Dan itu bukanlah mimpi.

Kau pasti boleh.

MARAH ITU MUDAH,SABAR ITU INDAH.


.

percaya pada rasa dulu kalau rasa kena tipu

Kenapa punya rasa ini?Ia tak patut.Sepatutnya sebagaimana patutnya ia patut.Perlu sebagaimana ia perlu.

"Percayalah!"

Pujuk diri sendiri.Terngiang bicara kata lalu.Siapanya aku.

Sedikit sebanyak membantu.Mengukir senyum menyedap hati.Emosi ini perlu dikawal.Diluntur dan menurut.
Butuh sikit kekuatan.
Maaf.Kesangsian ini hadir untuk kian kalinya.

Aku ini mencuba sebaik untuk tak punya rasa itu.Lemah sebenarnya aku ini.

Tuhan.

Sayang aku.






p/s -

Ramai kutu-kutu blogger angkat kaki.Berkabung.Tak mahu sedih.Nak rehat sebentar.Nak tuhan sayang aku.

8.8.11

Man Utd : Koleksi 2008-2011










Koleksi selama 4 tahun.Suka-suka.Hobi.Minat.Oh kawan sekolah aku punya koleksi dari zaman David Beckham.SHARP sebagai penaja utama tika itu.Lagi "cambest" uh?Aku hilang link blog dia.Jadi tak dapat share kat sini.Huh!
Pernah cuba mencari koleksi lama.Tapi.Jersey latest pun susah nak dapat size.Atas sebab sedar diri.Lupakan jela. Hanya #kidsize yang padan.Sadis?Tak.Aku senyum.Sekurangnya masih manusia sempurna sifat.

Oh gambar ini diambil berlatar belakangkan "Old Trafford of Mine".Suka suki bagi nama.Belum siap sepenuhnya.Hampir siap.
Kombinasi 3 warna utama Man Utd.Merah,Hitam dan Putih.Aku pernah menulis tentang ini.Sini.[Klik]

Hih.

Oh post ini juga sempena menangnya Man Utd malam tadi.Community Shield.
Oh Man Shitty lupa lawan dia siapa?Lupa sejarah lalu?Hampir berkesudahan seri 3-3 dan Man Utd menang 4-3?2009?Lupa?
Nah!Ingat kembali. Sini [Klik]


GGMU!





p/s:

"Old Trafford of Ours" satu hari nanti?Hih.

Oh minat #nani17 #cr7(dulu) .Bukan sebab diorang handsome."Footwork" diorang awesome.Itu je.

Lain-lain cerita Man Utd.Klik pada label "SYAITAN MERAH"
Oh sekadar metafora.Jangan cepat terngadah gelabah.

bungkusan dari seberang

"Qi.Ada barang sampai ni.." Suara mak memanggil dikala baru mahu melelapkan mata.
Bingkas bangun.Bergegas keluar bilik.

Oh menunggu ini sekian lama.Seperti diduga.Bungkusan dari seberang.
Ada gambar Sultan yang seakan bukan dari Malaysia.

Buka bungkusan.Excited.
Oh terkesima 20 saat.Aku menantinya sebagai barang yang dibeli.Bukan diberi.Diselit bersama kad ucapan hari lahir.

Thanks Mrs J!For the suprise!I'm touched.Nak menangis batal pulak puasa #EhYeke?
Apapun.Thanks again Man Utd-mates!Speechless-shait!

Hih.







Kepada Mrs J :

Kau perlu kuat.Dan aku tahu kau tiada masalah tentang ini.Usaha yang kau buat untuk orang yang kau sayang.Tak sepatutnya dibalas sebegitu.Mungkin dia ada alasan yang tak diluah.Dan pasti kau kenal dia lebih darinya aku.Jadi kau lebih tahu dan faham mengapa kenapa uh?
Apapun.Buatlah.Hargailah.Selagi mana kau rasa itu berbaloi.Ok?
Oh gunakan aku sepenuhnya kalau kau rasa perlu.Kawan susah senang.Thats our deal!?

Terima kasih.Banyak tolong aku.Sebagai kawan.Sebagai "wingman"."Courage and Loyalty". Oh lebih dari cukup.
Saat aku rasa aku perlu berhenti.Kau mempersoal dan bagi kekuatan untuk terus.

Hih.Awesome!The only words.

Thanks!




"Wish" Pilihan #23

.




 [Wingman]

# HB mat! 4 taun dah kenal n ko slh sorg best fren aku! Tharu x? Wakaka  [Ismasyahir]

 # happy birthday taq... tangkap awek kau cepat2 .. jgn bagi lepas .. hahaha  [Benny Gabriel]

# Hepi besday wawa!!!
oops...silap page sry~
bhahahaha....
anywhore, seriously hepibesday bro =)  [Syamil]

# happy bday taq1...bila nk open table ni??setahun lg kita tggl sm ni...hehe...neways, may Allah bless u always and hope that ur life will be filled with joy, happiness and love always. tc. c u in d coming sem! [Fida] 

# Hey birthday ko lah!Happy birthday~Pastinya kau mampu jadi beriman keranaNYA.Amin! [Kamsina]

# Salam Happy Birthday Taq!!Moga kau semakin happy.Tak emo-emo,cepat-cepat ditemukan soulmate yang betul-betul sayang kau macamana kau sayang dia.Jangan risau pasal jodoh k.All the best utk final year.Kau dah semakin hebat ek?Baguslah.Keep it up.May u be blessed always and harap-harap kau dipanjangkan umur dan sentiasa murah rezeki like how you always buatkan orang lain rasa rezeki diorang melimpah ruah when they're around you.Enjoy your day k.Have a great one.:) (Sorry lambat wish coz aku punya credit habis.So aku mesej pakai Skype) [Juwai]



[Tabib Haiwan] (Inspired me a lot)

#Happy birthday taq.all the best for the coming years.another small step towards maturity. [Dr Razeen]

#Happy birthday my dear "taichi"yuddin lol!So when u actually coming here? [Dr Choy]

#Hepi besday bro!! Dulu nmpk ko kecik lg, skang.... still kecik tapi dh final year! Good luck!! [Dr.Nik]


[Kawan sedari kecil]

#selamat hari lahir taqi.. percaya atau tak..aku ingt besday ko dr kite sekolah rendah.mungkin sbb dlu mle2 aku ingt besday ko 8hb 8 kot,upenye silap..7hb 8. manusia kn ble dia silap, dia akan ingt bende tu. tapi aku pon tatau cmne aku blh tau ble besday ko. hahaha.ape pon,sempena besday ko nih,aku tetiba teringat ko jadi kucing mase pertandingan nasyid mse kite kat PASTI.aku pon tatau ko ingt lagi ke tak...pape pon..semoga umur dan pengisian umur ko y lepas dan y akan dtg diberkati.Amin.[Siti Hawa]


[Teman]

# 12.08 am - 5.15 am!
# Selamat ulang tahun..pertambahan umur yang sentiasa diiringi dengan ucapan selamat.
agar selamat di dunia dari segala kejahatan dan kejahilan.
selamat di akhirat dari api neraka menjulang tinggi. juga ketika melalui titian siratal mustaqim sehalus 7 belahan rambut,setajam mata pedang.
nauzubillah.

semoga dikurniakan umur panjang yang sentiasa diberkatiNya, juga dimurahkan rezeki yang halal, serta ditetapkan iman disisi tuhan.
amin.

terima kasih atas segalanya.
juga ampun maaf atas segalanya.

"hidup pokok berbuah,
hidup manusia berbudi" [DNCH]




Kek harijadi ke-23.Sama jenis sedari dulu.Hih.Thanks Dr. Falah Akmal(Babang) for the cakes!



p/s - 

Terima kasih untuk segala "wish".Aku menghargainya.

Kawan sekolah rendah panggil "TAQI"
Kawan sekolah menengah sampai sekarang panggil "TAQ"
Family? "Qi"

Hih!

7.8.11

23

7 Ogos.7 Ramadhan.

Termaktubnya 23 tahun diberi peluang bernafas.Alhamdulillah.

Pandang sejenak kebelakang.
Apa yang telah digapai selama 23 tahun ini?
Duh!Sadis!

Apapun.Hidup perlu dipandu ke depan.Jadikan yang lalu kekuatan untuk melangkah lebih jauh ke depan.

"Mencipta masa depan dengan memandang kehadapan" #alihbahasa #favquotes

Hih.

Terima kasih kalian untuk segala ucapan selamat.Aku menghargainya.Sangat!
Doakan aku menjadi kawan yang terbaik buat kalian.Aku juga sedaya cuba untuk menghargai hadirnya kalian.









Gambar hiasan.Bukan dongengan.




p/s-

#Ya Allah! Hidupkanlah aku andai kehidupan itu baik bagiku.Dan matikanlah.Andai ia sekadar menambah murkaMU.

Amin.

#Semoga cepat sembuh.Ujian(sakit) adalah tarbiyyah dariNYA.Senyumlah.Kerana ada manusia dibiar sihat dan terbiar. #percayapadaku ?

#18.03.11? 18+3+1+1 = 23! #ohkebetulan ?

5.8.11

berubah tanpa mengubah

Mana perginya tulisan carca merba caci maki hamun kau?

Oh ada masih.Itukan aku.Hanya mahukan sedikit beza.Dan ia mudah pada waktu ini.Dalam erti maksud kata mengawal amarah jua emosi berapi.

"Oh aku ini kan orang berpuasa"
Memujuk diri bila perasaan memberontak jiwa menggelegak. #ayatsejukhati #maksudhadith

Jangan risau.Kau itu nantinya manusia pertama aku maki.Caci.Sebab kau tak kisah semua itu tapi kau kisah siapanya aku.

Hih.Terima kasih sahabat selamanya.

Puasa mengajar tentang apa itu sabar.Cuba menghayati ini.

Kalau kalian mahu terus berpalat menyakat menggugat.Teruskan.Mungkin ia memberi erti sengit untuk terus bertahan bersabar

Hih.

Salam Ramadhan ke-5!

Dimana kita?
Masih mencari tercari teraba momentum akannya penghayatan?

Oh nasib kamu bergantung sepenuhnya pada kamu.Bukan orang lain.Nak berubah.Kamu itu kena berubah.Bukan mengharap orang lain mengubah.Mereka hanya punya daya bantu dalam mengubah.Sepenuhnya masih bergantung pada kamu. #notetoself  [13:11]

Jomlah berubah.

Hih.









p/s -

Apa beza puasa kamu dengan puasanya Ahli Kitab?Sahur!Jadi bangunlah sahur.
Jangan nakal-nakal.Syaitan masih mampu tersenyum walau sedang diikat.Jom buat mereka menangis.

4.8.11

hakikat diri

Rasanya sepi bila rasa terbuang.Bila rasa hilang.Satu rasa yang pernah membuah rasa cukup.Tak perlu siapa.Hanya diri dan sendiri.Menjaga dan rasa dijaga.Setiap laku dan perbuatan rasanya dibimbing terpimpin.Bila sedih terusnya mengadu menangis.Mudahnya ia mengalir.Senangnya sebak itu hadir.Puas tiada tara terus hilang lara.Bangun dan kembali bergegas jalani hidup.Gah menyanjung santun yang terpimpin walau dalam jangkauan minoriti.


Hubbu-ddunya.Membentuk lautan majoriti kini.

Dibiar terus menerus mengisi setiap benak kepingnya hati.Lalu ia kini mati dan itu dirasa kini.

Berilah kekuatan.Untuk secebis kasih dulu.Terimalah diri ini seadanya.Agar dia mampu membingkis senyum.Atas rasa agungnya kasih ilahi.Tak selayak sebanyaknya dulu namun sedikit sudah cukup bererti kali ini.

Fitrah cinta ini tidak diminta.Apatah lagi diharap mahupun didamba.Mengharap diberi kekuatan untuk utuh bernafas  menyelami fitrah ini  tanpa perlu membuang dan membenci.Tak berdaya untuk itu.Sungguh!

Kasihani aku.
Kisahlah tentang aku.
Pandanglah dengan belas ikhsan kotornya diri ini.

Kau mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini.Maka pimpinlah ke arah itu dan kuatkanlah pijakan kakinya disitu.Jangan sekali membiar diri ini menentu nasib untuk diri bersendirian walau hanya untuk sebentar.

Aku mengaku khilaf juga kerdil diri ini.Dengan aku juga tahu Kau itu tak pernah menyia jalan kembalinya seorang hamba.

Terimalah.
Untuk sekian kalinya.Sedang esok lusa nasib diri ini tak pasti.Kembali menyanjung mengagung manisnya dunia.Mengharap penerimaan itu berterusan tanpa lelah bosan.Hingga nafas terakhir harapnya.Mardhatillah!

Agar Ramadhan kali ini.Punya erti tersendiri buat diri.

Bagi sedar akannya hakikat penciptaan diri.




Amin.





p/s -
Cinta itu memberi kuat bukannya melemah -HAMKA-
Dambakan cinta DIA.Cinta manusia menyusul sendiri dengan pimpinan redha.Pasti.

3.8.11

"err..." bukanlah jawapan

Apa yang telah kamu perbuat kepada "teman"?Tanggungjawab kamu sebagai "sahabat"?

Err..
Aku bagi dan kongsi gembira suka duka.Ambil tahu.Ambil berat.

Itu saja?

Err..
Terkadang memberi ingat.Lalu kata dan perbuatan amat sedikit sejujurnya.Hanya detik hati selalunya atas tidak punya daya upaya dan selemah-lemah manusia aku ini.Menadah tangan mengharap.Moga mereka lihat dan punya fikir sepertimana aku fikir.Acapkalinya.

Kamu nampak api menjulang itu.Situ tempatnya kalau kamu persis punya laku ini.

Err..


"Duh!Aku bukan baik mana nak bagi nasihat.Aku pun tonggang terbalik menjaga diri."
Monolognya aku.

Kalau itu keluhan kau.Persepsi kau bahawasanya hanya mereka yang baik boleh dan layak memberi nasihat dan ingat?Punah dunia penuh dengan mereka yang sesat sebelum sempat kau itu menjadi baik.

Cuba memberi kekuatan.Memujuk diri.


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

Katanya Imam Hasan Al-Basri.

Jadinya mudah begini.Aku menghargai teguran kalian.Sama sepertinya harapnya kalian boleh menerima teguran.Saling antara.

Bila di sana nanti ditanya.Sekurang ada jawapan mampu kita beri.

Kerana "Err.."

Bukanlah jawapan.



...

p/s - 

....And cooperate in righteousness and piety, but do not cooperate in sin and aggression. And fear Allah ; indeed, Allah is severe in penalty. [5:2]


1.8.11

bila adam punya kotak suara bersuara

Ramadhan pertama.Syukur diberi kekuatan sihat tubuh badan untuk mencari secebis perhatian dariNYA.Moga kekal hingga keakhirnya.

Blogwalking sebelum tidur.Sebelum sahur.

Tertarik dengan tulisan "sexist".
Tulisan ini sebagai jawapan menjawab kepada persepsi seakan berat sebelah.

Oh aku pernah meluah tentangnya.Sini. ADAM [Klik]


Bila cakap berdasar pengalaman.Apa yang terjadi pada diri.Aku pastinya adam pertama bangun untuk  ini.Bukan menegak benang yang basah.Bukan kerananya ego.Sejarah lalu tidak menipu.

Kalian bicara berdasar apa?Pemerhatian tentang apa yang berlaku di sekeliling?Cakap orang?Ikut suka?Suka suki hati?
Hih.Tak cukup kuat untuk di buat hujah dibanding pengalaman dilalu sendiri.Aku menggelarnya sampah darinya hujah.

Peace!

Oh ini ayat aku.

Adam itu tak selalunya punya laku itu.Hawa itu tak selalunya semulia itu.


Dua-dua manusia.Tercipta bersamanya nafsu.Ego.Kenapa saling menyalah?Cari dan perbaiki khilaf diri.Dan jadilah manusia.Tak kisah.Kalian itu Adam atau Hawa.Faham ini.Tiada masalah.Tidak perlu berbalah saling menyalah.Buang masa.Masing-masing tak nak kalah.

Jangan dimpi wanita semulia Siti Khadijah.Andai diri tak seagung pekertinya Muhammad. [pbuh]]

Sedar diri?
Oh dah lama sedar.Sebab kenapa kurang senang dengan golongan,fahaman,tulisan juga komennya si "sexist". 
Sexisme?Ada ke?

Hih.

Peace!




p/s -

"Sexist" pergi gali lubang.


...