21.8.11

"tali lusuh ini"

.


Kita dulu.
Bersua.Kenal dan bertatih mewujud saling terima antara.
Beza warna kulit.Beza tempatnya tumpah darah.
Beza percaya.
Beza adat.Beza santunan.
Beza segalanya.
Namun dicemuh diludah bezaan itu jauh-jauh.
Kerana organ merah darah ini lagi pekat.Lagi dekat.
Meronta meminta dicoret warna warna dari luar.
Diberi dan dihulur lalu dibiar sebati sendiri.
Lalu terbentuk jalinan warna.
Pada tali lusuh ini.

Jatuh bangun tangan saling dihulur.
Nangis tawa dihilai sama.
Perih jerih diharung rapat.
Diisi ruang-ruang kosong.
Dipenuh jurang-jurang terpisah.
Dicari jalan keluar yang tampak buntu.
Kerana kasih pada tali lusuh ini.

Bukan kerana tali lusuh ini yang disayang.
Bukan kerana takut tali lusuh ini hilang.
Tapi lilitan yang membentuk tali lusuh ini.
Tapi waktu lama mana teranyamnya lilitan tali lusuh ini.
Yang mahu dijulang.
Diagung sebenarnya.

Tipu kalau selalu gembira.
Dusta kalau selalu tertawa.
Bohong kalau selalu bahagia.

Walau pelbagai rasa cuba mahu meruntuh membunuh.
Walau pelbagai anasir hitam cuba merobek memusnah melihat ia punah.
Tapi sempat hanya bertandang mimpi.
Tapi sempat hanya bersinggah impi. 
Tersadur kusam dek kuat kuasanya jalinan warna ini.
Tetap utuh tali lusuh ini.
Makin lama makin melilit.
Makin lama makin sengit.

Kita kini.
Hampir dipenghujungnya 
Sudah jauh benarnya.Terasa kejap bentarnya.
Perjalanan ini.
Nanti kita pergi.Biar kita pergi.
Biarkan tali lusuh ini tapi.

Tersemat persis.

Di sini.





Atas katil bujang,Klang Bandar Diraja.
3.04pagi : 21 Ogos 2011,21 Ramadhan 1432H
Tali lusuh ini.






p./s :

Buat kawan-kawan seperjuangan Doktor Perubatan Veterinar 2007-2012.
Khas untuk kawan-kawan paling ketat.Terima kasih sebab jadi kawan.Aku bahagia.Sampai mati kita kawan.Janji.[I/A]


Entah apa aku mengarut.Pak Samad baca mesti beliau mencarut.Cuba-cuba Pak!Tengah merangkak mengalas cita mahu jadi dewasa ni.Dewasa fikir.

4 comments:

faza17 said...

WOW..
mantap lah kau..
kata penuh sirat *double thumbs up*
coolioooo
keep it up~~

BUDAKECIK said...

ya.inspirasi dari kau gak MAK Samad:)

pertama kali.
Tak pandai pun.Main tulis je.
merosak bahasa aku rasa.

Hih.

Nanti aku deklamasi sebelum kita pergi..
tak pun kau ke.aku malu.Hih

faza17 said...

wahaha aku kalau deklamasi hancur sajak even sajak pak samad kau pon hancur..confirm..hehe

pertama kali da bersirat

aku punya pertama kali direct je.. huhu =)

BUDAKECIK said...

oh takpe..kita boleh buat kolaborasi..penyatuan 2 idea..

rasa macam teruja.

hih.

Bahasa bila dilayan.Indah.:)
Manusia?Gundah!:)