30.9.11

cerita hari jumaat #3

Hari ini.Hari semua - semua tak kena.

Kena marah.Kena tukar Final Year Project.
Kena marah sebab sibuk Final Year Project.Kena tukar Final Year Project sebab masa.

Salah masa.Dua - dua.

Tapi kawan - kawan aku kata aku berani.


Kau memang berani la mat.Aku dah geleng kepala kot.Kau masuk gak apahal?
You ni memang beranilah.


Berani tak bertempat.Salah tempat.

Jumpa kawan - kawan yang aku suka.

"Go out."
"Its OK.Its OK."


Kena bahan.Celaka punya kawan.

Maaf Dr.Tiada niat untuk kekurangan ajaran.Cuma itu masa yang ada.Masa luang yang dia ada.Terima kasih kalau faham situasi aku dalam.

Takpelah.

Hari ini memang palat.Esok masih ada.





p/s :

Terima kasih Dr C.Jadi yang sangat bantu bila buntu.
Terima kasih #DNCH.Jadi bahu bila diperlu.


28.9.11

kosong

Manfaatkan segala ruang - ruang yang kosong.Yang selalu penuh.Perjalanan akhir mencorak cita.Jenuh bila selalu penuh.Berdebar - debar asbab rasa otak masih dan selalu kosong.

Sekosong hari ini.

Petang ini.

Kosong.Bila fikir depan sikit.Terus jadi penuh.

Macam gagak jumpa setengah air dalam botol.Masukkan batu - batu.Sikit - sikit sampai penuh.Sampai hujung mulut botol.Baru paruh mencapai air.Baru dapat rasa nikmat air.

Macam itulah hidup kosong aku.

Batu - batu itu usaha aku.

Air itu matlamat aku.

Nikmat.





p/s : Batu - batu itu kena bersih.Baru dapat rasa air yang bersih.Batu kena yang besar - besar.Baru cepat penuh.Baru cepat dapat air.Cuma jangan besar sangat.Takut tak muat.Penat dapat.Air tak dapat.




24.9.11

kehidupan di pagi buta

Bangun pagi - pagi buta waktu kawan - kawan sedang membuta.Diringankan segala yang berat - berat.Mata, langkah dan kemalasan.Mencorak perjalanan sebuah cita dengan warna.Biar tak cantik tapi ada warni.

Bila jumpa mereka - mereka yang juga terpaksa tak membuta.Hilang terus nafsu pada mata.Datang cahaya suka.Gelak tawa pagi buta.Rasa benar kehidupan.Dalam gelap.

Kehidupan kadang tak perlu pada cahaya - cahaya.

Untuk rasa gembira.

Cuma perlu percaya.



Tiada susu tapi boleh memberi susu.



p/s :

Memerah susu - susu yang putih.Walau gelap.Yang putih tetap putih.

Susu dibalas tuba.Selalu dah rasa.

Sekarang waktu untuk membuta.




22.9.11

mata yang sakit

Semalam tolong kambing yang sakit mata.Sekarang mata aku pula yang sakit.

Infectious?Contagious?Apa beza?Ha!

Pening - pening lalat.Pastikan diri untuk terus hadir.Tak nak jadi yang macam dulu - dulu.Nak jadi kuat walau tak sihat.




Mencipta SUDOKU sendiri waktu kuliah.




p/s : Tak intai anak dara mandi.


Sakit lagi mata usha gambar - gambar.Dikongsi sama dengan hati.
Pujuk diri sendiri.Sendiri - sendiri.

Kawan - kawan yang tak sihat.Moga kalian cepat sihat.Boleh senyum sama - sama.

21.9.11

hidup baru bermula

Keluar waktu pagi indah dan balik kala langit gelap.Badan penuh sengal sana sini.Perut berbunyi.Otak sedikit sebanyak berisi.Letih seisi.

Dulu waktu ini yang ditunggu - tunggu.Boleh goyang kaki melepas lelah.Sekarang tiada beza.Haiwan besar.Haiwan kecil.Bukan mengeluh.Penat cuma.Kejutan cara hidup.

Di satu sudut lain.Aku adalah kegembiraan.

Sekarang sedang menahan kelopak mata menyedia minda untuk kerja - kerja yang mula bertimbun.Tugasan itu ini.Nasib rasa ini tidak berseorangan.Kawan - kawan seangkatan berkongsi rasa sama.

Padan muka sama - sama.

Minta diberi sama kuat.Boleh terus senyum.

Sama - sama.

Walau penat.




p/s : Mata sangat berat.Baru minggu kedua.12 minggu lagi.


20.9.11

yang

Yang mahu ditunjuk kisah.Kepada.Yang dikisah kisahnya kadang tak tertunjuk.Daripada.

Yang terlebih faham dalam ni.Sini.Yang mahu difaham dalam tu.Kedalaman.Yang sangat dalam.Sampai tak tersampai hingga saat ini.

Yang juga sangat berbeza.

Persepsi.Dunia.Rasa.Hampir kesemua.

Yang hairan kenapa masih?

Diri sendiri pun bingai tak tahu.






p/s : Bagai anjing dengan bayang - bayang

15.9.11

niat saja yang mampu

Kadang rasa tak berguna.Selalu cuba nak buat yang macam - macam untuk kelihatan berguna.Sempat saja berniat.Laku selalu tak sempat.Nak buat tapi tak ada izin.

Jadi niat saja dalam - dalam dan diam.

Diam sebab hormat dan sedar sebenarnya taklah berguna mana.

Taknak jadi kawan yang hanya ada bila senyum itu lebar dan hati sedang riang.Sedih sendiri sendiri.Masing - masing.Sama yang macam ayat kubur lain - lain.


Tapi itulah aku sebagai kawan.

Taknak tapi kena buat - buat nak.Nak tapi tak boleh.

Niat sajalah yang mampu.




p/s : Entahlah

manusia ini yang rasanya makin kurus #2

Monolog sendiri tentang perubahan diri di bilik yang di bawah tanah.Sambil paksa tangan sendiri menghulur nasi ke rongga mulut.Sikit - sikit.Menghayati keenakan yang sebenarnya tiada.Tak sampai.Sekadar nak jaga hati si perut.Dibiar kosong nanti merajuk.Sebijik macam perangai hati.Senang merajuk.Makin teruk semenjak dua menjak ni.

Datang kawan yang juga pelajar paling atas tapi nanti jadi tabib manusia melawat.Kawan baik dari sekolah menengah di Johor dulu kala.Bersambung kebaikan jadi kawan di UPM.5 tahun.Tabib manusia dan tabib haiwan boleh duduk semeja dan sekepala.Boleh masuk jauh.Aku dan dia buktinya.Selesa bersama.Faham terlebih.Minat dan sangap masih dari yang bukan sejenis.

Toto.

Dialah kawan tu.

"Eyh aku takde selera makan.Kawan - kawan aku pun kata aku makin kurus."
"Aah.Kau makin kurus."
"Sini aku check."


Physical examination.Raba sana raba sini.Ketuk itu ketuk ini.Rasa semacam.. Kalau orang - orang yang lalu lalang nampak.Sumpah macam aksi tengah buat projek sejenis.

Profesional punya fikir.Langsung tak kisah.Dibuang jauh - jauh interpretasi yang jahat mereka.

Tak mahu cerita apa komen dia.Tapi cukup untuk lahir dari benak lelaki makin kurus ini satu azam.

Nak berhenti makan asap!






p/s :

Terima kasih untuk pemeriksaan percuma dan justifikasi yang lahanat tapi jujur yang terus bagi sedar.Nak hidup lama dengan usaha dan yakin takdir telah tertulis.
"Kalau silap lampau jadikan kita lebih manusia. Bersyukurlah To.Manusia mana tak buat silap."
Kata aku untuk dia.

"Lagi tinggi iman, lagi kuat dugaan Taq"
Kata dia untuk aku.

Berfikir yang dalam.Masing - masing diam.Tak mahu jadi pencacai nafsu!Dua - dua setuju.


14.9.11

manusia ini yang rasanya makin kurus

"Eyh kau makin kurus la"


Pertanyaan - pertanyaan yang dijamu sejak jadi pelajar paling atas.

Terus laju - laju tanya kawan - kawan yang selalu jumpa fizikal.Yang rapat.Yang jujur.

"Eyh aku nampak kurus ke?"

"Agakla."
"Taklah.Takde perubahan apa pun dari aku kenal kau."

Jawapan dari kawan - kawan bila lepak bermain asap bila sangap kuliah lama sangat.

Entah.Lagi bingung.Rasa macam biasa.Rasa macam  dulu.Ada juga rasa lain.Mungkin kurang makan dan banyak makan asap dan lagi kurang peluh - peluh jantan menitis.

Sebenarnya tak kisah.Pertanyaan - pertanyaan mereka buat resah melangit.Jadi mahu makan yang banyak.Mahu pandai yang lagi amat banyak.





p/s :

Kurang nafsu pada makanan.

Kawan - kawan banyak yang berubah.Semua yang baik - baik.Teruskan.Nak berubah selalu banyak dugaan dan banyak syaitan.Jadi yang persis!


benar benar untuk teman

Entah apa aku rasa malam - malam yang makin pekat ni.Rasa dalam ni sekelam malam ni.Bukan tentang aku.Tapi sudah jadi sebahagian yang aku.

Bila itu sedih.Sini pun sedih.Apa - apa yang itu rasa.Aku rasa yang apa - apa itu.

Teruskan kehidupan Teman!Apapun jadi.Yakin yang tiada sudah janji Dia.

Hanya ini yang termampu.Kalau boleh mahu saja buat walau diluar mampu semahu.Jadi bahu.Jadi yang bantu.Jadi yang melihat titisan yang mengalir itu disalut sama kekuatan.

Jadi yang terpaling kuat Teman.

Aku ini kan rasanya Sahabat.

Walau  palat.






p/s : Tuhan.Bagi dia sejuta kekuatan dari jutaan - jutaan kekuatanMU.






12.9.11

hari ini jadi pelajar paling atas

Hari pertama sebagai pelajar paling atas.Yang terakhir.Semua nampak ceria.Luaran.Dalam aku tak tahu.Masing - masing punya diri dan interpretasi.

Aku ada macam - macam rasa.Teruja paling atas.Cuak lagi sangat atas.

Seronok dapat jumpa kawan - kawan yang aku suka.Tiada yang berubah.Semua makin handsome dan cantik.

Moga berjaya dengan ceria kawan - kawan.

Sama - sama untuk kali terakhir.






p/s  :

Untuk kawan melepak bermain asap.Harap kau tabah.Aku ada sebagai kawan.Kalau nak tempat meluah.Janji aku tadah.Aku bersimpati.Harap kau terus kuat,tabah dan segala yang bukan lemah dan putus.






10.9.11

kembali ke "sekolah" #2

Basuh kasut - kasut.Satu semester sekali.Bukan setiap hujung minggu macam sekolah dulu - dulu.

Basuh semua baju, seluar dan semua yang boleh dibasuh.Semua - semua 3 baldi.

Qi baju dah siap.Nak sidai kat mana nih?Banyak sangat.
Sidai je mana - mana.Janji kering.
Nasib baik ada kakak yang rajin dan baik.

Pena, nota - nota dan semua - semua yang punya kaitan dengan "sekolah" dicari dan diletak pada tempatnya.

Kemas bilik bujang yang macam sarang - sarang.

Mandi manda bersama TAQ 7955. Tukar minyak yang lama.Sedut semua "habuk - habuk".Susun patung - patung di belakang.Harap dia akan terus sihat dan boleh bawa aku ke "sekolah" laju - laju.

Secara ringkas perbuatan - perbuatan sebelum kembali ke "sekolah".Hampir siap.Sekarang perlu hanya fokus.Bawa otak berfikir jauh - jauh dari semua rasa yang kurang senang.Mahu ke "sekolah" bukan berbalah.

Buat kawan - kawan yang aku suka yang suka ke "sekolah".Ucapan selamat dari aku untuk kalian.Sekolah betul - betul.Rajin - rajin dan jadi banyak yang pandai sedikit yang bingai.

Selamat kembali ke "sekolah"!
Kawan - kawan yang aku suka.

Berjaya sama - sama!




Kurang lebih 3 bulan bermalas di sini.Mahu ditinggal tak lama lagi.









p/s :

Rasa seperti TAHI.Tidak diperlukan.Terima kasih untuk rasa ini di waktu - waktu akhir.Rasa di-diskriminasi dan diskriminasi itu adalah benarnya TAHI.

"Diskriminasi menjatuhkan aku.Reputasi kini menjadi bisu.Dan aku.Ku layu"
Bila TAHI menyanyi lagu Bunkface.

Tak mengapalah.
Sekurangnya masih punya lalat - lalat yang setia sebagai teman.TAHI tak memilih sangat kawan.Janji rasa dihargai.Itulah seadanya kawan.Pergi mati sama istilah "lama" dan "baru".

Lalat "baru" tak suka TAHI?
Sungguh.Pergi main jauh - jauh kalau tak suka TAHI.
TAHI makin tak kisah.TAHI mahu ke "sekolah".


Cukup - cukuplah jadi pengemis Taq.Fokus!
Bereh boh!


Monolog sendiri.

9.9.11

kembali ke "sekolah"

Nak potong macam mana?
Pendek tapi taknak pendek sangat.
Medium?
Aah.

Sembang kosong bersama amoi.


Dah janji dengan mak nak potong rambut sebelum masuk semester.Petang tadi tak buat apa - apa.Jadi pergi menunaikan janji.Jalan sorang - sorang cari amoi yang boleh potongkan rambut.Jumpa dan dia HOT.Sebab dia pandai potong rambut.

Potonglah Qi.Rambut kemas.Tak handsome pun nampak handsome.

Bila mak bersuara.

Potong rambut sebab nak nampak handsome dengan dengar cakap mak.

Dah potong!

Nak masuk kuliah pertama hari Isnin.Pelajar paling atas.Otak paling bawah.Duh!




SEBELUM

Aku suka rambut ni tapi mak tak suka tapi ada kawan - kawan yang aku suka.Suka.


SELEPAS

Un-waxed.Tunggu amoi pakaikan wax.









Beli barang - barang yang aku suka buat ke "sekolah".



p/s : Dah tak boleh pakai cekak.

cerita di akhir perjalanan

Waktu - waktu akhir.

Menyumpit harimau bintang.Vaccine anak - anak singa girang.Potong kuku harimau belang.Pasang microchip pada burung - burung terbang.

Semua dalam satu dan laju - laju sebab mahu bergegas pulang.

"Nake - nake".Kerang berdarah dan berbau.Malu kecil dan malu besar.Nasi kangkang.Kuat pancut.

Habis kuning otak yang sudah kuning.

Terima kasih Dr Choy dan Mr Lim untuk segala tunjuk ajar.Aku menghargai dan akan terus menagih ilmu dari kalian.Jumpa lagi nanti.Tunggu aku.Jangan pergi dulu!



Vaccine anak - anak singa girang.

Cenderahati daripada Dr Choy sebelum pergi.


Gelak tak sudah.Sempat edit dan print.


Duh!

"You are always welcome here at Zoo.I'll try to teach you as much as I know la.Who knows next time we work together will be as colleagues and not student."

Kata - kata terakhir dari seorang yang dianggap mentor.
Terima kasih Dr!

Terharu biru.








p/s :

Penat.Baru sampai "rumah-manis-rumah".4 jam menyusur jalan - jalan yang gelap.Sekarang mahu lelap.

Maaf kawan.Tak sempat meluang masa bersama.Terkejar - kejar masa.Jumpa semester buka nanti.Terima kasih yang banyak!Kirim salam ibu.

Bila harap gembira diberi sedih.Terima kasih juga.Malas mahu fikir dalam - dalam.Penat.Biarlah.Satu hari nanti kamu mungkin mengerti.Mungkin tidak.Mungkin juga aku tidak lagi kisah.

7.9.11

lagi - lagi cerita perjalanan






 Kau rasa binatang apa?
Stabilize IV line  through ear vein.Intubate without using laryngoscope.
Benda - benda baru yang senggama minda.Walau bukan aku yang buat.Nak stabilize IV line kat anjing pun dah berpeluh - peluh.Takpe.Sesuatu yang baru untuk mata.Ada peluang pasti tangan mencuba.





Mr Lim,Aku dan Dr Choy.
Kalah bila masuk level Hard.Salah dan putus asa.




p/s :

Eyh Taqiyudin ni dia kuat pancut.

Sebenarnya kuat pecut.Tersasul.Habis hyperemia muka.Sungguh haram.Dia ala - ala wingman.Semua perempuan dia recommend.Tapi sayang aku dah sayang #DNCH.

Banyak benda aku lupa.Benda basic pun lupa.Rasa amat bingai hari ni.

6.9.11

menunggu mata lelap

Kebelakangan ini tak banyak tulisan - tulisan.Jauh sekali bosan.Tiada masa terluang seperti waktu - waktu dulu.Tapi masih mahu mencipta picisan - picisan.

Kenangan bila berpeluang jadi benar dewasa.Duduk dikerusi malas sambil mengenang zaman gemilangnya muda - muda.

Kalau umur panjang.

Kalau ada sumur di ladang.Puas sudah menumpang mandi.

Di sini.

Sunyi bila malam.Lagi sunyi bila kelam.

Hati.

Kat mana - mana pun jadi.Manusia apa entah aku ni.





p/s  :

Menunggu mata lelap tapi jari - jari masih menekan papan kekunci putih.Jadilah picisan ini.

Esok bermain lagi dengan Neofelis nebulosa.Sakit otak tapi tak tahu apa punca otak sakit.



lagi cerita - cerita perjalanan

 Bila mata bertentang lantas jatuh ke hati.Kena pijak mati.Nama dia "Matang"



 Dr "Sumpit" menanti hasil sumpitan.



 Pelatih Wasabi.Baru mula berjinak menjadi pelatih yang melatih.Sumpah letih!



 Skandal terkini.Sangat panas.





 Bila - bila kelapangan.Dia mentor untuk permainan ni.Tipu kalau menang.Kalah tipis.Tak seteruk dulu waktu mula - mula bermain nombor.Versi halal.Menang puas.Kalah buas.
Dulu Easy sekarang Medium.Nanti datang lagi.Insane.




Tempat ini.Beza dulu dan kini.Macam Zoo Negara kurang lebih.



 Tiba - tiba ada terselit nama dihujung hasil catatan seorang ilmuan.Terharu.Terasa terlalu dihargai dengan bantuan yang sedikit.Sini!




p/s : Tak marah cuma penat.

sampai pada perjalanan

 Benarnya tidak berseorangan.Dia persis dengan senyuman terlampau dibelakang.



 Mak kata jangan bawak laju - laju.Biar lambat.Janji sampai.Baik mak!



Senyum bila nampak papan tanda ni.




 Sampai - sampai belum sempat melepas lelah.Sangat teruja.Hilang terus penat.




p/s :

Terima kasih "kawan" tunjuk jalan dan tempat menginap.GPS hidup.
Terima kasih Dr C bagi pinjam moderm wireless.Sangat terharu dan sangat laju.




.

5.9.11

bersiap pada perjalanan

Bersiap mahu ke satu - satunya tempat binatang - binatang di utara tanah air.Menambah bekalan ilmu yang maha cetek didada.Persediaan menjadi pelajar paling atas.Tapi ilmu tak separas.Sadis!

Macam - macam rasa.

Entah.

Moga selamat mahunya.






p/s  : Tiada teman.

4.9.11

dari barat ke timur dari timur ke barat

Perjalanan bersama mereka - mereka.Sebelum masing - masing membuat haluan dan laluan sendiri.

Penat.Tapi masih mahu menulis.Sangap!

Cincailah.Janji ada.

Gambar - gambar yang aku suka sebab terselit cerita tapi malas nak cerita panjang - panjang.






Belajar - belajar menjadi dewasa.



 Atas batu atas pulau.



 Cucu - cucu atuk."Tanya Sama Pokok"


Pencacai serabai selepas 4 jam memandu.


Aku ada hanya family.Yang sayang aku dengan sebenar sayang.Unconditional orang putih kata.Aku sayang mereka - mereka.Sebab dengan mereka aku bebas menjadi diri sendiri.

Jangan sayang aku bilamana aku bukan yang aku.Walau elok tapi bukan aku.Biar buruk tapi aku.


p/s : Cuti semester berbaki daki dan sisa.