15.9.11

manusia ini yang rasanya makin kurus #2

Monolog sendiri tentang perubahan diri di bilik yang di bawah tanah.Sambil paksa tangan sendiri menghulur nasi ke rongga mulut.Sikit - sikit.Menghayati keenakan yang sebenarnya tiada.Tak sampai.Sekadar nak jaga hati si perut.Dibiar kosong nanti merajuk.Sebijik macam perangai hati.Senang merajuk.Makin teruk semenjak dua menjak ni.

Datang kawan yang juga pelajar paling atas tapi nanti jadi tabib manusia melawat.Kawan baik dari sekolah menengah di Johor dulu kala.Bersambung kebaikan jadi kawan di UPM.5 tahun.Tabib manusia dan tabib haiwan boleh duduk semeja dan sekepala.Boleh masuk jauh.Aku dan dia buktinya.Selesa bersama.Faham terlebih.Minat dan sangap masih dari yang bukan sejenis.

Toto.

Dialah kawan tu.

"Eyh aku takde selera makan.Kawan - kawan aku pun kata aku makin kurus."
"Aah.Kau makin kurus."
"Sini aku check."


Physical examination.Raba sana raba sini.Ketuk itu ketuk ini.Rasa semacam.. Kalau orang - orang yang lalu lalang nampak.Sumpah macam aksi tengah buat projek sejenis.

Profesional punya fikir.Langsung tak kisah.Dibuang jauh - jauh interpretasi yang jahat mereka.

Tak mahu cerita apa komen dia.Tapi cukup untuk lahir dari benak lelaki makin kurus ini satu azam.

Nak berhenti makan asap!






p/s :

Terima kasih untuk pemeriksaan percuma dan justifikasi yang lahanat tapi jujur yang terus bagi sedar.Nak hidup lama dengan usaha dan yakin takdir telah tertulis.
"Kalau silap lampau jadikan kita lebih manusia. Bersyukurlah To.Manusia mana tak buat silap."
Kata aku untuk dia.

"Lagi tinggi iman, lagi kuat dugaan Taq"
Kata dia untuk aku.

Berfikir yang dalam.Masing - masing diam.Tak mahu jadi pencacai nafsu!Dua - dua setuju.


2 comments:

faza said...

good luck!!! *support*

love ur lung, bro!!
and other organs too of course~

=)

BUDAKECIK said...

Doa yang panjang untuk kawan yang makin kurus ni.

Rasa asap berkepul - kepul dalam ni.

Terima kasih untuk sokongan anda.

:)