26.11.11

aku bukan taman permainan

"Pergi main jauh - jauh.Sini bukan taman permainan."

Jerit hati.

Bila nak gembira.Datang dan bermain semua - semua permainan yang ada.Girang.
Bila penat.Lelah diluah.Peluh diludah.Ditinggal sebegitu.Tiada langsung rasa berterima kasih.

Untuk kegembiraan yang telah digapai.

Esok bila sedih dan mahu gembira.Datang lagi.Langsung tiada rasa malu.Segan silu.

Dengus Si Taman Permainan.Kepada manusia - manusia.

Tapi.Sini.

Aku.

Bukan taman permainan.Bukan tempat untuk bermain.Dan dipermain.

Cari tempat lain.










p/s : Sangat terkilan.Yang sangat kali ni.


"Biarlah.Apa nak jadi.Jadi lah." 
Cuba hidup dengan ayat ini.Bukan putus asa.Cuma rasa cukup.

7 comments:

paah said...

bro
ckp org2 pengalaman,
letak Dia dlm hati
mmg akan cukup

new year, new start, new hope =)

may Allah bless~~

p/s:nmpk ko solat mgrib td speechless

BUDAKECIK said...

Betul lah.

Rasa sebegini datang pada waktu yang hebat.Tahun baru.

Mula semua - semua yang baru.

Apapun jadi.Hidup kena terus.

Amin.Kau juga.

p/s : Kenapa?Muka aku muka tak solat ke?

Hah.

"Gua dengan manusia semacam lahanat.Dengan Tuhan.Gua sujud"

Ayat ni tak berapa bagus.
Tapi masih ada isi.

Cuba nak ada nilai baik sesama manusia.

Tapi namapun manusia.

Susah tapi kena.

Macam ayat perintah kurang lebih maksud "Masuk dalam agama keseluruhannya"

Cuba.

paah said...

heh

nama pon ujian
bukan kita taw bila Dia nak uji

aku tataw apa2
apa2 pon be strong!

p/s:bukan tu la mksd aku..bukan aku x sgka ko solat bro..

cuma manusia senang rasa diri dia bagus..cepat je rasa diri dia paling bagus..manusia senang rasa puas hati..manusia senang rasa diri da beriman

so bila nmpk ko solat td rasa sentap..

taleh ckp lebih2..org ckp klu nk puji org puji dlm hati je~ =)

BUDAKECIK said...

Sedang dalam kehidupan menerima kenyataan.

Tak susah.Tapi taklah mudah.

Ok.Aku jadi yang terpaling kuat.

Amin.


p/s :Aku tak faham.Ayat kau pun dah macam - macam sekarang.

Hah.

Bukan nak tunjuk baik.Cuma bersyukur ada waktu tertentu utk mengadu.

Yang mereka - mereka lain tiada.

Ini ayat dari ustaz sekolah aku dulu - dulu.

Utk lihat kewajiban 5 kali itu suatu yang indah.Bukannya beban.

Hih.

paah said...

ayat aku macam macam belajar dari blog kau. hah.

sweet gila ayat ustaz kau

sgt simple tp meaningful~

BUDAKECIK said...

Ada guna juga blog aku ini.Ingatkan sampah.

Dah fikir-fikir nak angkat kaki dari bekerja menghasil picisan -picisan.
Tiada apa dah nak cerita.
Lepas ni.

Ustaz mana yang tak sweet?
Ustaz mana yang tak beri ingat?

Ambil.
Dan bila rasa malas.
Bila rasa selimut kulit babi tu tebal.
Ngiang-ngiangkan kata -kata tu.

Bingkas bangun dan kau pasti tersenyum puas.

Syukur.

Ada Tuhan yang selalu mendengar.

Hina mana kita.

Itu janji Dia.

:)

paah said...

aik?

takkan nak angkat kaki da
terusla tulis

ko ada creativity luar biasa

yg x ramai org ada