17.2.14

Aku tak penat

Satu hari bila aku rasa penat. Yang macam tak larat. Yang macam keparat. Yang amat sangat. Sangat.

Aku sendiri beritahu diri aku sendiri yang aku sebenarnya tak penat. 

Aku masih boleh lagi berjalan bila tak mampu berlari. Merangkak bila tak mampu berjalan. Atau duduk diam. Hanya fikir yang aku sedang berjalan. 

Atau mungkin sikit-sikit mengesot.

Aku ada kat mana aku ada sekarang kerana sebuah percaya yang;

Bila mana mati anak Adam, terputus semua kaitan dunia dengan diri kecuali salah satunya; ilmu yang disampaikan yang bermanfaat yang diamalkan.

Talian hayat.

Bila nanti duduk seorang-seorang. Di kehidupan kedua. Menunggu siksa- siksa.

Harapnya usaha sedikit ini membantu. Untuk jadi teman hari di mana seorang bapa tidak mengenal anak. Atau. Kau bapak aku ke? 

Teruskan.

Walau perlu mengesot.

Untuk terus.

Sebab. 

You Not Only Live Once.

YOLO tu apa?

Rukun iman ada berapa?
Yang di imani?

Boleh pilih - pilih?

Sayur! Sayur! Sayur!






Mengesot.Mengesot.Mengesot.

Aku tak penat.





      
                                 


Ada lah

Picisan pertama dari "smart phone". 

Sementara bekerjaya ada lah duit sikit-sikit nak pakai smart phone.

Ada lah rezeki tukar pre-paid kepada post-paid.

Ada lah kuota internet 5GB.

Ada lah.

Entah apa-apa. Merapu.

Gaya hidup macam semut.

Bila gula habis.

Boleh makan garam?




10.2.14

Tiba - tiba.

Tiba - tiba ada keinginan untuk kembali menulis. Blog sawang. Tiba - tiba ada masa untuk pergi sepintas lalu picisan - picisan dahulu. "Ada kehidupan juga aku ini sebenarnya". Tiba - tiba terfikir.

Sibuk menggubah kehidupan dewasa. Mahu sambung belajar. Mahu sambung zuriat. Macam - macam nak sambung.

Sedang menyambung. Ada orang - orang bertanya. Bila nak siap? Bila lagi?

Macam nak sambung belajar tanpa biasiswa. Samalah  macam nak sambung zuriat tanpa isteri. Hidup ni macam - macam.

Tunggu dengan dahi terus di pijakan kaki dan tangan yang menadah. Penuh pengharapan.

Kadang - kadang bangun pagi. Kadang - kadang  terfikir "Betul ke jalan yang aku pilih ni?"
Tak pasti apa yang menanti di depan. Cuma pasti janji Tuhan tentang redha ibu - bapa.

Senyum tak perlu kata apa - apa.

Hidup ni macam - macam.

Tiba - tiba pun.

Tahu - tahu hidup.

Alhamdulillah.