Tiba - tiba ada keinginan untuk kembali menulis. Blog sawang. Tiba - tiba ada masa untuk pergi sepintas lalu picisan - picisan dahulu. "Ada kehidupan juga aku ini sebenarnya". Tiba - tiba terfikir.
Sibuk menggubah kehidupan dewasa. Mahu sambung belajar. Mahu sambung zuriat. Macam - macam nak sambung.
Sedang menyambung. Ada orang - orang bertanya. Bila nak siap? Bila lagi?
Macam nak sambung belajar tanpa biasiswa. Samalah macam nak sambung zuriat tanpa isteri. Hidup ni macam - macam.
Tunggu dengan dahi terus di pijakan kaki dan tangan yang menadah. Penuh pengharapan.
Kadang - kadang bangun pagi. Kadang - kadang terfikir "Betul ke jalan yang aku pilih ni?"
Tak pasti apa yang menanti di depan. Cuma pasti janji Tuhan tentang redha ibu - bapa.
Senyum tak perlu kata apa - apa.
Hidup ni macam - macam.
Tiba - tiba pun.
Tahu - tahu hidup.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment