21.8.15

27

Di usia ini. Nekad jadi usahawan;punya klinik sendiri.
Terima kasih, Tuhan. Atas rezeki ini.
Tapi. Ia tak mudah,bukan mudah, semudah mencoret tulisan ini. 

Serabut, tungkus lumus, tunggang terbalik, kusut masai. Namakan apa lagi?Apa - apa lagi yang boleh mengambarkan situasi susah. Sangat susah. Teramat dan yang amat. 

Hilang masa untuk keluarga.
Ada. Waktu makan malam balik kerja; tapi diam membungkam seribu bahasa. Mengunyah dengan rasa gundah.

Maafkan aku; mak dan abah. 

Tapi aku tahu. Mereka tak pernah berhenti, tak pernah putus berdoa untuk aku. 

" Pandu kereta hati - hati. Ada masa lapang kat klinik; solat dhuha. Baca Al-Quran ye Qi"

Itu pengulangan kata - kata dari seorang mak. Sebelum berangkat mencari rezeki. Selama 7 bulan ini

Terima kasih mak! 

"Solat awal waktu. Ada masa pergilah masjid; berjemaah. Iktikaf." 

Nasihat malam jumaat daripada Abah; waktu berkumpul satu keluarga.

Terima kasih Abah!

Moga - moga Allah panjangkan umur mereka, agar aku dapat berbakti, balas jasa mereka. 
Kasihani mereka sepertimana mereka kasihani aku kala aku tak mampu mengelap hingus sendiri hinggalah saat dewasa ini.

Aku mengertikannya sangat - sangat; Tuhan.

Kurnia syurgaMu buat mereka.

7 bulan.

Bahagi kepada 2. 
2 ketukan. Ketukan kembali kepada fitrah seorang hamba; Hina, daif, kebergantungan, lemah. Dan apa - apa yang setaraf dengan perilaku yang patutnya ada pada hamba. Hamba sejati. Bilal Bin Rabah? Macam dia. Hamba, hitam.Tapi mulia syurga.

Ketukan pertama.

Hilang.

Hilang ceria. Hilang interaksi sosial normal manusia. Bersukan? Dalam mimpi.
Bukan tak mahu. Aku tak mampu. Tak larat. Waktu rehat, waktu cuti sehari itulah waktu yang aku ada. Lalu aku buat apa? Tidur. Nikmati erti sebenar tidur. Sebab fikir penatnya 6 hari mendatang. 

Sudahlah penat. Rasa susah! Bukan 9/10 rezeki dari perniagaan?

Sangsi diri sendiri. 

Satu hari punya fikir. KENAPA?SAMPAI BILA?

Dia ketuk hati yang penuh tompokan hitam dan alpa dan  penuh dengan impian - impian duniawi ini.

"Dia yang bagi rezeki,Taq. Apa kau buat dengan Yang Maha Memberi Rezeki?"
"Agak - agak? Tanya je."

Subuh kelaut!
Dhuha jamak bersama Subuh!
Dosa - dosa semalam?Senang hati? Malaikat lupa catit? 

Dah tu? Mengeluh itu ini kenapa? Salah sana sini apa? Caci maki cari tempat untuk menyalah mengapa?

Tersedar dari monolog panjang.

Perlahan - lahan bawa diri, didik hati pada mati. 
Berkhalwat; di Rumah Dia.

Belajar - belajar.

Tukar kitaran cara hidup; Tuhan Selalu Pertama.
Subuh mulai jadi teman.
Karya agung Dia jadi kawan baik pada lidah. 

"Nak jadi huffaz la. Rasa - rasa sempat lagi ni"

Tenang. 

Walau kerja banyak. Pelanggan akal kurang lagi dari anjing. Pesakit mati.Jadi  pengemis hutang pelanggan.

Tetap tenang.

Sabar seakan mudah. Tiada lagi mencaci maki dinding seorang - seorang.
Ramadhan terbaik pernah aku ada. Aku rasai.

Rasa tak sabar nak pergi kerja. Macamnya tak sabar nak kahwin.

Tapi. 

Ketukan kedua. 
Juga hilang.

Siapa kita untuk jadi arkitek takdir?

Terpaku pegun. Tiada kata - kata. Berkaca - kaca mata dengan airmata berhari hari lama. 

Kenapa Tuhan?Apa aku perbuat kerana aku impi redhaMu? Kan?
Apa aku perbuat kerana aku impi bahagia dengan dia dalam redhaMu? Kan?
Lalu kenapa ini terjadi, Tuhan?

Memberontak. Jadi pemberontak. Kononnya mahu memperjuang hak. Meronta - ronta membabi buta. Lebih teruk dari perilakunya babi yang buta.

Kenapa?
Kenapa?

Hingga saat ini.

Sampai letih. Tak berdaya. Mayat hidup penuh tangis.

"Sampai bila?"

Terbit satu monolog rasa. Di rumah Dia.

"Jangan pergi main jauh - jauh sangat Taqiyudin. Main sini - sini, dekat dekat sini je; Rumah Dia. Nanti sampai waktu, nak balik senang, tenang"

Kali ini rasa kebergantungan itu paling hebat selama 27 tahun bernafas di bumi Dia.

Perlahan - perlahan pujuk diri sendiri; sendiri - sendiri.

Lillahi Taala.
Engkau tahu yang sangat - sangat tentang impian dan usaha - usaha ke arah impian aku; Tuhan. 

Kasihani aku.

"Aku mahu sayang dia dalam keadaan DIA sayang aku"
Masih mengharap. Punya harapan.
Cuma dalam versi lebih percaya.

Bila rasa mahu kembali memberontak;
Monolog ini sedikit sebanyak bagi rasa kuat dan tenang;

"Cukuplah Allah bagiku; Allah is sufficient for me."

Ulang - ulang sambil pegang dada yang kadang - kadang mahu kembali memberontak, menuntut hak. Masih menangis. Masih.

Ketukan kedua.

Lebih tenang.

Cukuplah.
Jalani hidup dan teruskan ke depan. 

Ada hikmah.

Yang mungkin esok lusa tulat aku akan tahu. Mungkin waktu itu, saat itu,  lidah ini meluah hanya satu kata;

TERIMA KASIH TUHAN.


Teman hari - hari sukar aku ini, Tuhan.

Terima kasih juga; NJA.
Dalam tak sedar, kau sebenarnya punya dan main watak utama dalam ketukan pertama dan kedua ini.

Jadikan aku adam lebih baik.

Apapun nanti akhirnya.

Aku redha.
Kita pasti boleh redha.


Terima kasih.
Jadi sebahagian kisah - kisah dalam 27 tahun aku hidup.


Tuhan.

Ampunkan dosa - dosa;

Aku. 

Dia.


Berkemas.

Mahu pergi.
Teruskan jalan.
Dengan masih punya harapan.
Dengan cara yang lebih baik.
Lebih dewasa.
Lebih percaya.


Dia kan pemilik hati?


Moga Tuhan redha.


Bismillahi lillahi Taala.


    
                                                             























P/S: Doakan aku kuat. Pergi  dulu; NJA. Assalamualaikum.















No comments: