27.6.09

Man Utd : Home Shirt 2009/10






Wah!Aku tak sabar.Nak kumpul koleksi.Tapi.Seperti biasa.Perlu menunggu.Heh!Aku adalah pemakai jersey kids size!Gelak ah.Gelak.Iskh!
Apa ada hal.Janji.Fit nicely.Kan?
Jersi season lepas.Aku beli pun masa pertengahan season.Huhu.Lama.Baru jumpa di MALAYSIA.Betapa.Negara yang tercinta.Jauh ketinggalan.Faktor jarak mungkin.Haha.

..Negaraku...Tanah tumpahnya darahku...
(Menaip sambil berdiri)
Ada gak kena lempang dengan Najib ni.Haha.

Apapun.Aku bangga.Aku anak MALAYSIA!Hoho.

Komen?
Entah.Sekali kau minat.Bagi lah design apa pun.Ia tetap gah!Cantik!Menarik!Menawan!Kan?

V for VICTORY.Kata Ji Sung Park.

Ok.Kita tengok.Apa akan jadi.Selepas ketiadaan diver.Kah!
Aku dah semangat.Download fixtures 09/10.Dan ia telah menjadi wallpaper desktop aku.Aha!

Semoga berjaya.My boys!!!

25.6.09

Bukan aku


KUALA LUMPUR: Seorang peminat anjing mendakwa diperdaya seorang doktor veterinar menyebabkan dia kerugian hampir RM1,000 selepas anjing yang dibeli gagal diserahkan seperti dijanjikan.


Mangsa, Lau Koon Pau, 27, berkata, dia mula berminat memiliki anjing peliharaan selepas diberitahu kewujudan individu yang menjual spesies anjing cantik ‘Shin Tzu’ di Pulau Pinang.

Menurutnya, seorang rakannya memberitahu ejen berkenaan doktor itu adalah pakar membiakkan baka anjing berkenaan sebelum dijual dengan harga RM950 seekor.

“Saya menghubungi doktor itu melalui telefon dan menyatakan hasrat untuk membeli haiwan peliharaan itu.

Haria Metro, Rabu, 24 Jun 2009

Berita penuh [Klik]



Inilah akibat.Tak aplikasi ilmu dari subjek Ethics.Mungkin!Atau?Ha!Haha.Aku terasa.

Hek eleh! Weyh!Tak kisahla kau fail atau repeat kertas untuk semua test.Janji kau paham.Kau mengerti.Apa tujuan subjek ini.Apa output yang kau perlu tau.Kan SarawakianBoy?Haha.Aku dan dia punya persepsi yang sama tentang ini.Kerna.Aku dan dia.Senasib!Haha.

A is not everything!...bla..bla..bla...

Satu hari dia bersuara.Penuh dengan kata-kata sinis.Tapi.Aku dapat terima.Bukan aku seorang.Apa yang dia cuba sampaikan.Terima kasih.AP Dr. S!

Entah.Aku semacam rasa MALU.Saat meneliti artikel ini. Mungkin.Mungkin sebab.Aku telah punya JIWA vet.Kah!

Sembang tak nak jatuh la kau bro!

Haha.Siot.Serius dowh!

Betul.Aku serius.Sayu bila baca artikel ini.Bersama timbulnya satu nafas baru.Azam.Tekad.Akan aku jaga nama profesyen ini.Sebaiknya.Ini janji.Janji aku.


Angel side

Cayala bro!

Yeah!Azam baru!

Kau boleh punya bro!

Evil side

Yela kau!

Bukan kau ke selalu datang lambat ke kuliah?

Suka ponteng kuliah?lab?


HAHA.

Bila Evil mula mengungkit!Weyh.Itu dulu.Aku bicara soal yang baru.Sekarang.Terkini.Yang lepas.Lepas la.Kan Angel?Huh.


Fuh!Cuti berada dipenghujungnya.Perjuangan seterusnya akan bermula.Seperti biasa.AZAM semester baru.

*Sigh*

Seperti tiada beza.Punya atau tiada azam baru.Jangan putus asa bro!6 sem je lagi!Come on!Be Strong!


Ok....................~


*sambung tidur*

aku nak mimpi yang indah-indah.Hingga malas untuk wujud di dunia realiti.Penat.Sunyi.Sepi.Bosan.Adalah realiti.Ermm.



16.6.09

Buli

Tadi.Pergi klinik.Atas paksaan mak.Degil bukan aku?
Tak!Aku malas nak menunggu giliran.Baik aku tidur kat bilik.Lagi seronok!Setuju?
Dan.Aku tak suka suasana klinik.Menakutkan.Bagi aku.Dan bau klinik adalah semacam.Serius!

Jumpa guru besar.Masa sekolah rendah.TERjumpa!
Dalam hati aku.Jangan la dia tegur aku.Minta-minta.Dia lupa aku.
Kurang ajar punya anak murid.Haha.


Tak!Bukan!
Ada sebab.Yang buatkan aku malu.Segan.Untuk menegur dan ditegur.Ada kisah.Disebaliknya.
Tapi........

Wah!Dah besar awak eyh?
Sakit apa?
Sekarang belajar kat mana?
Owh.Hebat!
Best of Luck!Belajar rajin-rajin.

Sepatah-sepatah jawapan aku beri.Penuh sopan.

Tahukah kau?Aku pernah di rotan olehnya.Seingat aku.Darjah empat masa tu.Aku dan kawan-kawan.Didapati bersalah.Membuli pelajar lain.

Hek!Budak tu.Psycho!Mental retardness!Serius.Entah apa-apa.Bengang aku.Jalan depan orang.Buat muka.Muka celaka.Kena sound.Menangis.Report guru besar.
Hek eleh~.Muka ganas.Dalam.Lembut!Sotong!Opps..
Apa barang!~
Wa cakap lu.Kalau lu nak jadi gengster.Ganas.Paisey.
Luar dan dalam beb!
Tengok macam gua.Huh!

Erkh!Tak-tak!Tak perlu.Aku tiada contoh.Yang baik atau jahat untuk diteladani.Tiada.Kah!

Haha.Emo.Bila aku teringat kisah ni.Malu beb.Kena rotan.Kalau dekat bilik guru besar tak pe.
Dekat perhimpunan rasmi!Hari Isnin.Satu sekolah kenal beb!
Heh!

Kawan aku yang sound.
Aku dan selainnya.Sekadar mengajuk.Menuang minyak.Kasi api lebih marak.Membara.
Sebab kitorang berempat satu geng.Empat-empat kena!
Aduh!Bukan sakit!MALU!

Haha.Kenangan.Seronok bila kau kenang kembali.
Dan.Dia buat aku.Untuk kembali mengenang.
Zaman sekolah rendah.
Takdelah jahat.Nakal.Ye.Nakal.
Kalau jahat.Anugerah Tokoh Pelajar.Bukan aku punya kot.Ketua Pelajar?
Haha.Poyo!Kau!

Sudah lebih 10 tahun berlalu.Tapi.Tetap manis untuk dikenang.

Aku?

Si Pembuli.
Kena rotan masa perhimpunan rasmi.

10 tahun yang lalu.

Percayakah kau?



Haha.




15.6.09

Man Utd : Tiada lagi CR7!!

.



Pergilah.
Mula-mula aku kisah.
Aku gelisah.
Tapi akhirnya.
Aku mengerti.
Aku yakin.
Tanpa kau!
Dia masih lagi mampu bersinar.

Kau anak yang baik.
Kata mak kau.
Sebab kau selalu dengar cakap.
Playboy?
Baik ke?
Entah!
Aku bukan.Jadi aku tak tahu.
Cepat-cepat menjawab.Haha.
Dan SANA adalah impian kau sejak kecil bukan?
Pergilah.

Apapun.
Terima kasih!


Serius ke dia pindah!
Yela kot.Asal?
Dah tak best la dowh

Kawan aku.


Bukit Jalil.Tanpa dia.Mungkin?
Entah.Aku tak pasti.
Sedikit hilang teruja.Kalau benar.
Hampir benar.

Aku beli tiket mahal-mahal.Sebab nak tengok dia la.Jangan la pergi.

Bila macha mengeluh.Haha.
Tenang bro!Aku paham perasaan kau!
Walau kau.Peminat Spurs!
Aha!

Aku?Tiada perasaan.
Waa!~
Erkh.
Ada.Sedih!
Haha.
Lelaki.Memang macam ni kan?
Suka berlagak macho.Mengaku je la kau nak menangis.Sedih.
Kah!


Hampir setengah bilion.Ringgit Malaysia!
Siapa tak mahu bukan?
Dunia oh Dunia!~






.

13.6.09

Nikmat yang hilang


Aku SAKIT MATA.
MATA aku SAKIT.
MATA SAKIT.aku!

Kau nak tambah?Sila!

Haha.
Alasan.
Kenapa menyepi.

Anak buah aku.Pembawa.Ceit.Susu di balas tuba.Heh!
Mula-mula.Aku ingat biasa-biasa je.
Tapi.Melarat!Tak selesa.Sakit otak!
Masa sujud.Pergh!Rasa nak terkeluar biji mata ni.
*Alasan escape solat jemaah.*
Bertuah punya anak!Haha.

Tak.serius!
Sakit!
Tak selesa!
Macam-macam lagi!


Herh!Dah terlebih masa.Mata aku.Sudah mula mengeluarkan cecair.
Aku.Hilang sesuatu.

Yup!
Aku kehilangan satu nikmat.
Yang aku harap.
Hanya untuk sementara.
Hanya untuk menguji.
Hanya sebagai peringatan.
Bukan untuk selamanya.
Moga-moga!Amin.

Kini.Aku sedar.Semua yang aku ada.Hanya pinjaman.Sedarkah kau!?Sedarlah!
Huh!Baru nak sedar!?

Doa.Mata aku cepat sembuh.Boleh kembali beraksi.Di dunia fantasi.Kah!
Tak!Serius!

11.6.09

i'm not a FREESTYLER!

Hurm.Hari ini.Aku tak tidur langsung.Sejak menatap result semalam.Hingga saat ini.Yup.Bila kau ada matlamat.Dan kau.Berusaha sedaya upaya.Untuk capai matlamat tersebut.Tapi.Di akhirnya.Seakan-akan.Tidak memberi apa-apa makna.Sedikit pun!Masih di tampuk yang sama.Gambaran.Seolah-seolah kau tak pernah berusaha ke arah itu.Sakit bukan?Payah untuk kau terima bukan?

Tidak!.Bukan hendak menyalahkan takdir.Bukan tidak menerima suratan.Tidak!Sekadar luahan.
Apapun yang berlaku.Selama aku hidup.Satu.Yang masih aku pegang.Hingga saat ini.Percaya pada USAHA!Tak kisahlah apa hasilnya.Apa di akhirnya.
Janji.Kau dah buat yang terbaik.Itulah kepuasan!Bagi aku!

Ok.Cukuplah.Bukan ini tujuan entri kali ini.
Aku tak tidur.Dan aku isi masa lapang aku.Untuk lupa segala duka.Aku rakam satu video!Aha!
Seronok!Sehari suntuk aku menghadap laptop.Edit video.Hasilnya.Aku suka.Maaf.Kalau kau tak suka.Aku tetap suka.Dan aku mampu untuk berbangga.Bukan riak!Heh~

Video.Tentang benda yang sangat aku minat.Aku suka.Dan aku bercita-cita untuk menjadi!Tapi.Aku punya komitmen yang lebih utama.Study!Kah! Serius!
Sekadar mengisi masa lapang.Suka-suka.

Aku dah tak larat.Mata aku.Minta di pejam.Yeay!Aku bukan lagi insomniac!Haa!

Dan.Video ini.Aku tujukan khas buat kau GARY ARWIN!
Pemain Futsal UPM.Perghh!
Juga freestyler!Anggapan aku sendiri.Hah!
Aku banyak belajar dari dia.
Dia.Salah satu.Sumber inspirasi.Dalam penghasilan video ini.Kah!
Aku dan dia?Jauh panggang dari api.Pasti!

Dan juga.Semua freestylers di luar sana.Sejujurnya.Aku tak pandai.Tak hebat mana pun.Tapi aku minat.Tak salah bukan?
Hanya video yang ringkas.Tapi cukup.Cukup untuk buatkan aku puas.Tersenyum sendiri.
Ya.Aku bukan freestyler!

Ok.Layan!





















p/s 1- Maaf.Kualiti video tidak memuaskan.Terpaksa convert ke format yang lebih kecil.Atau.Berjanggut nak upload.Huh!

p/s 2 - Dia!Aku speechless.Clueless.Bukan aku tidak mahu tolong.Tapi.Satu je.Aku nak kau tahu.Aku.Kawan-kawan sejurusan.Seperjuangan.Memahami.Sangat-sangat.Apa yang kau rasa!Yup!Harap itu membantu.Walau sedikit.Apapun.Be strong!

10.6.09

10 . 06 . 09

Makan malam.Bersama mak dan ayah.Berbual.Perkongsian keluarga.Biasa.Aku je.Kuat berahsia.Tak!Aku tak menipu.Hanya berahsia.Betul!Tak tipu.Haha.

Sedap masakan mak.Gelojoh aku.Waktu ini lah nak rasa masakan mak.Bila lagi?Dah masuk belajar nanti.Jamek pun layan.Terpaksa.Huh!Makanan paling sedap di Asia Tenggara.Wa cakap lu.Datang la kolej 17 UPM.Rugi kau!Haha.

Sedang sedap menjamu selera.Terima mesej.Dari kawan aku.

Woi!Result dah keluar.Semoga berjaya.

Celaka kau! Getus hati kecil aku.

*celaka adalah ayat gurauan.bukan celaan.Menunjukkan.Betapa kami rapat.Boleh diterima ke?haha*

Lantas bangun dari meja makan.Telefon dia.Untuk kepastian.Hilang segala selera.Kenapa waktu ini!Huh.

Kau biar betul.Bukan 11 jun ke?
Tak.Dah keluar. Aku dah cek dah.
So. Amacam?
Biasa-biasa je bro. Aku pun dah biasa tengok result aku camni.
Haha.K bro.Aku nak pergi cek.


Huh!Jantung berdegup.Tidak seperti yang biasa.Tachycardia!
Pantas masuk ke bilik.Penuh debaran.Setiap kali jari jemari menekan papan kekunci laptop.

140700
******
*enter*

Adoi!Alamak!Heh!Apa ni!
Macam bukan result aku je.
Seperti tidak percaya.Serius.Aku tutup.Dan login semula!
Ya!Result aku!Pasti.
Hampir-hampir airmata jernih menitis.Tahan!Kau perlu kuat.Budakecik!
Yup.Aku punya prinsip.Walau apapun terjadi.Tiada airmata untuk ini.Tiada guna.Tangisi benda yang lepas.

Focus on what you still can control.That is.Studying as best as you can.
You can't do much by worrying.Worrying is no use.Just let bygone be bygone.

Terima kasih.Teman!
Masih dalam ingatan.Kata-kata ini.Masih ada lagi.
Masih memberi kekuatan.

Hurm.Entah!Aku tak pasti perasaan apa yang aku ada.Di saat mata meneliti.Satu persatu subjek.
Matilah!Lagi sekali.Yup.Sekali lagi.Ini kali kedua.Keputusan bukan seperti yang aku impikan.Aku mahukan.Aku idamkan.Aku citakan.Bukan!Sekali lagi!

Bukan suatu kejutan besar.Untuk satu subjek.Tapi kejutan untuk subjek yang lain.
Satu subjek.Memang sedari awal.Aku pasrah.Dari awal!Heh.Biarlah kau E!

Yang lain.Entah.Clueless!Aku sendiri tidak punya jawapan.Huh!
Bagi aku.Aku buat lebih baik.Kali ini.Dan patut dapat.Lebih baik sebagai hasil.Sekurang-kurangnya!
Takpela.
Memujuk diri sendiri.Untuk sekian kalinya.
Tak boleh tipu diri sendiri.Yup.Sedih.Aku.Sedih.

Relax ah bro.Aku pun lebih kurang je.Enjoy cuti ni dulu.Sem depan kita dekan sama-sama.Ok?Haha.
Kawan aku dari Sarawak.

Kau macam tak kenal dia.Bukan betul sangat.
Relax deh!
Kawan aku dari Kuantan.

Terus bermonolog.


Aissyyhh~
Kenapa hidup ini................
Tak seperti yang kita impikan?
Tak seperti yang kita inginkan?
Tak seperti yang kita idamkan?
Kenapa?

Apalah kau!
Inilah kehidupan.
Perlu ada corak.Perlu ada variasi.Perlu ada kelainan.Perlu ada cabaran.Perlu ada dugaan.
Masakan kau tak biasa.Lebih 20 tahun sudah.Kau bernafas!Huh!

Dahla.Sudah.Cukup.
Percaya cakap aku.Kau dah buat yang terbaik bukan?Just let it be.Terima.

Ok.
Tak.Aku hanya perlukan masa.Seperti yang telah aku coretkan di entri yang lepas.Aku perlu masa.Untuk terima kegagalan.Untuk terima sesuatu.Di luar jangkaan.Yup.Masa.


Fuh!Apapun.Aku perlu lebih kuat.Tabah.

Chill baboi!Haha.

Tawa penuh duka.Hakikatnya.



p/s - bukan 2 hari.Tak sampai pun setengah hari.Kah!Aku suka kejutan.Walau.....iskh!Tahan bro.Tahan!Haha.Tak!Serius!

9.6.09

+ dan - perlu bersama

Semakin hampir.
Masa inilah.Baru nak flashback.Ok ke tak aku jawab hari tu.Boleh ke?Dan pelbagai lagi persoalan timbul.
Wah!Kepala menjadi semakin serabut.Bila kau mula fikir benda yang dah lepas.Kerana.Hakikatnya.Kau takkan mampu mengubahnya.Sedikit pun!Ini kenyataan.Yang kau harus terima.

Yup.Aku dah cuba yang terbaik.Tawakkal adalah jalan terbaik dan terakhir.Aku mampu dan harus buat.Serius!Aku susah terima kegagalan.Lagi-lagi.Bila kau bandingkan usaha kau yang tak pernah kenal penat.Dengan keputusan yang kau terima.Tidak setimpal.Tidak berbaloi.Sangat-sangat!

Nope!Bukan menidakkan takdir.Hanya berkongsi sebab dan alasan.Kenapa kegagalan.Susah untuk aku terima.Yup.Pada awalnya.Ia sukar.Tapi pada akhirnya.Dengan hati yang penuh terbuka.Aku terima.Mengaku.Kau.Mengabaikan sesuatu.Yang tak patut kau abaikan.Meninggalkan sesuatu yang tak patut kau tinggalkan.Telah!
Yang berlaku.Punya hikmah.Ambil masa.Untuk sedarinya atau tidak.

Muhasabah.Merenung kembali.Apa yang lepas dan telah dilakukan.Buatkan aku untuk terima. KEGAGALAN.Yup.Kalau kau selalu positif.Dan kau perlu untuk selalu positif.Tapi!dengan tidak mengabaikan kehadiran si negatif.
Aku bercakap dan menulis ini.Atas bimbingan sebuah pengalaman.Yang telah aku lalui dan rasai.Serius!Aku pernah alami.Kau akan rasa kejutan.Bila kau terlalu positif.Dan sampai satu tahap.Kau tak mampu.Untuk terus positif.Kerna?Kau tak pernah bagi ruang pada diri.Untuk hayati dan terima.Si negatif.

Faham?
Ok.Satu contoh.Adaptasi dari penghidupan lepas.Budakecik.

Kau rasa.Hidup ini selalu indah.Kena selau ceria.Senyum.Positif.Walau apa terjadi.Dalam situasi ini.Kau langsung tidak bersedia.Untuk hadapi dan terima si negatif.Sedikitpun tidak.Bila si negatif wujud dalam diri.Cepat-cepat kau buang.Jauh jauh.Tanpa kau hayati.Tanpa wujud persoalan.Mengapa dan kenapa ini terjadi.Tidak.Kau buang jauh-jauh.Terus.
Dan.Bila bukan satu atau dua si negatif yang wujud.Banyak!Dalam satu-satu masa.Disinilah.Kelemahan diri kau terserlah.Kau rasa sangat lemah.Tersangat lemah.Untuk positif.Ia terlalu payah.Mustahil.Dan.Kau kalah!Akhirnya.

Yup.Ini.Apa yang telah aku alami dan benar-benar terjadi pada diri aku.
Aku bernasib baik.Saat itu.Aku punya teman yang cukup memahami.Dia.Buatkan aku untuk sejenak berfikir.Tentang ini.Dan.Aku mampu memahaminya.Final exam sangat hampir saat itu.Gambarkan situasi ini.Sangat genting.Buat aku.
Terima kasih bro.Buat mak kau juga.:)

Kesimpulan.
Kita tak boleh selalu positif.Hanya positif.Tak boleh!Bagi ruang.Untuk hayati.Rasai.Kenali si negatif.Biarkan dia hadir.Ambil peluang kehadirannya.Untuk bina kekuatan.


Sekali lagi!Perlu selalu POSITIF.Harus!Positif telah melengkapkan separuh jalan bagi kerja yang kau akan lakukan!Pernah dengar bukan?
...tanpa kau abaikan si NEGATIF.Yup!Si Negatif.

.......................................................................................

Ya.Begitulah.tamat sudah ceramah motivasi oleh Prof. xXx.Terima kasih Prof.Sudi meluangkan masa.

Kah!
Haha.Entah.Aku tak pasti.Kenapa aku.Terus dan terus begini.Tidak punya cita untuk menjadi pakar motivasi.Prof dipangkal nama.Punya!Haha.Serius!InsyaALLAH.
Apapun.Sekadar mahu berkongsi.Pengalaman.Tak salah bukan.Hanya mahu memberi satu nilai baik.Untuk di hayati bersama.Terpulang!Aku.Tidak berniat yang lain.


2 hari lagi!


*dont think so much dear*
buk!mimpi rupanya.Kah!


perlu bersama

7.6.09

Shisha

Pukul 2 pagi.Masih berjaga.Adik aku.Ada bersama.Semalam.Pulang semula ke rumah.Ambil barang yang masih tertinggal. Dua-dua di ruang tamu.Layan movie.Tiba-tiba.

Bosan ah.Eyh,Tadi kite nampak botol shisha kat bilik abang ateng(abang aku) ah.Dia punya ke?
Tak ah.Kawan dia.Dia pinjam.

Oh.Ye ke.
Pandai buat tak?
Tak.Hisap pandailah kot.

Samalah.Takpe.Jom cuba.Nak?

Kantoi dengan mak nanti camne?Bau ah.
Kita buat kat luar ah.
Ok.Kantoi.Kau jawab.
Takda hal la.


Haha.2 beradik.Bila kebosanan.Dua-dua penghidap insomnia.Tidur kala siang.Berjaga di malam hari.Akibatnya.Datang idea bukan-bukan.Belajar membuat shisha.Kerja gila.Memang!Mak & ayah aku tahu.Mati!

Botol shisha kepunyaan kawan abang aku.Baru tahu.Dia juga layan shisha.Kadang-kadang.Tapi tidak merokok.Yup!Biasalah.Kawan aku pun sama.Tak merokok.Layan shisha.Entah apa beza.Heh!

Selepas 15 minit berusaha.Aplikasi dari apa yang telah dilihat.Yeah!Pembelajaran secara tidak formal.Curi ilmu!Haha.

Dan hasilnya...

Fuh!Sedap!Layan!Sesedap shisha di Bangi dan MFC.Wa cakap lu!~Serius!Pertama kali buat.Berjaya!Baru aku sedar.Aku punya bakat terpendam.Kah!
Tak payah bazir duit.Shisha di luar.RM 10 lebih kurang.Berbeza mengikut populariti tempat.Heh!

Adik aku.Mengadu pening kepala.Selepas tamat sesi bermain asap.Kah!Padan muka.Nak sangat.Ambil!Rasakan!
Hurm.Hanya sekejap.Takut mak bangun.Haha.Bertuah punya anak!

Shisha?Hurm.Hanya sekali sekala.Lepak bersama teman-teman.Merayakan habisnya final exam.Aku tak suka sangat.Sebab.Aku pasti akan terba**k.Habis kena gelak.Heh!Gelak la.Aku tak kisah!Apapun.Sekadar suka-suka!

Sudah bercita-cita.Untuk memiliki set sendiri.Aku!
Tunggu hadiah harijadi dari kawan.Haha.Bulan 8 bro!Aku tunggu.Tak de.Siap kau!
Haha.

Wah!Aku belajar sesuatu yang baru.Dan unik.Hari ini!







epal + mint.Ciptaan aku.Sedap!Haha.


membership card.Kah!

4.6.09

Kolej 17


Ok.Serius.Aku dah tak tahu nak tulis apa untuk di kongsi bersama.Dalam blog ini.
Cari ilham.Apa nak tulis eyh?Terus termenung.Hurm.

Tiba-tiba.
Ok gak ni.Haha.Aku tergelak sendiri.
Pantas masuk ke bilik.Mula menulis.

Semester lepas.
Entah.Asal lambat je.Muka aku dan teman-teman serumah.Masuk ke dewan kuliah.Dengan muka bangun tidur.Terkadang.Terpaksa tinggal beg kat luar.Masuk buat muka baru balik dari tandas.Haha.Tujuan.Tak lain.Pasti nak jaga hati 'L'.Kedua.Tak sanggup nak dengar leteran 'L'.Pagi-pagi.Heh!

Adoi!Kelas Pat** pagi tu.Habislah aku kalau lambat.Memang dah lambat!Oi!
Dia cukup pantang kalau orang datang lambat.Tegas beb!Bekas pengetua kolej askar.Kah!Serius!

Masuk.Hati penuh berdebar.10 minit terlewat.

Where are you from?

Amoi.
Penang!

Tiba giliran aku dan teman-teman.

You?

Kuching!
Bintulu!
Gombak!
Klang!

Satu persatu menjawab.

Fuh.Selamat.Hanya berakhir di situ.

Terus duduk.Duduk di tempat aku.Sejak azali.Paling belakang.Muka selalu lambat.Muka yang hanya boleh dijumpai di barisan belakang.
Kami!
Heh!Apa ada hal.Depan ke.Belakang ke.Janji score!
Boooo.Poyo!
Serius.Apa yang penting,Kau tahu apa matlamat kau datang kuliah dan cuba bagi 100% perhatian.Hah!Awal-awal boleh la.Lama-lama.Masing-masing tersungkur.Keluar.Menghirup udara segar?Eleh!
Metaplasia la weyh!Tak insaf-insaf lagi ke?
Tak!Haha.

Tak sampai seminit berlalu.
Pintu kuliah terbuka lagi.

Where are you from?

Dia.Terpaku.Blurr.Dan menjawab.

err..i'm from....................................college 17!~



HAHAHAHAHA!

Satu kuliah riuh dengan gelak tawa.Pagi-pagi.Kuliah aku dah ceria!Yeah!Bagus.Terima kasih dia.Kerana berjaya menghidupkan pagi kami yang suram.Walau.Dia tidak berniat untuk melawak.Terus duduk.Dengan riak muka yang masih blurr.Menambah lagi gelak aku dan teman-teman di belakang.Haha.

Apa yang lawak?Entah.Aku rasa dia punya jawapan la paling tepat.Kawan aku.Betul.Tapi disebabkan jawapan dia.Lain dari yang lain.Menjadikan ianya lawak.Sempat berdiskusi.Haha.

Kawan kawan aku.Sampai ke akhir semester.Masih tergelak.Bila mengenang kembali kejadian ini.Lengkap dengan aksi.Haha.Serius!

Maaf dia.Sekadar hiburan.Tanpa ada terselit niat lain.
Matilah aku.Kalau dia terbaca entri ini.Tapi.Apapun.Terima kasih.Sekurang-kurangnya.Kau bagi hiburan kepada aku dan teman-teman.Kami menghargainya.Bagaimana?
Yup.Dengan terus menerus gelak.Terima kasih!
Haha!



Dia?
Entah.Yang pasti.Budak kolej 17.
HAHAHAHA.

Lari!!!!





p/s - Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu runtuh.Aku teringat kat man dan wan. Kawan aku dari Terengganu. 2 nate ganu!Haha.Jaga diri baik-baik teman!Nak tubik,tubik tempat selamat sikit.Haha.

2.6.09

Hasil kerja

wOO!!Inilah hasil kerja aku.Setakat hari ini.Bila kau dah bosan.Tak tahu nak buat apa.Inilah yang terjadi.Apapun.Aku sekadar berkongsi.Jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk.Kerna aku yakin.Kau juga boleh dan mampu buat sepertimana aku buat!Heh!

Ha!Komen yang membina adalah dialu-alukan.Kutuk!?Aku cari lu sampai lubang cacing.Haha.Gurau.Sukahati.Kerna budakecik.Tak pernah ambil kisah.Tak kisah!Haha.

Ok!Selamat mencuci mata.Buka hati dan minda.Kerna disebalik gambar.Ada makna tersirat.Kah!






















Maaf

Tadi.Buka facebook.Page kegemaran dan kegilaan ramai.Ranking semasa!Aku salah seorang.Terjebak dengan application di sana.Aku adalah salah seorang pembela monyet.Binatang peliharaan aku.MUnkeys! Tak perlu tanya kenapa aku bagi nama tu.Kan?Haha.Bukan ini tujuan entri.Suka lari topik la kau ni!Huh!
Haha.

Ok.Kembali.Tadi.Terima request dari seorang teman.Teman sekuliah.Jadi apa?
Hurm.Hampir satu semester kami tak bertegur sapa.Kerana sebuah konflik.Masing-masing sibuk dengan komitmen study,assignment.Buatkan masing-masing lupa apa yang berlaku.Waktu cuti yang panjang.Akhirnya memberi ruang.Untuk kembali mengenang benda yang lepas.Apa yang telah berlaku.Apa yang manis.Apa yang pahit.Di sana.Aku dan dia kembali bertegur.

Aku mengaku.Silap aku.Yup.Bukan paksaan.Untuk mengaku siapa yang salah.Siapa yang betul.
Entah.Aku punya sikap yang sedikit agresif terhadap kaum hawa.Aku tak tahu kenapa.Mungkin disebabkan kisah silam.Trauma mungkin.Menjadikan aku begini.

Takpelah.Itu kelemahan diri aku.Yang aku cuba untuk perbaiki.Walau kadang-kadang.Ia berlaku.Bukan atas kehendak aku.Di luar kawalan emosi aku.Emo?Sensitif?Yup!Aku terima tanggapan ini untuk diri aku.Apa yang aku harap.Tak lain.Penerimaan.Terima aku sebagai kawan atas kelemahan ini.Sedikit sebanyak membantu.Perbaiki kelemahan ini.Daripada terus membenci.Ia tidak membantu apa-apa.Benar bukan?

Terima kasih dia.Sanggup dan senang hati untuk melupakan segala yang telah berlaku.Tersentuh!Apapun.Apa yang telah berlaku.Membuatkan aku untuk lebih menghargai kehadiran kau.Yup.Sebagai teman.Dan tak mustahil. Aku dan dia akan jadi lebih rapat.Sama-sama meneruskan 3 tahun perjuangan yang seterusnya bersama.

Kalau kau terbaca nukilan ini.
Maaf!Ikhlas lahir dari hati ini.Untuk sekian kalinya.
Yup.0-0!

..........................................................................................................................................


Haha.Apa punya jiwang ayat kau ni bro!
Weyh!Aku tengah mintak maaf la.Kena la ada feeling.Heh!Kau boleh tak bagi aku ruang dan peluang?Sekejap je aku mintak.Please!
*monolog*

Haha.Terdapat konflik identiti dalaman di situ.
Apapun.Aku benar-benar maksudkan.Apa yang aku coretkan di atas.Benar!


Tiba-tiba teringat.Kata-kata yang dipetik dari filem korea yang aku tengok.Sempat salin kata-kata ini kat handphone aku.Haha.Aku memang cenderung begini.Apa yang aku suka.Aku akan salin.Simpan.Dan hayati.Di kala lapang.Serius!Haha.Itu aku!

Forgiving is just giving your HATE a little room in your HEART.

Benny si kayan yang buat aku terjebak tengok filem ni.

Serius bro!Kau mesti nak menangis kalau tengok cerita ni.Tengok ah!Aku tak tipu...

Desak dia.Huh.Aku pun layan.Dan.Serius!Memang best!Menarik!Aku terkesima!
Tapi tak cukup untuk membuatkan aku menitiskan air mata.Hampir-hampir menitis.Ya!Haha.Tajuk dia.A Moment To Remember.Kalau aku tak silap.

Erkh.Lari topik lagi.Maaf!Haha.

Kembali seperti mood awal..................
Sekian!

1.6.09

Kehilangan

Baru pulang.Menghantar adik.Meneruskan pengajiannya di UNISEL.Jurutera komputer suatu hari nanti.InsyaALLAH.

Tiba-tiba rasa kehilangan.Benar!Cuti aku baru bermula.Dia telah masuk tahun kedua.Siapalah nak teman aku keluar makan malam-malam.Tengok bola di hening pagi.Main counterstrike,PS2.Lepas ni?Huh!
Nak harapkan anak buah aku.4 tahun.Setiap hari.Pulang dari tadika.

Acik(pakcik) Jom main tembak-tembak.(counter strike)

Heh.Layankan.Guna pisau.Headshot.Haha.Apapun.Aku kagum.Bagus.Kecil-kecil.Sudah menunjukkan keberanian dengan tanpa rasa jemu.Haha.

Hurm.Mungkin sebab ini.Buat aku tiba-tiba rasa kehilangan.Seronok.Bila kau dapat belajar banyak benda baru.Walau dari seorang adik!Dia lelaki.Mungkin sebab ini.Aku sangat rapat dengan dia.

Kantoi dengan aku.Berdating!!Heh!Sukahati kau la.Janji tak hilang fokus dan matlamat hidup kau!Selalu nasihatkan dia.Apapun yang kau buat.Sentiasa refresh matlamat hidup dan ingat harapan mak & ayah!Ini apa yang abang aku selalu ingatkan kat aku.Jadi.Tanggungjawab aku.Sebagai abang kepada dia.Buat benda yang sama.Bukan menunjuk.Cuba menjadi abang yang baik.Tidak.Tanggungjawab!

Weyh!Adik kau pun ada awek!Kau?Tak tercabar ke?

Heh!~Aku yang pilih jalan hidup ini.Untuk bersendirian la bro!
Serius.Aku serik.Cuma kekadang.Normal la.Rasa sepi.Rembesan hormon.Buatkan aku kelihatan,berkelakuan seperti TERdesak!Haha.Tak lama.Lepas tu.Kembali normal.Kembali menerima hakikat.Aku perlu dan harus berseorangan.

Aku masih punya teman.Cukuplah.Aku cukup gembira dengan kehidupan hari ini.Dan mengharap sesuatu yang lebih baik untuk hari mendatang bersama teman-teman.
Jadi.Maafkanlah.Terimalah.Kalau terkadang aku mengeluh.Sepi.Sunyi.Haha.
Apapun.Hakikatnya.Aku perlukan teman hidup.Suatu hari nanti.Pasti!
Bukan aku sahaja.Semua kaum adam.Pasti memerlukan kaum hawa disisi.Aku maksudkan yang normal!Yang tidak!Bukan masalah aku.Kah!
Dan.Aku normal!Haha.Serius!



Apapun.Semoga berjaya bro!Selamat menghadiri kuliah esok.Padan muka.Aku masih berselimut saat kau bersengkang mata menahan rasa mengantuk.Mendengar leteran 'L'.Jangan merungut!Kerana.Dunia ini sangat adil!Haha.








p/s - Dia punya blog.Yang usang dan ditinggalkan.Sudah tidak lagi berminat.Untuk kongsi coretan hidup.Dalam dunia cyber.Alasan dia pada suatu hari.Biarlah.Dia punya alasan tersendiri.
Mungkin.Suatu hari nanti.Dia akan kembali.Menjadi kembali seperti mana aku!Saat ini.