7.6.09

Shisha

Pukul 2 pagi.Masih berjaga.Adik aku.Ada bersama.Semalam.Pulang semula ke rumah.Ambil barang yang masih tertinggal. Dua-dua di ruang tamu.Layan movie.Tiba-tiba.

Bosan ah.Eyh,Tadi kite nampak botol shisha kat bilik abang ateng(abang aku) ah.Dia punya ke?
Tak ah.Kawan dia.Dia pinjam.

Oh.Ye ke.
Pandai buat tak?
Tak.Hisap pandailah kot.

Samalah.Takpe.Jom cuba.Nak?

Kantoi dengan mak nanti camne?Bau ah.
Kita buat kat luar ah.
Ok.Kantoi.Kau jawab.
Takda hal la.


Haha.2 beradik.Bila kebosanan.Dua-dua penghidap insomnia.Tidur kala siang.Berjaga di malam hari.Akibatnya.Datang idea bukan-bukan.Belajar membuat shisha.Kerja gila.Memang!Mak & ayah aku tahu.Mati!

Botol shisha kepunyaan kawan abang aku.Baru tahu.Dia juga layan shisha.Kadang-kadang.Tapi tidak merokok.Yup!Biasalah.Kawan aku pun sama.Tak merokok.Layan shisha.Entah apa beza.Heh!

Selepas 15 minit berusaha.Aplikasi dari apa yang telah dilihat.Yeah!Pembelajaran secara tidak formal.Curi ilmu!Haha.

Dan hasilnya...

Fuh!Sedap!Layan!Sesedap shisha di Bangi dan MFC.Wa cakap lu!~Serius!Pertama kali buat.Berjaya!Baru aku sedar.Aku punya bakat terpendam.Kah!
Tak payah bazir duit.Shisha di luar.RM 10 lebih kurang.Berbeza mengikut populariti tempat.Heh!

Adik aku.Mengadu pening kepala.Selepas tamat sesi bermain asap.Kah!Padan muka.Nak sangat.Ambil!Rasakan!
Hurm.Hanya sekejap.Takut mak bangun.Haha.Bertuah punya anak!

Shisha?Hurm.Hanya sekali sekala.Lepak bersama teman-teman.Merayakan habisnya final exam.Aku tak suka sangat.Sebab.Aku pasti akan terba**k.Habis kena gelak.Heh!Gelak la.Aku tak kisah!Apapun.Sekadar suka-suka!

Sudah bercita-cita.Untuk memiliki set sendiri.Aku!
Tunggu hadiah harijadi dari kawan.Haha.Bulan 8 bro!Aku tunggu.Tak de.Siap kau!
Haha.

Wah!Aku belajar sesuatu yang baru.Dan unik.Hari ini!







epal + mint.Ciptaan aku.Sedap!Haha.


membership card.Kah!

No comments: