1.6.09

Kehilangan

Baru pulang.Menghantar adik.Meneruskan pengajiannya di UNISEL.Jurutera komputer suatu hari nanti.InsyaALLAH.

Tiba-tiba rasa kehilangan.Benar!Cuti aku baru bermula.Dia telah masuk tahun kedua.Siapalah nak teman aku keluar makan malam-malam.Tengok bola di hening pagi.Main counterstrike,PS2.Lepas ni?Huh!
Nak harapkan anak buah aku.4 tahun.Setiap hari.Pulang dari tadika.

Acik(pakcik) Jom main tembak-tembak.(counter strike)

Heh.Layankan.Guna pisau.Headshot.Haha.Apapun.Aku kagum.Bagus.Kecil-kecil.Sudah menunjukkan keberanian dengan tanpa rasa jemu.Haha.

Hurm.Mungkin sebab ini.Buat aku tiba-tiba rasa kehilangan.Seronok.Bila kau dapat belajar banyak benda baru.Walau dari seorang adik!Dia lelaki.Mungkin sebab ini.Aku sangat rapat dengan dia.

Kantoi dengan aku.Berdating!!Heh!Sukahati kau la.Janji tak hilang fokus dan matlamat hidup kau!Selalu nasihatkan dia.Apapun yang kau buat.Sentiasa refresh matlamat hidup dan ingat harapan mak & ayah!Ini apa yang abang aku selalu ingatkan kat aku.Jadi.Tanggungjawab aku.Sebagai abang kepada dia.Buat benda yang sama.Bukan menunjuk.Cuba menjadi abang yang baik.Tidak.Tanggungjawab!

Weyh!Adik kau pun ada awek!Kau?Tak tercabar ke?

Heh!~Aku yang pilih jalan hidup ini.Untuk bersendirian la bro!
Serius.Aku serik.Cuma kekadang.Normal la.Rasa sepi.Rembesan hormon.Buatkan aku kelihatan,berkelakuan seperti TERdesak!Haha.Tak lama.Lepas tu.Kembali normal.Kembali menerima hakikat.Aku perlu dan harus berseorangan.

Aku masih punya teman.Cukuplah.Aku cukup gembira dengan kehidupan hari ini.Dan mengharap sesuatu yang lebih baik untuk hari mendatang bersama teman-teman.
Jadi.Maafkanlah.Terimalah.Kalau terkadang aku mengeluh.Sepi.Sunyi.Haha.
Apapun.Hakikatnya.Aku perlukan teman hidup.Suatu hari nanti.Pasti!
Bukan aku sahaja.Semua kaum adam.Pasti memerlukan kaum hawa disisi.Aku maksudkan yang normal!Yang tidak!Bukan masalah aku.Kah!
Dan.Aku normal!Haha.Serius!



Apapun.Semoga berjaya bro!Selamat menghadiri kuliah esok.Padan muka.Aku masih berselimut saat kau bersengkang mata menahan rasa mengantuk.Mendengar leteran 'L'.Jangan merungut!Kerana.Dunia ini sangat adil!Haha.








p/s - Dia punya blog.Yang usang dan ditinggalkan.Sudah tidak lagi berminat.Untuk kongsi coretan hidup.Dalam dunia cyber.Alasan dia pada suatu hari.Biarlah.Dia punya alasan tersendiri.
Mungkin.Suatu hari nanti.Dia akan kembali.Menjadi kembali seperti mana aku!Saat ini.

No comments: