Senyap sikit.Mak nak tidur la.
Senyap 5 minit.Sambung balik bising.Man Utd menang pagi tu.Lepas tu.Masing-masing terkorban.Bangun lambat Subuh entah ke mana.Pergi ke dapur.Cari makanan.
Tiba-tiba.Abah masuk dapur.
Tak yah bagi makan budak-budak ni.Berdosa bagi makan kat orang yang tak sembahyang!
Mak senyum tanda setuju.Aku dan abang-abang aku diam seribu bahasa.Terus patah balik masuk bilik.
Aku mengeluh kat abang aku.Lapar.
Abang aku ajak makan kat rumah nenek.
Satu hari duduk rumah nenek.Sebab nak makan.
Umur aku masa tu?10 tahun!Bukan selalu pun.Sekali je!
[Jadi kalau tinggal solat.Sedar diri dengan tak perlu ke dapur.Puasa.Hmpfft!]
# Aku wakil sekolah bola sepak.Darjah 4.Kena pakai jersey.Seluar pendek.Ayah aku ajak keluar beli #tight malam sebelum aku pergi main bola.Kejadahnya!
Ketat ah abah.Tak selesa.
Aku mengadu mengeluh.Aku kan lelaki.Hah!
Pakai je.Nanti ok la tu.
Ayah aku senyum.
Darjah 6.Aku dapat wakil daerah dengan gelaran "budak pakai tight".Sebab aku seorang je pakai tight.Berkat tight abah!
Darjah 6.Aku dapat wakil daerah dengan gelaran "budak pakai tight".Sebab aku seorang je pakai tight.Berkat tight abah!
[Sebab kenapa aku pakai tight bila pakai seluar pendek.13 tahun dah]
# Sebelum solat.Semua mesti ada sebelum abah ada.Bentang sejadah.Jemaah bila abah ada kat rumah.Wajib.Abah takde.Yang paling tua ganti.
[Sebab kenapa tiada sejadah dalam bilik aku]
# Abah akan pakai serban masa qamat.Yang paling tua kena qamat.Habis dia lipat serban.Habis qamat.On time.Tips?Start qamat bila dia start lipatan kedua serban dia.Aha!
[Sebab kenapa aku pandai pakai serban.Hari-hari kena tengok dia pakai serban.Sampai hari ini.]
# Kalau takde kopiah time solat.Ni ayat pemanas telinga.
Baju mahal-mahal boleh beli.Kopiah tak boleh beli?Pergi ambil kat bilik abah.
[Sebab kenapa aku tak pernah miss pakai kopiah bila solat]
# Baca Al-Quran lepas Maghrib adalah wajib.
Kitorang student lagi.Jadi siang pergi sekolah.Sebab kenapa Maghrib.
Setiap malam Jumaat ada tahlil.Baca yasin.Usrah ringkas.
Kalau abah takde.Yang paling tua kena lead.
Aku pernah sekali sekala.Terketar-ketar.Walau hanya family sendiri.
Tak mudah.Tak susah kalau dah biasa.
Semua ini.Masih hingga kini.Bezanya cuma.Tiada lagi paksaan.Masing-masing dah besar.
Bila dah jadi kebiasaan.Tiada masalah.Tak perlu kena marah.Semua buat atas kemahuan diri sendiri.
Dulu aku benci.Dulu aku menyumpah sana sini.
Kena buat itu.Kena buat ini.
Ini tak boleh.Itu tak boleh.Apapun tak boleh!
Macam dia tak pernah jadi budak-budak.Jadi muda.
Bila aku dah besar.
Hanya kata ini yang terungkap.
Terima kasih abah!Untuk segala didikan selama ini.
Oh perangai aku macam syaitan lahanat.Oh aku tak baik macam kau orang.
Kalau kau kenal aku.Kau tahu macam mana aku.Brahh!Syaitan kecik!
Apapun.Bukan salah ayah aku.Salah aku.
Sebab?
Iman bukan warisan!
Dia dah cuba yang terbaik untuk mendidik.Penerimaan bergantung sepenuhnya pada diri sendiri.
Maaf sebab tak menjadi seperti yang di impi.Tapi masih dan terus punya impi untuk menjadi seperti.
Terima kasih abah!
Ini hadiah yang mampu aku bagi.
Cukup untuk abah tahu.
Suatu hari nanti bila aku bergelar seorang ayah.Aku cuba perbuat apa yang abah buat kat aku.
Janji!
Apapun.
Selamat Hari Bapa.
Abah!
Gua sayang lu macamana lu sayang gua kala kecil dulu.[Malu guna ayat skema.Kah!]
Kerna bagiku..Kau kehormatanku.
Peace!
Adam Harris[Serban Abah]
6 comments:
pehhh..ni jek post ko plg terbaek stakat nih...tulisan jd hati gitu(hope so...) :D
weh..sape adam harris ni? name same cm anak buah aku lah...
mld - oh mean b4 this my post tak baek?talking shit uh?jujurnya kau..haha..
oh amin juga..:)
oh anak buah aku..
dia kembar..dia adik..
abang dia adam muqrish..
usha prev post aku.."Mereka Kisah"
ada gambar dorang..
Hihi!
pehhhhhhhhhh...budak kechik da lame jadik pak cik ghupe nyer...ish3...smcm x caye....
p/s....mampu kah ngko dukung kedua2 nya skali gus? im juz wonderin..ekekekke
hek..lepas spm aku jadi pakcik wahai makcik..
aku rapat dgn dorang sbb aku jaga dorang since baby..lepasan spm..jadi baby sitter..
takpe..atleast aku ada pengalaman jaga anak..
so x de masalah nnt..HAHA..
oh tiada masalah.Janji jiwa besar.Appun boleh!
Peace!
p/s - Kutuk aku!
wah.ayat yg ni sgt touching la,mesti ur father terharu if dy bc.semoga menjadi anak yg soleh.amin :)
Anon!
Allah's will..:)..amin!
Post a Comment