3.8.11

"err..." bukanlah jawapan

Apa yang telah kamu perbuat kepada "teman"?Tanggungjawab kamu sebagai "sahabat"?

Err..
Aku bagi dan kongsi gembira suka duka.Ambil tahu.Ambil berat.

Itu saja?

Err..
Terkadang memberi ingat.Lalu kata dan perbuatan amat sedikit sejujurnya.Hanya detik hati selalunya atas tidak punya daya upaya dan selemah-lemah manusia aku ini.Menadah tangan mengharap.Moga mereka lihat dan punya fikir sepertimana aku fikir.Acapkalinya.

Kamu nampak api menjulang itu.Situ tempatnya kalau kamu persis punya laku ini.

Err..


"Duh!Aku bukan baik mana nak bagi nasihat.Aku pun tonggang terbalik menjaga diri."
Monolognya aku.

Kalau itu keluhan kau.Persepsi kau bahawasanya hanya mereka yang baik boleh dan layak memberi nasihat dan ingat?Punah dunia penuh dengan mereka yang sesat sebelum sempat kau itu menjadi baik.

Cuba memberi kekuatan.Memujuk diri.


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

Katanya Imam Hasan Al-Basri.

Jadinya mudah begini.Aku menghargai teguran kalian.Sama sepertinya harapnya kalian boleh menerima teguran.Saling antara.

Bila di sana nanti ditanya.Sekurang ada jawapan mampu kita beri.

Kerana "Err.."

Bukanlah jawapan.



...

p/s - 

....And cooperate in righteousness and piety, but do not cooperate in sin and aggression. And fear Allah ; indeed, Allah is severe in penalty. [5:2]


4 comments:

Anonymous said...

"Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan."
i heart the quote. thanxs.

and,thanks for the sharing, anyway. really appreciate it.
after read that, i've changed my style, at least to pasar ramadhan.
i mean more modest clothings.
=)

-DNCH-

BUDAKECIK said...

Anon -
Good to hear that.Sekurangnya ada bezaan pada bulan ini.Sedikit tapi cukup.Walau masih belum cukup tapi masih punya waktu utk mencukupi.

Feel free.Islam itu mudah.

:)

- Sahabat-

faza17 said...

so true!!

tayah tgk org yg menasihat tp ambik apa yg dinasihat~~

*kalau nak masuk jannah, ajak aku jugak =)

BUDAKECIK said...

paah - oh aku sendiri perlu bimbingan.Hihi.

:)