16.1.13

Aku di sini

Bersawang!

Akhir - akhir ini ;

Hidup sibuk memikir masalah itu dan ini. Satu - satu masalah tampil. Penyelesaian kurang terampil.
Hidup serabut serabai dengan perkara yang pelbagai.Otak hanya dan ada satu.Tak mampu.

Sekarang boleh sedikit bernafas. Bukan nafas lega. Nafas yang disalut sama satu monolog rasa  ;

"Aku dah cuba yang terbaik sebaik selesai isu ini isu itu semampu setanding setaraf namanya aku ini ; manusia. Sekurangnya aku mencuba."


Membina kuat dengan santunan maaf.
Berdendam dan memendam rasa itu nampaknya kurang berjaya dan tak ke mana.

Jadinya kaki ini dikemudi arah depan. Mengambil pengajaran dan kuat dari silap yang dibelakang.

Sebab ada punya fikir yang ;

Sampai bila mahu ditampuk,  ditenung yang di belakang?

Ke depan!

Dengan santunan maaf dan akui kurangnya sifat diri.
Dengan redha ibu bapa.


Aku di sini.









p/s :

Terima kasih pada mereka - mereka yang faham disaat faham itu sangat aku perlu.
Terima kasih untuk sebuah maaf.
Terima kasih ; SIFU!



Boleh sahaja jadi batu. Jadi benteng antara lautan dan daratan.
Boleh sahaja jadi api. Jadi penerang waktu gelap.
Boleh sahaja jadi antara yang mana - mana dua.

Tapi jadi jangan;  BATU API.

No comments: