Kehidupan memerlukan si |noktah|.
Fikir untuk berhenti sepenuhnya atau mulakan yang baru.
Tiada salah untuk keduanya.
Kehidupan perlukan si |koma|.
Tanda berada dipersimpangan.Melepas lelah menghela nafas.Merenung jalan di hadapan dan teruskan.
Koma tanpa huruf membentuk perkataan.Mayat hidup!
Kehidupan memerlukan si |pembuka dan penutup kata|.
Memberi izin untuk berkata bilamana di situasi kata-kata adalah sesuatu yang mustahil untuk diungkap.
Kehidupan memerlukan si |tanda seru|.
Menzahirkan keseriusan tahi #alih bahasa #serioushit
Hidup perlu serius bertempat.Happy selagi sempat.Tahi disukai lalat walau ianya palat.
Habis madu sepah dibuang.Kuno!
Habis serapan nutrisi sisa terhasil.Tahi!
Dibuang selepas memberi erti.Menjaga kualiti si perumah.Terbuang dibuang menjadi sesuatu penerimaan lumrah.Sadis tapi penuh guna.
Kehidupan memerlukan si |tanda soal|
Mencerminkan minat untuk tidak selamanya selalunya bodoh.
Bodoh sombong bilamana memilih untuk terus berdiam tuli membisu.
Hidup perlu dirungkai.Hidup perlu jawapan kepada persoalan.Hidup tak boleh selalunya berdiam.
Diam tanda faham?Silent is consent?
Bertempat!
Kehidupan memerlukan |kamu|
Tiada fungsi dalam membentuk tatabahasa.
Tapi punya fungsi major dalam mencorak kehidupan.
Metafora tinggi melangit.
Tidak perlu difaham.
Kerana dunia ilusi ini wujud bukan untuk memberi faham.
Sekadar memberi makna dan tanda betapa dia faham melalui penterjemahan bahasa kata.
Pemahaman sebuah kehidupan.Dari sudut dan persepsi sendiri empunya diri.
Benar tiada dusta nista.
Kehidupan memerlukan dan diperlukan untuk memenuhi keperluan.
Peace!
2 comments:
i love this post, really.
p/s : do not private ur blog, pls.
-DNCH-
anon - i love you then.Sebab memahami.
p/s - Kamu suka tak bilamana kamu boleh berkongsi tapi tak punya hak utk dapat perkongsian?Aku tak suka.Sejujurnya.Itu sebab kenapa mengapa.
Post a Comment