31.5.11

Mereka pergi

Seorang demi seorang pergi.Tamat sudah perjuangan mereka.Gembira untuk itu.Sedih kerana diri terpaksa bersendiri.

Gabungan beberapa populasi membentuk komuniti.Hampir berada dipuncak populasi.Memberi harap dan diharap.Seperti mana mereka telah perbuat?Oh aku cuba.

Bersendiri bersama populasi.Apakah itu kau kira kehidupan?Oh ya.Tiada warna.Tiada beza.

Anjing bersama kumpulan anjing.Sama menganjing.
Masukkan sekumpulan kucing.Sekawan babi.Sekampung ayam.

Mereka mungkin tidak memenuhi keperluan misi dan visi populasi.
Tapi memberi beza.Tentang persepsi uniknya sebuah kelainan hasil gabungan.
Memberi warna.Walau berlainan warna.Betapa cantiknya warna bila ia penuh kepelbagaian warna.
Dari sudut pandangan mereka yang melihat.

Oh pelangi adalah penciptaan yang indah.
Adakah ia punya satu warna?

Selamat menempuh jalan kehidupan baru.Menjanjikan kelainan.Butuh lebih kekuatan.

Jangan dilupa ayam.Kerana ia memberi tanda bermulanya pagi.
Jangan dilupa babi.Kerana ia memberi tanda batas tentang sebuah kehinaan bila membabi buta.
Jangan dilupa anjing.Kerana ia memberi tanda gembira dengan jalan sinis penuh pengajaran.Menganjing.

Jangan sekali pernah lupa.

Kita kawan.Pernah berkawan.Jadi kawan.
Berbeza ideologi.Berbeza persepsi.Berbeza misi.Berbeza watak.

Punya satu persamaan.Aku dan kau.Mahukan definisi akan uniknya kehidupan bila berbeza tanpa perlu membeda.

Terima kasih untuk segala kenangan.

Babi!
Anjing!
Kucing!
Ayam!

Oh aku ayam.

Memang babi ah kau!
Pak kau ayam!
Menganjing kuat!

Oh mereka memang begini.Fags yang retard.Tapi awesome ketat!








Peace!

No comments: