Mengejar.
Langkah - langkah itu makin kecil, kian perlahan.
Berhenti;
Menghembus amarah;mula berlapang dada. Hulur santun maaf.
Manusia mana sempurna?
Aku maafkan semua - semua itu ini.
Bagi maaf; benda paling sukar tapi kesannya maha hebat.
Berhenti;
Fikir benda luar kawalan.
Fokus usaha benda boleh kawal.
(Vivian Lee, 2008)
Berhenti;
Semua - semua yang membangkit lara, buka semua bukaan luka - luka.
Akan tetap terus percaya dan berjalan dengan fikir yang;
Bahagia aku, usaha aku; izin Dia.
Aku punya pilihan.
Untuk rasa bahagia.
Tahu apa aku rasa bila berhenti sepenuhnya percaya sebenarnya?
Rasa kehidupan.
Tuhan kata Dia tak mengubah nasib satu kaum melain mereka mengubah nasib mereka sendiri; sendiri -sendiri. (Ar - Ra'd)
Berubahlah.
Jadi yang baik - baik.
Rasional fikir.
Waras laku.
Dahi pada pijakan kaki.
Tuhan suruh.
Tuhan juga kata;
Dunia ini sebenarnya;
Macam air hujan yang menyubur tanaman.
Sampai waktu tanaman layu dan mati.
Lalu diterbang angin - angin. (Al-kahfi)
Dapat?
Cuma mahu kongsi perspektif dunia cara aku; lalu ilham Dia.
Dunia; sia - sia.
Permainan dan senda gurau.
Bertaqwa; kalian paling mulia. (Muhammad)
Berhentilah.
Dengan obsesi melampau dunia.
Aku mahu hidup.
Palat manapun rasa.
Asalkan Dia ada.
Dari semua perspektif nafas dan laku aku.
Berhentilah.
Muhd Taqiyudin.
TAQWA perlu kau yang sangat rasional.
Sesal ini berlaku?
Gembiralah;
Ini berlaku.