Ada satu rasa.
Rasa kebergantungan. Yang 27 tahun adam ini bernafas, dia tak pernah atau kurang rasa. Luar biasa rasa.
Rasa putus asa dengan manusia. Tapi rasa Tuhan ada.
Sebelum ini rasa Tuhan tiada?
Ada lah. Cuma ada pada titipan bibir. Bukan hati; yang benar - benar percaya.
Ketuhanan rasa tentang, buat adam ini terfikir; dosa - dosa. Dosa - dosa dan dosa. Lagi - lagi dosa.
Metafora pengulangan nak beritahu banyaknya dosa - dosa.
Subuh gajah itu dosa paling besar. Lebih besar dari gajah - gajah dalam kawanan gajah - gajah.
Fasik?
Maafkan adam ini. Dia tak mampu nak lalu semua - semua ini seorang - seorang. Habis airmata dia; tear gland hyperplasia orang kononnya pandai kata.
Jadi adam ini mahu apa selain kesali dosa-dosa?
Entah.
Mahu teman pada hati dan jasad. Boleh bagi rasa kuat. Boleh jadi tulang belakang untuk bantu kukuh pijakan kaki adam ini dengan redha Tuhan.
Adam ini perlukan teman. Yang faham. Yang diam tapi faham. Yang hanya faham; Kompleks emosi adam ini.
Adam ini tercari - tercari permata hidup dia selain ibu bapa dan keluarga. Itu permata paling mahal adam ini ada.
Mahu tambah koleksi permata. Kalau boleh mahu yang ada warna. Warna? Hijau mungkin?
Entahla. Mana nak cari? Agak - agak? Terselit dalam doa - doa saban hari adam fasik ini tentang warna permata idaman dia. Untung badan, Tuhan maha kasihan; perkenan.
Juga harap - harap permata berwarna hijau itu; cuba.
Cuba untuk bagi senang dijumpa. Doa lalu Tuhan campur usaha- usaha permata itu sendiri.
Boleh jadi impian itu nyata.
"Adam dan si permata barunya berwarna hijau".
Lalu terlelap.
Subuh bro!
P/S : Tulisan hasil fikir pagi - pagi.
Mencurah - curah.
Macam coklat mencurah ke ladang gandum.
No comments:
Post a Comment