9.10.15

Luka - luka

Luka.

Teringat zaman  timba ilmu dulu - dulu.

Proses normal sembuhan luka ada fasa.

1. Inflammation
2. Proliferation
3. Remodelling

Ringkasan.

Nak detail boleh masuk kuliah patologi; Profesor N.

Dapat nota siap gambar. Boleh conteng - conteng pakai highlighter warna warni.

Sakai.

Sikit lagi.

Nak masuk fasa "jadi model semula" ; sembuh.

Dah tak perlu bergantung belas ehsan, simpati pada orang lain untuk tolong tampal luka - luka.

Boleh bernafas sorang - sorang.

Tapi apapun; terima kasih.

Tolong aku.

Waktu aku rasa sakit rasa taknak hidup sebab luka - luka.

Aku mengertikannya!;
Sahabat - sahabat selamanya.

Sebenarnya;

Rindu zaman belajar.

Duit tak cukup tapi happy. Ada masa ada kawan - kawan boleh pau meggi.

Kerja. Ada duit; kawan - kawan satu kepala jauh, masa sekangkang kera.

Betullah.

Tuhan kata manusia ni; sikit sangat yang bersyukur.

Bagi hati, pendengaran dan penglihatan.
Tak bersyukur!

Tuhan katalah. Bukan aku.

Baca Al-Mulk. Nanti jumpa.
Untung badan; boleh lepas seksa api Dia.

Apapun. Aku juga masih belajar dan belajar dan mahu ajar yang;

Selagi Tuhan nombor satu.
Selagi itu luka parah manapun; kau boleh senyum.

Walaupun kau seorang - seorang.

Akhirnya.

Terima kasih; Tuhan.

 



P/s: Tanda - tanda ilmu tu berkat, kau boleh ingat sampai kiamat. Setuju?

No comments: