Mana mungkin boleh hidup pura - pura lama - lama.
Kura - kura hidup lama beratus tahun tanpa perlu pura - pura.
Sebab tu nama dia kura - kura. Bukan pura - pura penyu.
Juga mana adil untuk membuat beza diri sendiri dengan yang lain - lain.
Masing - masing ada lebih ada kurang.
Tak perlu mengimpi sempurna; dan fikir sempurna selamanya sempurna.
Cuma perlu fikir yang tak sempurna boleh jadi sempurna. Dengan bagi kerjasama sama - sama menyempurna.
Dengan usaha - usaha.
Dan yakin yang Atas sana itu; Maha Sempurna.
Rasionalkan fikir manusia - manusia.
Sama - sama.
Aku boleh terima kurang cacat kalian.
Kenapa tidak kalian?
Kenapa saat ini baru mahu mempersoal?
Kenapa tidak dari awal?
Jawab ini.
Bukan dengan aku.
Dengan diri sendiri. Sendiri - sendiri.
Aku mahu jadi diri sendiri.
Terima kurang aku.
Aku perbaiki kurang aku.
Aku terima kurang kalian.
Aku bagi lebih aku; tampung kurang kalian.
Ikat dengan redha Dia.
Sempurna.
No comments:
Post a Comment