23.5.11

Bila DIA dekat

Dia dekat dengan si DIA.
Saban hari.Tak pernah lekang dari tempat itu menuju tempat itu atas dasar tanggungjawab dan mengharap janji yang pasti.

Bersama dalam Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 08/09.Senior juga kawan.Tidaklah rapat.
Aku tidak layak untuk punya kawan rapat seperti dia.Siapa aku?Jauh panggang dari api!Terlalu dekat dengan api.

Neraka.

Hampir menitis airmata.Sebak.Bila melangkah menuju katil dimana dia terlantar.
Bangun dan melontar senyuman sebaik sahaja aku tiba.Seperti tiada apa berlaku pada diri.
Hilang nikmat yang tiada ganti.Tapi masih mampu mengukir senyuman.Masih bersyukur.

Itu beza aku dan dia.Terlalu berbeza.

Beri peluang untuk muhasabah diri.
Aku diber nikmat tapi masih ingkar lupa diri atas nikmat.
Dia taat tapi hilang nikmat dan masih punya semangat.

Adakah mereka sudah dikira beriman sedang mereka tidak diuji?

Aku mengerti dari sudut ini.Di mana aku disisi si pemberi nikmat.Jauh sekali.Tiada langsung dipandang.Terbuang dalam nikmat yang menjulang berlimpah ruah.Bertuah.Tapi masih meludah.
Kau sedar ini?

Ya.Aku perlu kuat.Aku perlu punya keyakinan ini.
Dunia dan seisinya.Hanya permainan dan senda gurau.

Fikir ini dan sedih.Itu yang perlu dan patut aku perbuat.

Sedih gembira DIA disisi.
Sedih gembira DIA menyisih kau tersisih.

Kau pilih.

Sebelum beredar.Ternampak naskhah majalah di bawah bantal dimana dia berbaring.
Ambil dan sempat membaca sekilas tajuk utama.

"Marah itu mudah.Sabar itu indah."

Terbit perasaan yang mengetar jiwa.

Biarkan ia berlalu Taq.
Kalau itu ketentuan DIA.

Sabar itu indah!

Terima kasih.
Kawan yang secara tidak langsung memberi erti sepenuh pengertian tentang erti nilai kehidupan.
Tentang apa yang penting apa yang perlu dituju apa yang perlu diburu apa yang tak perlu dikejar.
Inilah kawan.Ia ada didepan mata.


Tapi kau terlalu buta.Walau punya kedua belah mata!


Terima kasih Qaiyum!
Semoga terus kuat.Menjalani hidup mendatang dalam kekurangan.Hilang sebelah deria mata.Tapi kau masih punya mata hati.Syumul dan subur.Penuh kasih sayang dan perhatian jua tarbiyyah dari DIA.Kau punya itu.

Aku mengagumi itu.Aku iri dengan itu.Aku ingin punya kekuatan dan rasa itu.

Ya.Pasti.Tidak mustahil.


Bila DIA dekat.



.............

No comments: