# Taq,lapar.Bila nak bagi makan ni?
Bukan dah bagi ke tadi.
Tak cukup.Buat muka comel.
Nah!Senyap.Makan gelojoh macam esok tak boleh makan.
# Taq,lama lagi ke.Banyak lagi ke nak study.Orang dah mengantuk ni.(Sambil main kaki)
Tidur la dulu.Nanti dah habis.Taq angkat naik atas katil.
Ok.Tidur dulu.Night! ( Tidur kat kaki!)
# Taq,bangun!Subuh dah.Bangun!Orang pun dah lapar ni.
Bangun bagi makan.Dan sambung tidur.Dia senyap sambil melahap.Geleng kepala.Manusia oh manusia.
# Waktu tidur.Tutup lampu.
Taq.Gelap sangat.Takut.
Bangun dengan mata mamai.Buka balik lampu.
Dia senyap dan sambung tidur.Berdengkur.Haram!
# Balik rumah lepas exam paper.
Wah!Taq dah balik.Berlari.Main kaki.Macam mana exam.Ok?Orang lapar dah ni.Hihi.
Boleh la jawab.Nah.Makan!
# kalau dia mampu berkata
2 minggu.Perangai sama.Berlari girang.Lompat sana.Lompat sini.Penat.Merengek minta makan.Walau tak sempurna.Tetap gembira.Aku bahagia.Terlalu bahagia.Siapa pun bahagia bila menghargai dan rasa dihargai.
Dia cacat.Tapi masih sedaya upaya memberi erti bahagia.Bukan kepada diri sendiri.Orang lain.Hidupan lain.
Oh manusia tidak selalunya begitu.Kenapa?Kerna mereka kurang bersukur.Masih hidup dengan kesempurnaan.Tapi masih lagi mengeluh.Meminta dan mencari yang lebih.Aku salah seorang.Terima kasih.Sekurangnya kau memberi erti.Kau memberi ingat.
Oh bahagia bukan milik kita.Hidup tak selalunya sepanjangnya bahagia sebagaimana awan tidak selalunya cerah.Hidup adalah suratan dan penuh takdir ketetapan.
Satu hari.Terkulai layu bilamana baru sahaja balik dari exam.
Taq!!!
Lemah.Tak berdaya.
Dia sendiri tidak tahu mengapa.Tak terdaya untuk memberitahu.Sebab kenapa.
Aku bingung.
Baru semalam tidur bersebelahan berkongsi selimut.
Masih.Hingga saat ini.Terkulai layu.2 private klinik sudah dirujuk.
Usaha aku.Semampu aku.Untuk kembalikan dia seperti keadaan sediakala.Bukan aku tentukan.Atas sana.
Masih setia menanti.Exam masih berbaki.Biarlah.Dia adalah priority.
Dia pernah memberi erti gembira.Mengukir senyuman untuk diri ini.Suatu masa dulu.
Biarlah.Apapun jadi.Aku cuba yang terbaik.Untuk sentiasa ada di sisi.Sekurang-kurangnya.Dia tahu.Aku kisah.Aku ambil kisah.Aku peduli.Tentang dia.Saat ini.
Airmata sebagai peneman setia.Ia menitis bukan atas kehendak kemahuan diri.Biarlah.Tiada salah.Ia memberi sedikit ketenangan.Ia bukti.Dia adalah sesuatu.Layak untuk dipanggil.Seseorang!
Awak!
Bangun!
Teman Taq study.
Teman Taq tidur.
Kejut Taq subuh.
Taq dah balik exam......
Moga-moga.Satu hari.Esok.Lusa.
Dia akan menyahut.Kembali untuk memberi erti.Seperti mana dulu........
Andai ini suatu musibah atas khilaf si empunya.Kemaafan untuk itu.
Andai ini suatu cubaan sebagai menguji si empunya.Kekuatan untuk itu.
Kerna dia tak pernah salah untuk terima kesan dan akibat dari salah si empunya.
Dia tak pernah salah............Allah!
Kembalikan.Kerna dia terlalu istimewa untuk si empunya.
Airmata mengalir disetiap kali menghadap ilahi.Penuh mengharap.Moga diperkenan.
Amin.
No comments:
Post a Comment