Semakin jauh.Semakin terpinggir.Semakin hilang.
Dulu ia cukup untuk memberi erti perlakuan seorang manusia.Sifat seorang manusia.
Cukup walau sedikit.Memberi ketenangan.
Cukup untuk jalani kehidupan.Dengan etika kemanusiaan.Penuh norma berpandu petunjuk.
Sedikit tapi cukup.
Kini?Sekarang?
Oh manusia cepat berubah.Nikmat tetap terus mencurah.Tapi mulut masih menyumpah.Hati masih meludah.Jiwa masih resah gelisah gundah.
Bila-bila.Tanpa diduga.Ia akan berhenti.Hilang.
Mungkin saat itulah.Syukur memberi erti.Memberi peluang untuk punya pengertian.
Kenapa ditunggu bila ia hilang?
Kenapa tidak mengharap ia tidak hilang.Sedar ia akan hilang?
Oh kegembiraan bila kau gembira jauh dari si pemberi erti gembira.Patut kau gembira?
Menoleh kebelakang sejenak.Dulu.Lampau.Saat itu.Waktu itu.
Aku rindu.
Berpatah sebelum terlambat.Wahai manusia si pengingkar nikmat.Masih belum terlambat.
Selagi ia masih bernafas.Jangan biarkan ia terus kotor hingga tak terluntur.Hingga tiada keupayaan untuk membeda.Baik buruk.Hitam putih.Jalan dihadapan.
Kembali mencari.Walau susah.Walau jauh.Tetap punya arah realistik penuh hakiki diakhirnya.
Majoriti tak selalunya realistik.Minoriti tak selalunya mistik.
Ingat ini.
Dunia kini adalah pilihan majoriti.Minoriti hanya sebelah mata disisi pandangan.
Tapi itulah kebenaran.Itulah sepatutnya.Itulah yang patut.Itulah yang perlu diturut.
Susah?Kerana majoriti mengaburi realiti.Minoriti dipinggiran.
Pilih.Dan hidup dalam pilihan.
Masih belum terlambat.
Maaf.
Kerana mencari selain.
No comments:
Post a Comment