18.7.11

adam bukan maya

Celiknya mata kala fajar dalam usaha menerbitkan diri dari ufuk timur.Minda lajunya terus dipandu akan peristiwa semalam.Menyangsi kepada diri apakah itu realiti dan benar telah terjadi.

Bangun penuh malas mengatur langkah mengiakan semalam adalah realiti.Seupaya memberi gagah kepada diri untuk menerima.Sepenuh kudrat.
Bukan kali yang pertama.Tapi besar kesannya  mungkin kerana ia boleh jadi permintaan pertanyaan kali terakhir.Kali ini.

Kalau dulu mungkin ia dianggap mainan.Masih berminda hingusan.Tapi kini ianya terbit terluah sendiri penuh yakin atas kesan dari perlakuan.Memberi.

Ah lelaki!Habis madu sepah dibuang.

Mentaliti yang sudah tertanam angkara hina lakunya seorang adam.Belajar hanya dari pemerhatian dan disimpan digenggam seakan azimat.Persis dan jitu menapak disegenap penjuru hatinya seorang hawa.
Majoritinya mungkin benar.Tapi perlu sedar akan adanya minoriti yang tak punya laku itu.

Kurang senang bukan kerana egonya seorang adam.Hanya kerana adam itu tidak selalunya punya laku itu.Hawa itu tak selalunya semulia itu.
Dua-dua insan dengan khilaf sebagai lumrah penciptaan bersama.Belajar dari kesilapan dan dari situ wujudlah bezaan golongan manusia.Tak kira adam atau hawa.

Kenapa saling menuduh memburuk antara sesama?Membukti mana satu yang baik terbaik bagus paling bagus?Dia salah aku betul.Dia selalunya tersalah dan aku kebetulan betul?

Sudah-sudahla tu.


Adam dan Hawa diciptakannya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati.
(Kasihku Abadi) [Klik]


Brahh!In-Team skali!








Apa nak buat lepas ni?


Huh.
Keluhnya si adam.Longlai!













p/s -

Aku mengartikan hanya bezaan.Itu alasan permintaan kepada status.Tiada lain.

Madu tak dapat.Sepah bersepah!

Zaman malaikat dulu kala.Lagu In-Team menjadi siulan saban hari.Lagu mana aku tak hafal uh?Kah!

"Sexist" boleh pergi mati.
"Racist" boleh pergi jahanam. #kthanxbye


No comments: