...
6.30 pagi bertolak dari rumah.Sampai KL?3 petang!Lewat sejam dari waktu kejadian.Senyum je.Tak bising pun.Kan?
[Klang - KL kebiasaannya hanya mengambil masa 45 minit]
Oh hanya punya kelajuan 2km/jam!Patutkan lambat?
Kena tahan masa roadblock sebab no. pendaftaran kereta aku.TAQ!Dari Terengganu.Pendatang dari luar kota!
Buka dan check kereta aku dengan #B31[Senapang CS punya version] tersimpang kemas di bahu.
Tak jumpa apa pun kan?Baju Kuning aku sorok kat bawah dashboard la.Aha!Fuh!
[Tapi #seriustahi cuak.Kantoi baju.Punah impian.Berhimpun kat balai.Habis BERSIH masa depan!]
Pengajaran?Kau boleh lawan izin DIA? #lessonlearned
Naik komuter dari Gombak.Tapi tak boleh stop kat Masjid Jamek,SOGO mahupun Pasar Seni.Stop paling dekat?KLCC.Jalan kaki dari KLCC pergi Pudu,Pasar seni.Tak rasa penat pun.Pelik kan?
Suasana KL yang RARE!Kau boleh main "teng-teng" tengah jalan raya!Main congkak sambil bersila.Senam seni sampai lebam.Silat lincah pun boleh.Geng Silat Lincah.Gegel lutut gua.Mana korang?Banyak LUCAH dari lincah.Kah!
Hidupnya tradisional di kota nasional.
Cousin aku bergambar dengan mereka-mereka.Kelongsong peluru gas pemedih mata.Memedihkan mata tapi hanya menambah maranya langkah geloranya jiwa.
#FRU guna air longkang.Shait.Busuk!Sebusuk hati lu orang.
Terfaktab!Bersih dimana-mana!Gambar ni aku snap kat Gombak.Sempat berhenti tepi jalan. #trololol
Sekilas penceritaan gambar yang sempat aku snap.
#tivi3 tak usah buat cerita #gebang.Lu orang pergi tengok liputan terbitan media asing sepertinya Al-Jazeera.Jitu,persis dan telusnya media mereka.Jeleknya media kita.
Mereka yang pergi "Baju Kuning" gelak guling-guling tengok #tivi3 KENCING secara LIVE! #trololol
Basah kepala mereka-mereka dengan air kencing.Kasihan kan mereka?
Ok!
Tamat sudah ceritanya Baju Kuning.
Masing-masing punya persepsi berbeza tentangnya.Suka hati.Ikut hati masing-masing.
Aku juga punya persepsi.Juga sebab kenapa mengapa.
Aku diam.Aku buat.Aku Ok.
0-0 beb!
Walau berbeza ideologi.Kawan tetap kawan.Teman masih teman.Sahabat selamanya!
PEACE!
p/s -
Cerita dari Twitter. [Klik]
Orang dah tak layan tweets #gebang #lebarlebur #syoksendiri #shits Zaman bila?Hihi
A. Samad Said pun turun beb!Sasterawan NEGARA yang punya semangat tak termamah dek usia.Peludah Warna!
Remember remember,the day we took over,
When Justice and Freedom was sought,
I know no reason why the 9th of July should ever be forgot.
[Vendetta mesej aku tadi] Aha.
Most wanted shirts!
Ianya sudah tergantung.Tersimpan rapi di wardrobe.Bersama tersimpannya memori.Oh kesannya mungkin bukan esok lusa.Tunggu nantinya.Atau mungkin hanya selepas BERSIH 8.0?Mungkin jadi.Bilamana hanya selepas suara-suara kuning itu didengari?
Most wanted shirts!
Ianya sudah tergantung.Tersimpan rapi di wardrobe.Bersama tersimpannya memori.Oh kesannya mungkin bukan esok lusa.Tunggu nantinya.Atau mungkin hanya selepas BERSIH 8.0?Mungkin jadi.Bilamana hanya selepas suara-suara kuning itu didengari?
...
No comments:
Post a Comment