29.7.11

Pulau Upih Baju Putih

Sesampai di Pulau Upih.
Bukan kemahuan.Sekadar mengikut percaturan mereka.
Kebetulan yang seakan memahami.

Oh mungkin marah itu akan berubah.
Bila marah hati akan meluah sepuas.Tiada tapisan,halangan.Lahir terus luahan kisah benar asbab lukanya hati.
Situ kita mengenal.Siapa kita.Siapa aku.Siapa kamu.Sebenarnya.
Jelingan itu bisa hanya jadi awalan kepada cerita.Suspen hanya sebagai plot permulaan kepadanya kisah.

Mungkin jadi terus membenci.
Masing punya ego yang ingin ditegak diketengah dijulang.
Luahan ikhlas tapi memberat sebelah kepada diri.
Jelingan itu boleh jadi  lahirnya dari hati yang terus mahu membenci.
Diakhirnya persis membenci.

Terpulang.
Aku pilih untuk berbulan madu.Hah! #metafora
Lebih memahami.Difahami.Saling antara diakhirnya.

Oh awan itu penyebab cerita kepada kemungkinan.
Kalaulah tiada.Mungkin punya cerita muktamad.
Tidak perlu kepada andaian.Tidak timbul persoalan.
Terus kepada tilikan akan jawapan.

Awan nanti kata "Aku kandung air".
Jawab mungkin awan membela diri kerana dipersalah.

Terjaga dan cuba sedaya kembali berada disituasi maya sambil mengharap pengakhiran kepada cerita.
Tinggal dan hanya sebuah pengharapan.
Impian tidak sampai.
Sadis!

Oh baju putih beresepikan air tangannya chef Itali.
Terkesima seribu bahasa dengan suasana keliling.
Dimana mungkin boleh dapati suasana sebegitu.
Dengan rambut masing-masing terurai.
Disambung pengakhiran seram dan tragis.
Hingga kini mencari dan buntu dimana.
Lagi sadis!


Apapun akhirnya.Baik atau buruk.Ia hanya mainan minda yang rehat.Mati yang sementara.
Bila bangun nanti.Realiti bergantung sepenuhnya pada kita.

Aku mahu itu.Kamu mahu ini.
Sampai bila?
Patut dan perlunya.
Kami.Aku dan kamu.Mahukan ini.
Satu hari nanti mungkin.
Kalau kita mahukan itu.Samanya mahukan ini.
Kita mencorak mengorak.DIA tentukan. 


Bersama meniti mimpi.
Bersama jalani realiti.


Bersamanya redha ilahi.









p/s-
Mimpi indah bukan basah.
Pulau Upih.Baju putih.Hurm...ih,...ih.Lepas ni.Mandi buih?
Bingai!Otak kotor!

No comments: